Cari Blog Ini

Ahad, Ogos 31, 2003



picture courtesy of geng jurnal

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Perlukah kita menyambut kemerdekan?
Dengan melaungkan kalimah Merdeka semata-mata?
Kemudian 2 jam selepas itu menyerahkan mahkota
Kepada singgahsana yang haram
Di tempat di mana 46 tahun dahulu
Merupakan tempat Pengishtaharaan Merdeka?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Dengan berhibur dengan dendangan
Dengan kebebasan pergaulan
Dengan kebebasan tindakan
Dengan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang
Perlukah?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Ketika diri sendiri terjajah
Ketika diri sendiri terbawa-bawa
Dengan sifat-sifat keji kebaratan
Ketika diri sendiri belum kenal siapakah diri ini
Ketika diri sendiri belum tahu apakah itu merdeka

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Apabila orang memandang tinggi akan kita
Apabila orang mengkagumi kita
Betapa kita adalah bangsa yang hebat
Sebaliknya kita masih tenggelam
Kita masih di bawah

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita tahu apa itu kemerdekaan?
Sedarlah wahai bangsa muda ku
Apakah erti kemerdekaan?
Tanpa sifat mulia mu
Atau sekurang-kurangnya sifat BAIK mu
Perlukah?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita menyambut kemerdekaan?

Ya...
Tapi perlu dihayati kelemahan diri
Perlu diinsafi kesilapan diri
Perlu disusuri kemuliaan budi
Perlu dikukuhi usaha murni

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Azam Kukuh,
31 Ogos 2003,
Muar.

*Sajak adalah tulisan penulis sepenuhnya. Sebarang kelemahan harap buat-buat tak tau kerana penulis bukanlah penulis sajak sepenuh masa.*


Aku tak sambut merdeka pun malam tadi. Biasanya kurang² pun aku tengok tv. Tapi pukul 12 malam tadi aku tengah ade call. Ahahaha! Lepas call nengok cerite John Travolta kejap, pastu online sampai kol 3.30. Ramai lak jumpa chatterz yang dah lame tak jumpe. Die orang sume dah nak final. 2 - 3 weeks lagi. Aku lgi 2 minggu. 18/9 ni start. Abes 24/9. Tak bleh lepak² lg nih. Kene study oii! Study!! All the best to you all my friends!

*Pasni stop kejap tulis blog. Rehat. Tunggu masa cuti nanti*

Tiada ulasan: