Cari Blog Ini

Selasa, Februari 20, 2007

KL - Jakarta - Bandung


Hari Satu
20 November 2006
KL

Beberapa jam lagi sebelum berkumpul di Study Room Sisters E1 aku masih lagi tak duduk diam dalam bilik, memikirkan apa lagi barangan yang boleh kubawa. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi. 6 jam sebelum berkumpul d Study Room untuk briefing. Beg masih lagi ternganga luas menanti untuk dipenuhkan. Banyak lagi barang yang belum diisi. Kerisauan untuk terbang ke Indonesia diselang-selikan dengan bersinan dek selsemaku yang dirasakan semakin teruk. Badan pula semakin panas. Aduh.. macam mana nak jalan-jalan nanti kat sana?

8.00 pagi.
Pelbagai perasaan bercampur aduk. Pelbagai bayangan silih berganti melintasi pemikiranku sepanjang perjalanan ke Study Room bersama Juan. Bertemu dengan Mai di ATM Bank Islam. 'Siapa da ade dekat sana?' soalan yang sama yang aku tanya pada dia dalam sms seminit sebelum itu, juga pada fizah, juga pada kak ecah. Menunjukkan betapa risaunya aku masa itu. Tak tahu apa yang aku risaukan sangat.

9.00 pagi.
Selesai memberikan taklimat pada peserta program ke Indonesia ini. Segala apa yang telah aku dengari dari Kak Nida travel agent, semuanya aku luahkan pula pada peserta sebentar tadi. Walaupun aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya nanti di Indonesia, tapi aku sedaya mungkin menerangkan semana tahu. Muka para peserta? Entahlah. Mungkin mereka juga seperti aku, perasaan bercampur aduk, risau, seronok, takut, semua ada. Kena pulak bila Tim bagi nasihat 'Hati-hati yeh, kat sane org banyak pukau nak amek duet kite, die tgk kite je kite buleh kene jugak, so jgn pandang org lame=lame' menambahkan lagi kerisauan aku. 13 orang di bawah tanggungjawab kami berlima, aku, Tim, Kak Ecah, Fizah, Mai sebagai committee, termasuk 9 anak dara orang. Membawa mereka ke dunia yang aku sendiri tak pasti merupakan suatu.. suatu.. suatu yang tak pasti jugak. Isk.

10.00 pagi.
Bertolak ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal di Sepang). Suasana di dalam bas UIAM itu begitu bingit. Mungkin pelbagai cerita yang ingin diluahkan pada rakan masing, tentang pengalaman menjelajah negara lain. Mungkin juga bercerita bagaimana untuk shopping secara effective di Indonesia nanti. Apa pun, yang pasti, aku hanya menyepi, memandang ke luar tingkap bas, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.

11.30 pagi.
Kami dapat tahu flight kami delay (seperti biasa bagi yang menaiki pesawat Air Asia). Sepatutnya terbang jam 1.40 petang, tapi diubahmasa kepada 2.30 petang. Punyai masa yang agak banyak, kami mengambil kesempatan untuk melayan perut. 'McD aje lah senang..'

2.30 petang.
Boarding the plane. Pengalaman pertama aku boarding dengan berjalan kaki sendiri ke kapal terbang. Seronok ambil video. Seronok berlari-lari untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Boeing 737-700.

2.40 petang.
Klastofobia. Pernah dulu aku berasa sesak nafas berada dalam pesawat Boeing 737-700 seperti aku sedang naiki ini semasa dalam perjalanan dari Miri ke KL. Sungguh tak selesa aku berada dalam pesawat itu selama 2 jam setengah, terasa sangat sempit. "Sungguh.. saya balik Penang 45 minit pun da tak tahan, tak tahu lah macam mana 2 jam nih" keluh Salwa. Kali ini, masih lagi kurasakan kesempitan itu. Tapi semuanya hilang apabila pesawat mula bergerak dan terbang! Leka aku dan Juan melihat luar. Beruntung juga rasanya dapat duduk yang dapat view sayap. Segala pergerakan sayap telah kufahami. Jika dulu aku tak tahu apa-apa bila tengok sayap kapal terbang, kini, aku dah faham. Airfoil, flap, fluid flow through a wing, lift forces, Kutta-Jukowski theorem, semuanya aku dapat lihat depan mata aku. Aku senyum dalam hati. 'Kapal ni takde bende kat ujung sayap tu, ape name die?' Juan tanya. 'Winglet,' aku sekali lagi tersenyum dalam hati, 'die takde sebab ni kapal terbang lame, winglet ni ade pade kapal-kapal baru je..' aku ulang balik kata-kata Dr Waqar yang aku dengar masa belajar Intro to Flight dulu. Selepas dihidangi dengan persembahan kakak pramugari yang menerangkan aspek keselamatan, mata kekal tertumpu kepada sayap sehingga pesawat terbang kira-kira 2.50 petang.

3.40 petang.
Juan teruja nengok ke luar tingkap. Kelihatan tompok-tompok awan kecil bak cebisan kapas-kapas yang dibiar beterbangan di udara. Di bawahnya terdapat daratan entah milik negara mana kutak tahu. Dapat dilihat pantai. Hutan menghijau. Laut membiru. Indah. Subhanallah.

4.30 petang.
Aku kira aku sudah berada di ruang udara sekitar Jakarta. Kapal telah mula descending. Dapat dilihat di daratan beratus-ratus petak sawah padi yang amat luas terbentang. Semakin lama, semakin jelas kelihatan. Kereta sedang bergerak di jalanan. Atap rumah-rumah, kebanyakannya genting berwarna merah. Semakin rendah. Semakin aku tak percaya 'Aku sudah berada di Jakarta!'

Jakarta
4.30 petang (Waktu tempatan)
Lapangan terbang Soekarno-Hatta Jakarta kelihatan seperti kedai makan, katanya Juan. Aku mula menunjuk-nunjuk itu dan ini. Mula menunjukkan aku ini jakun. Segala yang aku tak pernah lihat aku tunjuk dan gelak-gelak dengan Juan. Embarkation form diisi beramai-ramai sejurus selepas turun dari tube airport. Sebahagaian keratan form itu dihantar kepada imegrasi (imegresen) dan sebahagian lagi disimpan dan bakal diserahkan semasa pulang ke KL nanti.

5.00 petang.
Beratur menunggu giliran untuk melepasi kaunter imigrasi. Kami merupakan yang terakhir untuk melepasi kaunter itu bagi keseluruhan penumpang pesawat yang kami naiki tadi. Semuanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu. Selepas mengambil beg masing-masing, semuanya blur. Apa nak buat nih? Apa? Dr Raihan and the gang tah ke mana sudah. Hilang jauh ke depan. Keluar selepas mengambil beg, orang ramai menanti. Ada yang menjulang sepanduk. Ada yang mendekati kami, 'Pak? Mahu teksi pak? Murah meriah pak'. Aku hanya tersenyum. Kepala kupanjang-panjangkan mencari siapa antara kami yang dihadapan. Mudah sahaja mengesan Dr Raihan yang tinggi itu. Nampaknya dia sudahpun bertemu dengan tourist guide kami. Aku mendekati mereka dan Dr Raihan memandangku seraya berkata, 'Azimin! Kira cukup ke tak'.

5.20 petang.
Aku merasakan itu tanggungjawabku yang paling utama - memastikan kami sentiasa cukup chorum. Huhu. Setelah menunggu mereka yang ke kamar kecil (tandas) selesai, Pak Adi (tourist guide kami) dengan pantas meminta kami meneruskan ke bas. Setelah memunggah semua beg, aku dan Juan adalah yang terakhir sekali menaiki bas. Sudah tidak banyak ruang kerana sebahagian beg diletakkan DI atas tempat duduk di dalam bas muatan 24 orang itu. Juan duduk di belakang sekali, manakala aku duduk di sebelah salah seorang pensyarah pengiring, Dr Wahyudi. Mas Adi (itu nama yang di prefer oleh Pak Adi kerana 'Mas' kelihatan lebih muda) pun mula menunaikan tugasnya sebaik sahaja bas kami bergerak. 'Sejam lagi Bapak W Bush akan tiba,' kata Mas Adi, 'Banyak jalan yang ditutup'. Bush hadir ke Jakarta bagi lawatan sambil kerja bertemu dengan Presiden Republik Indonesia, Subilo Bambang pada hari yang sama kami tiba. Ada beberapa tempat yang kami tidak dapat lawati pada hari ini kerana banyak jalan yang macet (sibuk) ditambah lagi dengan jalan yang ditutup kerana kehadiran Bush.

6.00 petang.
Aku sudah mula tak selesa di dalam bas. Tempat duduknya ngam-ngam punggungku. Keadaan di luar sesungguhnya macet banget. Trafik bergerak bak ulat berkaki seribu, sungguh lambat. Sesekali aku bertanya pada Dr Wahyudi yang merupakan anak jati Tanah Jawa tentang apa yang aku lihat di sekitar bandaraya Jakarta. Dengan badan yang kurang selesa yang rasa seperti hendak baring dan tidur itu, mataku pula melingas-lingas meneliti segala yang terhidang di luar tingkap bas. Suasana pada waktu ini sudah pun seperti pukul 8 malam, gelap. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ketika itu. Seronok? Risau? Gembira? Penat? Takut? Entahlah... Aku hanya tahu, aku perlu menahan batuk dan selsemaku.

6.30 malam.
Sememangnya sudah gelap pekat seperti pukul 9 malam Malaysia. Kami tiba di Salero Jumbo, sebuah kedai makan nasi Padang di Central Jakarta. Masing-masing kelihatan masih lagi blur. Masing-masing juga tidak tahu apa yang perlu dipesan di restoran itu. Semuanya mengikut rakan. Aku memesan Salero 2 (pakej 2) - nasi, rendang daging dan beberapa lauk tipikal nasi Padang yang aku sendiri tak tahu apa lauknya. Di restoran-restoran di Indonesia, apabila pelanggan duduk, biasanya restoran akan menghidangkan teh. 'Teh gratis' kata Mas Adi. Gratis bermaksud percuma. Harganya memang percuma, cuma aku rasakan ada satu lagi yang 'percuma' dalam teh ini - rasa. Kalau aku tidak melihat warna teh ini yang coklat dan hanya terus meminumnya, pasti aku akan menyangka aku sedang minum air kosong. Kurang rasa teh, apatah lagi rasa manisnya, tak manis langsung. Payau. Apapun, teh ini tetap graaatisss!

Makanan yang dipesan pun tiba. Kelihatan lazat. Nasinya lembut, dagingnya keras tapi enak, ada sambel ijo (sambal hijau), ada sayur, itu untuk Salero 2 yang kupesan. Kak Ecah disebelahku yang memesan Salero 1 hanya ada telur rebus, dan tambahan sayur kangkung. Itupun telur rebus dia tak makan, aku yang makan. Salero 3, Dr Raihan pesan, sama sepertiku, bedanya daging digantikan dengan ayam. Salero 4, 5, 6, 7, 8 yang lain aku tak tahu. Dr wahyudi keluar sebelum makanannya sampai. Beberapa lama selepas dia keluar, dia kembali bersama starter pack Punya Indosat (sebuah syarikat telekomunikasi Indonesia) 'Beli di sana, kurang lebih 100 meter di sana' katanya apabila ditanye di mana beli. Selepas aku selesai makan, aku memandang Juan, memandang starter pack Dr Wahyudi atas meja, kemudian memandang Juan semula, seraya berkata, 'Jom!!'.

7.00 malam.
Aku dan Juan bergegas ke arah tempat Dr Wahyudi jelaskan tadi. 'Nanti ada kedai-kedai, jual-jual, kat situ lah saya beli' ujarnya Dr Wahyudi tadi. Melalui lorong yang agak gelap dengan kiri kanan lorong terdapat warong-warong makan. Ramai yang duduk makan di warong, tidak kurang juga yang duduk tercangkung entah menanti siapa di sekitar lorong itu. (Ngeri jugak..isk). Kelihatan beberapa orang segak beruniform polis mengawal pintu masuk parkir tidak jauh dihadapan kami. Dan di belakang parkir lot itulah kelihatan lot-lot kedai.

Kami terus ke kedai menjual alatan eletronik, saja ingin melihat harga dan membandingkan dengan harga di Malaysia. Ada yang lebih murah, ada juga yang lebih mahal. Contoh lebih mahal, mp3 player, sama sebiji macam yang aku baru beli, creative zen nano plus 512mb, harga di Indonesia 608 000 rupiah, sekitar RM240, kira-kira RM 40 ke RM 70 (ikut kedai mana beli) lebih mahal dibandingkan di Malaysia.

Sebelah kedai itu adalah wartel (di Indonesia, banyak kedai yang disingkatkan namanya, wartel adalah singkatan untuk warong telefon). Aku hanya pandang satu, Punya Indosat starter pack. Ada banyak lagi yang lain seperti Mentari (dan banyak lagi, aku tak ingat dah). Indosat sendiri mempunyai beberapa pakej, dan aku tetap memandang hanya satu, IM3 yang dibeli Dr Wahyudi tadi. 25 000 rupiah (kira-kira RM 10) untuk starter pack yang mempunyai nilai pulsa (kredit) sebanyak 10 000 rupiah (RM 4). Aku beli juga. 'AKu rase kite kene tipu lah..' berkali-kali Juan menyuarakan. Detik hatiku pula, 'Apa nak jadik, jadik la, kene tipu ke tak kene tipu ke, aku nak beli jugak'.

7.20 malam.
Kami kembali ke Salero Jumbo dengan jus alpukat yang kami pesan sebelum keluar tadi telah pun sedia di meja. Jus alpukat, katanya Dr Raihan, amat rugi jika tidak dicuba di Indonesia. 'Nanti orang tanye kite ade try jus alpukat tak kat Indonesia? Haaa.. nak jawab apa kalau kite tak try..?'. Jus alpukat adalah jus avogado. Satu perkara yang menarik di Indonesia ini, di mana-mana kedai makan, bila kita memesan apa-apa dengan nama 'jus' di hadapannya, maka kita akan dihidangkan dengan 'jus' yang sebenar, yang diblend tanpa air (macam iceblended la kalau di Malaysia) tapi jika kita memesan air buah tanpa menyebut 'jus' dihadapannya seperti 'air epal' maka kita akan dihidangkan dengan air kordial berperisa epal. Sama dengan jus alpukat ini, sungguh pekat. Sungguh enak, ditambah lagi dengan cecair coklat yang dicurah sedikit sebagai toping jus. Wah. Enak banget sih! Kemudian, masa untuk beredar! Bayar di kasir (cashier) - salero 2 + jus alpukat 22 000 rupiah (sekitar RM9)temasuk cukai 2000 rupiah. 'Wah.. muuuraah..' kata Dr Wahyudi. 'Ini kita makan ni di tengah-tengah Jakarta, Central Jakarta, macam makan di KLCC di Malaysia!'.

8.30 malam.
Setelah puas mengharungi kesesakan lalu lintas di Central Jakarta itu, kami tiba di perkarangan Monas (Monumen Nasional). Monas dibina oleh Pak Soeharto pada akhir 60an dan siap belasan tahun selepas itu menelan belanja 6.5 billion rupiah. Dibina sebagai kemegahan rakyat Indonesia, pria (lelaki) dan wanita, Monas kini adalah tumpuan ramai orang. 'Terutamanya yang muda-muda ramai membawa pacer-pacer (pakwe) dan cewek-cewek (makwe) masing-masing membincangkan masa depan mereka di sini..' begitu perli Mas Adi terhadap muda-mudi negaranya. Apabila turun dari bas, sememangnya suasana di situ seakan telah pernah ku rasai - di Dataran Merdeka, di KLCC Park - terdapat sungguh ramai couple. Tapi itu bukan tujuan kami untuk membuat tinjauan dan soal kaji selidik terhadap couple, tapi tujuan kami adalah untuk melihat kemegahan Indonesia di Monas.

Sememangnya Monas terpacak berdiri megah di tengah-tengah taman di situ. Kalau waktu siang, terdapat khidmat lift untuk ke puncak menara dan boleh melihat ke seluruh Jakarta yang amat besar. Tapi tiada khidmat itu di waktu malam sebegini. Sakan mengambil gambar.

9.30 malam.
Kami tiba di Wisma Malaysia, tempat penginapan kami sepanjang di Jakarta ini. Kusangkakan Wisma Malaysia ini adalah seperti sebuah kompleks dengan kelengkapan dewan, dan beberapa bilik tidur seperti hotel. Ye, memang ada dewan, tapi hanya dewan terbuka yang dikelilingi dorm-dorm. Terdapat beberapa buah tandas dan bilik air, sebuah dapur yang lengkap, sebuah ruang tamu dengan TV, sebuah surau, dan beberapa orang pelajar Malaysia yang tinggal di situ. Di kelilingi rumah-rumah mewah di Central Jakarta itu (macam kawasan Damansara Heights) Wisma Malaysia juga nampak mewah dari luar, tapi tidak di dalam. Bersesuaian dengan harga sewaan bilik sebanyak tak sampai 50sen satu malam, inilah dorm yang paling panas pernah aku duduk. Empat katil double-decker disumbat di dalam bilik sebesar kira-kira 14'x6' itu dengan hanya dua buah kipas dinding. Panasnya, hanya Tuhan yang tahu. Apapun, bak kata Dr Raihan, cukuplah untuk sekadar dibuat menumpang tidur. Kita bukannya ke sini nak bermewah-mewahan. He.

Setelah selesai segalanya, masing-masing telahpun enak tidur kukira, pukul 12 malam, aku masuk tidur. Sejam lepas itu, baru aku tidur (menahan panas, susah jugak nak tido..isk).


Hari Dua
21 November 2006
Jakarta

4.30 pagi.
4.30 pagi adalah sangat awal bagi aku untuk bangun. Di sini subuh habis pukul 5.30 pagi. Kugagahkan jua hati yang degil. Selepas solat, pukul 5 pagi aku sudah terpacak di dapur. Menanti arahan apa yang perlu dibuat. Aku tak tahu aku boleh buat apa (alasan.hehe). Kami perlu menyediakan 50 keping sandwich untuk santapan para peserta pagi ini. Kak Ecah sudah ada masa kutiba di dapur. Tak lama lepas itu tiba pula Tim dan kemudian Fizah. Sama-sama menggaul tuna dan menyapunya pada roti. Sambil itu beberapa orang masuk ke dapur menjenguk kami. Seronok membuat sandwich pagi itu.

7.00 pagi.
Mas Adi sudah bersedia di hadapan Wisma Malaysia dengan bas kami. Destinasi rasmi pertama kami di Indonesia - Universitas Indonesia, UI (sebut Uu,ee). Merupakan universiti ke-250 dalam senarai 520 universiti terbaik dunia, juga disebut-sebut sebagai universiti terbaik Indonesia, terletak di Depok, pinggir Jakarta Selatan. Kami tiba di Engineering Center milik UI kira-kira pukul 8.30 pagi, sejam awal dari yang dijangka pihak UI sendiri. Ini kerana Mas Adi amat bersedia untuk mengelak macet (kesesakan) lalu lintas dengan bertolak seawal 7 pagi (suasana 7 pagi Jakarta sama dengan suasananya 9 pagi di Malaysia. Walau bagaimanapun waktu office hour di Jakarta sama sahaja dengan kita di Malaysia, sekitar 8.30 pagi)

Walaupun dalam keadaan agak kelam kabut, kami disambut mesra oleh beberapa pegawai dan staff UI. Di bawa ke bilik mesyuarat, di situ kami ditaklimatkan tentang Engineering Center dan UI oleh Dr Esa Haruman. Dr Esa adalah pensyarah subjek-subjek Material Engineering di UIA. Aku sendiri, dan ramai antara kami pernah menjadi anak muridnya. Dari perbualan yang kudengar antara dia dan Dr Raihan, Dr Esa sedang dalam kontrak bersama UI selama 2 tahun sebelum kembali semula ke UIA.

Setelah dihidangkan dengan 'lecture' Dr Esa dan juga santapan sarapan ringan, kami dibawa ke sekitar Engineering Center, antaranya pusat pengumpulan data-data kejuruteraan dan teknologi, pusat kerjasama dengan universiti dari Jerman, dan macam-macam lagi. Bangga Dr Esa menerangkannya pada kami. Setelah itu, kami dibawa pula ke makmal-makmal yang ada di fakultas kejuruteraan di UI.

Kami dibawa ke makmal yang kebanyakannya berkisar jurusan Material Engineering (mungkin itu kepakaran Indonesia, kerana di UIA sendiri, kebanyakan pensyarah Material and Manufacturing Engineering rata-rata adalah dari Indonesia - Dr Esa, Dr Agus, Dr Il Sofyan, Dr Afzeri dan ramai lagi). Apa yang menarik perhatian kami adalah kebanyakan mesin yang mereka gunakan untuk eksperimen adalah hasil rekaan mereka sendiri. Sesuatu yang memerlukan research yang mendalam dan sangat lama, tapi masih lagi mampu dilakukan oleh mereka.

Makmal demi makmal, makmal demi makmal, banyak juga makmal yang kami lawati, sehingga aku sendiri sudah naik tepu melihat aparatus-aparatus yang ada dalam makmal. Setelah puas, kami ke pejabat dekan fakultas. Malangnya dekan mereka berada di luar negara ketika ini atas urusan kerja, jadi, diwakili oleh pegawainya. Dr Raihan memulakan tugasan rasminya - memperkenalkan Kulliyyah of Engineering UIAM, kemudian meluahkan hasrat mencari ruang untuk kerjasama pendidikan dan kajian pembangunan bersama UI.

Di dalam bilik mesyuarat itu, hanya satu yang menarik perhatianku. Mengendahkan segala apa yang diucapkan oleh Dr Raihan dan rakan sejawatnya dari UI, aku amat terpesona dengan minuman yang dihidangkan kepada kami. Kami dihidangkan dengan 'S-TEE' minuman dalam botol. Cuba teka minuman apa yang ada dalam botol itu? Teh 'O'. Sememangnya kami amat menanti-nantikan dan mengidam-ngidam air teh 'o' dan bonus bagi kami, teh 'o' sejuk. Alhamdulillah, enak tak terkata. Rasa tehnya sungguh lengkap dan padu. Cukup rasa manisnya. Cukup rasa tehnya. Memang amat sesuai dijadikan minuman botol seperti ini.

Setelah puas menikmati teh 'o' ais, kami dibawa ke sebuah cafetaria untuk menikmati pula makan tengahari. Difahamkan bahawa kafe ini adalah kafe khas untuk dosen (pensyarah), tiada orang yang boleh masuk kecuali dosen. Dan yang tambah menariknya, makanan di dalam kafe ini.. gratis! Tidak perlu dibayar. Kami makan nasi putih. Lauk daging. Tahu sambal. Bersama sup sayur. Terasa seakan selera Melayu Malaysia. Sedap! =)

Di sekitar kampus, dapat kami lihat kesibukan pelajar mereka ke sana dan ke mari, ada yang membuat group discussion die tepi-tepi bangunan, ada dengan aktiviti mereka sendiri, sungguh meriah universiti ini. Terasa iri juga, kenapa UIA tak semeriah ini. Di UIA, meriahnya meriah dengan bualan-bualan kosong di Econ Cafe, di NesCafe, di HS Cafe, di Edu Cafe (semua kat cafe je kalau ada meriah pun). Dr Raihan pesan pada kami, cuba lihat apa perbezaan pelajar di Indonesia dan di universiti kami. Entahlah, terasa macam nak belajar di UI ni. Kami dibawa pula menunaikan solat di Mesjid UI. Dalam perjalanan yang agak jauh itu kami melalui beberapa mercu tanda universiti. Mataku tidak berkelip melihat betapa luas dan besarnya universiti ini. Luas. Lebih luas berbanding UM. Mungkin sama luas seperti UUM. Bangunan Admin nya sahaja sudah tinggi mencanak setinggi 15 tingkat mungkin. Dewan Besarnya memang amat besar, dua hingga tiga kali lebih besar berbanding CAC die UIA. Punyai tasik yang indah berlatarbelakangkan Mesjid, Admin dan Dewan. Mesjid nya pula berkonsepkan 'terbuka' di mana jemaah boleh memasuki dewan solat masjid dari setiap sudut kecuali yang menghadap qiblat. Maksudnya - masjid ini tidak mempunyai dinding kecuali yang menghadap qiblat. Cantik masjid dia.. aku sudah mula nampak kekreatifan rakyat Indonesia..

2.00 petang
Kami sudah berada hampir satu jam di dalam kemacetan jalan raya di Jakarta, menuju ke kantor Pertamina.

2.30 petang
Masih lagi di dalam kesesakan.

3.00 petang
Kami menyedari kami telah melalui jalan yang sama beberapa kali. Rupanya pemandu bas sesat. Hanya setengah jam selepas itu baru kami tiba di kantor (pejabat) Pertamina...

3.30 petang
Pertamina adalah sebuah syarikat carigali minyak nasional Indonesia, seperti Petronas di Malaysia. Bezanya, Pertamina masih lagi baru dalam industri ini, dan sedang bergerak maju untuk menjadi syarikat carigali minyak gergasi Indonesia. Kami dibawa ke tingkat 13 Menara Pertamina bagi mengikuti beberapa sesi yang menerangkan tentang Pertamina. Kami dapat pengetahuan tentang kawasan minyak di Indonesia. Tidak seperti di Malaysia di mana kuasa melombong minyak terletak di tangan Petronas i.e. jika Shell melombong minyak, Shell perlu memberikan sebahagian share minyak kepada Petronas, di Indonesia, Pertamina perlu menguatkan diri bagi merebut peluang carigali minyak di Indonesia bersama syarikat minyak gergasi dunia seperti Chevron, Exxonmobil dan sebagainya.

Cukup dengan kisah minyak, kami dihidangkan dengan sekotak makanan. Sekotak makanan? Ya. Setiap seorang mendapat sebuah kotak kecil yang mengandungi 3, 4 keping kuih beranika jenis, dan juga sebekas air RO. Kuih mereka berlainan dengan kuih kita di Malaysia. Aku pun tak tahu apa nama kuih-kuih yang aku makan. Tapi yang aku tau, sedap makan selepas mengharungi macet selama hampir 2 jam sebelum ini.

5.30 petang
Bagi memberi gambaran awal tentang apa yang bakal kami hadapi pada hari terkahir nanti (membeli belah di sebuah pasaraya di Jakarta), Mas Adi membawa kami ke salah sebuah pasaraya terbesar di Jakarta - Jakarta World Trade Center di Mangga Dua, Jakarta Utara. Seperti dijangka, kami sekali lagi dipaksa duduk diam di dalam bas yang bergerak dengan sangat perlahan dek kemacetan yang amat dasat di Mangga Dua.

7.00 malam
Tiada apa sangat yang boleh dilihat dan di'windowshopping' kan di sini kerana kebanyakan lot-lot kedai di WTC ini sudah pun tutup. Kalau ada yang masih buka pun, mereka sedang berkemas untuk tutup. Sekali sekala sambil berjalan di sekitar dalam bangunan terserempak dengan rakan-rakan rombongan dari UIA. Sekali lagi bertemu. Dan bertemu. Dan bertemu. Seolah-olah kami sahaja yang berada di WTC ini.

'Tadi akak ngk beg? Murah ke kak? Ok ke harge-harge die?'

'Errmmm. Ok la kot.. dalam 30 ribu.. '

Aku tak tau apa yang boleh dibeli di sini. Terdapat gerai-gerai menjual beg - aneka beg. Kak Arfah kata murah harganya. Aku lihat harga di gerai-gerai kasut - kasut Nike, Adidas etc harganya lebih kurang sama dengan harga-harga kasut di Pertama Complex di KL. Entahlah. Aku sudah mula risau memikirkan aku tak tahu nak beli apa di Jakarta ini. Takkan aku tak nak beli apa-apa.. detik hatiku. Hu.

Terdapat food court di WTC ini katanya Mas Adi. Tapi aku tak menemuinya, tambahan pula aku belum berapa yakin untuk makan di tempat seperti food court itu. Jadi, A&W di pintu masuk WTC menjadi tempat menjamu selera. Di Malaysia sendiri aku tidak pernah makan di A&W, di Indonesia pula aku pertama kali merasa. Yang menariknya, setiap pakej makanan di A&W terdapat gratis (percuma) sepinggan nasi. Hehe. Inilah yang aku belajar dalam Intro to Marketing - product adaptation. Mungkin tak lama lagi A&W di Malaysia juga akan ada nasi, seperti di McD. Sos cili di A&W itu pula juga menarik. Kerana inilah sos yang paling pedas pernah aku rasa. 'Macam cili giling' Juan kata. Memang betul, appearance sos itu sendiri dah nampak macam pedas. Pedas, pedas, tapi sedap. Mungkin kah orang Jawa suka makan pedaS? Mungkin...

Selepas makan, yang perempuan-perempuan sebok bergambar di kasut dan bola gergasi di pintu masuk WTC bersama Dr Raihan dan rakan-rakan. Aku masih belum masuk lagi dengan mereka, lecturer-lecturer. Di bilik kami pun tidak bercakap. Aku sendiri tak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Dr Raihan, Dr Wahyudi, Bro Syed Noh. Biarlah mereka sakan bergambar di kasut besar giler tuh. Aku duduk di kerusi A&W sambil melihat gelagat mereka, sambil sebok menilik telefon bimbit ku, berpuluh mesej masuk sekali gus, semuanya dari orang yang sama - menunjukkan ada orang yang wajib aku pujuk sekarang. Mujur aku baru mengisi ulang pulsa ku (topup kredit). Suka dapat mesej dari Malaysia.

9.15 malam
Kami telah tiba di Wisma Malaysia dengan penatnya. Setelah menunaikan solat di Wisma, aku dan Juan merisik-risik tentang apa yang boleh dilakukan pada waktu sebegini di Jakarta. Merisik kepada beberapa orang pelajar Malaysia yang melepak di ruang tv wisma. Kata mereka boleh saja kalau kami nak jalan-jalan di kedai-kedai tak jauh dari wisma, boleh la kalau nak nengok-nengok sendiri kota Jakarta waktu malam. Fana dan Kak Qaya terdengar risikan kami. 'Eeeiihh.. nak ikoooottt..'. Kami ajak juga beberapa yang lain, tapi semuanya sudah kepenatan dan malas nak keluar.

'Nak keluar? Baik-baik jalan' pesan Bro Syed Noh. Dengan direction yang diterangkan kepada kami oleh pelajar yang melepak tadi, kami berempat memulakan perjalanan ketidakpastian kami ke bandar di Jakarta Tengah. Sebenarnya tujuan sebenar ialah Juan. Dia nak cari dan mencuba makanan tepi jalan di Jakarta - makanan warong-warong. Awal-awal lagi sejurus selepas keluar dari wisma sudah terdapat sebuah warong betul-betul terletak di hujung corner simpang. Berhadapan dengan sebuah rumah sakit (hospital). Keadaannya memang amat 'warong'. Macam kedai kopi kecil yang daif di kampung-kampung di Malaysia.

'Uhh.. tak nak aku makan kedai nih.. buleh ke? Tanak ah!'

'Ala Juan.. ospital depan ni je.. try je.. ape-ape hal lintas je seberang jalan masuk ospital.. hehe'

Kami meneruskan perjalan dengan membelok ke kiri di simpang yang ada warong itu tadi. Kami melalui kawasan perumahan elit. Memang gah-gah rumah di kawasan yang kami lalui itu. Seperti rumah-rumah di kawasan SS 16 PJ di belakang matrik UIA. Terdapat juga beberapa gerai makan yang telahpun tutup. Gerai-gerai kecil seperti tadi yang berpagarkan rumah-rumah elit. Walaupun tutup, ada juga beberapa orang yang duduk-duduk di situ, borak-borak. Ada juga yang duduk mengcangkung 2,3 orang menanti entah siapa (macam semasa di Salero Jumbo semasa aku melalui sebuah lorong untuk ke kedai membeli starter pack, lorong itu dipenuhi dengan orang duduk-duduk, cangkung-cangkung tepi jalan). Mungkin ini budaya mereka? Duduk-duduk dan cangkung-cangkung di tepi jalan. Tapi mereka hanya duduk dan cangkung (tak seperti di Malaysia kalo mat-mat rempit duduk-duduk tepi jalan macam tu, kalo Fana ngan Kak Qaya lalu kompem derang kene ngurat kene pewit-pewit). Risau jugak aku bile kami lalu melewati orang orang yang duduk, cangkung tuh. Tapi alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Hanya apabila melewati mereka, aku melemparkan senyuman dan mereka balas dengan anggukan dan senyuman =) pasti, aku amat yakin, pasti mereka dapat kenal kami bukan orang Indonesia, tapi orang Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan pakaian Kak Qaya yang sangat lah Malaysia. Hehe.

Tiba di sebuah lagi simpang. Kami belok sekali lagi ke kiri seperti yang diberitahu oleh pelajar yang melepak di wisma. Kelihatan sinar-sinar lampu berwarna warni di hujung jalan. Sudah mula kedengaran bunyi riuh sebuah bandar. Di hujung jalan itu terdapat sebuah lagi simpang, dan kali ini kami mengambil jalan ke kanan pula. Melalui sebuah kawasan gelap (agak pelik ada kawasan yang gelap di tengah-tengah bandar yang terang benderang). Terdapat beberapa kereta mewah yang parkir di tepi-tepi kedai yang telahpun tutup. Beberapa orang Afrika sedang bersandar-sandar di kereta-kereta itu dan melihat kami apabila kami melalui mereka. Badan derang da la besar-besar. Isk. Kami pun jalan dengan laju...

Kami tiba lagi disebuah lagi simpang. Kali ini simpang yang bertraffic light. Inilah kawasan yang dikatakan oleh pelajar tadi - kawasan banyak kedai-kedai. Keadaannya di situ sungguh sebok. Dengan keadaan tepi jalan yang berhabuk - sedang construction buat pavement, dengan hiruk pikuk berpuluh-puluh warong tepi jalan, dengan manusia yang sangat ramai ke sana ke mari, dengan kenderaan yang laju-laju walaupun jalan raya sebok, inilah kota Jakarta di waktu malam.

Kami mengambil jalan ke kanan di simpang itu. Dengan niat di hati untuk berpatah balik ke simpang itu dan mencuba pula untuk jalan terus dari simpang itu. Keadaannya bagiku sangat tidak selesa. Kalau kat Malaysia ada macam ni (memang ada pun, kat area Gombak jalan menghala ke HKL, macam tu la keadaan kelam kabut, kotor dan menyakitkan mata melihat dan hidung bernafas) aku dah kutuk-kutuk dah (aku da kutuk da tadi early this day, masa on the way dari KL balik UIA naik bas metro 91 lalu jalan tu, dasat, besepah, kotor, lagi teruk dari Jakarta).

Jalan yang kami lalui tidak ubah seperti jalan-jalan di kawasan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Pasar dan seumpamanya di KL. Banyak gedung-gedung jualan. Ah, terdapat sedikit perbezaan, di jalan yang kami lalui itu, seperti biasa di penuhi dengan gerai-gerai makan. Kalau di Jalan MAsjid India di KL, terdapat juga gerai-gerai makan, tapi di situ lebih kepada gerai seperti pasar malam - jual nugget, kentang goreng, etc, tapi di Jakarta itu, memang gerai makanan berat - nasi goreng, mi bakso etc. Bayangkan semua gerai-gerai di pasar malam tipikal di malaysia dipenuhi dengan gerai-gerai menjual nasi goreng, macam tu lah ibarat banyaknya gerai makan di sepanjang jalan itu.

Inilah yang Juan cari-cari selama ini. Makanan tepi jalan Indonesia. Juan seakan berada di syurga apabila berada di tengah-tengah lautan gerai makan di jalan itu. Namun perjalanan harus diteruskan terlebih dahulu - segala survey perlu dilakukan (macam lah kami tau mana satu yang sedap? haha). Terdapat juga beberapa gedung yang masih dibuka di waktu malam itu (kebanyakannya telahpun tutup) antaranya warnet (warong internet). 'Menarik yeh? Ko nak online kat situ?' Fana berminat. 'Boleh! BOleh!' jawapan tipikal aku. Kecil saja warongnya, macam kedai gunting rambut. Tapi kadar nya sama sahaja dengan di Malaysia - 5000 rupiah sejam (kira-kira RM2.00). Antara lain yang kami ingin cari adalah convenient shop seperti 7-eleven. Tiada yang kami temui kecuali satu, di hujung jalan itu. Convenient shop tersebut adalah milik sebuah hotel di situ aku kira, kerana letaknya di dalam kawasan hotel. Kenapa kami cari convenient shop? Saje nak nengok-nengok barangan di sebuah kedai Indonesia...

Tidak banyak yang kami temui di kedai tersebut, cuma sekadar sedikir barangan penjagaan diri dan sedikit minuman dan makanan ringan. Fana beli air kotak, aku cari juga S-TEE, tapi takde. Huhu.

Perjalanan diteruskan kembali ke simpang traffic light tadi. Kali ini, jalan tegak (ke lurus? same je kan, faham kan?) pula kami pilih. Keadaannya sama sahaja seperti jalan awal yang kami lalui tadi. Kalau kami jalan lagi kehadapan dan belok ke kiri dan ke kanan secara rawak, nescaya kami akan sesat. Siries.. sama je jalan dia, kedai-kedai tepi jalan sama, dengan lautan warong-warong epi jalan lagi, bentuk dia sama je.

Aku sudah mula tak selesa dengan keadaan sebegitu. Dari jauh aku dapat melihat Dunkin Donut. Yey! Jom! Jom! Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu. Para pekerjanya sedang berkemas untuk menutup sebenarnya semasa kami tiba, tapi dengan muka yang ceria, salah seorang daripadanya membuka kan pintu untuk kami =) (sementara kami berada di dalam, mereka menutup pintu dan menurunkan pintu dari atas tu sebahagian. hehe). Aku memesan fresh oren. Fana dan Kak Qaya juga. Juan pun tak tahan nengok aku minum, lalu memesan lagi satu. Kami duduk dan minum sambil berborak dengan sorang kakak dan due orang abang pekerja di situ. Sambil menyedut air sikit-sikit sehingga habis, macam-macam yang kami borakkan. Borak tentang Siti Nurhaliza yang pasti, tentang Malaysia, tentang Indonesia, dan tiba topik paling utama (bagi kami) 'mana nasi goreng paling sedap dekat sini?'...

Setelah mengucapkan terima kasih dan masing-masing membalas senyuman sambil abang-abang tu cepat-cepat menutup gedung mereka, kami terus berpatah balik ke traffic light. Kami singgah sebentar di gerai yang dikatakan sedap oleh kakak Dunkin Donut tadi (hakikatnya kakak tu tak bg tau pun kdai mana sedap, cuma dia kata 'nasi goreng gila' tu sedap, dan hampir kesemua gerai di situ ade 'nasi goreng gila' dalam menu mereka, so, kami singgah je la mana-mana gerai yang nampak macam best. Hehe). Aku berkeras jangan beli sebenarnya. Atas nasihat dari pelbagai pihak, terutamanya dari travel agent yang menasihatkan jangan makan makanan gerai tepi jalan seperti itu. Bukan nak mengatakan yang negatif, cuma langkah berhati-hati sebab kita di Indonesia tu tak lame, cuma 4,5 hari, tambah pula kita pergi secara berkumpulan, ada jadual kita sendiri, takut ada yang perut tak sedap sakit ke mungkin sebab tak biasa dengan makanan di Indonesia, menyusahkan kumpulan dan rombongan. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar Malaysia die sana, mereka semua berjalan atas kaki mereka sendiri, tidak terikat dengan mana-mana orang dan jadual, jadi memang mereka boleh sesuka hati mencuba makanan warong di sana. Aku malas nak argue dengan Juan, aku tau aku cakap macam mane pun die mesti nak cube jugak.

Nasi Goreng Gila dipesan. 3 minit kemudian, nasi pun siap. 14,000 rupiah harganya, kira-kira RM 6.00. 'Ko kene tipu ke Juan?'. 'Aku tatau la, tapi nengok macam sedap je..' Hehe.

Perjalanan langsung diteruskan untuk kembali ke wisma. Jam telah jelas menunjukkan malam semakin lewat. Namun bilangan orang dilihat semakin ramai, mungkin malam baru hendak bermula di jalan itu. Kami melalui traffic light. Fana mengadu dia ditegur oleh seorang yang sedang duduk-duduk di traffic light itu. 'Jalan je.. jalan je..'. Aku sendiri pun risau sebenarnya. Selepas itu, tiba pula di kawasan orang kulit hitam berkumpul tadi. CUma kali ini, keadaan menjadi semakin gelap, di tambah lagi dengan bilangan geng mereka yang semakin ramai. Kebanyakannya bersinglet mendedahkan tubuh sasa mereka. Kami menghampiri untuk berlalu di celah-celah mereka. Semua mata terasa seperti tertumpu ke arah kami. Kami berjalan dengan laju... Tiba-tiba...

Bersambung...

Rabu, Februari 14, 2007

Three Months Without News

Sorry. Its been about three months since I last updated the blog.
Many things happened, and so, many things to share.
For there are actually some postings that I have already prepared.
Alas there was no chances for me to post inside the blogger.
But today, soon, there will be one.
At least one in the next 5 days. InsyaAllah...

Ahad, Oktober 29, 2006

teng tengteng tengteng tengtengtengtengtengtengtengteng
teng tengteng tengteng tengtengtengtengtengtengtengteng
hai selamat hari raya..
kaaaaami semuaa ucapkan..

'selamat hari raya'
sharifah aini

Tiap2 kali raya sejak 3 kali raye sbelum ni, mesti lagu ni lah lagu first yang akan terngiang-ngiang dalam kepala. Sume lepas dulu mase final sem kat matric, mase da ujung-ujung sem juan nak present subjek basic themes of the Quran) gune power point pastu nak pasang lagu ni dalam presentation die pasal 'miracles of the Quran'. Aku mule-mule denga die cakap macam tu terus tegelak ngilai-ngilai kaw-kaw nye gelak. Aku tak tau. Takde la lawak sangat. Tapi tindakan dia yang daring tuh cukup membuat aku teringat sampai skarang. Tiap-tiap kali aku ingat, tiap-tiap kali tu la aku tesenyum sendiri. Juan akhirnye tak pasang pun lagu tu dalam presentation die. Hangat-hangat taik ayam je.

Taun ni kali kedua aku beraya sebelum exam. First time dulu kat matric, mase second sem. (aku study ke mase raye? kompem tak..) Tak berasa sangat sebab subjek sume senang-senang je (ceyh? dapat chem II C+ jugak sem tuh). Paling susah pun chem II kot. Dah lah mase tu demam. Duduk dalam amf (al-Malik Faisal hall) yang sejuk bangat pg tuh. Dihidangkan pulak dengan invigilator yang seksi pulak hari tuh (kebaye ketat yang jarang). Giler. Tak buleh jawab aku. No wonder dapat C+. Mase lepas exam tu da pikir nak repeat je. Alhamdulillah pass... (aku teringat sem tu aku amek btq. aku sorang je dalam geng-geng aku amek btq sem tuh. study sorang-sorang. malam sebelum exam tu tak tido (takut esoknye exam kol 8 pagi aku tak pegi sbb tak jage dari tido), baaaaaaaacceee je handout ustzh asiah bagi. da abes bace ulang lagi bace. da abes ulang ulang ulang. Mau da apal sume words lam handout tuh. aku rase tu la study utk exam aku yang terbaik. bile lagi aku nak jadik macam tuh..? hurm..)

Ni yang bakal aku tempuh start ari selase nih, kali kedue exam lepas raye. Aku bawak balik kampung buku teks, notes. Kak fidza tanye 'Azi baceee ke notes azi tuh?'. 'Hmmh! Mane..' senang je aku jawab. Senang jugak aku melayan buku-buku aku - sampai2 umah je letak kat tepi dinding, biar situ saaampai aku nak balik uia semula. Kecuali buku teks Dynamics je yang aku bace setakat tak sampai spuloh muke tuh. Tu pun setelah pikir kan naseb diri 'Ape la nak jadik aku sem nih.. sume subjek dasat-dasat teruk..'. Baru nak bace. Tapi atleast ade jugak bace. Alhamdulillah.

Cume yang sangat tak senang duduk bile memikirkan naseb diri mase nengok result untuk sem nih. Brape lah gpa aku dapat sem nih? Beraye umah Pakngah ari tu, Pakngah peluk sambil cakap 'Ni azi ni xmau 3 lebih 3 lebih eh? Tiap tiap sem 4 je.. flat je.. boleh?'. Kaklong Dida (lecturer @ uitm machang) tanye mase beraye kat umah 'azi cgpa ok lagi kan? atas 3 lagi kan? azi terer.. bagus..'. Paktam Jabor mase kat umah tokbah cakap 'Eh, azi aritu dapat 4 flat eh? ade kan?' ('mane ade flat2 pak bor..' aku jawab) oh takde.. tp aritu lebih 3.5 kan? skang pun lebih lagi kan?'. Skarang ni aku dah malu nak jawab kalo orang tanye cgpa aku. Padan la dulu mase kat matric aku dapat gpa 3.3 ade satu sem tuh abang dengan spontan cakap 'uissh.. terer azi..'. Baru aku tau skang ni susah nye nak score. Baru aku tau makin lame bende makin susah. Skang dah ujung 2nd year. Nak naik 3rd year. Aku ingat lagi Suvad (tutor calculus I mase 1st year) cakap 'you will feel terrible, especially when you are in the third year. you will feel like you want to leave everything, go back home and sleep'.

Betul die cakap. Aku da rase da skang. Carry mark? Dynamics and Vibration? Ntah bape agaknye carry mark aku. Thermodynamics? Lebih sikit dari separuh je (carry 60 marks) agak nye. Gas Dynamics? Huh. Quiz yang last (quiz yang aku confident gile jawab) aku dapat zero. Dr waqar tak tules '0' tapi die tules 'ZERO' macam tuh. Ntah lah. Aku rase die pun da menyampah nengok name aku (die tak knal muke aku). Menyesal aku tak drop subjek ni ari tuh. I am just not ready yet. Tu je alasan yang buleh aku bagi kenape aku teruk sangat Gas nih. Paling banyak aku buleh dapat, 10/60 carry mark. Aku rase will be less than that. Aku da bersedie untuk mengulang. Pikiran aku nak mengulang Gas nih, lagi kuat mase aku pikir nak ngulang Chem II dulu kat matric. 'Merase la skali fail..tak yah la drop drop' tu juan cakap bile aku bitau die plan aku nak bayar fine RM500 nak drop Gas. Ntah lah. Tun Mahathir pun pnah fail satu paper mase die buat medic dulu. Denga cite Bro Syed Noh pun mengulang Fluid Mechanics 2 kali kat Jepun, akhirnye die ajar aku subjek yang same jugak kat uia. Tak lame lagi nak fly pegi Holland buat phd. Kak Fidza pun die cite die kantoi satu sem mase wat diploma kat utm, tu yang buleh sekelas dengan abang aku walopun kak fidza tua setaun. Lepas tu same-same further degree study kat UK. Becinte kat UK (jeles sampai skarang). Hikmah kak fidza mengulang - dapat kenal abang, kawin, da beranak 3 da skarang. Biase kot bende macam ni berlaku? Aku redha. Semua yang buruk datang dari aku sendiri. Aku yang pemalas. (lepas university ramadhan.. kene berubah ni.. berubahhh!!).

Ungs je la yang buleh diharap (Ethics and Fiqh). Buleh la tahan. Aku suke subjek-subjek macam ni. Macam BTQ kat matric dulu.. Kadang-kadang terpikir, macam mane klo aku amek course yang ke arah macam tu (general studies, philosophy, history, Islam and Science, thoughts), adekah aku lebih berjaye? Ntah lah.

English? Aku patut ade kat bilik study English skang nih. Aku tak study English ape pun lagi. Aku perlu beransur. Doakanlah kejayaan anak muda ini. Nasihatlah dia mane yang silap. Rakan-rakan uia, dan dari seluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruh universiti di dunia yang ada kawan aku, selamat menjawab peperiksaan. Lakukan yang? yang? yang terbaik...

Selasa, September 05, 2006

'Merdeka, Ramadhan, Aidilfitri, Cepat Masa Berlalu'
'Fitri, Merdeka, Midterms, Quizzes, Raya, Finals, Cepat Sungguh Masa Berlalu'


For Fitri Nabihan (picture), 1 week, he may not know what time is. He does not know how to know what time is. But time still significant in his life. Time is significant for everyone. Even Allah swear by the name of time. Allah says that people are the ones who are in loss.

Aint it scare us enough? If an expert in economy tells that our country will face economy downfall, we will get prepared, we believe the expert. And in the Quran, Allah, our Creator, that knows everything about us, tell us that we are in loss. Wont we have to be getting prepared, will we?
But for certain people (mentioned in that Surah), they are not in loss. People who are believing in God, people who commit good deeds (aamilu Solihaat). For that two, I am sure everyone reading my blog are committing them. But for the other two, to give advice in truth, and to give advice in patientness (as-sabr), not many are doing it.

Please, remind me. Give me advice. Help me to excell in my study, in my life, in akhirat.

Sabtu, September 02, 2006

I Love Islam

Morality is the central of Islamic teachings. Explain hy a Muslim must be committed to Islamic moral values even within an immoral society.


Our Prophet, Rasulullah (s.a.w.) says 'I have not been sent to thee, but to perfect the akhlaq'. Obviously from this saying, Rasulullah said that he was sent to perfect the akhlaq of the ummah. It shows that one of the main teachings of Islam that Rasulullah preached is akhlaq.

I would like to point out my view to the Malay perspective. There are one thing that the Malays call 'adat' which means norm. It is actually ahter different that akhlaq since norms are normally not related to Islamic moral values. However, when talking about Islam, Malays will like to talk about fiqh, fiqh, fiqh, fiqh aaaaannndd fiqh. As if fiqh is the only field in Islamic teachings. They will all the time argue about fiqh and sometimes even fight among them just because of different views on fiqh. But they forget one vey important thing in Islamic teachings - akhlaq. The Malays forget that their teenagers are drifted away in the streams of immorality. They forget that the most immoral-doers in the statistics are the Malays. They just keep arguing about fiqh, keep arguing they should wear the serban, keep arguing that people who are wearing jubah that touches the soil are not good people, keep arguing that 'kayu sugi' is better than modern toothbrush, keep arguing on things that should not be argued much. But they forget to teach their children about how to behave according to Islamic moral teachings, they forget to tell their children what is wrong what is bad (moral or akhlaq is to do good things and leave bad things). O Malays, wake up! Correct your akhlaq! Realize that akhlaq is one of the most important Islamic teachings that you have left behind. Akhlaq is the main teachings of our Prophet!

Another point is that when we talk about immoral society, one of the first things that comes to our mind is the westerners, since they possess immoral behaviour the most, generally. Should Malay students studying in Western countries abide Islamic moral values? Consider this verse, 'Verily you (Muslims) are the best of all people and you should enjoin what is right and forbid what is evil' [Surah Ali Imran: 110]. Even if Muslims are in immoral society, they should forbid evil, and enjoin the truth. One of the truth is Islamic moral values. Why not show to the Westerners how Muslims behave accordingly to Quran and Hadith? Show to them. May they become impressed by our beautiful behaviour and would like to follow us as examples.

It is also our needs as Muslims to commit Islamic moral behaviour to seek and gain the bounties that Allah has given to us. So it does not matter whether the Muslims are in immoral society or not, they NEED to commit Islamic moral behaviour for the sake of Allah. Furthermore, when good akhlaq is performed, a society can be a better society. I hope, my society, that is the Malay society ould someday realize that committing Islamic moral behaviour is very important that it gives not just Islamical benfits, but also socialically and individually. InsyaAllah.

-End of answer sheet-

So? If I've already committing the good deeds, so what else to do? As students, what else? As a super lazy students, what else I need to do? Keep on sleeping? Because I know that when we are tired, sleeping is morally accepted. Do I need to keep on doing it? Do I? Am I that tired? Have I worked hard that much til I really need to stay cool and get relax? Dont I have the desire to excell? Do I? 'Tepuk dada, tanyalah Iman'. I know all the answers. Morally, I need to react to the questions. Morally, I need to change.

Sabtu, Ogos 26, 2006

My Name Is Earl

You know the kind of guy who does nothing but bad things and wonders why his life is suck? Well thats me! Everytime I do bad things, something bad will always wait around the corner. Thats when I realize I have to do something. So I list up all the bad things I have done and try to make it up so my life is better. I'm just trying to be a better person. My name is Earl

That was the Earl's saying during the opening sequence of the series 'My Name Is Earl'. A TV series that tells us a story of a guy that has listed down hundreds of bad things he had done and try to make all the bad things up. He believes that if he do good things - to apologize and make the bad things up, good things will happen to him. He tries to be a better person.

The items in Earl's list shown during the opening sequence read as follows:
56: Stole Liquor from Liquor store
57: Told Joy Dan D(writing illegible) messed himself on the (rest cut out of frame)
58: Fixed a high school football game
59: Everything I did to Dad
60: Pulled fire alarm
61: Stole Mom's car (but I gave it back)
62: Faked death to break up with a girl
63: Wasted electricity
64: Spray Painted The bridge
65: Cost Dad the election
66: Let mice out at school play
67: Stole beer from a golfer
68: Blew up mailboxes
69: Cheated on School tests a lot

It made me thinking, why a guy like this dare to do everything just to make them up. Everything, he dares to do everything to make sure his victim forgive him! It is just not about apologizing. It is about to do good things.

The 18th hadith in Imam Nawawi's collection of Forty Hadith tells us that 'Fear Allah wheresoever, and do good things over bad things, and do good deeds naturally'. The syarah over the hadith tells that even if people done bad things to you, you should response in hikmah by doing good things back to them. And if you have done bad things, you should do good things more and more.

I'm just trying to be a better person.
My name is Earl
My name is Azimin

Jumaat, Ogos 11, 2006

ANTRAXX '06
ANNUAL TRACKING 2006
ULU CHEMPEROH, JANDA BAIK, PAHANG
4, 5 & 6 AUGUST 2006

Nothing much I need to say of what I gain from this program. Only one word can describe, 'togetherness'.

Sabtu, Julai 08, 2006

'Bless In Disguise'

Hari tu baca Berita Harian. Ada kenyataan Ronaldinho (sebelum perlawanan suku akhir menentang Perancis). Katanya 'Mendapat tempat kedua bagi Brazil adalah seperti mendapat tempat tercorot dalam Piala Dunia'. Mereka (Brazil) akhirnya kalah kepada Perancis dalam perlawanan tersebut. Aku tonton perlawanan itu. Sampai minit terakhir pukul 5 pagi. Sanggup aku tak tidur mengharap Brazil sekurang-kurangnya menjaringkan gol penyamaan Thiery Henry lewat babak pertama bagi membawa perlawanan ke masa tambahan. Kecewa. Kecewa dengan persembahan Brazil yang begitu hambar. Mungkin semangat yang ditunjukkan sebelum perlawanan oleh Ronaldinho memang menakjubkan seperti kenyataannya itu. Ada semangat yang mantap, tetapi tewas. Kenapa?

Pepatah melayu ada mengatakan 'USAHA Tangga Kejayaan'. Bukannya 'PANDAI Tangga Kejayaan', ataupun 'SEMANGAT Tangga Kejayaan'. Sebelum ini, aku ada mengikuti kursus BTN peringkat UIA semasa tahun pertama dulu. Dalam salah satu ceramahnya, penceramah, yang juga bekas pensyarah bahasa dan sastera Melayu di UM ada membuktikan bahawa pepatah Melayu banyak betulnya. Beliau mendakwa beliau mengkaji banyak pepatah Melayu dan terbukti pepatah-pepatah itu TEPAT.

Perenggan pertama ada persoalan.
Perenggan kedua ada jawapan.

Ada semangat yang bersemarak macam mana sekalipun, belum tentu boleh membawa kepada kejayaan. Yang penting? Yang penting? USAHA. Ya? USAHA. Semangat? Perlu juga. Tapi, yang pentingnya, USAHA. Mungkin pemain Brazil sudah berkobar-kobar semangat mereka, tetapi usaha mereka tidak mencukupi untuk memenangi perlawanan itu.

Sebelum ini, sejak masuk UIA Gombak, aku sentiasa memperbaharui semangat untuk belajar bersungguh-sungguh setiap semester. Setiap awal semester, ada sahaja janji-janji yang aku angkat dalam hati untuk berjaya dalam semester itu. Ada sahaja teknik-teknik baru yang aku lakukan. Belumpun sampai pertengahan semester, teknik entah ke mana, semangat entah ke mana.

Tiga semester panjang dan dua semester pendek telah kulalui sepanjang di Gombak. Bermula dengan agak baik pada semester pertama di sini, namun CGPA aku jatuh, jatuh dan jatuh setakat ini. Belum ada semester yang mampu mengangkatnya semula. Terbaru, semester pendek yang baru tamat 3 minggu lalu. Seperti biasa, aku berkobar-kobar pada awal semester. Semester itu, aku berangan-angan untuk mendapatkan 4.00 flat yang boleh mengangkat sedikit CGPA. Dengan hanya dua subjek yang aku ambil, aku begitu bersemangat untuk mendapatkan A bagi kedua-dua subjek itu. Dua minggu awal aku masih demam, 'demam semangat'. Minggu-minggu berikutnya 'demam' itu semakin kebah, semakin pulih - belumpun sampai pertengahan semester, aku telah pulih sepenuhnya dari 'demam semangat' itu. Seperti biasa, aku 'demam' semula ketika peperiksaan akhir hampir tiba, di mana semuanya telah terlambat. Keputusannya telahpun keluar awal minggu ini. Dan sekali lagi, CGPA aku jatuh.

Aku anggap kejatuhan CGPA empat kali itu sebagai tragedi. Sesiapapun akan beranggapan seperti ku. Empat kali aku mendapat peluang untuk menaikkan CGPA aku. Empat kali jua aku hanya berakhir dengan menjatuhkannya. Jatuh. Jatuh. Jatuh. Jatuh. Empat kali. Tragedi bukan? Aku menonton siri Misi XX Ray cuti baru-baru ini. Ada satu babak, Nur Aliah Lee yang membawa watak doktor psikologi dalam siri itu berkata 'Jangan menganggap kejadian buruk yang berlaku itu sebagai tragedi. Mesti ada perkara baik di sebaliknya. Anggaplah ia sebagai 'blessing in disguise'...'.

Bless in disguise. Rahmat disebalik kejadian. Empat kali gagal menaikkan CGPA, aku berharap semester kali ini dapat menaikkannya semula. Berharap semester ini aku akan sedar. Aku telahpun sedar, cuma aku harap 'demam semangat' aku tidak akan kebah sepanjang semester ini. Semoga berjaya.

Khamis, Jun 22, 2006

Emel Untuk Awak II

Lama sudah tidak menulis Emel Untuk Awak.

Kali ini pengalaman ke konsert pula ingin saya ceritakan, di sebalik kisah ke perkampungan orang asli di Kg Susu, Cameron Highlands, yang tidak perlu lagi saya ceritakan kerana telahpun puas awak dengar dari saya. Mungkinlah terlalu menarik sehingga tidak boleh diceritakan di sini? Oh.. tak mungkin. Paling tidakpun, akan saya ungkit kembali kisah pengalaman saya di Kg Susu dalam masa hadapan, mungkinlah kisah hadapan ada perkara yang boleh dikaitkan dengan Kg Susu? =)

Kisah saya kali ini bermula lewat pada hari itu. Saya ditinggalkan rakan-rakan lain dan saya bertolak sendirian ke PWTC kira-kira pukul 5 petang. International Islamic Fair 2006 telah berlangsung di situ sepanjang hujung minggu. Tiba di PWTC saya seolah-seolah berada di Hari Terbuka sebuah sekolah agama. Lebih separuh pengunjung lelaki berkupiah. Lebih tiga suku pengunjung hawa bertudung labuh. Sejuk mata saya sepanjang di pesta itu =)

Saya meninjau-ninjau sekitar pameran yang diadakan. Pelbagai firma berteraskan agama Islam mempamerkan keluaran masing-masing. Walau bagaimanapun, tidaklah nampak 'international' di pameran ini, pabila hanya ada dua, tiga gerai adalah dari luar negara, yang lainnya, gerai orang-orang Malaysia belaka.

'International' yang dikatakan itu mungkin terletak pada persidangan-persidangan yang diadakan. Banyak disertai oleh apa yang bahasa Inggeris sebut sebagai 'scholars' Muslim mahupun bukan Muslim dari seluruh dunia.

Pukul 8.15 malam. Saya, Firs dan Acap menuju ke Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya konsert 'Sound of Islam' sempena dengan pameran antarabangsa itu. Di tingkat 3 PWTC. Kelihatan orang mula mengerumuni pintu masuk utama ke Dewan Merdeka. Rupanya, pintu masuk itu adalah untuk mereka yang memegang tiket RM200, di mana mereka akan dihidangkan makanan sambil menikmati alunan suara-suara persembahan nanti.

Kami perlu ke tingkat lebih atas, di tingkat 4 untuk masuk ke Dewan Merdeka, di mana kami tidak akan dihidangkan dengan apa-apa, kecuali santapan rohani yang akan dipersembahkan tidak lama selepas itu.

'Free Seating' kata urusetia yang bertugas di pintu masuk di tingkat 4. Kami berpeluang untuk duduk betul-betul menghadap pentas di tengah-tengah bahagian belakang, atas dewan. Tempat duduk yang jauhnya dalam anggaran 50-70 kaki..? Lebih kurang. Apa yang ingin saya katakan pada awak, muka penyanyi nanti akan pasti tidak dapat saya lihat dengan jelas. Tetapi dengan bantuan 3 skrin gergasi, dua di kiri dan kanan pentas, dan satu lagi di atas pentas, saya dapat menonton seperti apa yang akan dipertontonkan di TV9 tidak lama lagi (menurut maklumat yang tak pasti kesahihannya - siaran konsert di TV9). Mungkin awak tertanya-tanya, lebih baik saya tonton sahaja di TV nanti, tidak payah susah payah ke PWTC, membeli tiket RM50 untuk menonton persembahan yang sama sahaja dengan menonton tv sebab tak dapat nak duduk di hadapan sekali.

Mungkinlah bagi saya berbeza. Apa yang ditonton di tv dan apa yang saya RASA di situ. Suasana amat berbeza. Apabila penghibur nasyid tanah air kita, Raihan memulakan persembahan malam itu, rentak dan rythem muzik amat terasa. Menusuk ke dalam jiwa dan menggegarkan hati dan jantung. Rentak irama rancak 'percussion' yang dimainkan Steve Thornton membuatkan tangan saya menepuk-nepuk peha saya sambil mulut mengikut lirik-lirik lagu Raihan.

Raihan tidak hadir dengan Nazrey, penyanyi utamanya, atau boleh sekarang dipanggil, bekas penyanyi utama. Nazrey kini telahpun keluar dari Raihan. Dan digantikan oleh penyanyi utama kumpulan nasyid AlarmMe. Pada mulanya saya tidak menyedarinya kerana suaranya dan rupa dan tubuhnya seiras Nazrey.



Cheb Ali menjadi penghibur seterusnya. Satu-satunya penyanyi yang amat rancak pada malam itu dengan lagu-lagu Arab padang pasir. Semua lagunya adalah dalam bahasa Arab, tetapi, penyanyi Mesir itu bangga menceritakan perihal lirik lagu-lagunya. Antaranya, lirik mempertahankan Nabi kita apabila isu karikatur nabi mncetus kemarahan umat Islam dunia, 'bijaklah apabila memilih'.. tak pasti memilih apa yang dimaksudkan dalam lagu itu..(hee) dan banyak lagi.

Seterusnya Zain Bikha. Penyanyi dari Afrika Selatan yang agak terkenal juga di kalangan kami. Lagu-lagunya semua menenangkan. Mungkinlah disebabkan suaranya yang begitu lembut menjadikan lagu-lagunya mendamaikan. Sedikit kontra juga sebab baru sebentar sebelum itu lagu-lagu Cheb Ali yang rancak, disusuli pula dengan lagu tangkap menangis Zain Bikha =) Sedap lagu-lagu Zain. Persembahan secara langsungnya juga amat tidak mengecewakan. Saya amat berpuas hati.

Yang ditunggu-tunggu, Dawud Wharsnby Ali menjadi penyanyi terakhir membuat persembahan malam itu. Mula-mula saya agak terfikir, bagaimanakah Dawud akan menyanyikan lagu-lagu nya, kerana setahu saya, lagu-lagu dawud tidak ada percussion, bahkan suara-suara latar dalam lagunya, semuanya adalah suara Dawud sendiri. Persoalan terurai sedikit apabila Dawud dan Zain berduet menyanyikan dua buah lagu baru Dawud. Dengan Dawud memetik gitar sambil dialuni alunan muzik piano yang dimainkan rakan Dawud (saya tak ingat namanya). Baru saya sedari yang Dawud telah mengeluarkan album baru, yang saya rasa akan ada muzik kali ini dalam lagu-lagunya seperti gitar yang dimainkan sendiri oleh Dawud dan piano yang dimainkan oleh rakannya itu. Apapun, dua lagu duet itu menjelaskan kehebatan vokal kedua-dua penyanyi itu tidak boleh dinafikan, serta keindahan lagu-lagu itu tiada siapa boleh pertikaikan.

Apabila Zain turun dari pentas meninggalkan Dawud keseorangan, tanpa seorang pun dibelakang instrumen dan percussion, dan tanpa seorang pun dibelakang mikrofon penyanyi latar, telah menjawab persoalan saya - bagaimana Dawud akan menyanyi? Lagu 'Dust, Sunshine and The Messenger' didendangkan Dawud. Tanpa alunan muzik. Hanya suara Dawud yang kedengaran ketika itu. Penonton-penonton tiket RM 200 yang sedang enak makan, menghentikan seketika makan dan semua mata terpaku pada Dawud. MasyaAllah, sungguh senyap ketika itu (sebelum ini bunyi sudu dan pinggan berlaga kedengaran sepanjan konsert, sakit hati juga saya kadang-kadang.. bising.. isk). Hanya suara Dawud. Hanya suara dia bergema.

Lagu terakhir Dawud, 'Why Are The Drums So Silent?' membuatkan penonton bertepuk mengikut rentak. Dan akhir sekali, semua penyanyi malam itu naik ke pentas untuk menyanyikan Selawat dalam rentak lagu yang dipopularkan oleh Raihan. Semua orang mengikut berselawat. Semua orang bertepuk mengikut rentak. Semua orang gembira bernyanyi bersama.

Konsert berakhir pada jam 12.


Kemudian kami menunggu di luar pintu masuk utama. Kami bertemu penyanyi Imad dan berbual dengannya. Bergambar dengan Cheb Ali. Bertemu dengan seorang jurnalis Amerika Syarikat yang di culik Taliban di Afghanistan yang akhirnya memeluk Islam. Beliau antara yang menyertai persidangan awal hari itu. Ramai lagi yang ada, antaranya orang yang terakhir keluar daripada WTC NY sebelum menara itu runtuh, ahli bomba yang membantu menyelamat mangsa petaka WTC NY, dan ramai lagi.


Masuk ke dalam Dewan Merdeka semula selepas itu, kami bertemu Zain. Sebelum itu beliau sibuk melayan peminat, tapi akhirnya dapat juga mendapatkan beliau. Tak sangka antara topik perbualan kami dengan Zain Bikha adalah tentang perkembangan Piala Dunia yang sedang berlangsung =) Bertemu Dawud yang sentiasa dikerumuni peminat. Dan bertemu Raihan. "Bila pulak nak jemput Raihan pegi UIA? Balik-balik jemput Inteam.. Unic.. Jemput lah abang pulak.." gurau abang penyanyi utama baru Raihan =) Lama juga berbual dengannya, awak nak tahu, abang tu juga bekas pelajar UIA, banyak bercerita fasal UIA dengannya masa itu.

Kami pulang pada pukul 1 pagi. Penat, tapi puas dan seronok =)

C. Ronaldo and D. W. Ali


Those two attacked me at this time, at the end of the semester, a time where students should be knowing everything what they've learned during whole semester, or at least they should be holding and sleeping with books - noticing that they knew nothing and putting their biggest effort to at least achieve a 'I-know-the-answer-smile' during the final exams.

Do I?

I've strucked into the Sound of Islam Concert last Saturday night. And suddenly I burst to be liking and 'fanatising' the Islamic English songs. Especially those songs sang by Dawud, zain, and Yusuf, or any songs wrote by them. Suddenly my room is aired by those songs, suddenly I am viewing Zain Bikha's vids which I have it since like 3,4 months ago, which I never give a damn to even play the vids. Suddenly my laptop is full of Dawud's songs of advices, Zain's beautiful voice, magnificent work of Islamic music of Yusuf. All those music...

I watched a documentary 'Behind the Music - Cat Steven' just now. I thought I would just skipping through the documentary, but it was interesting - the journey of life of Cat Steven. From a boy named Joseph, to a superstar Cat Steven, to a humble Yusuf Islam. Maybe I shoul share some..

early 1970s - his songs were the biggest hits in history. Breaking through #1 in Billboard chart several times.

1978 - a visit to Juressalam changed his life. He was attracted to enter a masjid in the holy city and suddenly a Muslim asked him 'who are you?'. It was the first time he said this, 'I am a Muslim'. When he went back to his homeland, he read the story of Prophet Joseph in the verse of Joseph and was really into it.

1979 - he went to the Central Mosque, London. There, he cited the Shahadahs. Picking up Yusuf (Joseph) as his name (Joseph was his name as a kid. Surah Yusuf (Verse of Joseph) was the verse that first attracted him to Islam)

1981 - Known as Yusuf Islam, he was still known as Cat Steven among his fans. This is the year when he came out with an album, first album as a Muslim.

Mid 1980s - He was confused with many overlapping messages and information about Islamic view to music. He took the safest way - wrote songs that only consisted with his voice. He came out with an album 'A is FOr Allah'. Also set up an Islamic school in London called 'Islamia'.

1980s - 1990s - he involved in most humanitary missions throughout the world in the name of Islam. Poverty in Africa, war in Bosnia, Afghanistan.

1980s - present - devoted all his wealth as Cat Steven to spread a good message of a faith called Islam throughout the world.

I thought that Yusuf Islam was there, joining the concert at PWTC that day. He was not. But back then the concert was one of the best concert I've attended. In fact it was the first time I met with the performers of the concert. Never before I met the singers after concerts. Meeting Dawud was enough to make my heart thrumble! Haha. Standing next to a world-known singer. A man that has a talent, of voice and writting beautiful songs, devoted all that, to spread the message of Islam.


That night, all audiences were exposed that we are togehter in this world, unite as one, listening to Muslim singers from three continents, listening to the beauty of the messages of Islam. There was a moment during the concert, where everyone doesn't blink, all were staring at the singer on the stage, when the only sound you can hear at the time was Dawud's voice. There was a moment when everyone were touched by the serenity of Zain's sweet voice and his beautiful lyrics. There was a moment when everyone clap togehter joining the rythem of Cheb Ali's song. There was a moment when everyone, everyone in Dewan Merdeka singing along with Raihan. Everonye was singing. Everyone was clapping. Everyone was singing. Clapping. Singing together. Together. Everyone.

The Music. The Islamic music with full of messages bring us together. Bring us as one.

The World Cup. It comes again. There was a time when Cikgu Dani gave greenlight to watch the match between Spain and Korea. It was at his home. He was teaching us Add Mathematics. 'Nak tengok bola? Aa maghi kite nengok'. I wore Real Madrid's jersey to show my support to Spain. Fikri wore the same. Everyone were supporting Spain. For 10 minutes we were babbling 'alaa.. apsal tak gooll??', 'peh..lawa gile passing..', 'buleh tahan eh korea main?', 'spanyol nang..spanyol power do..', 'Aarr.. tu..tu.. penyokong korea tu pakai ape? macam opera da..korea bawak sami tu..tengah jampi-jampi agaknye tuh..!' I still remeber Cikgu Dani said that. Sometimes I smiled when thinking of it again. Cikgu Dani and us Fikri and me were the only male that time agreeing each other about the match. Others were female, more than 10 females, I can still remember. All were screaming when a shot to the goal was made. All were stunned when a beautiful play was shown by both teams. All will sometimes look at another's face, wondering whats in their mind and try to guest it by asking 'power ek derang main?', 'ko agak pasni gol tak?', 'ko agak die buleh score?', 'cikgu rase sape menang cekgu?', 'korea da bawak sami jampi-jampi..korea la menang!'.

We end up before the match ended. Korea won the match. I forgot the score. Spain? Huh.


Here in Gombak four years after watching with Cikgu Dani, chances to feel like watching in the 'real' environment is wide open. A couple of nights ago there was a match, Tunisia - Saudi Arabia. Went to Siddiq Cafe. Felt like I was not in Malaysia, but in some Arab countries - there were at least 100 arabs were watching the match. Arabic shout were heard here and there. 'Whats the score?', 'Tunisia's leading?','Are supporting your country?', 'No, I'm supporting Tunisia'. Those conservation and more were heard there. Obviously many of them do not know each other. But they can go along. I can go along with Cikgu Dani. Fikri can go along with Aliyah back there watching Spain-Korea match. I can go along with the Indonesian cashier at Siddiq kiosk. I can go along with Din, who is a walking World Cup internet (he knows everything about football). I can go along with some foreigners, at least can easily having a chat with them - talking about the World Cup.

And last night, the match between Portugal and Mexico. Two Latin countries seperated by Atlantic Ocean meet in a football match. Doesn't it bring both teams together? In winning-or-losing sense, maybe no, but in the spirit of sport, yes. Portugal won 2-1 in the match last night. Christiano did not play in the match though..


The World Cup. The beautiful sport bring us sit togehter and watch the match. Bring us together and talk. Bring us as one.

Rabu, Jun 14, 2006

'Why Are The Drums So Silent?'

. . . why are the drums so silent?
why can't we hear the rythem?
what's wrong with you and I? . . .

Isnin, Mei 22, 2006

My Crunchy Medal


I have been dreaming of it. I have been dreaming to have it. I have been dreaming to crunch it. All since I was a little kid.

After almost 21 years, this is my second time being able to be in the top three in a sport-based final competition. And my first time holding my own medal. Though its just silver medal, it is still a medal! Nothing else matter! Huhu~




Segalanya bermula bila amar ajak aku join UniXrace sehari sebelum competition day. Tengah study untuk exam Numerical Methods masa dapat sms amar tu, aku yang tak tahu nak buat apa weekend nih, dengan yakin membalas 'Layan2! aku sudi join ko!'.

Pagi Ahad bermula ceria. Masing-masing dengan semangat dan jolakan tenaga yang ekstrem, sesuai dengan nama pertandingan, University Extreme Race yang ala-ala Explorace itu. Aku, amar, zuhdi, petet dengan roy adalah Group 9. Berjuang bersama-sama 9 lagi kumpulan lain bermula tepat 9 pagi. Check point pertama, BAIDURI, KAED. Dari sport complex, semua berebut-rebut berlari menuju ke KAED.

Check point 1
BAIDURI, KAED
Aktiviti 1
Asingkan kacang merah, kacang hijau, dedak dan biji sawi yang telah digaul.
Kami ketinggalan di tempat keempat.

Aktiviti 2
Acara ala Fear Factor, minum telur mentah.
Aku dan zuhdi menawar diri mewakili Group 9 dengan sangat rela hati.

Check point 2
Tasik IIUM
Aktiviti 1
Berkayak mengelilingi separuh tasik untuk ke check point kecil di hujung tasik.
Aku dan zuhdi sekali lagi menawar diri.
'Bila dah macam ni, semua benda kita jadik terer' zuhdi kata merujuk kepada betapa kami berdua yang sebelum ini terhegeh-hegeh kayuh kayak tapi tidak hari itu.
Kami kumpulan ketiga sampai di check point tasik.

Helipad IIUM
Aktiviti 2
Berbasikal membuat pusingan lapan.
Orang yang berkayak berehat ketika ini.
Aktiviti 3
Berlari mendaki bukit antara Helipad - padang rugby.
Seorang wakil menaiki basikal, zuhdi.

Check point 3
Padang rugby
Bermula di sini, semua aktiviti melibatkan keseluruhan ahli kumpulan
Aktiviti 1
Membawa lilin tanpa memadamkannya.
Aktiviti 2
Meniup belon sehingga pecah.
Aktiviti 3
Makan kacang botol.
'Tak buleh blah dol makan kacang botol.. nak muntah aku' petet mengadu. Aku juga mengadu =)

Check point 4
CAC
Kami masih lagi kumpulan yang ketiga tiba
Aktiviti 1
Jigsaw Puzzle (logo cycling club IIUM)
Aktiviti 2
Jawab 20 soalan objektif berkenaan isu semasa
Aktiviti 3
Menyelesaikan cross-word puzzle (20 perkataan)

Check point 5
KAED Gallery, KAED
"Congratulations, you are the second group to arrive here!"
Kami dah mula bersemangat!
Aktiviti 1
"Pick up a song from a movie, and you all need to sing the song and dance for 1 minute" committee beri arahan soalan check point.
'I Like To Move It" from Madagascar was the song we picked.
"Aku memang dah tak kisah apa dah, joget lambak tak ingat dunia, orang lain nak kata apa, tak kisah lah, tapi naseb baik takde orang kat gallery nih.." kalau lah committee tu ada rakam video kami berdansa, aku takkan nengok video tu. Maluuuu!!!

Check point 6
GPCL E0, Engin
Tiada aktiviti, cuma arahan untuk pergi ke check point seterusnya.

Check point 7
LT3 Edu, Edu
Masih lagi kumpulan kedua untuk tiba.
Aktiviti 1
"Do you all see this A4 paper on the floor? All 5 of you need to step on the paper without any legs outside the paper and you all have to remain like that for 10 seconds,"
Roy menjadi base kami. Petet panjat atas roy. Yang lain peluk mereka berdua sambil kaki seboleh-boleh mengelak memijak lantai.

Check point 8
Mdm Adlina's room (advisor of the cycling club), Lecturers' Rooms, CELPAD
"Congratulations!!!! You are the first group to be here!!!"
Semangat makin melonjak-lonjak!!!
Kelihatan kumpulan yang leading berlari-larian ke check point yang sebelumnya - mereka tertinggal salah satu envelope! Peluang untuk kami!!
Aktiviti 1
Membaca, dengan satu nafas, tanpa tersasul, ayat yang berbelit lidah tu. Tak ingat la ayat dia apa. Heee.. Tapi hujung skali ayat tu, '... to make the bitter butter better.'
Aktiviti 2
Mencari klu di setiap penjuru floor lecturers' rooms itu.
Klu itu membawa kami ke Check Point seterusnya.
Kelihatan kumpulan yang sebelum ini leading baru tiba bila kami baru sahaja selesai membaca klu.

Check point 9
Staff's Musolla, Law
Zuhdi yang ada athma berlari laju memotong aku. Semua tengah bersemangat leading the race!
Sesat buat seketika, namun berada dalam jalan yang betul.
Kami dipotong di sini T-T
'Korang group no 2 tiba'
Aktiviti 1
Jawab soalan cepu emas
"Sebutkan nama kedua-dua anak Pak Lah"
"Nori.." zuhdi jawab.
"Sorang lagi?"
Seorang pun tak tahu antara kami.

Aktiviti 2 (Sebagai penalti tak dapat jawab soalan sebelum)
"Nyanyikan sebuah lagu Jepun"
Emmmhhh!! Mudah je!!
Siap dengan suara harmoni, serangkap Mirai E dinyanyikan dengan merdu. Hehe.
Klu untuk ke checkpoint seterusnya kami terima. Ketika ini kumpulan ketiga tiba di check point 9 ini! Kami semakin suntuk untuk dikejar!

Check point 10
Econ's Cafe, Econ
Kelihatan kumpulan yang leading sedang menjalanlan aktiviti di sini.
Aktiviti 1
'Senses'
Mata kami ditutup untuk meneka:
1. diberi minum sejenis air
2. diberi segenggam duit syiling untuk meneka jumlah
3. diberi bau sejenis air
4. diberi peluang menggoncang sebuah botol yang mengandungi beberapa biji kacang
5. diberi merasa setitis sejenis cecair
Kami meneka:
1. Air sirap
2. 13 keping syiling
3. NesLo
4. 7 biji kacang
5. Ubat batuk
Yang sebenarnya...
1. Air gula
2. 13 keping
3. NesLo
4. 7 biji kacang
5. Vanilla!!! (rupa-rupanya vanilla ni rasa dia pahit yeh? Biasa makan aiskem vanilla sedaappp je!)
Kami perlu betul 4. Tapi kami betul 3. Kami dikenakan penalti 3 minit.

Check point 11
Research Centre IIUM
Aktiviti 1
Seorang dari kami perlu berbasikal, yang lain perlu berlari untuk ke HS Square.

HS Square
11.28 am
"Eh..? Dah tibe dah..?? Tahniaaahhh!! Korang nombor 2 tau? No 2 sampaii! Congratss!!"
Race tamat di sini.

Penyampaian hadiah pukul 1, lepas lunch.
Satu ketika kami leading, semangat betul! Kami tertinggal 4 minit dibelakang juara, yang juga juara bertahan, yang juga swimmers IIUM semuanya.. Uhhh..!
Alhamdulillah.. kami berjaya juga habiskan race =)
Ingat nak quote apa yang Madam Adlina cakap masa closing speech dia semalam.. Lupa pulak lah apa yang dia cakap! Uuuhh!! Huuu...~

Selasa, Mei 16, 2006

Selamat Hari Guru

Hari ini hari guru
Hari ini aku bangun pukul 7
Aku bangun dengan semangat
Semangat untuk menyiapkan assignmentku
Begitu semangat sehingga mahu tuang kelas Numerical Methods
Tuang jua lah kelas itu
Assignment Probability juga lah yang kucuba siapkan

Hari ini hari guru
Hari ini buat kali kedua aku tuang kelas Numerical Methods
Kelas yang kurasa sama sahaja samada aku datang atau tidak
Jadi aku tumpu menyiapkan dua assignment Probability
Aku hanya siapkan satu, satu lagi tak sempat, aku tiru
Tuang jua lah kelas itu
Kutiru jua lah assignment yang satu itu

Hari ini hari guru
Hari ini aku ke kelas Probability dengan 2 assignment yang siap tapi berlubang
Satu aku buat sendiri, satu lagi aku tiru
Aku teringat SMS Tim memesanku mengutip Approval Letter MITEX di S-Dev
Setelah 30 minit kelas berlalu, aku keluar ke S-Dev
Tuang jua lah kelas itu
Ke S-Dev jua lah kepentinganku

Hari ini hari guru
Hari ini aku ke S-Dev dan menandatangani Approval Letter Mitex bagi pihak Tim
Aku pulang semula ke Kulliyyah
Dan kutemui semula Aiman dan rakan-rakan di depan Oscent
Ajim, Munzir, Zool, Pipah, Sab, Nita, siapa yang tak bising?
Tuang jua lah kelas itu
Di depan Oscent jua lah kumelepak

Hari ini hari guru
Hari ini aku melepak di depan Oscent bersama yang lain
Aku duduk di situ tanpa rasa bersalah meninggalkan kelas Probability
Sehingga waktu 5-minute-break kelihatan classmateku bergondolan ke Concenient Shop
Baru aku masuk semula ke kelas, tapi fikiran entah ke mana
Tuang jua lah kelas itu
Berangan jua lah fikiranku

Hari ini hari guru
Hari ini aku seperti biasa kurang faham dengan lecture Dr Mustafizul Karim
Fikiranku melayang bercabang-cabang
Hingga Foo Mao Hien di sebelahku kuhambat
Minta dia mengajar menulis namaku dalam tulisan Cina
Tuang jua lah kelas itu
Tulisan Cina jua lah yang kubelajar di kelas Probability

Hari ini hari guru
Hari ini aku tak belajar Probability di kelas Probability
Aku leka, asyik dan selalu melihat jam tanganku
"Bilakah kelas akan berakhir?" detik di hatiku yang tak senang
Kelas berakhir lebih 10 minit dari yang biasa, namun aku gembira
Tuang jua lah kelas itu
Gembira jua lah ku keluar dari kelas itu

Hari ini hari guru
Hari ini seolah tak produktif langsung bagiku
Aku tuang kelas Numerical Methods
Aku seperti tuang kelas Probability
Oh! Aku ada tutorial Numerical Methods selepas Probability!
Pergi jua lah ku ke tutorial
Dengan semangat jua lah ku melangkah masuk

Hari ini hari guru
Hari ini aku faham apa yang aku belajar di kelas minggu lalu
Tutorial kuhadiri tanpa Acap dan Husen, entah ke mana mereka pergi
Namun Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku faham hari ini
Aku faham yang aku perlu berusaha keras

Hari ini hari guru
Aku perlu ada hadiah untuk guru-guruku
Arwah Mak dan Ayah juga bekas guru
Mereka lebih-lebih lagi perlu ku hadiahi
Pastinya hariku hari ini bukan hadiah untuk mereka
Aku perlu pastikan hari-hari lain adalah hadiah untuk mereka
InsyaAllah...

Hari ini hari guru
Selamat hari guru

Rabu, Mac 29, 2006

Seperti Dulu (Selamat malam)

Lama sudah tak menulis di sini. Lama sudah tak menulis macam dulu. Macam dekat matric dulu. Banyak yang ditulis. Banyak yang dikongsi di sini. Banyak yang diceritakan di sini. Cerita belajar Chemistry I dengan Bro Iqbal di SMAWP. Cerita belajar ITI dengan kak wani dekat AX. Cerita selalu kene marah "Why are you all late?" lambat ke kelas Math III Madam Parveen di SMAWP. Cerita kisah suka duka berpesatuan di bawah ENGENIUS. Cerita keseronokan terlibat dalam beberapa program di matric. Cerita kegembiraan bersuka ria jalan-jalan di KL dengan kawan-kawan. Cerita selalu hu ha hu ha dalam bilik ABC 116 bersama roomates. Cerita jogging di UM dengan nazri. Cerita ke pasar malam di SS17 yang di sebelah matric saja. Cerita selalu ke pekan SS14 makan KFC - jalan kaki beb, KFC nye pasal. 20 minit jalan. Cerita betapa sukanya duduk di matric, yet tidak sabar-sabar hendak melanjutkan ke main campus.

Semuanya tak dapat lagi aku ceritakan lagi. Melainkan aku ulang semula cerita itu. Tapi kalau nak ceritakan cerita yang asli, tidak dapat lagi. Tidak sia-sia juga aku ada blog sejak sebelum masuk matric. Ada jugalah catatan tentang perjalanan hidup di matric yang boleh kubelek semula.

Sepatutnya di main campus ini aku mempunyai sebuah lagi lampiran baru yang mungkin boleh aku belek di masa kan datang. Seperti dulu. Seperti yang kulakukan di matric dulu. Tapi setelah lebih setahun di Gombak, yang dulunya di matric aku tidak sabar nak masuk - mesti banyak yang boleh diceritakan dalam blog nanti, detik hatiku masa mula-mula masuk gombak, tapi apa yang ada dalam blog aku kini?

Picisan. Pipih. Tidak banyak yang menarik yang aku ceritakan. Aku menyedarinya, tapi tidak tahu. Tidak tahu apa yang boleh aku buat. Dulu di matric, asal ke cc, tak kira cc ABC, IIUM Cyber, tangan ku laju sahaja menaip posting untuk blog. Terlalu banyak yang hendak diceritakan. Kenapa sekarang tidak seperti dulu? Banyak kerja sampai tak ada masa untuk post blog? Malas? Kedua-dua jawapan nya ialah 'ya'.

Mutu penulisan semakin hambar. Kalau dulu, aku rajin singgah di beberapa blog. Kadang-kadang tak kenal pun tuan punya blog, tapi suka membaca postings di blog mereka. Gaya penulisan aku selalu nya akan dipengaruhi oleh semua gaya penulisan blog yang aku baca. Kini? Blog kawan-kawan pun aku dah jarang baca. Kadang-kadang ternampak juga gaya penulisan aku (gaya penulisan aku dulu-dulu) dalam beberapa blog kawan-kawan, terasa bangga juga. Tapi kini aku sendiri tak boleh nak mendapatkan rentak gaya aku itu. Mungkinlah juga aku sudah kekeringan idea penulisan.

Tapikan, sekarang ini sepatutnya aku sedang tekun membaca tutorial, tak pun membaca buku teks fluid. Sekarang ni ada dekat bilik, pukul 1.06 pagi. Tiba-tiba terdetik dalam hati nak tulis blog (type dalam laptop, nanti bila-bila online paste dekat blog). Tiba-tiba terkenangkan aku dulu aktif menulis blog. Tapi tidak kini. Tidak seperti dulu.

Mungkin juga aku perlu berhenti menaip sekarang. Kerana aku perlu menumpukan perhatianku terhadap fluid yang papernye adalah pada hari khamis ini. Tapi sekarang sudah ngantuk. Cemane? Um. Mungkin juga aku perlu tidur. Tak kulupa untuk melakukannya pukul 1.30 pagi sebentar lagi. Tanggungjawab kepada-Nya wajib dilaksanakan. Maka harusku membantu melaksanakannya. Menuntut ilmu juga wajib. Ukuran akan ilmu yang dipelajari ialah peperiksaaan. Kini 2 paper telah pun berlalu. Ada lagi 4 paper. Doakanlah aku. Doakanlah aku. Doakanlah aku. Jaga diri dengan baik. Yeh? Selamat malam.

Ahad, Mac 19, 2006

GOOD and BETTER

Telling yourself you can do is GOOD
Showwing yourself you can do is BETTER








Sister zai, trainer aku dalam leadership course kasik aku card yang ade tulis ni lepas kite orang present smalam. With a writting "All the best for final exam" behind it. Terima kasih. Terima kasih semua. Tak sia-sia aku register lambat - terkena kat group yang memang ramai tak kenal. Dapat kawan baru. Tak pernah sebelum ni ade kawan dengan Singaporean. Tak pernah sebelum ni berkawan dengan Chinese girl. Bangga aku bila sui ni tegur aku bila selisih dengan dia kat kulliyyah. Ngeh3. Ingat ko sorang di kelilingi permaisuri2 usen? Permaisuri2 group kau memang dah familiar. Dah kenal dari matric dulu. Aku dapat permaisuri2 baru =p. Tak lupa juga peluang aku bergaul dengan students dari berlainan kulliyyah. IRK, HS, Kaed, Laws. Tak macam kau usen, semua dak engine je group ko =p. Bangga aku bekawan ngan musa @ ma deng yuen. Sampaikan ghapur seriusly ajak kami ke rumah musa kat guangzhou tahun depan. Kumpul duet dari skang! Kumpul! Tahniah aresah yang berjaya menerajui group kami dengan begitu baik. Tahniah semua atas komitmen yang mantap. Walaupun proposal kita di KIV, tapi macam amin kata, kalau kita niatkan kerana Allah, insyaAllah semua kerja kita akan berbaloi. Kalau ade di kalangan group member yang nak betul2 organize program Adventura 2006 kita.. sila lah inform. Aku sangat berminat.

Do our best in the final exam! May Allah be with us.

Sabtu, Mac 18, 2006

1502 MLCC

Tak pernah2 aku tulis blog, tp hari ni telah buatkan jari-jemari aku berlari-lari di atas papan kekunci menerima arahan daripada minda yang berserabut ini..Argghh...tak lupa gak thanks to tuan punye blog ni..azamkukuh bagi aku tumpang tulis hari ni..oit, jimin hait, syukran..

CCLM 2051..
Subjek yg menyebabkan segala2nya jd tak tentu hari ni...CCLM 2051 telah menyebabkan aku terpaksa ponteng halaqah masjid aku, kerana CCLM 2051 jugakla aku xdpt jumpe perwakilan hai'ah dari Jeddah, Arab Saudi..CCLM 2051 jgkla sebabkan hari sabtu aku terbuaaang masa..semuanya kerana nk kejar 0.5 yang tak sampai 1 tu...

Awal2 masuk kelas di awal sem dulu, dh ada mcm merepek aje dah...kelas aku tak sampai 25% laki dgn akula 'rajin' sgt nk bersuara awal2 tu suruh tuka tmptla..apela...subjek yg bg aku ntahlah...hmmm..tp yg aku agk suke sbb ramai permaisuri dlm kelas nih..ngeh3X....namun apela sgt permaisuri2 yg ada ni..berbanding 2 jam mlm Khamis nk dihabiskan setiap minggu semata2 merebut kredit yg tak smp 1 tu...Pertengahan sem aku dh mula rasa bosan, lalu terpancarla aksi2 aku yg cuba m'hilangkan ke'tension'an dan ke'boring'an dlm kelas...tetiba jd ringan pulak mulut nk beri komen kt Akram as a 1st public speaker dlm kelas...namun bila ramai sgt dah yang present, rasa boring menjelma lagi..kdg2 aku keluar ngan Wan g 'bersidai' kt luar kelas lepas minum air kt water cooler...

Lagi seminggu giliran firs, die mula sibuk2 tanya aku ape nk dibentang, mcm2 tajuk aku suggest dan mcm2 fe'el die aku tgk makin nk dekat giliran akhirnya isu Insulting Cartoon yg dipilih...aku bersetuju namun tak puas hati pulak dgn komen yg die terima..."Actually this issue is not allowed because regarding politicial issue..bla..bla..bla..." aku jd gundah,serba salah walaupun aku tak buat salah..akhirnya bila smpai giliran aku, isu yg sama masih aku 'pertaruhkan' untuk dipersembahkan semata2 tak puas hati dgn komen untuk firs. akhirnya aku jugak yg kena! mlm tu aku terdiam terkelu dan terkilan. benci ada namun tak lama. Sbnrnya aku dh plan tajuk lain namun hanya kerana tak puas hati aku tukar tajuk akhirnya hmm.....2,3 minggu lepas tu, aku sedar persembahan aku kala itu mungkin effekkan markah aku untuk public speaking lalu aku rasa aku kena cover balik ni. maka jd la aku side commenter(?) untuk org2 yng terakhir buat public speaking spaya aku dpt cover balik markah aku..smp akhirnya K.Aidil cepat jer nk suruh aku atau nk buat ape2.."Ya Husaini, what if..bla2...."

CCLM 2051..
Bg sesetengah org, xde ape2..namun rasala sendiri bahangnya mcm aku cerita kt atas..geram betul aku hari ni, dari pukul 1.00ptg ke pukul 11.00 pg, dari pukul 11.00pg ke pukul 2.30ptg, akhirnya dari 2.30ptg ke pukul 3.15ptg...huh..penat usah dibicarala, masuk2 je..dah macam2 ayat yg keluar, itulah inilah..nak2 lama bangat duk dlm tu...

15 minit...

30minit...

45 minit...

akhirnya 1 jam 15 minit..dah tak larat aku tunggu dlm tu...

Kata International Trainer,"The main audi there? It cannot fix for 700 people.."
Aku jwb dlm hati, " kterg dulu Ta'aruf Week 960 org muat je dlm Main Audi tu..." >>> 1st tak puas hati

Kata depa as a whole, "You want to submit this to the Stadd and now we are (representing) the Stad, you should do like a real."
Aku jwb lagi dlm hati, " aku pernah deal ngan Stadd sendiri specifically SPICE xdela dtanya soalan2 'bijak' camni..eee..">>> 2nd tak puas hati

nk cite lagi bykla tp biar aku b'tau yg penting jer...

The moment she(?) said, "You cut the tie there and paste it for Naeem.." and the whole room are 'happy' with that kind of foolish joke, ekspresi aku dh start berubah, emosi aku dh mengamuk, ini mmg kemuncaknya..mmg aku dah lain daripada td, klu td aku cuba untuk setenang mungkin dan buat yang terbaik, sekarang tidak lagi....The sister wonder my face after KIVing our proposal then she asked,
"Husaini, are you disspointed?"
" No comment!" (tak pernah2 aku jawab dgn jawapan cmni dlm situasi yg boleh bg markah atau potong ni..)
"Why no comment?"
"Because I don't want to comment!" ( aku dah mula nk rasa ber'keras' no more try the best or whatever..aku dh tak buat the best ni)
"Thats is not the way you answer the question.." She replied and I just keep silent...(aku dh panas hati, nk wat cmne...)

"Husaini, are you the President of ENGENIUS?"
"Going to be..."
"You are voting for that or what..or want to lobby?"
"May lobby for that"..Some of my friends dah tersenyum ketawa, namun aku ttp bermuka skema (muka geram sbnrnya)..
"So...if you want to be the President, you should bla...bla...bla..then the people will vote for you" Aku dah tak amik kisah ape die cakap, yg penting aku nk habis cepat...

"Ok Husaini?"
"Hmm ok.." Aku jawab smbil mengukir sdikit senyum pahit krn aku tahu dgn ekspresi masam dan upset aku, maybe takkan hbs lagi..so aku snyum2 kn diri dgn harapan ia akan berhenti...and its work.

"All the best for final exam and Husaini, good luck for your election " last words untuk kiterang
"Thank you.." sambil aku ketawa dalam hati...tak pernah2 aku fikir aku layak nk jd Presiden sebuah badan yng mewakili lebih pelajar Kulliyyah yg paling ramai kt kampus ni...sapela aku..hnya subcomm Enginpreneurs dan specifik lagi bahagian O-SCENT. Pipah;pemegang jawatan timbalan setiausaha ENGENIUS pun mungkin tak terfikir nk cakap mcm aku cakap...namun itulah final presentation for CCLM 2051..buat aku ckp yang ntah ape ntah...aku tak MENIPU tp aku terpanggil untuk MERAPU dan HARI BIRU....

Keluar je EDU LR 4, aku terus melangkah laju meninggalkan semua..aku dh xnk ape2 dh related to CCLM 2051, no thanks for members, no tips for next presenters..ape yg aku fikir aku nk cepat balik dan tinggalkan tempat 'bersejarah' ini. Aku nak paksa jari-jemari aku berlari di atas papan kekunci ini..inilah hasilnya...aku dah tak kisah die ank approve ke nak KIV ke..yg penting sebarang tindakan dia membawa kpd satu hasil:TAKDE MENDE PUN!! kerana apa, ia hnyalah proposal paper yang dibuat oleh pelajar2 yang amik CCLM 2051 untuk dipersembahkan menggantikan peperiksaan bertulis. Approve ke reject ke KIV ke, program2 yg kononnya diproposalkan itu TAKKAN berjalan jugak...ia hnya KONON semata2, so aku memang xkisah cuma yg aku kisah sebab nk buat dan present mende KONONnilah mcm2 program seharian aku tergendala...

Akhirnya, kepada sape2 yg rasa pelik kenapa who_cent (also known as No-To-Denmark) tulis blog yg mcm tak rasional ni, maafkanlah dia...dia tak berubah spt yg anda kenal dia cuma hari ini amarahnya memerah..dan kepada Trainer CCLM 2051 SECTION 32, KaK Nurul Aidil Ishak..terima kasih kerana jalankan tugas dgn baik dan cemerlang, dan semoga berbahagia di harinya kelak..InsyaAllah andai ade rezeki kesmpatan dan masa, sampailah kami ke sana..dan kepada kawan2 segrup presentation, kalau sayalah yg menyebabkan 0.5 tu tak jadi 2 pada slip keputusan peperiksaan anda.. jari disusun maaf dipohon..

Sebelum berundur, thanks again to jimin for give me space and opportunity to jot down something here...May Allah Bless You Always...Wassalamu'alaikum warahmatuLLahi wabarakatuh....

Ahad, Mac 12, 2006

apa yang diketahui dikongsi bersama, menjadi rujukan sekelian taulan.


MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI...Oleh: Pahrol Mohamad JuoiSaya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk >meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark."Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan."Marah," akui saya perlahan."Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"Saya senyum."Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya."Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul.""Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama.""Marah itulah tanda kecintaan kita...""Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama.""Encik takut?"Saya renung matanya."Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan."Kita bakar bendera mereka!""Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti."Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.""Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?""Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat.""Pengajaran tersirat?""Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini.""Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat."Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu.""Maksud encik?"Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata."Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami.""Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!""Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian."Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur.""Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta... "Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang."Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba."Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan."Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!""Soalan tu kurang umph," gurau saya."Habis soalan apa yang umph?""Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga.""Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya...""Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya.""Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!""Dan... bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!


*forwarded by kellie ellie

Khamis, Mac 09, 2006

Merisik Khabar
Sudirman

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )