Hari Raya
Hari semalam lalu balik dari lab kol 4 lebih tu nak g library pulang buku, nampak kat bustop mahallah sisters penuuuhh dengan orang. Penuh dengan sisters pakai baju cantik2 dengan meyandang beg baju. Waaaa.. balik raye nampak? Isk. Best nye da boleh balik..
Hari ni aku boleh lagi online kat gpcl. UIA da terase kurang da orang. Kat kelas pun banyak seat kosong - student ponteng, balik raye awal. Tanya2 member yang terjumpe, sume cakap nak balik hari ni. Ade yang cakap 'kejap lagi balik la'. Ade yang cakap 'petang ni'. Ngaaaaaaa~
Aku? Masih lagi menanti panggilan Dr Raihan yang akan mengatakan 'Jimin, kite g wat visa sekarang!'. Tapi sampai skarang (10.39 pagi) blom ade call lagi dari office sir. Aaaaaa..
Banyak lagi bende yang perlu disettlekan. Isk. Surat Madam Ani suh buat and bagi pade dia. Office mahallah aku lom bitau lagi. Packing tak start ape lg. Tak packing ape2 lg?! Isk. Sempat ke nak balik petang nih?
Skang ni sebok dengan projek, ade due projek. Assignments pun ade due. Tapi aku tak sebok dengan benda-benda tu, sebok dengan hal attachment. Eemm.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Kadang2 rasa cam da takde mood nak blaja, pikir nak pergi bandung cepat-cepat je. Terasa cam pindah universiti pun ade. Huu. Astaghfirullah.. Tunjukkanlah aku pada jalan yang benar ya Allah.
Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan