Cari Blog Ini

Sabtu, Julai 18, 2009

'Strong Squad for Malaysia Match' - Sir Alex Ferguson



Aku pergi Bukit Jalil bukan nak tengok Man U lawan Malaysia, tapi aku nak tengok Malaysia lawan Man U. Walaupun aku tahu Malaysia tak akan menang perlawanan ini, tapi aku nak tengok sendiri macam mana Malaysia main dalam perlawanan antarabangsa. Apakah betul macam dikutuk semua orang sebelum ini. Malaysia negara Islam, harus tunjuk contoh kita mampu buat apa saja. Mesir dah pun kalahkan juara dunia Itali bulan lepas. Malaysia bila pula?

Sepak mula: 5.30 petang waktu Malaysia, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Faris ajak naik LRT. Mesti ramai orang. Gila. Kena gerak awal, lepas Zuhur dari rumah.

Rabu, Julai 15, 2009

'Engineering itu Sangat Luas'



Kadang-kadang terasa kerja aku seperti tak ada engineering nya. Di mana engineering nya dalam process planning? Apa aku buat cuma membaca drawing, menyusun prosesnya, dari sizing, machining, surface treatment sampailah kepada packaging. Banyak bermain dengan Microsoft Excell, dan juga berkejaran ke seluruh kilang memastikan semua kerja dibuat mengikut proses yang disusun.

Tapi bila difikirkan balik, disebalik kerja 'mudah' itu, sangat luas bidang engineering yang harus aku hargai. Kapal terbang, bukan hanya design bentuk semata-mata. Macam mana nak elak karat, macam mana nak kekalkan kekuatan, macam mana nak membentuk besi jadi bentuk-bentuk yang diperlukan dalam kapal terbang, macam mana nak pastikan semua komponen dalam kapal terbang itu bercantum, tidak mudah bercerai, macam mana satu-satu komponen itu direkayasa (design) supaya komponen itu boleh bercantum dengan komponen lain dengan tepat, macam mana 200,000 komponen boleh diassemble menjadi sebuah kapal terbang.

Semasa membuat projek tahun akhir aku, ada 14 komponen, tak termasuk 30 komponen kecil seperti skru. Untuk assembly, mengambil masa yang sangat lama dan banyak trial and error dilakukan. Ketepatan, keserasian amat penting untuk mencantumkan semua komponen itu. Dan di SME Aerospace lah, aku menghargai betapa tolerance dalam merakayasa dan menghasilkan sesuatu komponen itu sangat penting apabila menyaksikan beribu komponen boleh disatukan, hasil ketepatan dan kejituan tolerance.

Banyak, terlalu banyak. Luas sungguh ilmu Dia. Memang sangat benarlah kata-kata 'Ilmu yang kita ada berbanding ilmuNya, bagaikan setitis air di lautan'.

Selasa, Julai 14, 2009

'Be Busy body and You'll be Safe'


Bila diri dah sibuk, hati mula terkenang indahnya saat-saat yang dulunya tak rasa indah pun.
Kadang-kadang teringat ABC di Kafe HS UIA.
Sejak dia singgah makan ABC di situ, aku yang sebelum ini tak pernah pun makan ABC di situ setelah 3 tahun setengah di UIA, selalu order ABC di situ.
Kosong je ABCnya.
Tapi sedap gila.
Apatah lagi setelah seharian bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir.
Apatah lagi ABC itu diperkenalkan oleh dia.
Ah, terkenang zaman di UIA dulu.

Sekarang aku perlu menyibuk.
Busy body.
Untuk selamat di pejabat mahupun di seluruh kilang.




Isnin, Julai 13, 2009

'Jalan Berliku Untuk ke Puncak'




Tiada siapa yang kata untuk berjaya itu mudah.
Kalau ada yang kata, dia belum merasa kejayaan yang sebenar agaknya.
Tiada siapa yang kata tak nak untuk berjaya.
Kalau ada yang kata, dia dah putus asa untuk ke arah kejayaan agaknya.

Kadang-kadang kita perlu untuk berhenti sejenak dan berfikir,
Adakah kita sudah cukup berusaha.
Kadang-kadang kita perlu duduk seketika dan merenung,
Adakah kita sudah menemukan jalan ke puncak.

Jika sudah, maka teruskan usaha.
Jika sudah, ambillah masa untuk menyusun langkah.

Lihat sekeliling,
Lihat orang lain,
Lihat alam,
Lihat diri sendiri.

Langkah pertama dengan kaki kanan,
Dan teruslah melangkah ke depan.
Ke belakang boleh, tapi pastikan kita lebih ke depan setelah ke belakang.
Dan ke depan.
Dan ke depan.
Jom ke depan.

Ahad, Julai 12, 2009

'Dekatilah Dia, pasti Dia kan menjawab keluhan kita'


Apabila hati gundah gelana, terasa diri sudah seakan terlalu jauh dari Dia.
Apabila hati tidak tenang, pasti ada sesuatu yang kurang.
Apabila hati tidak tenteram, terasa diri perlu lakukan sesuatu untuk kembali tenang.
Kerja, bebannya berbeza daripada bebannya belajar.
Kerja, tekanannya berbeza daripada tekanan belajar.
Masa seakan tidak cukup.
24 jam tidak cukup untuk sehari.
7 hari tidak cukup untuk seminggu.
Pantas masa berlalu.
Terkadang kita leka dan lalai.
Dengan tugasan kerja.
Dengan waktu yang kononnya digunakan untuk berehat setelah penat bekerja.
Terkadang terasa seperti semakin jauh dari Dia.
Terkadang terasa banyak amalan yang dulu diamalkan kini semakin ditinggalkan.
Terkadang terasa semakin banyak perkara yang tak berapa elok semakin menjadi-jadi.
Terkadang terasa seperti ingin bertanya kepada diri sendiri, ke manakah Azimin yang dulu?
Saat itu terdetik, mesti lakukan sesuatu.
Langkah sekali ke belakang, harus langkah 2 kali ke depan.
Kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk jarang mengingati Dia.
Selalulah untuk mengingati Dia.
Selalulah untuk memenuhi suruhannya.
Selalulah untuk menjauhi larangannya.
Dekatilah Dia.
Dekatilah Dia.
Dekatilah Dia.


'.. mengharap keampunan dari Tuhannya,
Serta ketenangan mengharungi dunia yang fana ..'

'.. namun Tuhan masih cintakan dirinya,
Walaupun doasanya selautan dunia,
Mengapa perlu merasa berjauhan dari yang Esa,
Sedangkan Allah sentiasa merahmati hambaNya,
Yang sering terlupa, leka dan alpa terhadapNya ..'

'.. harapannya subur kembali,
Bukti Kasih Ilahi,
Syukur dia ditemukan,
Jalan kebahagiaan,
Mengukir ceria,
Membenam segala kecewa ..'

'Seorang Gadis' - NowSeeHeart



Rabu, Mei 27, 2009

Indonesia?

Pernah beberapa kali aku mengikut Pak Deni, experto dari Bandung yang sudah 5 tahun bekerja kontrak di pejabat aku, ke merata tempat di kilang aku bekerja. Untuk makluman, di kilang itu terdapat lebih 80 orang experto dari Bandung yang kebanyakannya (aku rasa bukan setakat kebanyakannya, malah, semuanya) bekas pekerja di Indonesian Aerospace (IAe) di Bandung. Dan sambil itu, Pak Deni akan menerangkan fungsi-fungsi setiap bahagian yang aku dan dia lawati. Ada juga aku bertanya soalan-soalan teknikal yang sememangnya dapat dijawab dengan baik oleh Pak Deni yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang aeroangkasa ini.

Dan sudah biasa juga aku di'cop' sebagai orang Indonesia oleh rakyatnya di kilangku itu. Hehe. Mungkin muka aku mirip orang Jawa. Kerana dulu semasa berjalan-jalan dengan teman-teman di Jogjakarta, tour guide kami dengan yakin mengatakan aku adalah orang Jawa. Ya, memang betul aku ada darah Jawa. 'Pak Deni, yang ini dari Indonesia?' kata seorang experto di Assembly sambil merujuk kepada aku. Kadang-kadang Pak Deni bergurau dengan mengiakan yang aku dari Tanah Jawa.

Mungkin juga nama aku, sekiranya tidak disebut dengan betul, iaitu 'Ajimin' agak seperti kejawaan bunyinya. 'Azimin' kataku seraya bersalaman untuk berkenalan dengan seorang experto di Sheet Metal. Tersenyum dia sambil bertanya kepada Pak Deni 'Kok namanya kaya orang Jawa? Ajimin? Dari Indonesia ya?'. Huh.

Kenapa aku selalu dikaitkan dengan Indonesia sejak dari UIA lagi? Tapi bagus juga, alhamdulillah, terasa bahasa Indonesia aku semakin baik. Hehe.


Manohara Odelia Pinot


Terbaru anak sepupu aku, Adila mendaftar di UiTM Shah Alam hujung minggu lalu. Tahun Asasi Sains. Dapat biasiswa JPA ke luar negara sebelum ini katanya, tapi sepupu aku tak membenarkannya pergi. Bijak Adila ni. Masa dapat keputusan SPM baru ini dia duduk dalam bilik menangis tak mahu keluar bilik seharian, kerana dapat 1B, dan sembilan yang lainnya A. Huhu. Dulu masa aku masih di sekolah rendah, dan dia masih umur 4,5 tahun, dia suka datang peluk aku sambil senyum gembira 'Gewe! Gewe!' katanya. Aku masa itu manalah tahu apa itu 'gewe'. Aku terpinga-pinga aja lah. Sampailah sepupu aku, Abang Long menerangkan, 'Gewe tu bahase Kelantan, makwe maknenye'. Kak Long tersenyum aja. Dah besar dah Adila sekarang. Dah lagi tinggi dari aku, ikut macam emak dia. Hehe.

Kak Long, semasa aku menghantar mereka ke Subang Airport untuk mereka pulang ke Kota Bharu setelah menghantar Dila, bertanya kepada aku, 'Betul ke nanti Azi dengan orang Parit Bakar?'. Sebelum ini, Cik Zai dan Mak Ngah dalam nada bergurau mengatakan aku akan mencari orang kampung aku sebagai teman hidup. Dan aku juga bergurau mengiakannya. Hehe. Tapi untuk soalan Kak Long aku menidakkannya. 'Tak naklah orang Parit Bakar. Jauh sikit Kak Long, hehe'. 'Orang Kelantan, nak? Boleh kawan dengan Kak Long. Kak Long ada anak sedara. Comel orangnya, putih,'. 'Comel macam Manohara' sambung Abang Long. Oh? Comel? Putih? Manohara? Manohara siapa? Model remaja Indonesia yang menjadi isu besar antara perhubungan Malaysia-Indonesia ketika ini. Carilah beritanya. Macam Manohara ke? Isk. Sabar. Sabar. Orang jauh nun di selatan dunia sana, cepat-cepat la balik. Jangan tunggu lama-lama.

Sabtu, Mei 23, 2009

'Jangan lari, yeh?'

'Hi, good morning, Azimin,'

'Morning, Sugar,'

Tiap-tiap pagi mesti dapat sapaan dari receptionist SMEA, Mrs. Sugar. Hehe. Nama Suga something. Tak ingat. Panggil Sugar. Masuk pejabat, salam dengan semua staff lelaki. Senyum. Seronok sebenarnya kerja di SMEA ini, dari segi ukhuwahnya amat bagus (di pejabat aku, aku kurang pasti bagaimana di pejabat lain). Cuma kadang-kadang keadaan kelam kabut dan berserabut dalam pejabat (aku sendiri pun serabut, tak apa, dah biasa, hehe), kerja yang banyak, masalah yang tak jemu datang menjenguk.


Saat ini aku sedang ada kerja berkaitan dengan kapal terbang baru Airbus, A350 XWB (extra wide body), pesawat rival untuk Boeing 747-8 yang bakal keluar tak lama lagi. Masih dalam designing stage di pihak Airbus. Seronok juga dapat terlibat dalam perkara seperti ini.

Pernah sekali Ketua Jabatan aku datang dan berbincang dengan ketua seksyen aku. Bincang tentang penstrukturan semula SMEA dan bidang kerja seksyen aku. Aku pun kurang faham sebenarnya apa yang dibincangkan, tambah pula sedang menyemak emel. Apa yang aku dapat adalah di hujung perbincangannya, Puan Zu menoleh aku sekilas dan Faris sekilas seraya berkata, 'Jangan lari. yeh? Kesian Syidi nanti nak handle PPO seorang-seorang' kata Puan Zu sambil tergelak kecil.

Ada juga sekali itu, HOQ melewati pejabat ku semasa aku overtime bersama Syidi, dan singgah berbual. 'PPO is the heart of SMEA. But then, their engineers all are still new. PPO have seen a lot of engineers come and go.We should think of something to make them stay!'

Apakah benar keputusan kuiz yang aku jawab di Facebook yang mengatakan aku akan berada di SMEA untuk 10 tahun?? Hehe.

Khamis, Mei 14, 2009

'Thank God Its Friday'

Esok hari Jumaat. Semua orang suka hari Jumaat. Biasanya di tempat kerja, orang akan mula bercerita-cerita 'Apa ko nak buat weekend ni?'. Semua dah fikir nak cuti keesokannya, berehat di rumah setelah 5 hari bekerja bertungkus lumus (bertungkus lumus??). Waah. Seronoknya hari Jumaat. Pagi-pagi pergi kerja. Pukul 8 pagi di pejabat. Pukul 9.45 pagi rehat. Pukul 1 rehat. Solat Jumaat. Makan nasi kukus ayam rempah depan Masjid. Wah. 2.30 masuk kerja. Pukul 5.15, balik. Sampai rumah boleh rehat. Waah. Tu la kan, nikmat yang Allah beri masa hari Jumaat.

Sudah hampir berlabuh minggu keenam aku di SMEA. Banyak ilmu yang ditimba dari 6 minggu ini. Mungkin pemikiran kritikal belom ada lagi, seperti menyelesaikan masalah. Hanya menyaksikan perkara dan masalah (terutamanya masalah dokumentasi, dokumentasi rupanya sangat-sangat penting terutama untuk tracebility) diselesaikan depan aku (training la kononnya. Hu). Apa aku buat sebenarnya di SMEA?

Aku bekerja di Process Planning Office sebagai jurutera. Tugas aku merangkumi pelbagai bidang (atau boleh kata sub-bidang sebenarnya). Ya, aku mesti menunaikan tanggungjawab seorang jurutera proses yang merancang setiap proses bagi setiap komponen yang dikilangkan. Kadang-kadang, kata boss aku, Syidi, kami perlu jadi sebagai Procurement Executive. Sebab kena tahu bahan apa dan jenis apa yang diperlukan untuk proses. Kadang-kadang kena jadi Production Engineer untuk mengawalselia proses yang sedang dijalankan di line-line production. Kadang-kadang kena jadi Material Engineer untuk mengenalpasti surface treatment yang sesuai untuk komponen-komponen. Kadang-kadang juga kena ikut rentak dan gaya Quality Control Engineer bagi memastikan komponen berada dalam keadaan seperti yang dikehendaki pelanggan.

Banyak lagi yang perlu aku belajar, samada engineering knowledge seperti engineering materials, production, dan sebagainya, mahupun management knowledge seperti dokumentation, excell, mesyuarat-mesyuarat. Haih. Memang banyak gile lah dokumen. Pening kepala.

Apa-apa pun, orang-orang di pejabat aku memang best! Alhamdulillah...



Aku tersepit macam tersepit celah apa je.. Malu je. Haha. Bersama Col. Chee, ex-CEO dah dia.


Selasa, Mei 05, 2009

'Where We're Gonna Be When We Turn 25?'

Sebulan sudah berlalu aku di SMEA.
Kadang-kadang terasa begitu pantas masa berlalu.
Pejam, celik, pejam, celik.
Sihat, demam, sihat.
Kerja, rehat, tidur.
Apabila hari-hari di pejabat berlalu, apabila rutin di pejabat dilakukan hari-hari, apabila kadang-kadang terasa bosan melakukan rutin, aku mula terasa indahnya saat-saat ketika di UIA.
Suka duka terkenang kembali.
Gelak ketawa. Muram ketika kesusahan. Semuanya asam garam yang telah aku lalui.
Teringat masa tahun akhir dulu, tak sabar-sabar nak habis belajar, nak mula kerja.
Bila dah kerja, rindu masa-masa di universiti pula.
Wah, bestnye time-time belajar.
Bo Boleh rilek-rilek.
Kelas boleh taknak pergi (hehe).
Assignment boleh buat lewat-lewat, tak reti boleh tiru.
Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan.
Rasa macam nak belajar lagi je.
Tapi ini jalan aku pilih.
Mencari pengalaman yang luas di industri.
Dan baru sebulan ini telah banyak yang aku dapat, alhamdulillah.
Tapi banyak lagi yang aku belum dapat.
UIA, inshaAllah aku akan ke sana lagi.
Dunia industri, tunggu aku mencedok ilmu di sana.


...
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
...


Ahad, April 19, 2009

01.04.09

Itu tarikh aku memulakan hidup baru aku sebagai seorang pekerja. Aku tak pernah ada pengalaman bekerja makan gaji sejak lahir sampai sebelum tarikh itu. Kini sudah hendak masuk minggu ketiga aku bekerja. Macam-macam pernah aku lalui, dan macam-macam lagi akan aku lalui. Pengalaman dua minggu bekerja di sebuah syarikat pengeluaran yang tidak sebesar mana dan tidak segah mana terutama ketika saat suasana suram ekonomi dewasa ini, membuatkan aku sedar, betapa hidup yang baru aku tempuh ini, tidak semudah dan seseronok seperti yang disangka. Seperti biasa, kita akan terkenang saat-saat indah suka dan duka ketika di universiti yang dulunya kita tak sabar-sabar ingin menempuh alam pekerjaan.

Tapi apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Diteruskan macam mana, yang ini, kita tak tahu. Yang kita tahu, adalah untuk meneruskan dengan sehabis baik yang kita mampu.

Kerja dengan ikhlas.
Kerja dengan tekun.

Ada rezeki, inshaAllah kita akan dapat yang lebih baik.

Rabu, Mac 11, 2009

Ditinggal Belum

Aku masih lagi belum dapat meninggalkan UIA. Sudah lebih 2 bulan berlalu kawan-kawan satu batch aku pergi meninggalkan UIA. Ada yang dah kerja. Ada yang duduk bergembira di rumah. Aku? Setelah sebulan lebih extend projek, aku masih lagi kerap ke UIA. Datang untuk KERIE exhibition. Datang untuk buat clearance. Datang singgah untuk interview kerja.

Dan tiap-tiap kali aku datang UIA, mesti ada sesuatu yang baru aku temui, sesuatu yang belum sempat aku merasa, atau belum puas aku merasa sepanjang 4 tahun die UIA sebelum ini.

Terbaru, aku ke Ummatic Week '09 di CAC bersama Juan, Nadiah dan Akram. Teringat dulu melawat Ummatic Week '08 bersama dia, seronok. Tapi kali ini, tidak kurang seronoknya juga. Kali ini, dapat belajar macam-macam terutamanya bahasa dan tulisan.

Ada banyak booth dari pelbagai negara yang ramah-ramah orang yang menjaganya. Eriteria. Syria. Kosova. Vietnam. Myanmar. Thailand. Maldives. Philipina. Brunei. Singapura. Indonesia. Malaysia. Yaman. Arab Saudi. Palestin. Somalia. Djibouti. Mereka tak jemu-jemu melayan aku yang mengada-ngada tanya macam-macam. Hehe. Termasuklah meminta mereka menulis sendiri nama aku dalam tulisan mereka.


Terdapat juga Ummatic Feast di mana kita boleh rasa menu yang sama, tapi masakan berbeza dari 4 kawasan dunia; Timur Tengah, Asia Pasifik, Afrika dan Nusantara. Seronok. Makan sedap. Lepas tu pula Rector yang serve aku makan. Fuuhh. Bukan senang nak diserve makan oleh Rector. Hehe. Rector datang ke gerai Afrika, tempat aku tunggu depan sekali, sekaligus merasmikan pesta itu, itu yang ceremonially serve pada pengunjung, iaitu aku. Hehe. Apa-apa pun, dapat juga aku merasa Pesta Ummatic Week yang paling meriah dan besar (pada pendapat aku) sepanjang 4 tahun lebih di UIA ni. Alhamdulillah.

Ditinggalkan UIA belum. Mungkin telah tiba masanya untuk aku tinggalkannya, dan mulakan hidup yang berbeza sekarang.


Sabtu, Mac 07, 2009

Hutang




Dekat RM 12 ribu yuran aku sepanjang 4 tahun di main campus Gombak. Aku pinjam dari PTPTN, RM 28 ribu. Ada baki RM 16 ribu. Untuk apa? Makan. Banyaknya? Makan untuk 4 tahun di UIA ini, RM 16 ribu? Tapi bila kira-kira balik, purata satu hari RM 11 saja. Tak ada lah banyak sangat. Sememangnya itu adalah bajet makanan rutin di UIA. Pagi sarapan RM 2, tengahari RM 4, malam RM 4, dan +/- RM 1. Ok lah tu.

Duit yang dipinjam dari PTPTN tu cukup-cukup untuk semua yuran dan makan harian.

Tapi, nak juga ada komputer. Nak juga ada kamera. Nak juga sebulan sekali, makan sedap-sedap, mahal-mahal. Nak juga 2 minggu sekali pergi KL, jalan-jalan tengok suasana. Nak juga satu semester sekali pergi jalan jauh-jauh, Terengganu ke, Kelantan ke, Sabah, Indonesia, tengok-tengok tempat orang. Berapa lagi duit yang perlu ada untuk 4 tahun lakukan aktiviti-aktiviti ini semua? RM 16 ribu lagi? Tak cukup. RM 20 ribu sekurang-kurangnya.

Siapa yang bagi RM 20 ribu itu?

'Mak aku bagi RM 20 ribu tu. Duit mak aku,' kata Din. 'Macam mana aku nak bayo kat Mak aku RM 20 ribu nih? Giler ah. Banyak siot duit Mak aku dah bagi kat aku. Tu baru universiti. Belum masuk sekolah lagi dulu. Masa kecik-kecik lagi dulu.'

'Hutang dengan kerajaan lagi RM 28 ribu. Banyaknya duit kena bayo balik!'

Hargailah duit yang ada.
Hargailah orang yang telah banyak membantu kita
Hargailah ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita. Balaslah jasa mereka.

Khamis, Januari 22, 2009

Kulliyyah of Engineering Research and Innovation Exhibition: Selected Chat

Prof. Dr. Ahmad Faris to Me
Dean, Kulliyyah of Engineering
Expert in fluid mechanics and heat transfer (super related to my project)

'Is this your project? What is gas turbine engine?'

'Its a jet engine, Sir'

'Why is it called gas?'

'Because its fluid medium is air, which is a type of gas, Sir'

'Air?! So, why didn't you call your engine 'air turbine engine', sounds better, you know? The term gas is so negative to the environment!'

'Er.. Hehe.. Er.. Hehe, yes, yes,'

Never thought of that before, but its true, indeed.


Prof. Dr. Khalid to Me
An old timer from Electrical and Computer Engineering Department


'So, can you tell me more about your project?'

'Er.. it is a model jet engine, Sir, just like the big ones on real aircraft, only this one is small,'

'Really?! Can you show me? How much is the thrust your engine produce?'

'Er.. That is the problem. Actually we didn't manage to measure the thrust, becau-'

'No! Here's some advice I want to give to you. Never say the negative things! You never say 'problems' during exhibition. In exhibition, people wnat to see the beauty of your product. So tell people the beauty, tell them what is so amazing about your product. Of course, I know there are lots of problems you faced before, but, keep the problems between you and your supervisor. Now, just put all your problems in a positive way to tell people. You know, after this you will be an engineer. Engineers will always present to clients about their product and need to impress the clients to buy. OK? I know you tried measure the thrust. Now, tell me again how you measure the thrust..'

Very nice advice. Panjang lagi sebenarnya advice dia, dari aku berdua dengan dia, sampai 4, 5 orang berkumpul keliling kiteorang, dengar Prof. Khalid bagi advice. Thank you, Sir, appreciate it.


Assoc. Prof. Dr. Qasim Shah to Me and Hadi
A Pakistani, spent 10 years in Japan, expert in impact engineering, makes jokes all the time


'There's no other people coming to the exhibition, eh? Just our people from engineering,'

'Yup. They don't even do publicity for the outside to know, Sir'

'Yeah.. That's the thing. But you know why we do the exhibition? We do it because we want people to know about what we're doing (research). In the West, they don't do this exhibition, in fact, we will go to them and ask them what are they doing. You know, these 300 years we (Muslims) are still at the bottom, far below them. You remember one time long ago, the Western come to us and ask us how we do this, how we do that? When do you think that time will come again, eh? Probably not coming even after a century more, eh? Haha. But that is life now,'

Lepak dengan dia aja sepanjang satu hari exhibition, poster dia bersebelahan dengan poster aku dan Hadi. Dalam gelak-gelak dengar dia buat lawak, banyak isi dapat daripada dia. Bagus dia ni. Mudah-mudahan satu hari nanti, tak lama lagi, Muslim akan bangkit semula dalam bidang ilmu ini. Amin.

Jumaat, Januari 09, 2009

'Don't Pull The Trigger'




Ketika melawat seorang teman di rumahnya, aku ternampak sepucuk pistol di atas meja kopi di ruang tamu di rumahnya. Pistol itu adalah milik ayahnya. Ayahnya seorang yang meminati hobi menembak. Ayahnya mensasarkan untuk menyertai Sukan Olimpik 2012. Tapi malangnya, ayahnya masih lagi belum memilik lesen senjata api.

Pistol yang aku pegang di dalam gambar ini adalah 'pistol angin' yang berpelurukan biji-biji kecil berwarna putih, macam telur cicak. Perhatikan di dalam gambar, jari telunjuk aku tidak ada di 'trigger' pistol itu. Tak berani nak letak jari di situ. Buatnya aku tertekan 'trigger' itu, tertembak, sakit gile kata teman aku. Memang tak mati kalau terkena tembakan pistol angin, tapi, mungkin kita akan mengalami lebam dan rasa sakit yang berlarutan kalau terkena.

Itu baru pistol angin.

Belum lagi pistol 'revolver'. Atau pistol yang berpelurukan 9 mm caliber. Yang boleh menyiat kulit manusia.

Belum lagi 'shotgun'.

Belum lagi AK-47 atau M16 yang terkenal itu.

Belum lagi bedilan peluru sebesar botol air 1.5 liter yang ditembak dari kereta kebal. Yang boleh meranapkan sebuah bangunan.

Itu semua dialami oleh saudara kita di sebuah tempat ini di Timur Tengah. Diserang tanpa sebab oleh sebuah puak yang kejam. Kini hampir 800 nyawa tak berdosa telah terkorban dalam beberapa serangan.

Mungkin kita perlu selalu berfikir, apakah bantuan yang telah kita berikan kepada saudara kita di sana? Kadang-kadang, mungkin kita tak perasan, kita berada di pihak mana. Jangan jadikan diri kita berada di pihak yang 'pull the trigger'.

Selasa, Januari 06, 2009

Kerja Oh Kerja

"Min, kerja la dekat Proton!"

"Ye, aku tengah nak kerja la ni,"

"Tak nampak macam ko berusaha pun,"

Huh? Aku tak cukup berusaha ke? Aku dah 3 kali hantar resume, sampai aku dah naik malu dengan Anwar, senior aku yang kerja di CAE Department, Proton. Proton nak ke aku? Atau aku yang memang hakikatnya tak cukup berusaha lagi? Tak apa. Kita tengok dulu apa jadi kalau aku sekali lagi hantar resume.

Pagi tadi Amin sms aku, sms pendek, 'Die panggil name ko do'. 'Die' di sini merujuk kepada Perodua. Amin masuk Perodua hari ini. Aku, tak dipanggil Perodua untuk datang hari ini. Bulan lepas aku telefon Puan Natrah, orang yang uruskan permohonan aku, seorang bakal ibu yang sangat bersifat keibuan, dia kata 'Tunggu result awak keluar'. Terkejut juga bila Amin sms aku. Aku perlu datang hari ini juga ke? Nama Azim dan Wong pun dipanggil, tapi dua-dua pun tak ada. Aku cuba menghubungi Puan Natrah.

Puan Natrah rupanya cuti 2 bulan. 'Wah, cuti bersalin ke? Hari itu mase interview aku tengah 7 bulan mengandung'. Cik Rosmawati yang menerangkan keadaan, memang perlu tunggu result keluar. 'Habis, kalau result saya keluar lambat? Mungkin akhir bulan ni baru keluar,'. Cik Rosma jawab 'Tak ape, kite tunggu awak,'.

Aku tak ada usaha mencari kerja lain pun selain Perodua dan Proton ini. Mungkin aku perlu cari lain juga. Aku tak kesah nak kerja di mana-mana, asal dapat gaji untuk hidup selesa, dan pekerjaannya tak susah.

Tak tahulah keputusannya nak kerja di mana. Rezeki ada di mana-mana, bukan? Cuma kita tak tahu mana satu yang terbaik untuk kita. Kita harus merancang baik-baik. Ini soal kehidupan dan masa depan kita. Tak perlu terlalu terburu-buru. Mudah-mudahan urusan aku dipermudahkan, dilimpahkan dengan rezeki. Amin.

'Manusia merancang, Allah merancang. Dan sesungguhnya, Allah lah yang sebaik-baik perancang'
Merancang, Berusaha, Berdoa, Bertawakkal.

Khamis, Januari 01, 2009

Hujan.

Hujan pertama dalam tahun 2009. Malam tadi dah masuk tahun 2009. Petang tadi, walaupun aku dah tahu jawapannya, aku tanya Hadi, 'Ko tak pergi berparti countdown ke malam tadi?'. Dia jawab 'Malam tadi ada apa pulak?' Hehe. Ternyata sama aja dengan aku, tak perasan dah masuk tahun baru. Sebab masing-masing fikir nak cepat habiskan final year project ini.

Esok presentation. Tadi baru balik dari makan-makan dengan 'budak-budak' aero yang ada 4 orang aja yang ikot. Aku, Kirun, Mai, Cheong. Cerita pasal plan masing-masing. Cheong dah pun nak mula kerja di Motorola, Pulau Pinang hari Isnin ini. Gaji lumayan, 'around 3k' Cheong cakap. Kak Ila pun dah nak mula kerja di Intel, gaji RM 2,800. Rezeki masing-masing. Ada hikmahnya.

Aku pun duduk lagi dalam UIA walaupun patutnya dah 2 bulan yang lalu grad, ada hikmahnya, walaupun aku belum nampak apa hikmahnya.

Semoga akan dipermudahkan urusan oleh Dia. Amin

Mungkin hikmahnya boleh sempat panjat Bukit Tabuh belakang UIA ini. Bila nak pergi panjat bukit tu?



Bukit Tabuh terletak di belakang UIA, betul-betul belakang Mahallah Bilal. Mempunyai panorama seluruh kampus UIA dari tempat tinggi. Tapi arah masuk ke bukit tu jauh dari UIA, di Taman Melawati

Isnin, Disember 29, 2008

1430 & 2009


Aku tak perasan pun dah masuk tahun baru hijrah. Aku juga tak perasan lagi 3 hari nak masuk tahun 2009. Tak ada memberi kesan pada aku ke? Entahlah. Apa entah yang bermain dalam fikiran aku. Kalau bagi ramai orang lain, tahun baru adalah tahun untuk memperbaharui azam, dan mengimbas kembali apakah azam lama sudah termakbul. Biasanya azam mereka untuk menjadi lebih baik. Aku tak pernah ada azam. Walaupun nama aku maksud dia azam yang kukuh. Apa itu azam sebenarnya? Azam hanya dilafazkan pada awal tahun aja ke? Mungkin aku memang ada azam, cuma diri aku yang tak pernah anggap itu adalah azam. Tapi, bagi aku, kita perlu sentiasa menjadi baik, tak kira bila-bila sekalipun, tak kira dalam apa-apa hal pun. Jom jadi baik!



Tak lama lagi nak present final year project. Terasa rindu pula pada suasana Automotive Lab yang dah macam workshop sendiri sepanjang satu semester lebih buat kerja di situ. Kalau masa semester masih ada, buat kerja ditemani dengan Acer dan Azim yang buat motorsikal dah macam rancangan American Chopper dah aku tengok. Kak Ila dengan Oya pun sebok dengan projek CVT mereka dan Dayana dengan Jiji dengan projek kereta untuk orang cacat. Dah habis semester, tinggal aku dengan Hadi berdua menyiapkan projek tatkala mereka semua sudah selesai. Sekali sekala Kirun dengan Ida akan datang Lab tumpang buat kerja siapkan kapal terbang free wing mereka. Ceghah dengan Mun pun bosann, bosan datang jenguk Lab aku. Haih entahlah. Report pun tak siap lagi. Mari siapkan report.

Selamat Tahun Baru Hijrah
dan
Selamat Tahun Baru Masihi


Projek Azim dan Acer


Projek Kak Ila dan Oya


Projek Aku dan Hadi

Sabtu, Disember 27, 2008

Wajah Baru

Bismillah.

Lama sudah tak menulis di sini. Sebok dengan final year project. Alhamdulillah, bolehlah nak dikatan projek dah selesai. Sebenarnya masih ada lagi yang belum siap iaitu report untuk projek. Dah hantar sebenarnya pada lecturer, tapi dia tak nak terima sebab katanya aku tak 'appreciate all your enormous effort all this time'. Selama ini aku bertungkus-lumus nak siapkan projek, takkan nak hantar report 60 muka aja? 'You have to include all the things that you've done. I am expecting 3 times thicker report after this than this slim report'. Huhu. Bila nak buat? Entahlah.

Tapi sejak malam tadi aku cukup bersemangat untuk memberi wajah baru pada blog tua ini. Sejak dari dulu lagi, tak pernah bertukar wajah. Sekarang pun dah makin ramai kawan-kawan ada blog masing-masing. Terasa tercabar juga. Huhu. Lama aku buat wajah ini. Dari pukul 12.30 tadi sampai sekarang pukul 4.20 baru siap. Letih mata nak belek HTML baris demi baris. Kalau dulu ada banyak masa sementara tunggu result SPM keluar boleh edit HTML sedikit-sedikit. Masuk UIA, dah tak ada masa. Sampailah sekarang, da habis belajar, tak ada kerja (walaupun kena buat report 3 kali ganda lagi tebal tapi tak mula buat lagi), bolehlah merubah wajah.

Kenapa 'dunia ini sangat menarik'? Aku sangat tertarik sebenarnya dengan iklan Discovery Channel 'The world is just awesome'. Berulangkali ditayangkan. Mereka sangat menghargai apa yang mereka alami di dunia ini. Kadang-kadang aku rasa dari segi itu, mereka lebih beriman dari kita, ye tak? Jarang sebutan orang Melayu yang ada puji-puji dunia dan kehidupan (ataupun aku yang tak tahu?). Yang kita biasa dengar, 'Dunia ini penuh pancaroba'. 'Liku-liku kehidupan'. Apa salahnya untuk kita lihat dunia dan kehidupan ke arah positif? Dan sentiasa bersyukur atas apa yang diberikan?

'The world is just awesome'

Astronaut 1: It never gets old, huh?
Astronaut 2: Nope.
Astronaut 1: It kinda makes you wanna...
Astronaut 2: Break into song?

I love the mountains
I love the clear blue skies
I love big bridges
I love when great white flies

I love the whole world
And all its sight and sounds

Boom-de-yada, boom-de-yada
Boom-de-yada, boom-de-yada

I love the oceans
I love real dirty things
I love to go fast
I love Egyptian kings

I love the whole world
And all its craziness

Boom-de-yada, boom-de-yada
Boom-de-yada, boom-de-yada

I love tornadoes
I love arachnids
I love hot magma
I love the giant squids

I love the whole world
It's such a brilliant place

Boom-de-yada, boom-de-yada
Boom-de-yada, boom-de-yada

Boom-de-yada, boom-de-yada
Boom-de-yada, boom-de-yada

Pada yang tak pernah nengok iklan ini, boleh nengok
di sini

Rabu, Disember 17, 2008

The Email
Explains what did I do these last 2 months in my university

kerie poster
Wednesday, December 17, 2008 9:20 AM
From:
"Azimin Elias"
Add sender to Contacts
To:
rkafafy@gmail.com
KERIE.ppt (5958KB

Assalamualaikum

How are you sir?

This is the kerie poster. The wordings may still be editted.
Alhamdulillah, we have managed to assemble all the components. InshaAllah we are ready for the engine testing soon.

Jazakallah khairan kathiran.

Regards,
Azimin Elias and Hadi Ammar
'Malaysia's gas turbine pioneers'












Ahad, November 02, 2008

Jadual Yusof Estes Di Malaysia

Challenges for Modern Muslims in Da’wah
Sunday, 23 Nov 2008
(9am – 11am)
MBSA Shah Alam


Reviving The Sunnah
Sunday, (8pm – 10pm)
Masjid Wilayah KLMultipurpose Hall


The Truth About Muslims: All you wanted to know but were afraid to ask
Monday, 24 Nov 2008
(8pm – 10pm)
MBSA Hall, Bukit Jelutong


Life: A Prison or Paradise ?
Tuesday, 25 Nov 2008
( 8pm – 10pm)
Masjid USJ 2, Subang Jaya

Terrorism, Islam in The West
Wednesday, 26 Nov 2008 (8.15pm – 10pm)
Al-Nidaa’ Office, Taman Tun Dr. Ismail


Faith, Science & Common Sense
Friday, 28 Nov 2008
(8pm – 10pm)
Telekom Malaysia HQ, Multipurpose Hall


For more info, please email Pn. Ruhashimah (the person in-charge) at shimaderus@yahoo. co.uk

Lihat
http://www.islamtom orrow.com/ Yusuf_story. htm
http://en.wikipedia .org/wiki/ Yusuf_Estes
http://www.watchisl am.com/videos/ video.php? vid=3
http://www.shareisl am.com/
http://www.islamtom orrow.com/
http://islamevents. com/