22 Jun 2007
Progress Report
Jogging
Hari ini berjaya jugak aku kuatkan semangat nak jogging pepagi. Dah lame aku tak jogging pepagi nih. Bila last aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat antara attemp baru aku tahun 2005. Sekali Haitham tidur bilik aku konon tak nak kasik aku tidur lepas Subuh. Last-last die pegi jogging sorang-sorang. Aku tidur. Sebelum tu aku melawat matric, Nazri ada situ lagi, plan dengan dia nak g jogging kat UM pagi-pagi. Sampai masanya dua-dua tidur.
Lepas-lepas tu aku tak penah nak cube pun bangun pegi jogging lepas Subuh. Haha. Pagi tadi aku berjaya. Aku pergi dengan Ayah dengan Mak Cik kat tanjung. Untuk yang tak tahu, tanjung tu pusat rekreasi kat Muar, tepi sungai, view yang cantik, angin pun tiup lembut. Sampai pukul 7.30 pagi dekat tanjung. Ramai. Kereta banyak parking kiri kanan jalan.
Ayah dengan Mak Cik jalan kaki, exercise kaki. Aku pulak lepas warming up terus jogging. Ramai, lebih seratus orang ada kat tanjung tuh. Ramai Cina. 90% kot? Banyak orang tua-tua suma. 'Ramai cikgu pencen..' kata Ayah. So banyak yang jalan, jalan laju. Tak ramai yang jogging. Kadang-kadang terase macam aku sorang je jogging. Hehe. Yang muda-muda? Ada. Tapi tak ramai. Sangat tak ramai relatively.
Jogging sepanjang waterfront tepi sungai tuh. Ayah kata ada dalam setengah km jugak. Pegi balik da 1km. Semput gak nak pusing due, tige kali. Hehe. Dekat tengah-tengah tanjung ada dataran. Kat dataran tu banyak la group-group tai chi. Tadi yang aku pasan ada 3 group tai chi, satu group wushu (siap ada main pedang wooo!! Uuuu). Da lepas penat jogging tepi sungai tuh aku jogging pusing-pusing dataran tuh. Semua cina aku nengok dalam group tuh. Cuma ada satu group depan pentas dataran tu ada sorang pakai tudung. Mak cik. Lepas da pusing-pusing 4,5 kali, aku benti belakang group yang ada mak cik tuh, try ikot, jauh kat blakang.
Mula-mula saja nak suka-suka je, ikot dari belakang. Sebab aku pk, bagus jugak ada gerak-gerak kan anggota badan lain, dari asek jogging kaki je yang gerak, nak wat senamrobik sendiri tak reti. Tapi ade nyonya kat row belakang group tu ajak aku masuk join the group.
'Mari sini sebelah, ikot!'
Baik auntie tuh. Dia ajar aku macam-macam jugak. Walaupun ada instructor ajar kat depan, tapi aku tak nampak movement yang kecik-kecik. Kalau nampak gerak kaki, aku nampak gerak kaki je. Tapi rupa nya ada kene tekan peha dengan jari la, kena bengkok kaki la macam-macam.
'Bukan itu macam, kaki kene goyang punya.. Haaa.. itu macam!'
'Tangan kene kasik hayun belakang ar? Aaa.. itu macam!'
'Ini kene tekan punya.. tekan dekat tangan pakai jari. Aa.. itu macam!'
'Aiya! You tak goyang kaki! Mana boleh! Kasik goyang lo!'
Bila aku terasa nak benti, nak kuar, auntie tu tak kasik 'Nanti.. nanti.. ada lagi punya'
Aku join sampai habis akhirnya. Penat siot! Dia macam senamrobik. Ada lagu Cina. Seronok jugak, tai chi dia ikot beat lagu. Aku ingat tai chi gerakan dia slow.. tolak tangan ke kiri.. tolak tangan ke kanan.. Hehe. Maybe ni tai chi yang jenis rancak kot? (Tapi takde la rancak sangat, slow jugak kadang-kadang) Dia banyak teknik yang nak lancarkan perjalanan darah. Tu yang kene tekan jari pada certain part of body. Banyak tepuk-tepuk badan. Banyak henjut-henjut kaki (tu yang auntie tu suh 'kaki kasik goyang punya' hehe). Selalu kiraan senamrobik sampai 8 kan? Yang aku ikot ni tak tau bape. Dia kira dalam Cina, aku tak ikot kira. Banyakkk.. Sampai kadang-kadang da tak larat nak buat. Nanti pegi jogging lagi boleh ikot group tu lagi.
Sampai pukul 8.30. Seronok! Lepas ni nak jogging 3 kali seminggu! Bukan sahaja menyihatkan badan, malah melatih saya untuk tak tidur selepas Subuh. Hehehehe. Semangat!!
Tolong Ayah
Ada! Tadi menyapu satu rumah! Hehe.
Bahasa Arab
Da dapat kumpul lebih 30 perkataan dari cite Nabi Ayub petang tadi. Walaupun dekat semuanya dah tau, tapi takpe, refresh. At least dapat jugak tau cemane perkataan tu die gunakan dalam ayat-ayat dalam cite tuh.
Novel
Baru gerak 50 muka 'Inikah Cinta'. Payah tol nak gerak sekaligus banyak. Mesti rase boring, ngantuk. Aaaa.. Jap lg nak tidur baca lagi.
PD
Puksu tak jadik balik Muar. So Mak Nor ajak kite sendiri pergi ke PD. Pagi Sabtu nanti pergi inshaAllah. Balik Muar semula hari Ahad.
p/s - teringat dulu selalu jogging dekat matric. Kalau malas, jogging keliling matric, pusing keliling rumah orang kaya-kaya kat seksyen 16 situ. Kalau lalu depan umah cina yang ada anjing, especially bila anjing-anjing tu keluar betenggek kat tembok pagar rumah tuan dia, huhu, kadang-kadang sampai takut nak lalu depan rumah tuh! Ada anjing yang lagi besooo dari aku pun ade! Haha! Kalau rajin, jogging ke UM (biasanya pagi-pagi, petang selalu tak sempat, jauh). Pukul 7 pagi start. Nak jogging dari matric ke pintu masuk UM tu da 15 minit. Selalu ikot route ke library, then lalu depan Perdana Siswa, jogging mendaki ke Dewan Chancelor, (kalau sempat dan tak penat, menghala ke AAJ ngan Pasum, lagi atas) lepas tu turun menghala ke Masjid Rahman kat pintu masuk lagi satu. Lepas tu pusing kanan menghala ke tasik. Biasanya sampai sini da benti jogging, penat, da setgh jam lebih jogging. Lagipun masa ni da sampai kawasan rekreasi dengan sport, banyak court dekat sini. Ramai yang jogging. Ramai main tenis, basketball. Lalu tasik, nengok orang main kayak. Ada jugak satu, dua couple duk merendek blakang-blakang pokok kat tasik tuh (kalau jogging petang). Geleng kepale. Lepas tu lalu blakang Perdana Siswa menghala semula ke pintu utama. Biasanya da tak akan jogging balik da lepas benti kat Masjid Rahman tadi. Sampai la ke matric bejalan kaki. Pukul 8.30 pagi sampai, terus sarapan roti canai kat UKC. Hehe. Sonok! Skang kat jalan kat situ da sebok da nengok. Ada banyak construction jalan raya, wat flyover atas roundabut antara matric dengan UM tuh. Bahaya nak jogging kat situ sebab pavement tempat jalan kaki pun da pecah untuk construction tuh. Takde kaki lima. Heyy.. teringin nak jogging lagi kat matric.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan