Bismillah
Dekat seminggu tak tulis blog. Banyak bende berlaku seminggu nih. Tapi banyak da tak ingat detail die. HUuu..
Terimalah apa yang masih ada dalam hard disc (otak) apa-apa yang berjaya dirakam oleh deria-deria penglihatan, pengdengaran, bau dan rasa...
18 Ogos 2007
Sukan Tahunan Pertama KAFA Ibtida'iah Masjid Zakaria. Masjid Zakaria, dekat je masjid ni, dekat dengan medan makan 'kubur' yang femes di kalangan student UIA. Aku kenal masjid ni bila ramai kawan yang ke masjid ni untuk solat terawih mase bulan puasa. Sebab apa? Sebab setakat ni, masjid ni la yang paling pantas dalam menghabiskan 8 rakaat terawih - pukul 9.15 da abes; tatkala masjid UIA dan surau-surau dalam UIA banyak yang abes 8 rakaat pukul 9.30 - 9.40.
Tapi tu bukan ceritanya, seminggu sebelum hari ni (18 Ogos), Nadiah telefon aku tanye aku nak join ke tak program derang kat masjid tu. Rupe-rupenye derang kelas skill Community Service dan buat program macam ni lah assignment dan exam derang.
Malam tadi (17 Ogos) ada miting kat masjid tu, bincang pasal perjalanan program sukan tu nanti. Tak semena-mena aku disuruh jadik host sukan tu nanti. Uhh.. Boleh ke? Aku tgh selsema.. Boleh? Hmm.. Lama bincang perjalanan sukan tu, sampai kol 11 baru abes bincang. Balik, singgah makan kat simpang (depan SBPI), sampai uia kol 12. Tidur, esoknya nak ada dekat masjid kol 7.30 pagi.
Majlis perasmian bermula agak tepat pada waktunya, VIP pun datang on time. Pukul 8.40 start majlis, ucapan ketua guru, ADUN GOmbak Setia, pegawai-pegeawai mana lagi tah. Pukul 9.15 start la sukan. Lama tak jadi host sukan. Last sekali jadi masa sukaneka ANTRAXX Comrade dekat Janda Baik setahun lepas. Time tu handle abang-abang dengan kakak-kakak senior COmrade. Payah nak jaga, senior susah ikot kate. Hehe. Tapi sonok. Kali ni jaga adik-adik darjah 1 sampai darjah 6. Sonok. Adik-adik ni sporting. Time acara terbuka, open sape nak masuk, sume orang angkat tangan. Time aku hulur microphone tanye-tanye kat derang, sume berebut nak jawab. Hehe.
Sukan abes pukul 1.00 lebih. Kemas-kemas. Makan-makan. Kol 3 baru balik UIA. Penat. Tapi seronok =).
Demam yang bersilih ganti
Cuaca sekarang tak tentu. Kejap panas terik, kejap hujan lebat. Pagi-pagi selalu sejuk sangat. Selalu selsema. Malam tadi pun da terasa demam lagi, tapi bile g Convest Hill hilang plak demam. Hehe. Kelas pun banyak tuang seminggu nih. FDC. GEN. Aircraft Structure. DS. Skang ni sume subjek kecuali Aircraft Structure da lengkap 2 kali aku tak datang untuk sem nih. Hu.
Convocation Fiesta (CONVEST)
Start hari Jumaat ke Khamis ari tu? Khamis kot 23 hb. Stall dekat Convest Hill tak bape banyak taun nih. Tapi tahun ni la aku paling banyak habis duet kat situ. Hehe. Malam tadi je (28 Ogos) habis RM 100 lebih. Huhu. Mula-mula bila eh aku beli? Hmm.. Hari Sabtu. G ngan husen mase tu. Apsal aku g ngan husen eh? Hehe. Ade ape eh mase tu? Tak ingat da, tp mmg g jalan-jalan dengan husen. Beli Ar-Rahiq Al-Makhtum (The Sealed Nectar). Melayu punya, Sirah Nabawiyah, YADIM terbitkan. Beli dekat gerai Anak-anak Perak, Kedah dan Penang. Murah. RM 50. Tinggal satu je plak tu mase aku beli. Hehe. Alhamdulillah dapat. Sebelum ni ingat nak beli English Version, The Sealed Nectar, Darussalam keluarkan, tapi da jumpa translation Melayu yang bagus nih, beli lah dulu.
Lagi beli buku 20 Persoalan Asas Palestin. Ustaz Maszlee tulis. Nipis je. RM 7.
Tamat untuk hari tu. Hari semalam plak, bli lagi buku. 'Life is an Open Secret'. Hari tu mase balik rumah mase weekend sebulan lepas, ade terbace review buku ni dalam paper. Bekas student UIA author dia. Pastu plak ramai figure antarabangsa yang review buku dia ni; Sheikh Yusuf Estes, Mike Handcock, Ummahfilms pun ade review. Dasat. Buku koleksi cite pendek pasal motivation. Bile tah nak bace. Beli je dulu. Lagi pun ade promotion, beli buku tu dapat paper beg buku tu jugak. Hehe. RM 20. http://www.lifeopensecret.com/.
Malam tadi jugak beli baju melayu. Konon nak beli macam baju Raihan tu (yang butang sampai bawah, macam kemeja). Ajak husen, tolong nengok-nengok. Last-last bli benda lain plak. Beli dua pulak tu. Satu baju macam baju tabligh yang labuh paras lutut. Wane coklat mude. He. RM 37. Satu lagi bli baju melayu bese, tapi ade kerawang-kerawang pada dada. Uuu.. RM 48. 'Ni boleh buat baju raye ni husen.. cantik..' Hehe. Pakai bawak g teraweh ah nanti. He.
TOtal = RM 162. Banyak. Huhu.
Tak boleh pegi lagi lah Convest nih. Kalo pegi mesti ade bende nak beli. Heh. Macam-macam ade kat Convest nih. Makanan, baju, seluar, tudung (temasuk yang dijual kat gerai 'World of Tudung 60" ', hehe, cam best je name gerai die), jubah, aksesori, kete ade, buku, magazines, sume ade lah! Sebut je. Orang pun macam-macam ade. Cafe mahalah sume tutup time COnvest, sume orang bertumpu kat sini. Semalam makan kat Convest ngan husen pun, nengok orang lalu-lalang, ya Allah, macam-macam jenis orang ade. Tinggi pendek, lawa tak lawa, kemas selekeh, yang bagus yang tak bagus, yang bekapel yang solo yang jalan dengan geng ramai, yang sedar diri yang tak sedar diri (if you know what I mean), sume ade. Teringat pepatah Jepun yang da selalu aku sebut dalam blog ni, 'Jinsei iro iro, hito sore zore' - dunia berbagai-bagai, manusia pelbagai ragam. Naseb baik malam ni closing. Hehe. Tapi tak leh g, ade skill gamelan.
Sementara tu, time tengah tengah Convest nih, Nadiah lagi sekali ajak satu lagi program kelas skill dia. Kat masjid tu jugak. Kali ni program motivasi untuk student UPSR, PMR, dan SPM. Dia suh aku jadik MC lagi. Start kol 2 petang hari Ahad. Ade ceramah motivasi. Pastu petang tu kol 5 sampai kol 6.15 ade LDK. Jadi fasi. Hehe. Tak pernah do jadik fasi. Pernah ke? Fasi ajo fardhu ain kat orang asli pernah la. Fasi untuk dak-dak nak exam ni tak pernah ar. Teringat kata Cikgu Dani 'Diri sendiri tak terjaga, nak jaga diri orang. Macam? Macam? Macam bagus-bagus, pelajar,'. Hehe. Tapi takpe, kite share aje la ape yg kite boleh share kat derang. Ade 5 group UPSR, 3 PMR, 1 SPM. Dapat jaga UPSR. 5 orang satu group. Comeeeeelll derang. Geram aku. Bagus pun bagus. Ingat lagi tak nama derang? Mamat nak jadik doktor, afiq pun, amirul nak jadik akitek, huda dengan nina nak jadik pramugari. Hehe. Modul? Terpulang pada fasi. Aku guna benang mase nak memperkenalkan diri, lilit-lilit benang pada jari sambil memperkenalkan diri. lepas tu orang seterusnya amek benang yang sama, sambung lilit kat jari dia, dan sterusnya, macam aku experience masa ikot DRIC COmrade dekat Pos Sg Rual. Best. Derang gelak-gelak mase nih. Comel je derang gelak (mase tertekan jugak, tertekan fikir macam mana nak buat modul interesting, yang boleh make them happy). Lepas tu borak-borak pasal UPSR.. minggu depan 3/9 nih start. Lepas tu next modul, suh derang lukis rumah idaman derang. Nak rumah yang macam mana. Dasat-dasat gak idea derang, bagus. Pastu da abes mase sejam, (kejap nyeeee, tak puas), pastu nasihat-nasihat sikit (cite pasal Sallehudin al-Ayyubi yang think big, kite pun kene think big! Impikan benda yang besar-besar). Pastu amek gambo.. Kejap je, sejam dengan derang. 'Takde yang nak mintak autograph aku ke?' Hehe. Sejam je, takde bond sangat. Kalo setengah hari ye ade agaknye. Tapi ape pun, semoga korang semua berjaya =). Derang siap panggil aku Ustaz. Heh. Dengar ade yang panggil Amirah, Nadiah sume Ustazah jugak. Hehe. Bagus, bagus.
Malam tu pulak ada baca yasin dan solat hajat. Lepas tu ade majlis penyampaian cenderhati. Lepas tu makan. Lepas tu basuh pinggan. Heh. Tak gune punye Mun. Ko da janji nak datang basuh pinggan tapi tak datang! Huh. Tapi best ah basuh pinggan ramai-ramai. 'Ko kan suke basuh pinggan Jimin?'. Aku suke.. tapi tak pernah lagi basuh gune sistem orang. Hehe. Ade pakcik ni buat sistem tersendiri nak basuh beratus pinggan dengan gelas. Hehe. Amirah plak sebok 'Apsal ko yang basuh? Apsal ko yang basuh? (patutnye kiteorang yang basuh, kiteorang punye program..)'. Hehe. Ko rilek je. Zuhdi besemangat basuh sampai basah lencun kain dia. Dengan periuk² skali basuh. Periuk surau sebelah rumah aku pun tak pernah aku basuh. Hehe. Tapi bila da beramai-ramai basuh dengan kawan-kawan, sangat seronok. Benda yang banyak rasa sikit. Benda yang susah rasa senang. Alhamdulillah.. Time kasih la Nadiah, Amirah and their groupmate ajak aku =) Ajk surau plak da risik-risik 'Uish.. bagus derang basuh nih.. bulan puasa nanti boleh ajak derang tolong..' denga derang borak sesama sendiri. Aaaaa.. Aaaa.. Cemane Zuhdi? Terawih kat masjid ni lagi ke taun nih? Hehe.
Convest plak. Ada ape dengan Convest? Selain dari stall kat Convest Hill. Ada banyak benda, paintball tournament (kesian team pokok kalah kat quaterfinal..), ada medex (medical exhibition dak medic Kuantan buat) yang aku tak pegi pun.. Dulu mase kat matric lagi pernah pergi medex (acara wajib Convest tiap tahun). Same je kot. Ada futsal tournament. Ada Mock Trial. Aaaaa.. mock trial. Aku pergi. RM5 tiket. Last nengok mock trial mase final sem matric, husni (my rumet mase final sem) belakun jadik ape tah. Hehe. Best. Yang kali ni pun nengok cam best je. 'Driven' tajuk die, cerita pasal sorang dak skolah ni selalu kene buli, last-last die pegi bunuh pembuli tuh. Boleh tahan la, banyak kelemahan yet banyak jugak yang dasat-dasat. Lakonan bagus. Video pun vivid, bagus. Audience sume menjerit-jerit (of course la audience yang pempuan, laki ade jerit ke?) ketaksuban nengok best sangat kawan-kawan derang belakun kat main audi malam tuh. 'Ni bukan tempat orang tudung labuh la husen' cakap kat husen. Hehe. Dengan bailif dalam cite tu gedik jalan lenggang lenggok dengan skirt fit die. Witness pun ade yang terover gedik (which is watak die mmg macam tu, dan die berjaya bawak, buat orang menyampah + geram nengok die, memang power ah die belakon), tapi yang best witness-witness dia ada characteristic yang unik, ade yang bangga dengan diri sendiri, ada yang banyak cakap, ada yang yakin pada diri sendiri tapi hakikatnya tak betul. Kreatif. Bagus. Seperti biasa, memang penuh melampau ah main audi malam tu. Berebut-rebut orang masuk. Tiket habes jual rasa nya. Boleh ke engineering buat program macam nih? Yang orang berebut-rebut nak masuk? Boleh ke? Boleh ke? Boleh ke? Aaaa.. Aiman yang bayo kan tiket aku malam tu. Ingatkan aku RM 5 ko eh? Hehe.
Pastu 3 hari - Sabtu sampai hari Isnin hari tu, kampus sebok. Sangat sibuk. Nak g kelas Aerodynamics pukul 8.30 Isnin ari tu pun susah, jammed kat bulatan depan sampai lepas engine. Siap ada orang block, parking blakang kete aku plak tu. Aku tak leh nak keluar. Ampeh tol, selambe je. Tanpa buang masa aku terus letak note selit kat wiper dia (as a complaint. Hehe), cakap please think about other people/cars when parking next time. Hehe. Tapi tu lah, memang ramai giler orang. Kat depan CAC dengan riverside toksah cakap lah. Orang pakai jubah hijau besepah-sepah amek gamba dekat-dekat situ. Bestnye da grad.. Belum turn aku lagi.. Tunggu lagi setahun nak grad, lagi 2 tahun pulak nak convo. Huuuu.. Semangat! Semangat!!
Malam ni ada Grand Munajat dekat Masjid sempena kedatangan merdeka esok. Ada munajat, baca Yassin, tahlil, ada forum 'Adakah Kita Merdeka', salah sorang speaker dia Ust Wan Sohor Bani Leman yang tersohor itu. Hehe. Best best.
Esok balik. Petang. 6.30. Hari tu tak bli tiket kat pudu pun.. Naseb baik jugak Acer PM dekat Vypres LAN cakap 'nak g mane?'. Aku jawab nak g bli tiket kat pudu tapi malas gile nak pegi. Die suggest tak yah gi pudu, bli kat Petronas Batu Caves sebelah Giant tu je, die agent Transnasional. So bli kat situ je hari tu. Hari Sabtu kot? Haaa.. lepas bli tiket tu aku terus g Convest ngan Husen. Baru ingat! Hehe. Alhamdulillah dapat tiket esok 6.30. Da nak abes jugak tiket nengok ari tuh. Huu.. Balik! Balik! Kat rumah da ade astro!!! Hehe.
p/s - astro, astro jugak, midtem FDC, DS, A/C structure usah dilupe.. isk..nak g UTM lagi Isnin Selasa nih. Aaaa.. stadi! stadi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan