Cari Blog Ini

Rabu, Julai 04, 2007

21 Jun 2007
Dekatkan Diri Pada-Nya

Tuhanku..
Daku hadir..
Daku pasrah..
Mengenangkan diri ini
Yang penuh dosa

Tuhan..
Kusedari
Namun kealpan menyelubungi
Lantas kusujud
Menyerah pada-Mu
Agar disirami cahaya kasih-Mu

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu

Tuhanku..
Kau Pengasih
Kau Pemurah
Mengurniakan daku Rahmat dan Kasih-Mu

Sungguh aku tak layak untuk syurga-Mu
Namun tak pula sanggup untuk ke neraka-Mu

Kerna itu kusujud
Menyerah pada-Mu
Agar disirami cahaya kasih

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu

Baru selangkah kurapat kepada-Mu
Seribu langkah Kau pada ku
Kutahu Pengampunan-Mu melangit tinggi
Engkaulah.. Engkaulah..

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu..

'Ku Hadir Pada-Mu' oleh Mirwana.

Kita selalu ada banyak masa untuk makan minum.
Kadang-kadang habis berjam-jam makan kat NZ Curry House Wangsa Maju sambil nengok astro kat screen besar die.
Kita selalu ada masa untuk tidur.
Tak cukup tidur malam, kita tidur siang.
Kadang-kadang lepas Subuh tidur sampai nak dekat tengahari.

Kita selalu ada masa untuk keluar berhibur.
Kita boleh luangkan masa nak nengok Transformers yang nak kuar tak lama lagi kat KLCC.
Bukannya amek masa 2 jam movie je, tapi nak beratur beli tiket?
Tempoh perjalanan nak tunggu LRT, bersesak dalam LRT?
Nak dekat setengah hari amek masa.

Kita ada masa nak surf LAN kat mahallah.
Ada masa godek satu-satu PC orang dalam LAN.
Terjumpa video best, kita nengok.
Sampai 4 jam straight menghadap PC pun boleh.

Kita selalu ada masa untuk siapkan assignment kita.
Tak sempat buat semalam, hari ni pagi-pagi kita bangun awal siapkan.
Kalau malas bangun awal, sejam sebelum hantar pun kita boleh luangkan masa tiru assignment orang.

Tapi kita ada tak luangkan masa untuk Dia?
setiap hari ada tak kita spare time kita untuk Dia?
Kalau ada, berapa lama yang kita spare?
5 minit untuk setiap solat Fardhu?
satu hari baru 25 minit.. Cukup ke?
Kita perlu mengingati Dia sepanjang masa.Adakah kita mengingati Dia? Sentiasa?

Sentiasa mengingati Dia, kaitkan segala kejadian dengan Kebesaran Dia sambil memuji Dia, agar kita boleh sentiasa mengingati Dia.InshaAllah.
Lepas memuji Dia dan sentiasa mengingati Dia, jangan lupa sentiasa mintak perlindungan Dia.Minta kita sentiasa dekat dengan Dia.Minta apa yang baik untuk kita.Mudah-mudahan kita sentiasa dekat dengan Dia.Amin..

Tiada ulasan: