Cari Blog Ini

Khamis, Oktober 18, 2007

10 Oktober - 18 Oktober

10 Oktober
Rabu
6.59 petang
Lebuhraya Utara Selatan sekitar Ayer Keroh

Kali pertama berbuka dalam perjalanan balik kampung.

'Weh, ko nak buka pose kat mane nih? Da nak buke nih.. kat jejantas Ayer Keroh nak? Tapi jauh lagi, 15 minit lagi'

'Eh. Boleh. Boleh. Buka dalam kete dulu, minum air.' Firs.

'Da kol 7.03 dol! da bleh buke nih. Din, amek air sarsi nih, aku wat kat bilik tadi, minum dulu..'

'Eh takpe, takpe! Boleh, boleh! Macam sedap je.' Din.

11 Oktober
Khamis

Seharian bertungkus-lumus membersihkan apa yang patut dibersihkan di ruang tamu. Habuk banyak yang amat. Isk. Mop lantai 3 kali. Tu pun berasa lagi habuk. Isk. Isk.

12 Oktober
Jumaat

Tercari-cari Dr Raihan dan jugak Lias kat Masjid Parit Bakar masa solat Jumaat. Lama tak jumpe Lias. Tapi dua-dua takde. Din sms,

'kete dr raihan kat blakang kete aku dowh kat masjid muo nih! huhu!'

Oo. Sir solat kat masjud muo ke?

Esok raya. Baju nak pakai esok lom decide lagi nak pakai wane ape. Mop lantai pun lom abes lagi.

9.15 malam

Aku satu-satunya wakil keluarga Mak yang datang kenduri keluarga kat rumah Tok Bah. Macam bese, makan ketupat. Aku tak makan banyak tahun ni. Masa buka kat rumah tadi pun control, tau, mule dari malam ni sampai 2,3 hari lepas ni, mesti banyak makanan yang boleh dimakan. Huhu.

11.15 malam

Menonton Channel Angaksa 1 dengan Abang Joe. Nengok siaran langsung pelabuhan Soyuz TM 11 dengan ISS. Tatkala sume orang riuh rendah borak-borak dengan sepupu sepapat, aku dengan Abang Joe setia betul kat depan TV. Hehe.

Lame nak tunggu Soyuz tu docking. Kalau tak minat, memang tak kuasa nak tunggu. Ade video dari kemere Soyuz, ade banyak giler nombor kat keliling hujung skrin dia. Koordinat kot? Memang nampak complicated giler ah.

'Pandai betul orang yang buat benda nih, susah yek? Pandai manusia nih. Pencipta manusia lagi la, kan? Allahu Akbar.' Abang Joe.

Banyak pengisian nengok docking tu dengan Abang Joe. Hehe. Lepas da nengok docking, nengok press conference kat Russia pulak. Saling bangga membanggai aku dengan Abang Joe akan Malaysia. Hehe. Reporters banyak tanye soalan kat Jamaludin Jarjis. Pasal solat terutamanya. Allahu Akbar. Mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak mendetikkan sesuatu di hati non-muslims akan keindahan Islam.

13 Oktober
Sabtu
6.30 pagi

Selesai solat sunah jemaah kat surau. Zikir dan tahlil dan takbir bersama. Makan bersama. Control makan! Control! Lepas ni nak makan lagi, pagi nanti, tengahari nanti, petang, malam. Aaaaa.

9.30 pagi

Selesai solat sunat, ziarah pusara. Lama da tak ziarah.

'Diam tak diam da 8 tahun ek?' Puksu, merujuk pada Tok Bah.

Mak da 7 tahun.
Tok Mak 12 tahun.
Abang Fitri 33 tahun.

Al-Fatihah.

10.30 pagi

Raya tak lagi semeriah dulu. Mungkin sebab da besar kot? Huhu. Kalau kecik-kecik dulu mesti rase best giler. Hehe. Pergi beraya rumah Pak Man. Untuk ke sini, aku kosongkan perut. Hehe. Control makan! Control!

Beraya rumah Mak Nor.

Balik rumah dengan Angah.

Tidur sampai petang. Pukul 4.30 baru bangun.

Makan lagi. Control!!!!

Malam Famili Pak Man datang beraya.

14 Oktober
Ahad
9.30 pagi

Ke rumah mentua Abang kat Merlimau. Hantar Satria, nanti adik ipar abang akan drive ke KLIA dan amek Abang, balik Bukit Jelutung. Makan mi goreng. Sedap. Isk. Control!

12.30 tengahari

Seperti biasa, Open House Tok Lah.

Ayat-ayat common yang aku terima bila jumpe sedara-mare (terutama yang atok-atok nih);

'Ya Allah, ko dah gemuk da skang!'

'Mane orang rumah ko?'

'Anak dah berape?' (yang ni bukan atok, ni due pupu aku yang sebaye ngan Abang yang tanye. Huhu)

'Ni da gemuk da nih.. tak lame lagi la nih kan? Aaaa'

'Bile lagi?'

'Dulu ko keciiiiiiiikk je. Skang, ya Allah!'

Respon aku same je untuk sume soalan - senyum =)

Nasik minyak. Kambing kurma'. Sedap gile. Control! Control!

3.00 petang

Rumah Terbuka Ohtman (ayah Dr Raihan). 1 km dari rumah aku. Pergi bertiga dengan kawan-kawan. Jumpe Sir. Hehe.

'Saye msg Pipah, tapi die beraye kat Pontian.' Sir.

'Awak duk mane Jimin?' Sir.

'Niii. Kat sini lah, tapi tengah (umah Sir Parit Amal Laut, umah aku Parit Amal Tengah)'.

'Ni ha, Bah, orang Parit Amal Tengah, Abah kenal?' Sir.

'Mane? Duk mane? Ayah sape?' Pakcik Othman.

'Parit Amal Jalan Temenggong... ayah.. Cikgu Lias, kenal?'

'Laa.. Cikgu Lias. Kenal sangat la. Arwah Mak dulu ngajo Convent? Kenal.. kenal.. isk-isk. Kenal..' Pakcik Othman.

Duduk lame jugak, sejam lebih, borak dengan Sir, dengan Pakcik Othman. Mak selalu datang umah Sir nih, tempah kueh raye dengan mak Sir. Jumpe dengan mak Sir jugak. Suka derang bila tau aku anak Arwah Rokiah, anak Cikgu Elias. Mak sedare dengan keluarga Pakcik Othman nih. Tapi aku tatau cemane kaitan, sedare jauh. Alhamdulillah, dapat merapatkan hubungan semula. InshaAllah.

4.15 petang

Rumah Cikgu Lias. Hehe. Rumah aku. Boleh pulak ngam-ngam aku sampai je ade sedare Makcik 2 buah kete datang beraya. Aku layan tetamu aku, Ayah dengan Makcik layan tetamu mereka. Angah sekeluarga, tidur dalam bilik. Hehe. Pun lame duduk rumah aku. Sejam. Sempat jugak la tetamu aku Ayah layan. Tanye skolah mane lah, kenal cikgu ni, cikgu tu. 'Bila bekas guru berbicara' aku cakap dalam hati. Hehe. Ramai jugak yang Ayah kenal.

5.30 petang

Rumah Lias (bukan Cikgu Lias yeh). Lama tak jumpa dia. Kalau tak dulu selalu jumpe kat UIA Gombak nih. Ni Kulliyyah Sciences da pindah kampus Kuantan. Banyak isu diperkatakan, terutama pasal Kuantan. Tak leh cite. Bahaya. Hehe.

6.40 petang

Rumah Mas. Schoolmate. UIAmate. Aku tak bape rapat dengan dia. Kenal pun tak sangat. Name betul die pun aku tatau. Huhu. Tapi, pegi je la, bile lagi nak pegi kan.

'Eh, ko selalu aku tegur ko kat Economics selalu ko tak pasan ek? Selalu aku tegu ko buat bodo je'. Mas.

'Aaa? Ade ke? Aku tak jawab ke ko tegur?'

'Tah ko. Ko buat (menggayakan muka dunno) cam tu je'. Mas.

Itu yang mula-mula dia ceritakan mase mula-mula aku sampai. Isk. Malu aku. Mintak maaf la yer, tak bape kenal. Mas buat 3 tahun setengah Economics. 'Lepas ni aku nak sambung master'. Isk. Lek lu. 'Tak aci do ko abes awal!'.

Borak dengan abang Mas yang sulung (da umur 45), borak dengan mak Mas. Laa.. rupanya orang Parit Bakar mak Mas nih. Banyak nama yang mak Mas sebut 'Kenal pakcik nih? Kenal pakcik tuh? kenal ni? kenal die? kenal tu?'. Tapi sume aku tak kenal. Kalau tanya Ayah ni, Ayah kenal kot sume. Tah-tah sedare. Haha.

8.00 malam

Tengah rehat kat rumah, segerombolan adek badek mak datang. 8 famili datang. Kelam kabut seh. Huhu.

10.00 malam

Tadi tak jamu orang datang pun, makan kueh je. Tak sound nak datang beraya. Tuan rumah pun tak sempat nak makan. Hehe. Pergi Pizza Hut. First time raya makan pizza. Ramai gile orang.

15 Oktober
Isnin
9.00 pagi

Marhaban Kampung Parit Amal. Lama da tak buat. Seronok. Kembung perut minum air kat 14 buah rumah untuk sesi pagi nih. Hehe. Makan kat 2 buah rumah je, control! control!

Petang

Raya umah Mak Ngah. Makan roti canai. Sedap gile. Kak Long buatkan kek coklat 'Ni dulu ingat lagi mase Azi kecik-kecik Azi sukeee sangat kek coklat kan? Ni Kak Long kasik..' heee. Aku sorang je makan kek coklat tuh. Takleh nak control da. Isk isk.

Maghrib

Abang tiba rumah bawak Satria. Waaaaa. Fitriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! Comel gile!!!! 5 bulan da tak jumpe!!! Da beso, da boleh lari daaa!! =)

Malam

Kenduri rumah Pak Long. Soalan yang sama kat mana-mana pun ditanya, kat sini tanya lagi. Same je soalan cam tahun lepas. Da sediakan tempelate jawapan da. Hehe.

'Bile abes blajo?'

'Amek cos ape?'

'Nanti nak keje kat mane?'

Lebih-lebih lagi tengah hangat dengan angkasawan. Lagi banyak soalan ditanye tahun nih. Variety sikit. Hehe.

16 oktober
Selase

Sonokk main dengan Aus, Aish, Fitri, Alea. Lame tak main dengan derang sume =)

4.30 petang

Balik Shah Alam tumpang Angah. Singgah rumah PakBor kejap.

17 Oktober
Rabu
11 pagi

Buat akaun Maybank dekat Shah Alam. buat kad ATM sekali. Dekat Bandung nanti boleh gune, asalkan cucuk kat bank yang ada logo 'PLUS' atau Interlink. Boleh gune.

4.00 petang

Bli suar kat Tesco. Hehe. Da desperate gile suar takde. suar da buruk-buruk sume. Cemane nak duk Bandung nanti? Naseb baik jumpe kat Tesco, 23 inggit je. Hehe. Bli due!

7.00 malam

Tiba kat bilik UIA.

18 Oktober
Khamis

Pagi

Selesaikan hal-hal EIT. Isik borang company. Pilih company Airod dengan GE Engineering @ Subang, ATSB dengan Ikramatic @ Glenmarie, Airfoil System kat Shah Alam. Hmmm.. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki, mudah-mudahan aku dapat tempat prektikel yang paling sesuai untukku. Amin.

Tengahari

Selesaikan hal-hal visa. Tak boleh buat visa, Kedutaan Indonesia cuti raya lagi sampai Jumaat, Isnin nanti baru bukak. Bincang dengan Dr Riza, cemane. Nanti esok die tolong nengokkan, kalau boleh pergi, esok pergi buat visa. Kalau takde jugak, terpaksa lah hari Isnin nanti buat visa, tatkala esoknya ari Selasa nak fly pukul 9.05 pagi. Hmm.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. Amin.

Tentatively, flight nanti,

23/10, Selasa

9.05 pagi
LCCT - Jakarta

10.10 pagi (waktu Indonesia)
Jakarta - Bandung

Doakan keselamatan dan kemudahan urusan kami..


p/s - dari tadi asek cite pasal makan, control lah ape lah. Tak makan tengah hari lagi hari nih! Huhu! Lapaaaaa!!! Jemput cari makanan..Nak makan Kyros.. juummm!! =)


Tiada ulasan: