Cari Blog Ini

Ahad, Ogos 31, 2003



picture courtesy of geng jurnal

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Perlukah kita menyambut kemerdekan?
Dengan melaungkan kalimah Merdeka semata-mata?
Kemudian 2 jam selepas itu menyerahkan mahkota
Kepada singgahsana yang haram
Di tempat di mana 46 tahun dahulu
Merupakan tempat Pengishtaharaan Merdeka?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Dengan berhibur dengan dendangan
Dengan kebebasan pergaulan
Dengan kebebasan tindakan
Dengan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang
Perlukah?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Ketika diri sendiri terjajah
Ketika diri sendiri terbawa-bawa
Dengan sifat-sifat keji kebaratan
Ketika diri sendiri belum kenal siapakah diri ini
Ketika diri sendiri belum tahu apakah itu merdeka

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Apabila orang memandang tinggi akan kita
Apabila orang mengkagumi kita
Betapa kita adalah bangsa yang hebat
Sebaliknya kita masih tenggelam
Kita masih di bawah

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita tahu apa itu kemerdekaan?
Sedarlah wahai bangsa muda ku
Apakah erti kemerdekaan?
Tanpa sifat mulia mu
Atau sekurang-kurangnya sifat BAIK mu
Perlukah?

Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita menyambut kemerdekaan?
Perlukah kita menyambut kemerdekaan?

Ya...
Tapi perlu dihayati kelemahan diri
Perlu diinsafi kesilapan diri
Perlu disusuri kemuliaan budi
Perlu dikukuhi usaha murni

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Azam Kukuh,
31 Ogos 2003,
Muar.

*Sajak adalah tulisan penulis sepenuhnya. Sebarang kelemahan harap buat-buat tak tau kerana penulis bukanlah penulis sajak sepenuh masa.*


Aku tak sambut merdeka pun malam tadi. Biasanya kurang² pun aku tengok tv. Tapi pukul 12 malam tadi aku tengah ade call. Ahahaha! Lepas call nengok cerite John Travolta kejap, pastu online sampai kol 3.30. Ramai lak jumpa chatterz yang dah lame tak jumpe. Die orang sume dah nak final. 2 - 3 weeks lagi. Aku lgi 2 minggu. 18/9 ni start. Abes 24/9. Tak bleh lepak² lg nih. Kene study oii! Study!! All the best to you all my friends!

*Pasni stop kejap tulis blog. Rehat. Tunggu masa cuti nanti*

Sabtu, Ogos 30, 2003



testing jek nih..
abes ar..
aku dah reti upload gamba..
abes ar..
abes ar..
thanx to shera

Rabu, Ogos 27, 2003

Penat. Ngantuk. (balik² tu jek yang aku cakap dalam blog selame ni ek?). baru 2 jam balik dari Gombak, dah kene gi kelas, kimia lak tu. Huhu! (aku sampai skang susah btol nak paham blajo kimia). 15 jam aku berada kat IIUM Gombak bermula semalam. Ni semua dek kebestan group nasyid Hijjaz yang dihangatkan kepada aku oleh Husaini. (Hijjaz buat konsert live , 'Hijjaz Live in Concert' for da 1st time sempene dengan IIUM Convest Closing Ceremony kat CAC, IIUM Gombak).

1st time pegi maincamp kat gombak. Selama ni nengok kat dalam gambo kat magazine² jek. Sekarang, nah, di depan mata aku. Bangunan² die memang cantik, gerek, lawa, cun (termasuk la sisters² student kat sane skali.. hehe) memang tak bleh dinafikan ar. Ni la university paling cantik aku pnah nengok. Bukan nak membanggakan universiti sendiri, tapi.. ntah.. memang cantik giler ah. Kite orang (aku, Husen ngan Zuhdi) sampai IIUM masa Asar. Terus sembahyang. Then ingat nak pegi pesta jualan tah ape² tah, tapi sume dah tutup (maklumlah.. last day convocation). Pastu gi usha tiket nengok Hijjaz malam tu. Pun abes gak. Aiseh.. Husen kontek sepupu die, kak fiza, dak law. Die tolong carikan tiket. Alhamdulillah.. dapat gak.

Kak fiza pulak dengan bermurah hati (dan dengan penat² gitu.. baru balik kuliah) telah membawa kite orang tour de IIUM. Memacam ah die tunjuk, blok engine ar.. CAC ar.. Administration ar.. architechture ar.. law ar. Aku pulak telah bergambar sakan, sehinggekan student² yang ade kat² situ ketawe² nengok aku. "Tanak dowh.. ko tak segan ke? Segan aku nak amek gambo ko.." Zuhdi, ade satu jek muke ko dalam filem nih. Ahahahah!

Malam tu kol 8.30, start la closing ceremony tu. Gempak la gak.. tapi tak la segempak mane pun gimik die. Then baru start concert. 1st performance, UNIC. Aku tak berapa minat group ni.. (takde rupe group nasyid langsung².. dah rupe boy band dah..). Husen suke ar.. dah member² die jek UNIC tuh. Pastu Hijjaz masuk. Best! Gempak! Suare live die orang pun sedap. Gimik² die orang berkesan. Lawak² die orang menjadi. Performance over all die orang memang aku puji ah. Berbaloi ar RM 6 aku beli tiket. Celah tu masuk In Team. Best la gak. Better than UNIC ar for sure. Lastly, masuk Hijjaz balik. Still bertenage, cerie. Kol 12.30 baru selesai.

Malam? Tido masjid ah! Huhuhu! Letih dok atas kusi 4 jam, lepas solat isya' terus terlelap kat masjid. Besar masjid tu. Die nye jemaah tido malam tu pun besar gak. Tapi jemaah solah suboh pagi tu.. tak sampai satu saf pun. Heh. Lepas solat suboh, Husen ajak balik. "Aku ade kelas bi kol 10 la.." Yela..yela.. heh.. orang baru nak usha² lagi keliling tempat ni. Husen terus ke pj, aku ngan Zuhdi lepak² kat kota raya jap.. usha² Mydin. Zuhdi shopping lagi, shopping pakai duit aku. Huh...

Balik kolej.. tido!!
Kol 2 ade kelas!!
Kat kelas kimia tadi aku tak berapa paham cekgu ajo!!
Final tinggal lagi 3 minggu oi!!
Study!!
Study!!

Ahad, Ogos 24, 2003

"..macam baru² ni kecoh kat ntv7, seks di tepi tangga.. perempuan yang lakukan tu pakai tudong.. kite sebagai orang Islam tak bleh sebenanye merosakkan dioe orang dengan mengatekan.. 'ko ni.. bukak tudong la... buat malu orang pakai tudong jek'. Sebenanye penampilan die orang.. tutup aurat.. walaupun pada zahirnye die orang melakukan sumbang mahram. Penampilan die dah ade. Lambang sebagai orang Islam tu die dah ade. Jadi, kite jangan hancurkan lambang tu. Kite jangan salahkan tudong die. Kite patutnye halang die, nasehat die.. contoh, 'ko ni pakai tudong.. ko tak layak buat mende² macam tu.. tak elok'..."

Best siot dengar forum tadi kat AMF. Pasal nilai² murni dalam Islam. Tah sape name tah ustaz sorang tu.. best die cakap. Tak ngantuk aku. I was expecting it going to be a long 2-and-a-half-hour. But I was wrong. Majlis penutup dengan forum yg best! I've rated 4 for that session instead of 1/2 I've rated for other sessions. Huhu!

"Lebam?" comel Anep tanye aku cenggitu merujuk kepada keletihan yang dialami aku mengikuti kursus LeadTrain. Aku hanya mampu tersenyum. Smalam aku tido sejam jek. Huhu! Salah aku gak. Sape suruh aku dok borak² sampai kol 2 pagi padahal pagi tu kol 3 ade qiamulail. Huhu! Dah lame aku tak qiamulail. Last mase aku form 3 - ade motivation program kat skolah. Rase best gak wat qiamulail ni. Rilex jek. Tapi samada aku bleh buat sendiri tak pasni aku tak sure ar.. Ahahahaha!

Jumaat, Ogos 22, 2003

Kesempatan!! Ambik kesempatan oii! Huhuhu!
Mr Asmady tgh bz lecture kat depan lab.. students lak bz mengambil kesempatan dengan capaian internet yg ada kat lab. Termasuk la aku. Ahahahahaha! Ade la sorang due jek yang denga lecture Mr Asmady, yg lelain cek emel.. gi hompej bola.. nengok hompej mag gempak.. Ape tah. Last², dengan lecture class ade lg 1/2 jam, Mr Asmady bingkas mengatekan ,"..er.. seems most of you didn't pay attetntion, so i think i should end my lecture here.. we close our lecture with tasbih kifarah and surah al-Asr.... you can go now,"

Ahahahaha...

Esok aku ade Leadtrain.. 2 hari.. suppose aku ikot program tu last week.. tp pasal aku masuk debate.. so hv to postpone to this week saing bebudak medic. heh.. ampeh tol.. baru plan nak gi enjoy kat maincampus weekend nih. Aarrgh!

Ahad, Ogos 17, 2003

Fuh... penat betul jadik PM nih ek. 4 kali aku kluar masuk dewan parlimen weekend nih. Macam² usul aku kene bincang. Ahahahahaha! Debat ala Parlimen? Kalo dulu kat skolah menengah, sebut jek debat, Fazdli la name yang mule² terpacul drpd mulut orang. Azimin? Huhu! Mintak maap ar.. aku tak minat debat² ni. Forum boleh ar (aku nak berlagak, aku wakil Muar dalam forum remaja dulu, wakakaka!). Sepatah kata cekgu add math aku dulu, Cekgu Dani, "Aku benci betul orang debat² nih. Org² macam ni, kite temmmbak jek, piuu,".

Tapi yang berhormat, malangnya aku dengan tak semene-mene malam sabtu ari tuh kene tarik oleh Ja'a, committee Engineus (kelab jurutera) pegi dengo taklimat Debat Dean's Cup. Apahal lak nih? "Saya tak pnah masuk debat brother Ja'a... carik orang lain ar.. debat² ni saya tak reti," payah tol aku nak nolak. Siap brothers ngan sisters dr maincamp pun pujok aku same suh masuk. Die orang kate masuk bukan untuk menang, tapi untuk gain xperiences jek, enjoy² gitu. Huh... yela.. yela.. saye cube..

Esoknya, start match. Aku tak masuk 4 that 1st match, tp ade sister law yang gantikan aku. Just to show me what a debate is all about. 2nd match baru aku masuk, jadik ketue pembangkang, lawan dak medic. Menang ma! Huhu! Bangga aku menang ngan dak medic sbb b4 this dak medic pnah kalahkan dak engine dalam english debate. Kire revenge ar nih! Hari tu gak aku bedebat lagi, kali ni lawan dak human sc plak. Kalah.. 3rd match malam tu.. lawan dak human sc gak.. kalah.. quater final? pagi tadi. Lawan dak Law. Kalah gak. Ahahahaha! Sepanjang 4 match aku debat, 3 match aku kene tegur ngan juri, macam² ar.. tak cukop isik, masa debat singkat sangat, penggunaan bahase. Last match jek tak kene tegur! Anyway, that's such an experience. Bile lagi aku nak wakil debat² nih.. takde can.

Mase 2nd match aku lawan human sc, tengah² sesi debat tu Fana message. Die ade kat uia kate die, nak jumpe aku. Fana nak jumpe aku? All the way from shah alam to pj just to see me? Fana rindu aku? Apakah....? Ahahahaha. She went to um actually, enjoying some expos there. Then that evening she came to uia alone. Waiting for me outside the debate room alone. Sian ko alone jek.. asal tak ajak member? "Ala.. aku ajak Bib, die segan.." Lepas abes debate ajak die lepak kat u cafe. Tade orang kat situ. Aku ngan Fana jek. Nampak dek jaga ke.. icu ke.. mampus aku. Huhu! Best borak ngan die. Lame tak jumpe. "Zim!! Apsal ko gemok? ee...." aiseh.. dah 3 orang member aku cakap cenggitu. Huh. Tapi badan ko nampak turun ek Fana? Ko kurang makan ke kat sane? Ahahahaha. Adela dalam sejam lebih borak², pastu die nak balik.

"Datang ar shah alam zim, jumpe aku. Leh jumpe Fikri ngan G-ha skali," yela.. yela.. ade mase nanti aku datang ler Fana oii. Tapi bile? Ahahahaha!

Ahad, Ogos 10, 2003

Yesterday I went to KL with my rumets. Ade la dalam 8 orang. Aku, Juan, Zuhdi, San, Nazri, Bob and a couple of my x skulmets, Jimin and Din.

We began our journey by riding ktm komter from kl sentral to Bank Negara Station. Kuar² jek nampak Sogo. Ingat nk trus gi sogo, on the way lalu Pertama Complex. So, singgah sat. Aku angkut camera Canon sebijik, Bob angkut walkman sebijik. price? bese jek. After that baru gi Sogo. On the way lg, jumpe Aqla. (bukan jumpe.. nampak dr jauh actually, die dalam bas, kiteorg kat luar) Lame siot tak jumpe die. Memandangkan die dalam bas, terpakse la kiteorg menggunekan kehebatan masing² menggunekan body language. Skang ni Aqla study kat BMI, amek IT.

Pegi Sogo, ade sale pakaian. Murah² siot. Aku angkut 2 lai baju. Selai trousers. Bebudak ni pun angkut banyak giler baju, masing² borong! Huhu! Pastu kiteorg menyusuri Jalan TAR. Zuhdi beli lagi baju kat Kamdar! Huhuhu! Beli abes abesan korang. "Kembali la ke pangkal jalan.. oii.. kembali. Ingat dunia," Din menasihati merujuk kepada kerambang mataan bebudak ni membeli belah. Hahahaha!

Then, pegi Jalan Masjid India. Juan and once again Zuhdi beli belah lg kat situh. Then, jalan lg. jalan lg. jalan lg. Last² sesat. Tatau cemane nak balik ikot Kota Raya. Tetibe sampai Dataran Merdeka lak. Bergambo sakan la aku. Dah le tak pnah turun Merdeka Square. Huhu! Tp tak best tol.. aku tak reti nak upload gambo kat blog nih.. isk.. sesape reti ajo la aku eh? "Weih, tu bas tu ngale ke sane tu, mesti Kota Raya kat sane gak, jom ah gi sane," San proposed. Ar layan jek la ikot jalan tuh. Naseb ah. Eventually, sampai Masjid Jamek KL. Sembahyang sat, jalan lg sket², sampai Central Market.

Lalu dalam Central Market, tak pnah siot masuk dalam bangunan tuh. Jakun.. jakun.. uuuu.. Pastu baru balik... yang klako nye, dalam 8 orang tuh seme nek bas sesame, San bleh tinggal bas.. lemau btol.. ahhahahah. huh.. reles gak tensen aku setelah menghadapi paper chem yg susah giler tahap cipan malam tuh. isk..

Isnin, Ogos 04, 2003

"wei.. ni camane nih? ajo aku.."

"ek ele.. mende ni takkan tatau.."

"bukan tatau dowh.. lupe ar.. td aku ingat"

"huh.. cenggini.....

isk.. this evening i'm going to have precalculus xm..
in the time interval between yesterday til the paper starts.. sometimes i felt confindent sometimes i'm not. huhuhu! ape nih?

yesterday Dain and Fazdli came to visit me at my house. They said i'm getting handsome bigger.. "eeii.. lain ek muke ko.. makin gemok ar ko..." ahahahaha! Dah selere aku kat uia ni beso.. nak wat cemane?
well.. their study all seems to be ok.. me? i'm not really sure about that..

Sabtu, Ogos 02, 2003

Isk..
esok luse aku xm precal ma..
huhu!
terase macam esok lak nak xm..
sbb aku tak ready lg nih..
aarrgh!!
bile nak study nih?
esok pagi² dah nek bas balik uia
study in the library in the afternoon?
maybe.. if i feel like i want to..
assignment precal tak siap lg..
tutorial chem pun satu hapah tak wat lg..
peh.. cuti sakan tol aku sminggu nih..
huhuhu!
I have to correct myslef..
hijrah maybe..
to a hardworking person!!
that's my determination azam