Cari Blog Ini

Rabu, Julai 04, 2007

22 Jun 2007
Impian untuk Melawat Negara Orang

Dari kecik lagi aku da didedahkan dengan external affairs macam nih. Dulu masa kecik-kecik mak kata pernah bawak ke sempadan Siam kat Perlis. Tapi aku tak ingat langsung.

Tahun 1990 Abang Joe sepupu aku ke Washington sambung Master. Aku ikot mak ayah hantar dia. Die ada jugak hantar poskad ke rumah aku. Balik Malaysia ada jugak kasik souvenir. Aku mula terpengaruh dan mula pandai merasa jeles nengok orang pergi ke negara orang. Aku mula menanam impian, aku nak jugak ke negara orang. Nak nengok negara orang.

Tahun 1996 aku berpeluang untuk ke negara orang. Pak cik 2pupu aku, Abang Fuad kawin kat Singapura. Ayah watkan passport untuk aku, bertakhta di bawah passport ayah. Passport untuk ke Singapura sahaja. Tapi di Singapura aku hanya berada di kawasan Woodland sahaja, iaitu daerah yang paling dekat dengan Johor Bahru. Selesai majlis kawin, kami terus pulang ke Muar dengan singgah sebentar di bandar Woodland membeli coklat. Aku merajuk besar hari tu sebab tak dapat nengok Singapura betul-betul. Aku tak pegi ke city centre nengok merlion, naik bas ade gerabak macam kereta api, naik MRT (mcm LRT), tak dapat nengok city Singapore yang tepi Selat Puteri tuh. 5 tahun berlalu, passport aku pun mati tanpa pernah menjejakkan kaki lagi ke Singapura.

1996 juga, Abang ke UK sambung degree untuk 2 tahun. Die selalu hantar poskad dan pelbagai kad pade aku, tak lupe jersey MU ori die belikan aku. Pergi ke France dan belikan aku t-shirt Disneyland dan jersey PSG. Pergi ke Holland blikan kasut kayu tradisional belanda tuh. Aku semakin berjelesan sambil rasa bangga ada keluarga aku pernah sampai ke negare-negare tuh.

Tahun 1998 aku berpeluang menunaikan Haji di Makkah. 40 hari di Makkah dan 8 hari di Madinah adalah pengalaman yang sangat sangat berharga bagi aku. Sangat menakjubkan. Bukan sahaja dapat melawat tempat Islam bermula dan tempat Baginda, tapi juga dapat melihat 1001 ragam jutaan manusia yang berhimpun di sana. InshaAllah ada rezeki, aku nak sangat menziarahi ke sana lagi.

Peluang aku untuk ke negara orang lagi hanya datang 6 tahun selepas itu, tahun 2004. Plan asal adalah untuk ke Miri melawat Puksu Nain yang kerja di sana, dan Puksu akan membawa aku dan Mak Nor melawat Brunei. Tapi malangnya, Puksu ada mesyuarat di Bangkok pada hari sepatutnya aku ke Miri. Mujur juga diberitahu awal, maka aku tak perlu membuat passport untuk ke Brunei sebab Muksu hanya akan membawa kami pusing-pusing sekitar Miri.

Tahun 2005, aku mendapat berita gembira dari Tim. Tim menjemput aku menjadi salah seorang dari 5 committee untuk trip ke Indonesia anjuran Kulliyyah of Engineering. Plan asal hendak menakluk seluruh pulau Jawa iaitu ke Jakarta di barat, Bandung, Jogjakarta hingga ke Surabaya lebih 1,000 km di timur Jawa. Kesemuanya menaiki bas dan kereta api, suatu pengalaman yang aku rasa sangat-sangat tak akan dilupakan.

Tapi atas sebab budget, kami hanya berjaya untuk pergi ke Jawa Barat - Jakarta dan Bandung. November 2006 kami berlepas. 5 hari di sana adalah sangat berharga dengan pelbagai pengalaman hasil setahun planning oleh kelima-lima committee. Tahniah untuk semua!

2007, Acap akhirnya menunaikan kata-katanya untuk membawa aku ke Brunei, setelah 2 tahun kata nak bawak. Dengan plan yang sangat kalut dan sangat tak memuaskan, kami berempat berada 7 hari di Brunei (tak termasuk 2 hari di Miri). Semuanya kerana rezeki dari-Nya, beberapa tempat berjaya dilawati. Tapi sebab planning yang sangat lemah, banyak jugak tempat tak dapat pergi. Apa pun, 7 hari di sana agak memberi kesan kepada kami dengan pengalaman yang berguna.

2007 juga aku diberi peluang sekali lagi apabila trip ke Beijing oleh Kulliyyah of Engineering membuka tempat kepada semua termasuk aku. RM 2,000 tak termasuk makan. Aku tertarik jugak. Tapi sebab sepanjang 6 bulan terakhir ni aku da keluar banyak sangat duet (RM 2,000 lebih untuk Indonesia, Brunei, RM 3,000 untuk yang lain - PC baru, tuka henpon etc), aku amek keputusan tak ikot ke Beijing.

2007 sekali lagi, Aiman ajak aku ke Bandung, melawat member skola dia kat sana. Tak tau la die ajak-ajak ayam ke ape. Tapi, sebab da takde duet, aku tak ikot die ke Bandung.

Selepas ini?

Nadiah dgn Amirah da asyik push aku suh bawak derang ke Jawa lagi sekali. Tak pasti derang serius ke tak. Bunyik nye macam serius. Ajim pun nak sangat pegi ke Bandung. Korang, nak wat, wat btol-btol. Kite kene kumpul la bincang bila nak pegi, budget bape, mane nak pegi, bape lame nak pegi.

Trip ke Ethiopia by Kulliyyah of Engineering. Paticipant cum committee. November 2007. Aku salah sorang committee. Tapi aku tak sure Ethiopia ni jadik ke tak. Klo tak jadik, pergi ke mana? Klo jadik, ayah aku tak kasik pegi. Management pun berterabur, aku kecewa jugak nengok. Aku tak senang dengan management yang tak tersusun dan selalu menyimpan rahsia macam tu. Nasib baik ade Aliani yang susah payah nak jadikkan semua jadik kenyataan. Mintak maaf la Alia kadang-kadang aku kurang bagi kerjasama. Aku mengharapkan seseuatu yang tersusun dan nampak 'pasti dan meyakinkan' daripada board Ethiopia nih. Macam trip ke Indonesia hari tu. Walaupun masa da nak pegi tu kelam kabut jugak, tapi aku nampak hala tuju yang jelas yang macam Tim explain pada SEMUA committee. Kite memang dasat ek Tim? Saya memang respect ah awak sebagai program manager!

Mungkin selepas ni, trip aku seorang diri pergi. Mungkin jugak berdua. Backpack travel. Tido tepi jalan pun boleh (tak boleh kot.. hehe). Best gak macam tu.

Plan yang paling berpotensi jadik kenyataan: Tokyo - Osaka - Sendai (mungkin jugak ke Ibaraki) di Jepun. Dah bincang dengan Padil kat Sendai. Plan cantik, cuma masa je tak mengizinkan. Kena carik masa aku cuti dan Padil pun cuti. Masa yang berpotensi: September 2008 atau lepas aku grad (November 2008). Total estimated expenses: RM 3,000 (tak termasuk makan, tempat tinggal dan transport kat Jepun yang di sponsor oleh Padil)

Second most potential plan: Germany. Munich - Berlin - Salstrouz(Austria). Da bincang dengan Topek kat Munich. Plan cantik jugak. Boleh pergi even die tak cuti - aku akan jalan sendiri sorang-sorang. Tapi Topek suggest datang masa winter, tiket kapal terbang murah, lepas tu die tengah cuti, lepas tu die leh ajak men skii. Hu! Masa yang berpotensi: January - March 2008 atau January - March 2009. Total estimated expenses: RM 4,000 (tak termasuk makan, tempat tinggal dan transport kat Jerman yang di sponsor oleh Topek)

Third most potential plan: Brunei. Baru cakap-cakap kosong dengan Ayah. Abang da pesan, kalao Ayah nak pergi, cakap kat die awal-awal, biar die tempahkan tiket murah. Miri - Brunei - Kota Kinabalu. Masa yang berpotensi: Awal September 2007 atau bila-bila aku cuti semester atau cuti midtem. Hehe. Total estimated expenses: RM 300. Or maybe free - Ayah ngan Abang belanje. Hehe.

huh.. potential kunun.. mane nak carik dueettt?? Dueett? Mane nak cariiik?? Aaaaaa...

Negara lain yang aku teringin nak pegi:
Tempat (Kenapa nak pegi situ)
Seluruh Tanah Besar Britain (bangunan-bangunan lama dan suasana city dan country side)
Perancis (Paris! Kota romantik! Eiffel Tower)
Sepanyol (Alhambra, kota bekas kerajaan Islam)
Belanda (Kincir angin! Bunga-bunga especially tulip)
Switzerland (Keindahan Banjaran Alps)
Itali (Naik gondola kat Venice!)
Turkey (Masjid Biru dan budaya masyarakat Asia-Eropah)
Russia (Moscow, kehebatan kerajaan zaman perang dunia)
Mesir (Ketamadunan manusia 3000 tahun dulu)
Afrika Selatan (Masyarakat kulit putih, kulit hitam dan asia yang bercampur kat situ)
Iran (Ketamadunan Parsi dan Islam)
China (Tamadun dinasti-dinasti China)
Thailand (Budaya jauh berbeza walaupun jiran Malaysia)
Australia (Australian outback)
New Zealand (South Island, alam semula jadi)
Kanada (Suasana kampung mat salleh, alam semula jadi)
Amerika Syarikat (Tamadun masyarakat kulit putih)

Dalam Islam pun digalakkan bermusafir melihat dunia lain, nengok bangsa lain, perhati indahnya alam ciptaan Dia. Dengan tujuan untuk berfikir selepas melihat, mentafsir dan menambahkan iman kita terhadap Dia. Mudah-mudahan bagi yang berkelana di tempat orang dapat memanfaatkan masa dan peluang mereka untuk memenuhi galakan Islam ini dan sentiasa mengakui kebesaran-Nya. Mudah-mudahan tak lama lagi tiba pulak giliran aku berkelana kat tempat orang pulak...

Tiada ulasan: