Cari Blog Ini

Rabu, Ogos 27, 2003

Penat. Ngantuk. (balik² tu jek yang aku cakap dalam blog selame ni ek?). baru 2 jam balik dari Gombak, dah kene gi kelas, kimia lak tu. Huhu! (aku sampai skang susah btol nak paham blajo kimia). 15 jam aku berada kat IIUM Gombak bermula semalam. Ni semua dek kebestan group nasyid Hijjaz yang dihangatkan kepada aku oleh Husaini. (Hijjaz buat konsert live , 'Hijjaz Live in Concert' for da 1st time sempene dengan IIUM Convest Closing Ceremony kat CAC, IIUM Gombak).

1st time pegi maincamp kat gombak. Selama ni nengok kat dalam gambo kat magazine² jek. Sekarang, nah, di depan mata aku. Bangunan² die memang cantik, gerek, lawa, cun (termasuk la sisters² student kat sane skali.. hehe) memang tak bleh dinafikan ar. Ni la university paling cantik aku pnah nengok. Bukan nak membanggakan universiti sendiri, tapi.. ntah.. memang cantik giler ah. Kite orang (aku, Husen ngan Zuhdi) sampai IIUM masa Asar. Terus sembahyang. Then ingat nak pegi pesta jualan tah ape² tah, tapi sume dah tutup (maklumlah.. last day convocation). Pastu gi usha tiket nengok Hijjaz malam tu. Pun abes gak. Aiseh.. Husen kontek sepupu die, kak fiza, dak law. Die tolong carikan tiket. Alhamdulillah.. dapat gak.

Kak fiza pulak dengan bermurah hati (dan dengan penat² gitu.. baru balik kuliah) telah membawa kite orang tour de IIUM. Memacam ah die tunjuk, blok engine ar.. CAC ar.. Administration ar.. architechture ar.. law ar. Aku pulak telah bergambar sakan, sehinggekan student² yang ade kat² situ ketawe² nengok aku. "Tanak dowh.. ko tak segan ke? Segan aku nak amek gambo ko.." Zuhdi, ade satu jek muke ko dalam filem nih. Ahahahah!

Malam tu kol 8.30, start la closing ceremony tu. Gempak la gak.. tapi tak la segempak mane pun gimik die. Then baru start concert. 1st performance, UNIC. Aku tak berapa minat group ni.. (takde rupe group nasyid langsung².. dah rupe boy band dah..). Husen suke ar.. dah member² die jek UNIC tuh. Pastu Hijjaz masuk. Best! Gempak! Suare live die orang pun sedap. Gimik² die orang berkesan. Lawak² die orang menjadi. Performance over all die orang memang aku puji ah. Berbaloi ar RM 6 aku beli tiket. Celah tu masuk In Team. Best la gak. Better than UNIC ar for sure. Lastly, masuk Hijjaz balik. Still bertenage, cerie. Kol 12.30 baru selesai.

Malam? Tido masjid ah! Huhuhu! Letih dok atas kusi 4 jam, lepas solat isya' terus terlelap kat masjid. Besar masjid tu. Die nye jemaah tido malam tu pun besar gak. Tapi jemaah solah suboh pagi tu.. tak sampai satu saf pun. Heh. Lepas solat suboh, Husen ajak balik. "Aku ade kelas bi kol 10 la.." Yela..yela.. heh.. orang baru nak usha² lagi keliling tempat ni. Husen terus ke pj, aku ngan Zuhdi lepak² kat kota raya jap.. usha² Mydin. Zuhdi shopping lagi, shopping pakai duit aku. Huh...

Balik kolej.. tido!!
Kol 2 ade kelas!!
Kat kelas kimia tadi aku tak berapa paham cekgu ajo!!
Final tinggal lagi 3 minggu oi!!
Study!!
Study!!

Tiada ulasan: