'Rasa macam tak nak balik Malaysia. Rasa macam nak pindah duk sini je..'
- Petet
Alhamdulillah, kami telah pun selamat tiba di ITB pagi tadi. Perjalanan yang bermula seawal jam 5.45 pagi di UIAM menaiki limo ke LCCT. Beberapa keadaan kelam kabut yang ditimbulkan oleh aku sendiri sepanjang urusan di LCCT. Hehe. Nervous. Tapi alhamdulillah, tidak banyak masalah yang timbul sehingga kami tiba di ITB.
Alhamdulillah, Genaziz (atau mesra dengan panggilan Gege), kawan yang dikenali semasa dia dan rakan-rakan seangkatan melawat Malaysia awal tahun ni, bermurah hati untuk menjemput kami berlima di Husin Sasteranegara airport di Bandung. Gege bawak sekali due lagi kawan die, Aldri dan Dindin. Bawak 2 kereta. Alhamdulillah.
Langsung (Terus) di bawak ke ITB. Langsung ke Masjid Salman. Langsung bertemu dengan pegawai Human Resource Masjid Salman dan di brief mengenai Hostel di masjid nih. Diperkenalkan dengan beberapa teman student ITB yang menguruskan penginapan kami, antaranya Adan (ni tengah pinjam laptop Adan ni nak online, dak mathematical science) yang menguruskan cowok, Tiara (Subhanallah, lawa die nih. Isk. Chemical engineering) yang menguruskan penginapan cewek.
Lepas tu di bawak plak ke departemen teknik penerbangan dalam kampus ITB. Bawak masuk dalam kampus ITB. Waaahh.. Teringat setahun dulu pernah sampai kat sini. Ingat lagi kedudukan satu-satu bangunan. Ingat lagi suasana dalam kampus yang meriah and happening macam dulu jugak. Best. Petet excited gile. 'Best giler. Best giler' tak abes-abes die cakap.
Gege yang guide dengan Resha (jugak pernah ke Malaysia) dengan Fani (escort cewek kite due orang tuh. Fani ni pun ade ikot ke Malaysia dulu. Dia ingat lagi nama aku. Malu aku tak ingat nama dia. Hu). Tengah-tengah jalan tu, hujan turun (apparently hujan yang turun lebih kurang pukul 11 pagi tu, tak henti-henti turun sampai la baru jap tadi kol 7.00 malam baru berenti).
Kat departemen, jumpe dengan Dr Taufiq Milantoyo, orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kami berlima kat ITB nanti. Jumpe jugak dengan Dean departemen, Dr Gunawan. Ice breaking sikit dengan derang. Nanti hari Khamis nanti kite jumpe balik kat departemen and decide ape aktiviti yang sesuai untuk kami berlima.
Pasal aktiviti tu, sebenarnya pihak ITB pun tatau nak buat ape dengan kami berlima nih. Hehe. Ni pun first time die accept attachment macam kita nih. Da la kite berlime pun tatau nak wat ape kat sini. Tapi tadi call Dr Raihan, die suggest kami join research group derang. Dalam pada tu, kalau sempat, join kelas kelas derang sikit. Nengok la hari Khamis nanti bincang balik.
Makan siang (lunch) kat kafe derang. Chiken Kiev. Nasi putih kosong dengan ayah goreng tepung. Takde kuah, as expected. Isk. Tapi sedap je makan. Lapo. Hehe.
Ketemu dengan ramai teman yang dah pernah kenal. I.e. teman-teman yang ikot program ITB melawat Malaysia awal tahun nih. Jumpe Anas. Resha. Dan banyak lagi name yang aku dah lupe walaupun baru tadi aku refresh balik name derang. Hehe. Sume tu dari fakultas teknik fisika (macam mechatronics). Bukan dari departemen penerbangan. So macam takde kaitan sangat, derang plak yang banyak escort kami berlima sedangkan mereka dari fakulti lain.
Tapi memang sangat-sangat berterima kasih kepada mereka, dan mereka yang lain yang sangat-sangat menerima kami sebagai tetamu. Dasat btol derang layan. Sanggup berkorban ape sahaja. Melencunkan baju dengan hujan yang lebat, carik kenderaan untuk bawak kami jalan-jalan, mengorbankan masa membawak kami ke sane ke mari. Time kaseh sangat-sangat. Alhamdulillah.
Tadi memang dasat hujan. Mule-mule hujan renyai. Hujan turun lebat tibe-tibe mase kiteorang kat luar kampus, berjalan dengan Resha and the gang nak carik money changer. Basah lencun. Sejuk. 'Tiris pisan' kate orang Sunda. Hehe. 'Sejuk giler' orang kite kate. Hehehe. Balik ITB smula naik Angkut. Angkut ni macam bas mini, dia sebuah van, bleh sumbat lebih 10 passanger. Bersesak la ko dalam tu. Huhu. Sonok pun ade. 'Adventure' kate Kirun.
Da sampai kat kampus. Lepas kat luar Masjid Salman. Borak-borak dengan Anas and the gang. Cite pasal macam-macam. Cheong balik bilik tidor (Cheong rupenye boleh duduk dengan kiteorang dekat hostel masjid nih. Asalnye nak letak die kat satu bilik lain, dalam 15 minit jalan kaki dari ITB. Tapi pengurusan benarkan die tinggal sini jugak. 'Bagus la, untung2 boleh dapat hidayah' kate Dr Raihan. Hehe.).
Anas ajak aku dengan Petet jalan-jalan. 'Mutaren Bandung. Yok!'. Naik kete. Pusing-pusing jalan raya kat Bandung nih. Cuba ingat jalan macam mana. Jalan Dago. Jalan Tamansari. Tu jalan-jalan yang dekat je dengan ITB, walking distance. Nak naik angkut pun boleh. Tapi nak jalan kaki lah esok dengan dak-dak ni. InshaAllah kalau tak hujan, boleh la jalan-jalan esok.
Nengok temperature display dekat bandar Bandung 17 degree. Isk. Sejuk.
Petang tu balik tidur (bilik ade 4 katil, tapi duduk bertige je, tingkat 3, view cantek, cuace sejuk, kat luar bilik ade dapur, washing machine sume), bangun solat jamak mahgrib isya kat Masjid. Tengah hujan lagi. Isk. Menggigil amek wudhu. Mau da bawah 15 degree agaknye skang. Sejuuuukkk. Lepas tu ade brother ni (tak ingat da name die.., huhu) ajak makan kat luwa. Ajak makan kat warong-warong tepi jalan nih. Ade banyak giler. Aaaa? Isk. Boleh ke? First day nak terus makan kat warong? Isk.
Makan 'nasi goreng mawut'. Aaaa? 'Mawut' tu maksud dia 'complicated'. Hehe. Nasik die goreng dengan megi. Memang nampak complicated pun rupe nasik goreng die. Tapi sedaaapp. Unexpectedly sedap. Hehe. Makan dengan mamat tu dengan Rashid, ade mamat Algeria duduk kat hostel tu jugak. Suke die borak ngan kami bertige cowok UIA nih. Die dulu pernah duduk 3 bulan kat UIA. Hehe. Keciknye dunia.
Yang da pempuan tu bedue duduk kat hostel je malam nih. Tak keluar g makan pun. Katenye roommates derang (derang duduk dalam dorm, 18 orang) nak masak kan untuk derang. Hostel ade dapur. Ade washing machines. Ade internet. Ade sume-sume lah. Best gile. Takde kipas angen atau aircond langsung. Tak perlu. Malah perlukan heater. Tapi takde la sebenarnye. Aku je yang tak tahan sejuk. Ni da benti hujan da tak sejuk sangat. Tapi still, skang ni pakai sweater lagi. Dak Bandung sendiri pun pakai sweater kat sini. Aku tak keseorangan. Hehe.
Tapi alhamdulillah. Selesa duduk kat sini. Cuaca sedap, dingin. Masyarakat pun peramah. Orang pun cantek-cantek =p hehe. Barang plak sume murah-murah. Pergi kedai tu, tanye je harge terus cakap 'murah giler!'. Tanye je harge, 'murah giler!'. Tanye lagi lain, 'murah giler!'. Hehe. Bli simcard pun 10ribu je (tak sampai 5 inggit), free kredit 40ribu (16 inggit), sms sesama sendiri free. Call Malaysia murah. Alhamdulillah. ITB pun best. 'Cute la..' Kirun cakap, bukan merujuk orang nye, tapi merujuk pade suasana dan bangunan-bangunan kat ITB nih. Betul. Cute. Sonok rasenye. Kirenye memang best lah duduk sini. Hehe. InshaAllah sampai 46 hari lagi akan seronok, dan lebih seronok. InshaAllah.
Doakan kami di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan