Cari Blog Ini

Rabu, Julai 04, 2007

Dulu buleh set kan kat blogger, kite nak tules utk hari ape.. i.e. ari ni 4 july.. tp kite leh set kan kite nak tules 1 july walopun kite tules ari nih.. skang ni da takde ke? ke aku tak jumpe? malas nak carik.. aku tules tarikh je eh sendiri.. terima lah.. posting2 yg aku da sediekan kat rumah spanjang 2 minggu.. hehe


20 Jun 2007
Cuti Semester

Dah lame jugak aku tak duk rumah mase cuti semester. Ada je program tiap-tiap kali cuti yang 2, 3 minggu tuh. Dah dekat taun jugak kot tak habiskan cuti 2 minggu kat rumah. Paling lama pun duduk seminggu kat rumah, seminggu lagi ikot program. Dari yang international - trip to Indonesia, trip to brunei, sambut orang Indonesia datang Malaysia, sampai masuk kampung orang asli - Pos Sungai Rual kat Kelantan, Kg Husin kat Sg Siput, Perak dengan Kg Susu kat Cameron Highlands. Tak masuk lagi program Comrade lain macam program dekat Asrama Darul Falah, ASDAF (asrama dekat Damansara untuk anak-anak orang asli). Tak masuk lagi dulu ade 10 hari tour de Semenanjung pergi ke beraya kat Terengganu, Muar dengan KL.

Untuk cuti semester yang kali ni ada dapat satu, dua invitation join program macam-macam. Ajim ajak ikot program dia Bakti Siswa Rakan Muda masuk kampung kat Klang. Dein ada ajak jugak ikot program Enginius pergi Penang. Pergi Motorola tak silapnya. RM 15 je. Berminat jugak nak pergi, tapi lambat kasik confirmation kat die, seat da penuh. Takpe lah, memang niat asal nak duduk rumah pulak cuti semester nih.

So? Apa plan duduk rumah?

Tak banyak.. antaranya nak kemas bilik, sebab balik dari UIA hari tu bawak balik sekali berdozen buku-buku. Nak susun balik dekat dalam bilik, pilih mane yang penting je bawak balik UIA semula nanti. Bilik da penuh da dengan buku, kertas, file yang simpan dari seawal darjah 1. Sayang nak buang semua. Simpan.. Tapi akhirnya, buang jugak sikit-sikit. Sekarang ni bilik tgh penuh besepah dengan buku dan kertas-kertas.

Lagi?

Hmmm.. lagi ape eh? Nak jogging kat tanjung kalau buleh 3 times a week. Pagi-pagi pukul 7. Tapi da dekat seminggu duduk rumah belum start lagi jogging nih. Asek tido balik je lepas Subuh. Pastu bangun kol 11 dan ke atas plak tuh. Isk. Pagi tadi lepas Subuh ayah ada masuk bilik, 'Tido ke?' ayah tanye. 'A ah' aku jawab mudah lepas tu tido balik. Rupanya die nak ajak aku g jogging kat tanjung pagi tuh. Pukul 11.30 aku bangun baru dia cite die pegi jogging. Aaaaa... Tak ajak!! Esok pegi lagi nak ayah? Hehe.

Baru dua.. lagi apa plan ada?

Hmmmm.. Tolong ayah? Hehe. Tolong bakar sampah ke. Tolong sapu rumah ke. Tolong kemas rumah ke.

Lagi? Lagiii??

Weekend ni Puksu Nain balik sini. Mak Nor ajak ikot Puksu Nain balik ke PD, duduk rumah die satu malam. 'Boleh jugak' aku jawab. Lama da tak pegi PD. Bila last pegi PD? Raya 2001 kot? 6 tahun dah. Huhu. Boleh, boleh.. nanti boleh ikot Puksu Nain balik PD. Aaaa.. Kalau Ida ngan Mak Mok tau aku g PD tapi tak pegi gath yang derang buat nih, mampos aku. Huhu. Shhhuuuu.. Senyap! Senyap!

Ada lagi?

Ada kot.. Ingat plan nak belajar balik bahasa Arab. Ada copy file 'Kisah-kisah Nabi' dari LAN hari tu. Dalam dia ada 7 video animasi tanah liat (macam Wallace and Gromit tu) cite pasal nabi-nabi. Dalam bahasa Arab. And aku try nengok hari tu kat bilik UIA die guna bahasa Arab simple, mudah didengar, senang nak tangkap. Cara aku nak belajar balik? Aku nak nengok video tuh, sambil tu catat perkataan-perkataan yang aku dapat tangkap dan catat maksud dia (video tu ada subtitle English).

Lepas tu, masa tengah kemas-kemas buku kat bilik semalam, ade terjumpa assignment-assignment Calculus II kat matric dulu. Ingat nak buat balik kot soalan assignment tu. Buku Calculus Anton Biven Davis tu pun kebetulan ada bawak balik jugak. Bolah la sikit-sikit wat kot, nak refresh balik. Next sem ni belajar Aerodynamics. Ada banyak integration kot? Yeh? Kalau takde pun takpe, buat je latihan. It might be useful. Dalam Flight Dynamics and Control ke, dalam Aircraft Structure ke..

'All the things that you have learnt, derivatives, integration, in calculus, all are not rubbish! They are useful!' Prof Waqar cakap masa aku amik Intro to Flight mase 2nd year dulu.

Lagi.. nak menghabiskan baca novel. Ada 3 novel yang aku da beli da setahun lebih da kot? Tapi tak abes baca lagi. Yang belum abes baca - 'Inikah Cinta?' HM Tuah Iskandar. Aku suka catatan perjalanan dia ke North America dalam novel tu. Yang aku tak suke kisah fantasi dia yang nyata mencerminkan kan hidup penulis sendiri. Benci giler. Nampak macam penulis perasan dan syok sendiri. Tapi apa pun, aku blom abes baca lagi catatan perjalanan dia kat North America tu. Seronok dan jeles jugak baca. Dia pergi sekitar utara USA dengan Kanada. Pegi kampung masyarakat Amish, pergi nengok Virginia Fall up close, pegi Washington DC, macam-macam. Memang terasa macam kita sendiri nak pegi jugak lah! Seronok jugak mengembara negara orang sorang-sorang. Bila ek aku nak pegi?

Lagi satu blom abes baca - 'A Year in Merde'. Aku pun tatau kenape aku susah sangat nak menghabiskan satu novel English. Aku jeles jugak nengok semua orang bace novel Inggeris. Tapi, bape banyak aku da baca habis novel English, boleh kira. Ada la 5 buah kot seumur hidup aku. Haha! Sebenanye aku tak faham sangat (or mungkin susah nak imagine ape yang penulis maksudkan sebab perbezaan bahasa - aku kene intepret dulu baru boleh imagine, kira nya aku berfikir dalam bahasa Melayu, bukan directly berfikir dalam bahasa Inggeris). Korang yang minat novel English ni memang macam aku ke? Imagine berfikir dalam bahasa Melayu? Atau korang berfikir terus dalam bahasa Inggeris? Tapi novel 'A Year in Merde' tu cite pasal sorang mamat British ni berhijrah ke Perancis dengan niat nak mengorat French woman. Tak lama lepas aku beli buku tu tahun lepas da keluar sequel dia 'Merde Actually'. Heh. Ni pun tak abes baca lagi.

Yang aku belum start baca - 'Arca Kasih' by Norazlina Nordin. Da setahun lebih beli. Tapi tak baca-baca lagi. Aku pun tak tau kenapa aku beli. Bese aku beli novel-novel cite pasal mengembara. Macam 'Stefa Isle' dgn 'Original' mengembara kat UK, 'Mengundang Jauh' kembara dekat Timur Eropah, 'ADAM' dekat US dengan yang tengah aku baca ni 'Inikah Cinta' banyak pasal kat Kanada. Arca Kasih cite apa agak nya. Tak tau.

Ada lagi satu yang aku blom abes baca. 'From Beirut to Juressalam'. Dia bukan novel, tapi lebih kepada diari dan catatan perjalanan. Hasil tulisan Doktor dari Penang yang join Program Kemanusiaan Britain ke Palestin masa 1988 Shatila Massacare. Seperti biasa, aku malas nak baca sebab perbezaan bahasa. Heh. Yang ni lagi lama. Beli masa 1st year kat matric dulu. 2003. Da 4 tahun da. Huhu!

Hu. Da 4 da? Tadi kata 3. Heh. Lord of the Rings lagi? Two Towers dengan Return of the King due-due aku blom abes baca lagi. Tapi aku da nengok filem die yang extended (sepanjang 4 jam untuk setiap siri), da tak payah la nak bace novel, semua da ada dalam filem extended. Hehe. CUma ada jugak sikit-sikit takde dalam extended pun, macam watak Tom Bambadil. Tu hari tu aku search kat Wikipedia, dapat lah membantu memaham kan sikit. Aa.. lupa, hari tu beli 'Unfinished Tales' prequel untuk Lord of the Rings. (Sebenanye prequel LOTR are 'The Hobbit' dengan 'The Silmarillion', Unfinished Tales ni lebih awal lagi dari hobbit dengan silmarillion). Hehe. Tak paham ape bace. Tolong la someone buat movie dari novel nih kasik aku paham sikit. Huhu!

Da 7 da novel? Haha! Tak sempat nak abes kan baca cuti nih!

Waaa.. banyak nye plan.. Tapi sume plan yang indoor je.. Hehe. Takde plan jalan-jalan ke luar. He. Can I cope with the plans? Ntah lah.. Semoga cuti kali ini bermakna jua bagi aku.

Tiada ulasan: