Seperti Dulu (Selamat malam)
Lama sudah tak menulis di sini. Lama sudah tak menulis macam dulu. Macam dekat matric dulu. Banyak yang ditulis. Banyak yang dikongsi di sini. Banyak yang diceritakan di sini. Cerita belajar Chemistry I dengan Bro Iqbal di SMAWP. Cerita belajar ITI dengan kak wani dekat AX. Cerita selalu kene marah "Why are you all late?" lambat ke kelas Math III Madam Parveen di SMAWP. Cerita kisah suka duka berpesatuan di bawah ENGENIUS. Cerita keseronokan terlibat dalam beberapa program di matric. Cerita kegembiraan bersuka ria jalan-jalan di KL dengan kawan-kawan. Cerita selalu hu ha hu ha dalam bilik ABC 116 bersama roomates. Cerita jogging di UM dengan nazri. Cerita ke pasar malam di SS17 yang di sebelah matric saja. Cerita selalu ke pekan SS14 makan KFC - jalan kaki beb, KFC nye pasal. 20 minit jalan. Cerita betapa sukanya duduk di matric, yet tidak sabar-sabar hendak melanjutkan ke main campus.
Semuanya tak dapat lagi aku ceritakan lagi. Melainkan aku ulang semula cerita itu. Tapi kalau nak ceritakan cerita yang asli, tidak dapat lagi. Tidak sia-sia juga aku ada blog sejak sebelum masuk matric. Ada jugalah catatan tentang perjalanan hidup di matric yang boleh kubelek semula.
Sepatutnya di main campus ini aku mempunyai sebuah lagi lampiran baru yang mungkin boleh aku belek di masa kan datang. Seperti dulu. Seperti yang kulakukan di matric dulu. Tapi setelah lebih setahun di Gombak, yang dulunya di matric aku tidak sabar nak masuk - mesti banyak yang boleh diceritakan dalam blog nanti, detik hatiku masa mula-mula masuk gombak, tapi apa yang ada dalam blog aku kini?
Picisan. Pipih. Tidak banyak yang menarik yang aku ceritakan. Aku menyedarinya, tapi tidak tahu. Tidak tahu apa yang boleh aku buat. Dulu di matric, asal ke cc, tak kira cc ABC, IIUM Cyber, tangan ku laju sahaja menaip posting untuk blog. Terlalu banyak yang hendak diceritakan. Kenapa sekarang tidak seperti dulu? Banyak kerja sampai tak ada masa untuk post blog? Malas? Kedua-dua jawapan nya ialah 'ya'.
Mutu penulisan semakin hambar. Kalau dulu, aku rajin singgah di beberapa blog. Kadang-kadang tak kenal pun tuan punya blog, tapi suka membaca postings di blog mereka. Gaya penulisan aku selalu nya akan dipengaruhi oleh semua gaya penulisan blog yang aku baca. Kini? Blog kawan-kawan pun aku dah jarang baca. Kadang-kadang ternampak juga gaya penulisan aku (gaya penulisan aku dulu-dulu) dalam beberapa blog kawan-kawan, terasa bangga juga. Tapi kini aku sendiri tak boleh nak mendapatkan rentak gaya aku itu. Mungkinlah juga aku sudah kekeringan idea penulisan.
Tapikan, sekarang ini sepatutnya aku sedang tekun membaca tutorial, tak pun membaca buku teks fluid. Sekarang ni ada dekat bilik, pukul 1.06 pagi. Tiba-tiba terdetik dalam hati nak tulis blog (type dalam laptop, nanti bila-bila online paste dekat blog). Tiba-tiba terkenangkan aku dulu aktif menulis blog. Tapi tidak kini. Tidak seperti dulu.
Mungkin juga aku perlu berhenti menaip sekarang. Kerana aku perlu menumpukan perhatianku terhadap fluid yang papernye adalah pada hari khamis ini. Tapi sekarang sudah ngantuk. Cemane? Um. Mungkin juga aku perlu tidur. Tak kulupa untuk melakukannya pukul 1.30 pagi sebentar lagi. Tanggungjawab kepada-Nya wajib dilaksanakan. Maka harusku membantu melaksanakannya. Menuntut ilmu juga wajib. Ukuran akan ilmu yang dipelajari ialah peperiksaaan. Kini 2 paper telah pun berlalu. Ada lagi 4 paper. Doakanlah aku. Doakanlah aku. Doakanlah aku. Jaga diri dengan baik. Yeh? Selamat malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan