Cari Blog Ini

Jumaat, Julai 27, 2007

'A Drop of the Ocean'



A person asked Mother Theresa, 'Why did you do all the things for the poor, treat their wounds on the dirty street of the Calcutta, when you can do much more bigger good things. The thing that you did there is just like a drop of the ocean'.

Mother Theresa replied with a smile, 'If I did not do all that, then the ocean will be one drop less,'

In Islam, there so many good things that we can do. Even meeting your brothers with a smile is a charity. Throwing of stones from the road is a charity. There lots more good things, act of mahmudah that we all can do.

You can fool yourselves, you can fool others, but you can never ever fool Allah. No matter where you would run, Allah Sees you everywhere, Knows what you do. Observe your doings, dont forget to pray when its time, and be good.


Idris Tawfiq main auditorium e3 iium 26 July 2007

Rabu, Julai 04, 2007

2 Julai 2007
Progress Report 2

Nampaknye jauh cume certain plan je yang aku teruskan wat. Yang lain tak wat pun.

Pergi PD
2 hari 1 malam. lama tak pegi rumah Puksu Nain, PD pun da lame tak pegi. Puksu bawak gi pusing-pusing pekan PD, jalan-jalan Seremban 2. Yang paling penting pergi mandi pantai. Da lame gile tak mandi pantai. Sonokk.

Jogging
Baru 2 kali. Banyak kali tertangguh sebab hujan, rumah ade wat wiring. Due-due kali jumpe org yang hampir sama. Ada apek duk kat celah pokok wat senaman sorang-sorang. Ade amoi asek jalan lajuu pastu selalu cek masa kat jam tangan dia. Ade mak cik yang asek seeeeeenyuumm aje pusing-pusing keliling dataran jalan kaki. Ade pak cik pakai cap asek turun naik tangga kat pentas dataran tuh. Hehe. Orang-orang yang same je sume.

Tolong ayah
Ade. Sikit-sikit ade. Semalam tumbangkan 2 pokok jenis palm kat depan rumah. Da tinggi mengganggu wayar letrik ngan tepon. Tinggi gak pokok. Sampai kene letak cone merah kat tepi jalan, takut pokok hempap kete yang lalu lalang. Hehe.

Bahasa Arab
Tak gerak langsung sejak ari tu. Huh.

Novel
Same. Static. Malas ah nak bace-bace nih. Apsal tah. Satu bende je yang aku suke bace mase cuti nih - surat khabar. Hehe.

Blaja calculus
Blajar lah sangat. Haha. Tak bukak langsung buku Anton Biven Davis yang aku kate nak study balik tuh. Bilik pun besepah-sepah lagi lom abes kemas ngan buku-buku ketas-ketas sume. Da 2 minggu da. Takde mud nak kemas.

Hal-hal berbangkit
Pergi Batu Pahat
Ni pun satu lagi tempat yang da lame gile tak g. Memang da lame melampau ah. Bile last? Time-time skolah dulu kot? Jalan-jalan ngan dak-dak skolah. Gi Summit men boling (dulu Muar lom ade boling). Kali ni pergi ke Pacific Mall. Baru bukak. Aku tau baru bukak sebab iklan die ade kat depan rumah aku. Signboard besaaarr kat depan rumah 'Pacific Kini di buka'. Macam la Pacific tu 2,3 km je dari rumah aku. Huhu. 50km ade la! Jauh betul die g letak signboard.

Besar boleh tahan Pacific. Boleh kate Mall yang paling besar belah utara Johor. Tapi takde ape sangat pun. Banyak lot kedai lom bukak. Pusing-pusing, kejap je pastu balik. Balik singgah rumah Makngah. Lame tak jumpe Makngah.

Menonton Televisyen
Ni je la bende yang paling banyak aku wat cuti nih. Asek duk depan TV je. Ada jugak la bende-bende menarik yang aku nengok.

Antara yang best aku nengok;

Lara Croft due-due movie aku lom pnah ngk walopun ade CD die kat rumah. Tapi due-due nengok kat TV3 ari tuh.

'Malang Hari Kerana Hati' (lupa da tajuk die, aku men agak je). Zul Yahya, M Rajoli. Best. Cite pasal sorang mamat nih susah btol nak bangun pagi. Selalu lambat pegi keje (kol 12 baru sampai ofis. sampai kene bagi warning yang ke-100 oleh Boss die). Bini die pulak dah fed up asek nak kejut laki die subuh sepanjang 10 tahun kawen. Tak bangun-bangun plak tuh. Selalu die tinggal je laki die, die terus pegi keje sendiri. Last-last bini die tinggalkan btol-btol, g lari rumah mak, nak asingkan diri dari suami. Pastu kete die kene tarek, tak baya 6 bulan (takde duet, gaji asek setengah hari je sbb asek datang lambat). Rumah die terbakar, lilin sambar langsir mase tgh takde karen. Last-lasti die balik umah ayah die, ayah die nasehat, lateh die supaye leh bangun pagi, solat Subuh, perbaiki diri. 'Solat Subuh tu penting, sebab die solat yang pertama dan membawa berkat kepade seluruh hari tu, dari pagi, sampai malam'. Bagus cite nih. Watak die sikit sebanyak mencerminkan aku sendiri. Susah nak bangun pagi. Aku cube cuti nih nak bangun pagi, boleh, cume masalahnye lepas solat Subuh mesti aku tido balik, sampai kol 10, 11. Aku cube perbaiki.. takmo tido lepas Subuh..

'Aku Ingin Terbang'. Ni yang terbaik ah. Drama Melayu terbaik bagi aku. Sedap gile cite die. Cite pasal sorang gadis buta, abused oleh pakcik die yang jage sebab mak ayah die da takde. Die lari pegi kat makcik die yang lain. Makcik die ni plak jage anak sedare die yang yatim piatu jugak, laki, Solo name die, yang carik duet main gitar kat Pasar Seni. Solo plak bele Akmal, sorang dak kecik yang lari dari rumah sbb kene dera ngan mak tiri die. So derang berempat duduk satu rumah. Macam satu famili, duduk kat rumah kampung kat Kg Baru. Memang macam satu famili yang happy ah.

Gadis buta tuh obses nak nengok rama-rama sbb mak die dulu selalu cite kat die rama-rama ni cantek. 'Saye tak pernah nengok rama-rama, tapi saye tau die mesti cantik. Kalau saye dapat nengok beluncas pun jadik lah!'. Pempuan tu jugak penuh dengan impian hidup, cite-cite die tinggi, Solo plak ade bakat, tapi takde impian langsung. Akmal bijak, tapi ayah die lari tinggalkan mak die, die kene abused, so Akmal nak sangat carik mak die.

Pempuan buta tu cakap 'Tuhan Maha Adil kan? Die ciptakan baik ngan buruk, untung ngan rugi.. macam saye, tak pernah dapat nak nengok mak ayah saye, tapi saye dapat kasih sayang mak walaupun sekejap.. Akmal, die pernah nengok mak die, tapi, die tak dapat kasih sayang mak.. Saye ade impian, cita-cita, tapi, saye tak mampu nak capai sebab keadaan saye nih.. Abang Solo pulak ade bakat besar, boleh wat lagu sedap, boleh nyanyi, main gitar, tapi Abang Solo takde impian pun..'.

Solo insaf dengar kate mcm tu. Die fikir.. lepas tu die mule wat lagu.. gune lirik yang pempuan tu buat 'Macam mana ko buleh wat lirik, tapi tak leh tules?' Solo tanye. '(Tersenyum..) Abang Solo tau tak, dalam otak manusia nih, ade satu bahagian yang simpan suuuuume bende yang kite lihat. Tapi kalo orang macam saya, saye gune bahagian tu untuk simpan suuuumee bende yang saye dengar. Saye dengar sekeliling saye.. saye simpan, sebab tu saye buleh wat lirik..'.

So die berdue ngan Akmal sekali, same-same main muzik dan menyanyai kat CM sampai derang ni jadi femes, ade ramai jemput derang perform kat majlis kawen, siap ade satu magazine nih interview derang. Derang mule dapat duet sikit. Bile pempuan tu dapat duet, pakcik yg abuse die dulu dengar cite, die terus carik dak pempuan nih, mintak duet. Pempuan tu takut, die kasik duet. Bile kene hasut ngan member jahat die, pakcik ni pun culik pempuan nih, simpan kat satu rumah kosong. Pastu mintak duet kat Solo RM10 ribu. Mase nak amek duet tuh, die tglkan pempuan tu sensorang, pempuan tu pun lari dari rumah kosong tuh. Orang buta, nak lari mane sorang-sorang? Pempuan tu pun eksiden (selalu cite Melayu nye eksiden mesti bodo-bodo nye eksiden, tp cite nih scene eksiden yang agak real gak ah bagi drama Melayu). Solo ngan Akmal tejumpe die esksiden, panggil ambulan.. 'Saye nampak tempat yang cantiiiiiikkk sangat.. ade rama-rama!' pempuan tu cakap dalam alat bantuan penafasan dalam ambulan sambil tersenyum menangis. Tak lame lepas tu pempuan tu pun meninggal..

Last die tunjuk pempuan tu kat satu tempat yang luas kat lereng bukit. Ade pokok besar sebatang. Cantik tempatu tuh. Ada rama-rama sekor datang terbang dekat die. Die gembire. Lepas tu tunjuk Solo ngn Akmal belek-belek baju kurung ade corak rama-rama yang derang nak hadiahkan pade pempuan tuh. Sedih siot. Best gile. Kalo ade ulangan kat TV lagi lepas ni, aku rekemen, nengok ah. Banyak pengajaran dalam cite nih. Aku nak cite ade dialog-dialog die bagus, ade pengajaran, tapi banyak aku da lupe. Lakonan pun tak mengecewekan, ade hairi othman. Skrip tak skema macam cite gerak khas, skrip die nih mmg vivid. Solo pun pandai blakun. Pempuan bute tu pandai. Mak cik tu pandai. Akmal pun pandai blakun. Nampak vivid. Memang best ah!
24 Jun 2007
Mari kita muhasabah diri kita

Sebelum tu nak cakap. Kadang-kadang orang baca blog aku ni banyak bahasa Melayu ada orang menganggap blog aku tak cool. Blog aku skema. Mungkin ada yang anggap tulis dalam English orang lagi ramai suke bace. Bukan aku tak reti tulis dalam English. Bukan jugak aku tak suke English. Aku suka belajar bahasa asing. Cuma aku nak memartabatkan bahasa ibunda aku. Kalau tak aku, orang Melayu, siapa lagi nak martabatkan. Oleh sebab itu aku sedaya mampu cuba untuk meng'cool'kan bahasa Melayu dalam blog nih, dan juga mencampurkan satu, dua perkataan English supaya korang pembaca selesa baca, tanpa merosakkan sangat bahasa tuh. Kalau terase skema tuh, harap abaikan aje. Yang penting isi. Lagipun, aku suka berjurnal, bukan berdiari. Tu sebab kadang-kadang panjang.

Hari ni aku sms ramai kawan-kawan. Tanya pendapat derang pasal aku. Tak ramai yang balas. Ada 5 orang je balas. Setakat nih.

'Treat sume kawan2 same. Excited bila wat sumthing yg minat. Ade leadership tp more to a follower. Manja'

'Menipu. Supportive'

'Manja. Seorang yang lurus. Mudah berkomunikasi. Mudah down tp still di peringkat yang ok'

'Bertanggungjawab. Ada ciri pemimpin tapi tak cukup tegas. Kdg2 tak pandai cakap 'tidak' kat org lain. Manja'

'Selamber dan senang - senang nak keje bersama, senang nak bergurau bersama'

Ada sesetengahnya aku memang sedar dan aku sendiri tau tu tak bagus, tapi aku sendiri tatau cemane nak ubah. Macam 'seorang yang lurus' tuh. Betul. Aku sedar. Aku mengiyakan apa sahaja tanpa selalu berfikir panjang. Jarang sekali aku berfikir sebelum jawab 'ya' atau 'boleh' untuk soalan atau permintaan. 'tak pandai cakap 'tidak' kat orang lain' tu pun parah jugak. Aku menyerahkan segala-gala bila sesape mintak something dari aku. Dan selalunya orang pijak aku balik dengan selalu tak pulang, pulang lewat. Aku tak pandai carik alasan tak nak kasik walaupun aku pandai 'menipu'.

Lepas ni kene berhati-hati, jangan terburu-buru membuat keputusan. Fikir dulu apa sebab dan akibat.

'Mudah down' tu pun merisaukan aku. Bende tu betambah-tambah jadi. 'Kualiti' down tu aku tak bape risau.. macam dalam sms tu cakap 'still diperingkat yang ok', tapi sebab 'mudah'nya aku down, menyebabkan sampai perkare kecik pun aku jadik down. Aku risau perkembangan mcm tu. Huhu! Aku mudah jeles dengan banyak bende. Aku mudah frust dengan semue bende yang aku nak tp aku tak dapat.

Lepas ni kene selalu bersabar, tak buleh fikirkan sesuatu bende tuh, terlalu mendalam. Yang da lepas, biarkan disimpan, yang akan datang ni yang perlu kita cari.

'Ade leadership tp more to a follower', 'Ciri pemimpin ade tapi tak cukup tegas'. Aku tak risau kot? Sebab aku memang tak rasa aku boleh jadi pemimpin, kecuali pemimpin keluarga yang memang wajub. Hehe. Ke mmg patut aku risaukan? Aku memang dapat rasa aku punya suara jarang didengar (dipatuhi) oleh ramai anak buah bila aku jadik ketue sesuatu team. Memang tak tegas kot? Muka pun muka tak bengis. Hehe. Em. Bila nak bagi arahan, aku terlalu kesian kat anak buah. Bila anak buah bg alasan, aku dengan mudah kate 'oo? takpe' (ni da libatkan peribadi 'tak pandai cakap tidak' aku nih). Aku cuma taknak ada yang bermasam muka dalam team aku. Bukan tak nak tegas. Mungkin jugak aku kene berubah.

Lepas ni kene tengok keadaan yang sesuai untuk berlaku tegas.

Tu kawan-kawan cakap. Famili? Dulu aku seorang yang bukan family-oriented. Masa membesar, umur 12 - 17 tahun, famili aku tak berapa menggembirakan, banyak krisis berlaku berbanding kisah manis. Kena pulak masa tu tgh gelodak remaja. Dalam hati aku memberontak, 'Kenape keluarge aku mcm nih?'. Berdose aku. Bila da besar sikit, da jumpe kawan-kawan asrama, selalu buat aku ketawe dan gembire, aku buat tak kesah dengan keluarga aku, sampai kene tegur dengan Ayah. Sejak tu aku mula berfikir. Setiap orang ada rezeki masing-masing (ade keluarga elok, ade yang tak bape elok). Kite kene pandai cari jalan untuk memperbaiki keluarge kite kalo keluarge kite tak bape elok.

Time kasih pada orang Jalan Drummond. Die da banyak tunjukkan cara nak appreciate famili, merapatkan famili melalui kisah-kisah die dan famili dia =). Skang nih tengah berusehe, nak menghargai famili. Cuba nak rapatkan hubungan famili. Selain dari hari raya, famili azimin da bertahun-tahun tak berkumpul makan bersama. Da bertahun-tahun tak keluar jalan bersama. Walaupun suara paling tidak didengari sebagai anak bongsu, azimin akan tetap mencuba menyuarakan cadangan untuk bersama =)
22 Jun 2007
Progress Report

Jogging
Hari ini berjaya jugak aku kuatkan semangat nak jogging pepagi. Dah lame aku tak jogging pepagi nih. Bila last aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat antara attemp baru aku tahun 2005. Sekali Haitham tidur bilik aku konon tak nak kasik aku tidur lepas Subuh. Last-last die pegi jogging sorang-sorang. Aku tidur. Sebelum tu aku melawat matric, Nazri ada situ lagi, plan dengan dia nak g jogging kat UM pagi-pagi. Sampai masanya dua-dua tidur.

Lepas-lepas tu aku tak penah nak cube pun bangun pegi jogging lepas Subuh. Haha. Pagi tadi aku berjaya. Aku pergi dengan Ayah dengan Mak Cik kat tanjung. Untuk yang tak tahu, tanjung tu pusat rekreasi kat Muar, tepi sungai, view yang cantik, angin pun tiup lembut. Sampai pukul 7.30 pagi dekat tanjung. Ramai. Kereta banyak parking kiri kanan jalan.

Ayah dengan Mak Cik jalan kaki, exercise kaki. Aku pulak lepas warming up terus jogging. Ramai, lebih seratus orang ada kat tanjung tuh. Ramai Cina. 90% kot? Banyak orang tua-tua suma. 'Ramai cikgu pencen..' kata Ayah. So banyak yang jalan, jalan laju. Tak ramai yang jogging. Kadang-kadang terase macam aku sorang je jogging. Hehe. Yang muda-muda? Ada. Tapi tak ramai. Sangat tak ramai relatively.

Jogging sepanjang waterfront tepi sungai tuh. Ayah kata ada dalam setengah km jugak. Pegi balik da 1km. Semput gak nak pusing due, tige kali. Hehe. Dekat tengah-tengah tanjung ada dataran. Kat dataran tu banyak la group-group tai chi. Tadi yang aku pasan ada 3 group tai chi, satu group wushu (siap ada main pedang wooo!! Uuuu). Da lepas penat jogging tepi sungai tuh aku jogging pusing-pusing dataran tuh. Semua cina aku nengok dalam group tuh. Cuma ada satu group depan pentas dataran tu ada sorang pakai tudung. Mak cik. Lepas da pusing-pusing 4,5 kali, aku benti belakang group yang ada mak cik tuh, try ikot, jauh kat blakang.

Mula-mula saja nak suka-suka je, ikot dari belakang. Sebab aku pk, bagus jugak ada gerak-gerak kan anggota badan lain, dari asek jogging kaki je yang gerak, nak wat senamrobik sendiri tak reti. Tapi ade nyonya kat row belakang group tu ajak aku masuk join the group.

'Mari sini sebelah, ikot!'

Baik auntie tuh. Dia ajar aku macam-macam jugak. Walaupun ada instructor ajar kat depan, tapi aku tak nampak movement yang kecik-kecik. Kalau nampak gerak kaki, aku nampak gerak kaki je. Tapi rupa nya ada kene tekan peha dengan jari la, kena bengkok kaki la macam-macam.

'Bukan itu macam, kaki kene goyang punya.. Haaa.. itu macam!'

'Tangan kene kasik hayun belakang ar? Aaa.. itu macam!'

'Ini kene tekan punya.. tekan dekat tangan pakai jari. Aa.. itu macam!'

'Aiya! You tak goyang kaki! Mana boleh! Kasik goyang lo!'

Bila aku terasa nak benti, nak kuar, auntie tu tak kasik 'Nanti.. nanti.. ada lagi punya'

Aku join sampai habis akhirnya. Penat siot! Dia macam senamrobik. Ada lagu Cina. Seronok jugak, tai chi dia ikot beat lagu. Aku ingat tai chi gerakan dia slow.. tolak tangan ke kiri.. tolak tangan ke kanan.. Hehe. Maybe ni tai chi yang jenis rancak kot? (Tapi takde la rancak sangat, slow jugak kadang-kadang) Dia banyak teknik yang nak lancarkan perjalanan darah. Tu yang kene tekan jari pada certain part of body. Banyak tepuk-tepuk badan. Banyak henjut-henjut kaki (tu yang auntie tu suh 'kaki kasik goyang punya' hehe). Selalu kiraan senamrobik sampai 8 kan? Yang aku ikot ni tak tau bape. Dia kira dalam Cina, aku tak ikot kira. Banyakkk.. Sampai kadang-kadang da tak larat nak buat. Nanti pegi jogging lagi boleh ikot group tu lagi.

Sampai pukul 8.30. Seronok! Lepas ni nak jogging 3 kali seminggu! Bukan sahaja menyihatkan badan, malah melatih saya untuk tak tidur selepas Subuh. Hehehehe. Semangat!!


Tolong Ayah
Ada! Tadi menyapu satu rumah! Hehe.


Bahasa Arab
Da dapat kumpul lebih 30 perkataan dari cite Nabi Ayub petang tadi. Walaupun dekat semuanya dah tau, tapi takpe, refresh. At least dapat jugak tau cemane perkataan tu die gunakan dalam ayat-ayat dalam cite tuh.


Novel
Baru gerak 50 muka 'Inikah Cinta'. Payah tol nak gerak sekaligus banyak. Mesti rase boring, ngantuk. Aaaa.. Jap lg nak tidur baca lagi.


PD
Puksu tak jadik balik Muar. So Mak Nor ajak kite sendiri pergi ke PD. Pagi Sabtu nanti pergi inshaAllah. Balik Muar semula hari Ahad.


p/s - teringat dulu selalu jogging dekat matric. Kalau malas, jogging keliling matric, pusing keliling rumah orang kaya-kaya kat seksyen 16 situ. Kalau lalu depan umah cina yang ada anjing, especially bila anjing-anjing tu keluar betenggek kat tembok pagar rumah tuan dia, huhu, kadang-kadang sampai takut nak lalu depan rumah tuh! Ada anjing yang lagi besooo dari aku pun ade! Haha! Kalau rajin, jogging ke UM (biasanya pagi-pagi, petang selalu tak sempat, jauh). Pukul 7 pagi start. Nak jogging dari matric ke pintu masuk UM tu da 15 minit. Selalu ikot route ke library, then lalu depan Perdana Siswa, jogging mendaki ke Dewan Chancelor, (kalau sempat dan tak penat, menghala ke AAJ ngan Pasum, lagi atas) lepas tu turun menghala ke Masjid Rahman kat pintu masuk lagi satu. Lepas tu pusing kanan menghala ke tasik. Biasanya sampai sini da benti jogging, penat, da setgh jam lebih jogging. Lagipun masa ni da sampai kawasan rekreasi dengan sport, banyak court dekat sini. Ramai yang jogging. Ramai main tenis, basketball. Lalu tasik, nengok orang main kayak. Ada jugak satu, dua couple duk merendek blakang-blakang pokok kat tasik tuh (kalau jogging petang). Geleng kepale. Lepas tu lalu blakang Perdana Siswa menghala semula ke pintu utama. Biasanya da tak akan jogging balik da lepas benti kat Masjid Rahman tadi. Sampai la ke matric bejalan kaki. Pukul 8.30 pagi sampai, terus sarapan roti canai kat UKC. Hehe. Sonok! Skang kat jalan kat situ da sebok da nengok. Ada banyak construction jalan raya, wat flyover atas roundabut antara matric dengan UM tuh. Bahaya nak jogging kat situ sebab pavement tempat jalan kaki pun da pecah untuk construction tuh. Takde kaki lima. Heyy.. teringin nak jogging lagi kat matric.
22 Jun 2007
Impian untuk Melawat Negara Orang

Dari kecik lagi aku da didedahkan dengan external affairs macam nih. Dulu masa kecik-kecik mak kata pernah bawak ke sempadan Siam kat Perlis. Tapi aku tak ingat langsung.

Tahun 1990 Abang Joe sepupu aku ke Washington sambung Master. Aku ikot mak ayah hantar dia. Die ada jugak hantar poskad ke rumah aku. Balik Malaysia ada jugak kasik souvenir. Aku mula terpengaruh dan mula pandai merasa jeles nengok orang pergi ke negara orang. Aku mula menanam impian, aku nak jugak ke negara orang. Nak nengok negara orang.

Tahun 1996 aku berpeluang untuk ke negara orang. Pak cik 2pupu aku, Abang Fuad kawin kat Singapura. Ayah watkan passport untuk aku, bertakhta di bawah passport ayah. Passport untuk ke Singapura sahaja. Tapi di Singapura aku hanya berada di kawasan Woodland sahaja, iaitu daerah yang paling dekat dengan Johor Bahru. Selesai majlis kawin, kami terus pulang ke Muar dengan singgah sebentar di bandar Woodland membeli coklat. Aku merajuk besar hari tu sebab tak dapat nengok Singapura betul-betul. Aku tak pegi ke city centre nengok merlion, naik bas ade gerabak macam kereta api, naik MRT (mcm LRT), tak dapat nengok city Singapore yang tepi Selat Puteri tuh. 5 tahun berlalu, passport aku pun mati tanpa pernah menjejakkan kaki lagi ke Singapura.

1996 juga, Abang ke UK sambung degree untuk 2 tahun. Die selalu hantar poskad dan pelbagai kad pade aku, tak lupe jersey MU ori die belikan aku. Pergi ke France dan belikan aku t-shirt Disneyland dan jersey PSG. Pergi ke Holland blikan kasut kayu tradisional belanda tuh. Aku semakin berjelesan sambil rasa bangga ada keluarga aku pernah sampai ke negare-negare tuh.

Tahun 1998 aku berpeluang menunaikan Haji di Makkah. 40 hari di Makkah dan 8 hari di Madinah adalah pengalaman yang sangat sangat berharga bagi aku. Sangat menakjubkan. Bukan sahaja dapat melawat tempat Islam bermula dan tempat Baginda, tapi juga dapat melihat 1001 ragam jutaan manusia yang berhimpun di sana. InshaAllah ada rezeki, aku nak sangat menziarahi ke sana lagi.

Peluang aku untuk ke negara orang lagi hanya datang 6 tahun selepas itu, tahun 2004. Plan asal adalah untuk ke Miri melawat Puksu Nain yang kerja di sana, dan Puksu akan membawa aku dan Mak Nor melawat Brunei. Tapi malangnya, Puksu ada mesyuarat di Bangkok pada hari sepatutnya aku ke Miri. Mujur juga diberitahu awal, maka aku tak perlu membuat passport untuk ke Brunei sebab Muksu hanya akan membawa kami pusing-pusing sekitar Miri.

Tahun 2005, aku mendapat berita gembira dari Tim. Tim menjemput aku menjadi salah seorang dari 5 committee untuk trip ke Indonesia anjuran Kulliyyah of Engineering. Plan asal hendak menakluk seluruh pulau Jawa iaitu ke Jakarta di barat, Bandung, Jogjakarta hingga ke Surabaya lebih 1,000 km di timur Jawa. Kesemuanya menaiki bas dan kereta api, suatu pengalaman yang aku rasa sangat-sangat tak akan dilupakan.

Tapi atas sebab budget, kami hanya berjaya untuk pergi ke Jawa Barat - Jakarta dan Bandung. November 2006 kami berlepas. 5 hari di sana adalah sangat berharga dengan pelbagai pengalaman hasil setahun planning oleh kelima-lima committee. Tahniah untuk semua!

2007, Acap akhirnya menunaikan kata-katanya untuk membawa aku ke Brunei, setelah 2 tahun kata nak bawak. Dengan plan yang sangat kalut dan sangat tak memuaskan, kami berempat berada 7 hari di Brunei (tak termasuk 2 hari di Miri). Semuanya kerana rezeki dari-Nya, beberapa tempat berjaya dilawati. Tapi sebab planning yang sangat lemah, banyak jugak tempat tak dapat pergi. Apa pun, 7 hari di sana agak memberi kesan kepada kami dengan pengalaman yang berguna.

2007 juga aku diberi peluang sekali lagi apabila trip ke Beijing oleh Kulliyyah of Engineering membuka tempat kepada semua termasuk aku. RM 2,000 tak termasuk makan. Aku tertarik jugak. Tapi sebab sepanjang 6 bulan terakhir ni aku da keluar banyak sangat duet (RM 2,000 lebih untuk Indonesia, Brunei, RM 3,000 untuk yang lain - PC baru, tuka henpon etc), aku amek keputusan tak ikot ke Beijing.

2007 sekali lagi, Aiman ajak aku ke Bandung, melawat member skola dia kat sana. Tak tau la die ajak-ajak ayam ke ape. Tapi, sebab da takde duet, aku tak ikot die ke Bandung.

Selepas ini?

Nadiah dgn Amirah da asyik push aku suh bawak derang ke Jawa lagi sekali. Tak pasti derang serius ke tak. Bunyik nye macam serius. Ajim pun nak sangat pegi ke Bandung. Korang, nak wat, wat btol-btol. Kite kene kumpul la bincang bila nak pegi, budget bape, mane nak pegi, bape lame nak pegi.

Trip ke Ethiopia by Kulliyyah of Engineering. Paticipant cum committee. November 2007. Aku salah sorang committee. Tapi aku tak sure Ethiopia ni jadik ke tak. Klo tak jadik, pergi ke mana? Klo jadik, ayah aku tak kasik pegi. Management pun berterabur, aku kecewa jugak nengok. Aku tak senang dengan management yang tak tersusun dan selalu menyimpan rahsia macam tu. Nasib baik ade Aliani yang susah payah nak jadikkan semua jadik kenyataan. Mintak maaf la Alia kadang-kadang aku kurang bagi kerjasama. Aku mengharapkan seseuatu yang tersusun dan nampak 'pasti dan meyakinkan' daripada board Ethiopia nih. Macam trip ke Indonesia hari tu. Walaupun masa da nak pegi tu kelam kabut jugak, tapi aku nampak hala tuju yang jelas yang macam Tim explain pada SEMUA committee. Kite memang dasat ek Tim? Saya memang respect ah awak sebagai program manager!

Mungkin selepas ni, trip aku seorang diri pergi. Mungkin jugak berdua. Backpack travel. Tido tepi jalan pun boleh (tak boleh kot.. hehe). Best gak macam tu.

Plan yang paling berpotensi jadik kenyataan: Tokyo - Osaka - Sendai (mungkin jugak ke Ibaraki) di Jepun. Dah bincang dengan Padil kat Sendai. Plan cantik, cuma masa je tak mengizinkan. Kena carik masa aku cuti dan Padil pun cuti. Masa yang berpotensi: September 2008 atau lepas aku grad (November 2008). Total estimated expenses: RM 3,000 (tak termasuk makan, tempat tinggal dan transport kat Jepun yang di sponsor oleh Padil)

Second most potential plan: Germany. Munich - Berlin - Salstrouz(Austria). Da bincang dengan Topek kat Munich. Plan cantik jugak. Boleh pergi even die tak cuti - aku akan jalan sendiri sorang-sorang. Tapi Topek suggest datang masa winter, tiket kapal terbang murah, lepas tu die tengah cuti, lepas tu die leh ajak men skii. Hu! Masa yang berpotensi: January - March 2008 atau January - March 2009. Total estimated expenses: RM 4,000 (tak termasuk makan, tempat tinggal dan transport kat Jerman yang di sponsor oleh Topek)

Third most potential plan: Brunei. Baru cakap-cakap kosong dengan Ayah. Abang da pesan, kalao Ayah nak pergi, cakap kat die awal-awal, biar die tempahkan tiket murah. Miri - Brunei - Kota Kinabalu. Masa yang berpotensi: Awal September 2007 atau bila-bila aku cuti semester atau cuti midtem. Hehe. Total estimated expenses: RM 300. Or maybe free - Ayah ngan Abang belanje. Hehe.

huh.. potential kunun.. mane nak carik dueettt?? Dueett? Mane nak cariiik?? Aaaaaa...

Negara lain yang aku teringin nak pegi:
Tempat (Kenapa nak pegi situ)
Seluruh Tanah Besar Britain (bangunan-bangunan lama dan suasana city dan country side)
Perancis (Paris! Kota romantik! Eiffel Tower)
Sepanyol (Alhambra, kota bekas kerajaan Islam)
Belanda (Kincir angin! Bunga-bunga especially tulip)
Switzerland (Keindahan Banjaran Alps)
Itali (Naik gondola kat Venice!)
Turkey (Masjid Biru dan budaya masyarakat Asia-Eropah)
Russia (Moscow, kehebatan kerajaan zaman perang dunia)
Mesir (Ketamadunan manusia 3000 tahun dulu)
Afrika Selatan (Masyarakat kulit putih, kulit hitam dan asia yang bercampur kat situ)
Iran (Ketamadunan Parsi dan Islam)
China (Tamadun dinasti-dinasti China)
Thailand (Budaya jauh berbeza walaupun jiran Malaysia)
Australia (Australian outback)
New Zealand (South Island, alam semula jadi)
Kanada (Suasana kampung mat salleh, alam semula jadi)
Amerika Syarikat (Tamadun masyarakat kulit putih)

Dalam Islam pun digalakkan bermusafir melihat dunia lain, nengok bangsa lain, perhati indahnya alam ciptaan Dia. Dengan tujuan untuk berfikir selepas melihat, mentafsir dan menambahkan iman kita terhadap Dia. Mudah-mudahan bagi yang berkelana di tempat orang dapat memanfaatkan masa dan peluang mereka untuk memenuhi galakan Islam ini dan sentiasa mengakui kebesaran-Nya. Mudah-mudahan tak lama lagi tiba pulak giliran aku berkelana kat tempat orang pulak...
21 Jun 2007
Dekatkan Diri Pada-Nya

Tuhanku..
Daku hadir..
Daku pasrah..
Mengenangkan diri ini
Yang penuh dosa

Tuhan..
Kusedari
Namun kealpan menyelubungi
Lantas kusujud
Menyerah pada-Mu
Agar disirami cahaya kasih-Mu

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu

Tuhanku..
Kau Pengasih
Kau Pemurah
Mengurniakan daku Rahmat dan Kasih-Mu

Sungguh aku tak layak untuk syurga-Mu
Namun tak pula sanggup untuk ke neraka-Mu

Kerna itu kusujud
Menyerah pada-Mu
Agar disirami cahaya kasih

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu

Baru selangkah kurapat kepada-Mu
Seribu langkah Kau pada ku
Kutahu Pengampunan-Mu melangit tinggi
Engkaulah.. Engkaulah..

Dikaulah, harapanku
Dikaulah, kekasihku
Dikaulah, segalanya
Tempat kumengadu
Ku hadir pada-Mu..

'Ku Hadir Pada-Mu' oleh Mirwana.

Kita selalu ada banyak masa untuk makan minum.
Kadang-kadang habis berjam-jam makan kat NZ Curry House Wangsa Maju sambil nengok astro kat screen besar die.
Kita selalu ada masa untuk tidur.
Tak cukup tidur malam, kita tidur siang.
Kadang-kadang lepas Subuh tidur sampai nak dekat tengahari.

Kita selalu ada masa untuk keluar berhibur.
Kita boleh luangkan masa nak nengok Transformers yang nak kuar tak lama lagi kat KLCC.
Bukannya amek masa 2 jam movie je, tapi nak beratur beli tiket?
Tempoh perjalanan nak tunggu LRT, bersesak dalam LRT?
Nak dekat setengah hari amek masa.

Kita ada masa nak surf LAN kat mahallah.
Ada masa godek satu-satu PC orang dalam LAN.
Terjumpa video best, kita nengok.
Sampai 4 jam straight menghadap PC pun boleh.

Kita selalu ada masa untuk siapkan assignment kita.
Tak sempat buat semalam, hari ni pagi-pagi kita bangun awal siapkan.
Kalau malas bangun awal, sejam sebelum hantar pun kita boleh luangkan masa tiru assignment orang.

Tapi kita ada tak luangkan masa untuk Dia?
setiap hari ada tak kita spare time kita untuk Dia?
Kalau ada, berapa lama yang kita spare?
5 minit untuk setiap solat Fardhu?
satu hari baru 25 minit.. Cukup ke?
Kita perlu mengingati Dia sepanjang masa.Adakah kita mengingati Dia? Sentiasa?

Sentiasa mengingati Dia, kaitkan segala kejadian dengan Kebesaran Dia sambil memuji Dia, agar kita boleh sentiasa mengingati Dia.InshaAllah.
Lepas memuji Dia dan sentiasa mengingati Dia, jangan lupa sentiasa mintak perlindungan Dia.Minta kita sentiasa dekat dengan Dia.Minta apa yang baik untuk kita.Mudah-mudahan kita sentiasa dekat dengan Dia.Amin..
Dulu buleh set kan kat blogger, kite nak tules utk hari ape.. i.e. ari ni 4 july.. tp kite leh set kan kite nak tules 1 july walopun kite tules ari nih.. skang ni da takde ke? ke aku tak jumpe? malas nak carik.. aku tules tarikh je eh sendiri.. terima lah.. posting2 yg aku da sediekan kat rumah spanjang 2 minggu.. hehe


20 Jun 2007
Cuti Semester

Dah lame jugak aku tak duk rumah mase cuti semester. Ada je program tiap-tiap kali cuti yang 2, 3 minggu tuh. Dah dekat taun jugak kot tak habiskan cuti 2 minggu kat rumah. Paling lama pun duduk seminggu kat rumah, seminggu lagi ikot program. Dari yang international - trip to Indonesia, trip to brunei, sambut orang Indonesia datang Malaysia, sampai masuk kampung orang asli - Pos Sungai Rual kat Kelantan, Kg Husin kat Sg Siput, Perak dengan Kg Susu kat Cameron Highlands. Tak masuk lagi program Comrade lain macam program dekat Asrama Darul Falah, ASDAF (asrama dekat Damansara untuk anak-anak orang asli). Tak masuk lagi dulu ade 10 hari tour de Semenanjung pergi ke beraya kat Terengganu, Muar dengan KL.

Untuk cuti semester yang kali ni ada dapat satu, dua invitation join program macam-macam. Ajim ajak ikot program dia Bakti Siswa Rakan Muda masuk kampung kat Klang. Dein ada ajak jugak ikot program Enginius pergi Penang. Pergi Motorola tak silapnya. RM 15 je. Berminat jugak nak pergi, tapi lambat kasik confirmation kat die, seat da penuh. Takpe lah, memang niat asal nak duduk rumah pulak cuti semester nih.

So? Apa plan duduk rumah?

Tak banyak.. antaranya nak kemas bilik, sebab balik dari UIA hari tu bawak balik sekali berdozen buku-buku. Nak susun balik dekat dalam bilik, pilih mane yang penting je bawak balik UIA semula nanti. Bilik da penuh da dengan buku, kertas, file yang simpan dari seawal darjah 1. Sayang nak buang semua. Simpan.. Tapi akhirnya, buang jugak sikit-sikit. Sekarang ni bilik tgh penuh besepah dengan buku dan kertas-kertas.

Lagi?

Hmmm.. lagi ape eh? Nak jogging kat tanjung kalau buleh 3 times a week. Pagi-pagi pukul 7. Tapi da dekat seminggu duduk rumah belum start lagi jogging nih. Asek tido balik je lepas Subuh. Pastu bangun kol 11 dan ke atas plak tuh. Isk. Pagi tadi lepas Subuh ayah ada masuk bilik, 'Tido ke?' ayah tanye. 'A ah' aku jawab mudah lepas tu tido balik. Rupanya die nak ajak aku g jogging kat tanjung pagi tuh. Pukul 11.30 aku bangun baru dia cite die pegi jogging. Aaaaa... Tak ajak!! Esok pegi lagi nak ayah? Hehe.

Baru dua.. lagi apa plan ada?

Hmmmm.. Tolong ayah? Hehe. Tolong bakar sampah ke. Tolong sapu rumah ke. Tolong kemas rumah ke.

Lagi? Lagiii??

Weekend ni Puksu Nain balik sini. Mak Nor ajak ikot Puksu Nain balik ke PD, duduk rumah die satu malam. 'Boleh jugak' aku jawab. Lama da tak pegi PD. Bila last pegi PD? Raya 2001 kot? 6 tahun dah. Huhu. Boleh, boleh.. nanti boleh ikot Puksu Nain balik PD. Aaaa.. Kalau Ida ngan Mak Mok tau aku g PD tapi tak pegi gath yang derang buat nih, mampos aku. Huhu. Shhhuuuu.. Senyap! Senyap!

Ada lagi?

Ada kot.. Ingat plan nak belajar balik bahasa Arab. Ada copy file 'Kisah-kisah Nabi' dari LAN hari tu. Dalam dia ada 7 video animasi tanah liat (macam Wallace and Gromit tu) cite pasal nabi-nabi. Dalam bahasa Arab. And aku try nengok hari tu kat bilik UIA die guna bahasa Arab simple, mudah didengar, senang nak tangkap. Cara aku nak belajar balik? Aku nak nengok video tuh, sambil tu catat perkataan-perkataan yang aku dapat tangkap dan catat maksud dia (video tu ada subtitle English).

Lepas tu, masa tengah kemas-kemas buku kat bilik semalam, ade terjumpa assignment-assignment Calculus II kat matric dulu. Ingat nak buat balik kot soalan assignment tu. Buku Calculus Anton Biven Davis tu pun kebetulan ada bawak balik jugak. Bolah la sikit-sikit wat kot, nak refresh balik. Next sem ni belajar Aerodynamics. Ada banyak integration kot? Yeh? Kalau takde pun takpe, buat je latihan. It might be useful. Dalam Flight Dynamics and Control ke, dalam Aircraft Structure ke..

'All the things that you have learnt, derivatives, integration, in calculus, all are not rubbish! They are useful!' Prof Waqar cakap masa aku amik Intro to Flight mase 2nd year dulu.

Lagi.. nak menghabiskan baca novel. Ada 3 novel yang aku da beli da setahun lebih da kot? Tapi tak abes baca lagi. Yang belum abes baca - 'Inikah Cinta?' HM Tuah Iskandar. Aku suka catatan perjalanan dia ke North America dalam novel tu. Yang aku tak suke kisah fantasi dia yang nyata mencerminkan kan hidup penulis sendiri. Benci giler. Nampak macam penulis perasan dan syok sendiri. Tapi apa pun, aku blom abes baca lagi catatan perjalanan dia kat North America tu. Seronok dan jeles jugak baca. Dia pergi sekitar utara USA dengan Kanada. Pegi kampung masyarakat Amish, pergi nengok Virginia Fall up close, pegi Washington DC, macam-macam. Memang terasa macam kita sendiri nak pegi jugak lah! Seronok jugak mengembara negara orang sorang-sorang. Bila ek aku nak pegi?

Lagi satu blom abes baca - 'A Year in Merde'. Aku pun tatau kenape aku susah sangat nak menghabiskan satu novel English. Aku jeles jugak nengok semua orang bace novel Inggeris. Tapi, bape banyak aku da baca habis novel English, boleh kira. Ada la 5 buah kot seumur hidup aku. Haha! Sebenanye aku tak faham sangat (or mungkin susah nak imagine ape yang penulis maksudkan sebab perbezaan bahasa - aku kene intepret dulu baru boleh imagine, kira nya aku berfikir dalam bahasa Melayu, bukan directly berfikir dalam bahasa Inggeris). Korang yang minat novel English ni memang macam aku ke? Imagine berfikir dalam bahasa Melayu? Atau korang berfikir terus dalam bahasa Inggeris? Tapi novel 'A Year in Merde' tu cite pasal sorang mamat British ni berhijrah ke Perancis dengan niat nak mengorat French woman. Tak lama lepas aku beli buku tu tahun lepas da keluar sequel dia 'Merde Actually'. Heh. Ni pun tak abes baca lagi.

Yang aku belum start baca - 'Arca Kasih' by Norazlina Nordin. Da setahun lebih beli. Tapi tak baca-baca lagi. Aku pun tak tau kenapa aku beli. Bese aku beli novel-novel cite pasal mengembara. Macam 'Stefa Isle' dgn 'Original' mengembara kat UK, 'Mengundang Jauh' kembara dekat Timur Eropah, 'ADAM' dekat US dengan yang tengah aku baca ni 'Inikah Cinta' banyak pasal kat Kanada. Arca Kasih cite apa agak nya. Tak tau.

Ada lagi satu yang aku blom abes baca. 'From Beirut to Juressalam'. Dia bukan novel, tapi lebih kepada diari dan catatan perjalanan. Hasil tulisan Doktor dari Penang yang join Program Kemanusiaan Britain ke Palestin masa 1988 Shatila Massacare. Seperti biasa, aku malas nak baca sebab perbezaan bahasa. Heh. Yang ni lagi lama. Beli masa 1st year kat matric dulu. 2003. Da 4 tahun da. Huhu!

Hu. Da 4 da? Tadi kata 3. Heh. Lord of the Rings lagi? Two Towers dengan Return of the King due-due aku blom abes baca lagi. Tapi aku da nengok filem die yang extended (sepanjang 4 jam untuk setiap siri), da tak payah la nak bace novel, semua da ada dalam filem extended. Hehe. CUma ada jugak sikit-sikit takde dalam extended pun, macam watak Tom Bambadil. Tu hari tu aku search kat Wikipedia, dapat lah membantu memaham kan sikit. Aa.. lupa, hari tu beli 'Unfinished Tales' prequel untuk Lord of the Rings. (Sebenanye prequel LOTR are 'The Hobbit' dengan 'The Silmarillion', Unfinished Tales ni lebih awal lagi dari hobbit dengan silmarillion). Hehe. Tak paham ape bace. Tolong la someone buat movie dari novel nih kasik aku paham sikit. Huhu!

Da 7 da novel? Haha! Tak sempat nak abes kan baca cuti nih!

Waaa.. banyak nye plan.. Tapi sume plan yang indoor je.. Hehe. Takde plan jalan-jalan ke luar. He. Can I cope with the plans? Ntah lah.. Semoga cuti kali ini bermakna jua bagi aku.