Cari Blog Ini
Isnin, Oktober 29, 2007
Banyak dah pengalaman yang dikutip sepanjang 7 hari kat Bandung nih. Tapi pengalaman jalan-jalan, makan-makan, nengok orang. Pengalaman belajar dan pengalaman research belum ada sangat lagi.
Macam-macam makanan yang dah ditry kat sini. Nasi goreng mawut. Nasi bebek (itik). Nasi botram (tuan kedai cum pengasas cum penyanyi (kumpulan nasyid Indonesia Faliq) ni tengah dalam satu kamar dengan aku tika ini. 'Doakan perniagaan Botram saya bisa sampe ke Malaysia' die cakap. Hehe. Tapi memang siyes sedap. Tadi buka pose pun bli kat Botram depan Hostel Salman ni je). Nasi Padang. Chiken chop kat Steak House yang sedap dan sangat murah - 3 inggit lebih je. Huhu! Banyak lagi makanan yang mesti cuba. Hari tu Adan da list kan makanan2 yang harus dicoba di Bandung.
Jalan-jalan? Da pandai naik angkot dah. Sepanjang Jalan Dago. Turun ke BIP (Bandung Indah P... Parade kot? Macam Midvalley, tapi kecik je. Nengok wayang kat sini malam tuh). Ada jalan-jalan sikit dengan dak2 hostel derang bawak naik toyota mutar-mutar alun-alun (city centre) Bandung. Banyak lagi tempat boleh pergi. Jalan Chihampelas, Jalan Dago ke atas, Jalan Braga, Pasar Baru, Bosscha. Aaaaa.. Himpunan Siswa Malaysia ITB ajak kiteorang ke DuFan 24/11 nih. Toyy da ajak gi Jogja. Adan pun cakap 'Rugi kalo udah sampe ke Jawa tapi nggak mampir ke Jogja'. Tapi dak-dak ni cam tanak pergi je. Isk. Jumaat/Sabtu ni Aimi da ajak g jalan-jalan Bandung. Yey! Jooommm!!
Kelas? Tadi. Dalam bahasa Indonesia. Agak payah jugak nak paham. Kadang-kadang kene pikir lame sikit ape yang dosen (lecturer) cakap, baru paham. Istilah macam ban (tayar; tadi blajar pasal landing gear), diredam (tah.. aku wat assumption maksud die damped je) banyak yang lain dengan kite. Kene pandai-pandai lah pahamkan sendiri. Huu. Tadi Petet, Cheong, Fizah dah pun diskusi dengan dosen dan teman-teman. Susah nak faham dengan bahasa derang. Hehe. Ntahlah, mungkin lepas nih, da lepas 2,3 kali bertemu diskus, boleh faham kot.
Nantikan lah nanti gimana.
Wassalam.
Hari 7
Hari ni masuk kelas. Kelas Perancangan Pesawat Terbang, atau equivalent dengan Aircraft Design kat UIA yang aku akan amek next semester.
So, cemane kelas? Isk. Isk. Nggak ngerti sih! Hehe. Tak faham sangat kelas dia, da lecture dalam bahase indon, what can u expect kan? Pastu tadi kami berlime di distribute ke pada group2 dalam kelas kami. Group ni ada assignment - design 'around the world aircraft'. Isk. Group aku tadi all boys kot (kelas pun ade 3,4 orang je cewek dari total lebih 40 orang dalam kelas tuh). Tadi discuss kejap ngan derang kat derang punye Himpunan Siswa (macam oscent kat UIA). Aku tak paham sangat sebenarnye, tapi aku iyakan aje sume. Hehe. 'Apaan, sms aja saya ya?' tu je aku cakap.
Ntah lah. Doakan kami berjaya di sini. Duluan ya~ Yok kita ka masjid! Udah masyuk Zuhur.
Selasa, Oktober 23, 2007
'Rasa macam tak nak balik Malaysia. Rasa macam nak pindah duk sini je..'
- Petet
Alhamdulillah, kami telah pun selamat tiba di ITB pagi tadi. Perjalanan yang bermula seawal jam 5.45 pagi di UIAM menaiki limo ke LCCT. Beberapa keadaan kelam kabut yang ditimbulkan oleh aku sendiri sepanjang urusan di LCCT. Hehe. Nervous. Tapi alhamdulillah, tidak banyak masalah yang timbul sehingga kami tiba di ITB.
Alhamdulillah, Genaziz (atau mesra dengan panggilan Gege), kawan yang dikenali semasa dia dan rakan-rakan seangkatan melawat Malaysia awal tahun ni, bermurah hati untuk menjemput kami berlima di Husin Sasteranegara airport di Bandung. Gege bawak sekali due lagi kawan die, Aldri dan Dindin. Bawak 2 kereta. Alhamdulillah.
Langsung (Terus) di bawak ke ITB. Langsung ke Masjid Salman. Langsung bertemu dengan pegawai Human Resource Masjid Salman dan di brief mengenai Hostel di masjid nih. Diperkenalkan dengan beberapa teman student ITB yang menguruskan penginapan kami, antaranya Adan (ni tengah pinjam laptop Adan ni nak online, dak mathematical science) yang menguruskan cowok, Tiara (Subhanallah, lawa die nih. Isk. Chemical engineering) yang menguruskan penginapan cewek.
Lepas tu di bawak plak ke departemen teknik penerbangan dalam kampus ITB. Bawak masuk dalam kampus ITB. Waaahh.. Teringat setahun dulu pernah sampai kat sini. Ingat lagi kedudukan satu-satu bangunan. Ingat lagi suasana dalam kampus yang meriah and happening macam dulu jugak. Best. Petet excited gile. 'Best giler. Best giler' tak abes-abes die cakap.
Gege yang guide dengan Resha (jugak pernah ke Malaysia) dengan Fani (escort cewek kite due orang tuh. Fani ni pun ade ikot ke Malaysia dulu. Dia ingat lagi nama aku. Malu aku tak ingat nama dia. Hu). Tengah-tengah jalan tu, hujan turun (apparently hujan yang turun lebih kurang pukul 11 pagi tu, tak henti-henti turun sampai la baru jap tadi kol 7.00 malam baru berenti).
Kat departemen, jumpe dengan Dr Taufiq Milantoyo, orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kami berlima kat ITB nanti. Jumpe jugak dengan Dean departemen, Dr Gunawan. Ice breaking sikit dengan derang. Nanti hari Khamis nanti kite jumpe balik kat departemen and decide ape aktiviti yang sesuai untuk kami berlima.
Pasal aktiviti tu, sebenarnya pihak ITB pun tatau nak buat ape dengan kami berlima nih. Hehe. Ni pun first time die accept attachment macam kita nih. Da la kite berlime pun tatau nak wat ape kat sini. Tapi tadi call Dr Raihan, die suggest kami join research group derang. Dalam pada tu, kalau sempat, join kelas kelas derang sikit. Nengok la hari Khamis nanti bincang balik.
Makan siang (lunch) kat kafe derang. Chiken Kiev. Nasi putih kosong dengan ayah goreng tepung. Takde kuah, as expected. Isk. Tapi sedap je makan. Lapo. Hehe.
Ketemu dengan ramai teman yang dah pernah kenal. I.e. teman-teman yang ikot program ITB melawat Malaysia awal tahun nih. Jumpe Anas. Resha. Dan banyak lagi name yang aku dah lupe walaupun baru tadi aku refresh balik name derang. Hehe. Sume tu dari fakultas teknik fisika (macam mechatronics). Bukan dari departemen penerbangan. So macam takde kaitan sangat, derang plak yang banyak escort kami berlima sedangkan mereka dari fakulti lain.
Tapi memang sangat-sangat berterima kasih kepada mereka, dan mereka yang lain yang sangat-sangat menerima kami sebagai tetamu. Dasat btol derang layan. Sanggup berkorban ape sahaja. Melencunkan baju dengan hujan yang lebat, carik kenderaan untuk bawak kami jalan-jalan, mengorbankan masa membawak kami ke sane ke mari. Time kaseh sangat-sangat. Alhamdulillah.
Tadi memang dasat hujan. Mule-mule hujan renyai. Hujan turun lebat tibe-tibe mase kiteorang kat luar kampus, berjalan dengan Resha and the gang nak carik money changer. Basah lencun. Sejuk. 'Tiris pisan' kate orang Sunda. Hehe. 'Sejuk giler' orang kite kate. Hehehe. Balik ITB smula naik Angkut. Angkut ni macam bas mini, dia sebuah van, bleh sumbat lebih 10 passanger. Bersesak la ko dalam tu. Huhu. Sonok pun ade. 'Adventure' kate Kirun.
Da sampai kat kampus. Lepas kat luar Masjid Salman. Borak-borak dengan Anas and the gang. Cite pasal macam-macam. Cheong balik bilik tidor (Cheong rupenye boleh duduk dengan kiteorang dekat hostel masjid nih. Asalnye nak letak die kat satu bilik lain, dalam 15 minit jalan kaki dari ITB. Tapi pengurusan benarkan die tinggal sini jugak. 'Bagus la, untung2 boleh dapat hidayah' kate Dr Raihan. Hehe.).
Anas ajak aku dengan Petet jalan-jalan. 'Mutaren Bandung. Yok!'. Naik kete. Pusing-pusing jalan raya kat Bandung nih. Cuba ingat jalan macam mana. Jalan Dago. Jalan Tamansari. Tu jalan-jalan yang dekat je dengan ITB, walking distance. Nak naik angkut pun boleh. Tapi nak jalan kaki lah esok dengan dak-dak ni. InshaAllah kalau tak hujan, boleh la jalan-jalan esok.
Nengok temperature display dekat bandar Bandung 17 degree. Isk. Sejuk.
Petang tu balik tidur (bilik ade 4 katil, tapi duduk bertige je, tingkat 3, view cantek, cuace sejuk, kat luar bilik ade dapur, washing machine sume), bangun solat jamak mahgrib isya kat Masjid. Tengah hujan lagi. Isk. Menggigil amek wudhu. Mau da bawah 15 degree agaknye skang. Sejuuuukkk. Lepas tu ade brother ni (tak ingat da name die.., huhu) ajak makan kat luwa. Ajak makan kat warong-warong tepi jalan nih. Ade banyak giler. Aaaa? Isk. Boleh ke? First day nak terus makan kat warong? Isk.
Makan 'nasi goreng mawut'. Aaaa? 'Mawut' tu maksud dia 'complicated'. Hehe. Nasik die goreng dengan megi. Memang nampak complicated pun rupe nasik goreng die. Tapi sedaaapp. Unexpectedly sedap. Hehe. Makan dengan mamat tu dengan Rashid, ade mamat Algeria duduk kat hostel tu jugak. Suke die borak ngan kami bertige cowok UIA nih. Die dulu pernah duduk 3 bulan kat UIA. Hehe. Keciknye dunia.
Yang da pempuan tu bedue duduk kat hostel je malam nih. Tak keluar g makan pun. Katenye roommates derang (derang duduk dalam dorm, 18 orang) nak masak kan untuk derang. Hostel ade dapur. Ade washing machines. Ade internet. Ade sume-sume lah. Best gile. Takde kipas angen atau aircond langsung. Tak perlu. Malah perlukan heater. Tapi takde la sebenarnye. Aku je yang tak tahan sejuk. Ni da benti hujan da tak sejuk sangat. Tapi still, skang ni pakai sweater lagi. Dak Bandung sendiri pun pakai sweater kat sini. Aku tak keseorangan. Hehe.
Tapi alhamdulillah. Selesa duduk kat sini. Cuaca sedap, dingin. Masyarakat pun peramah. Orang pun cantek-cantek =p hehe. Barang plak sume murah-murah. Pergi kedai tu, tanye je harge terus cakap 'murah giler!'. Tanye je harge, 'murah giler!'. Tanye lagi lain, 'murah giler!'. Hehe. Bli simcard pun 10ribu je (tak sampai 5 inggit), free kredit 40ribu (16 inggit), sms sesama sendiri free. Call Malaysia murah. Alhamdulillah. ITB pun best. 'Cute la..' Kirun cakap, bukan merujuk orang nye, tapi merujuk pade suasana dan bangunan-bangunan kat ITB nih. Betul. Cute. Sonok rasenye. Kirenye memang best lah duduk sini. Hehe. InshaAllah sampai 46 hari lagi akan seronok, dan lebih seronok. InshaAllah.
Doakan kami di sini.
Khamis, Oktober 18, 2007
10 Oktober
Rabu
6.59 petang
Lebuhraya Utara Selatan sekitar Ayer Keroh
Kali pertama berbuka dalam perjalanan balik kampung.
'Weh, ko nak buka pose kat mane nih? Da nak buke nih.. kat jejantas Ayer Keroh nak? Tapi jauh lagi, 15 minit lagi'
'Eh. Boleh. Boleh. Buka dalam kete dulu, minum air.' Firs.
'Da kol 7.03 dol! da bleh buke nih. Din, amek air sarsi nih, aku wat kat bilik tadi, minum dulu..'
'Eh takpe, takpe! Boleh, boleh! Macam sedap je.' Din.
11 Oktober
Khamis
Seharian bertungkus-lumus membersihkan apa yang patut dibersihkan di ruang tamu. Habuk banyak yang amat. Isk. Mop lantai 3 kali. Tu pun berasa lagi habuk. Isk. Isk.
12 Oktober
Jumaat
Tercari-cari Dr Raihan dan jugak Lias kat Masjid Parit Bakar masa solat Jumaat. Lama tak jumpe Lias. Tapi dua-dua takde. Din sms,
'kete dr raihan kat blakang kete aku dowh kat masjid muo nih! huhu!'
Oo. Sir solat kat masjud muo ke?
Esok raya. Baju nak pakai esok lom decide lagi nak pakai wane ape. Mop lantai pun lom abes lagi.
9.15 malam
Aku satu-satunya wakil keluarga Mak yang datang kenduri keluarga kat rumah Tok Bah. Macam bese, makan ketupat. Aku tak makan banyak tahun ni. Masa buka kat rumah tadi pun control, tau, mule dari malam ni sampai 2,3 hari lepas ni, mesti banyak makanan yang boleh dimakan. Huhu.
11.15 malam
Menonton Channel Angaksa 1 dengan Abang Joe. Nengok siaran langsung pelabuhan Soyuz TM 11 dengan ISS. Tatkala sume orang riuh rendah borak-borak dengan sepupu sepapat, aku dengan Abang Joe setia betul kat depan TV. Hehe.
Lame nak tunggu Soyuz tu docking. Kalau tak minat, memang tak kuasa nak tunggu. Ade video dari kemere Soyuz, ade banyak giler nombor kat keliling hujung skrin dia. Koordinat kot? Memang nampak complicated giler ah.
'Pandai betul orang yang buat benda nih, susah yek? Pandai manusia nih. Pencipta manusia lagi la, kan? Allahu Akbar.' Abang Joe.
Banyak pengisian nengok docking tu dengan Abang Joe. Hehe. Lepas da nengok docking, nengok press conference kat Russia pulak. Saling bangga membanggai aku dengan Abang Joe akan Malaysia. Hehe. Reporters banyak tanye soalan kat Jamaludin Jarjis. Pasal solat terutamanya. Allahu Akbar. Mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak mendetikkan sesuatu di hati non-muslims akan keindahan Islam.
13 Oktober
Sabtu
6.30 pagi
Selesai solat sunah jemaah kat surau. Zikir dan tahlil dan takbir bersama. Makan bersama. Control makan! Control! Lepas ni nak makan lagi, pagi nanti, tengahari nanti, petang, malam. Aaaaa.
9.30 pagi
Selesai solat sunat, ziarah pusara. Lama da tak ziarah.
'Diam tak diam da 8 tahun ek?' Puksu, merujuk pada Tok Bah.
Mak da 7 tahun.
Tok Mak 12 tahun.
Abang Fitri 33 tahun.
Al-Fatihah.
10.30 pagi
Raya tak lagi semeriah dulu. Mungkin sebab da besar kot? Huhu. Kalau kecik-kecik dulu mesti rase best giler. Hehe. Pergi beraya rumah Pak Man. Untuk ke sini, aku kosongkan perut. Hehe. Control makan! Control!
Beraya rumah Mak Nor.
Balik rumah dengan Angah.
Tidur sampai petang. Pukul 4.30 baru bangun.
Makan lagi. Control!!!!
Malam Famili Pak Man datang beraya.
14 Oktober
Ahad
9.30 pagi
Ke rumah mentua Abang kat Merlimau. Hantar Satria, nanti adik ipar abang akan drive ke KLIA dan amek Abang, balik Bukit Jelutung. Makan mi goreng. Sedap. Isk. Control!
12.30 tengahari
Seperti biasa, Open House Tok Lah.
Ayat-ayat common yang aku terima bila jumpe sedara-mare (terutama yang atok-atok nih);
'Ya Allah, ko dah gemuk da skang!'
'Mane orang rumah ko?'
'Anak dah berape?' (yang ni bukan atok, ni due pupu aku yang sebaye ngan Abang yang tanye. Huhu)
'Ni da gemuk da nih.. tak lame lagi la nih kan? Aaaa'
'Bile lagi?'
'Dulu ko keciiiiiiiikk je. Skang, ya Allah!'
Respon aku same je untuk sume soalan - senyum =)
Nasik minyak. Kambing kurma'. Sedap gile. Control! Control!
3.00 petang
Rumah Terbuka Ohtman (ayah Dr Raihan). 1 km dari rumah aku. Pergi bertiga dengan kawan-kawan. Jumpe Sir. Hehe.
'Saye msg Pipah, tapi die beraye kat Pontian.' Sir.
'Awak duk mane Jimin?' Sir.
'Niii. Kat sini lah, tapi tengah (umah Sir Parit Amal Laut, umah aku Parit Amal Tengah)'.
'Ni ha, Bah, orang Parit Amal Tengah, Abah kenal?' Sir.
'Mane? Duk mane? Ayah sape?' Pakcik Othman.
'Parit Amal Jalan Temenggong... ayah.. Cikgu Lias, kenal?'
'Laa.. Cikgu Lias. Kenal sangat la. Arwah Mak dulu ngajo Convent? Kenal.. kenal.. isk-isk. Kenal..' Pakcik Othman.
Duduk lame jugak, sejam lebih, borak dengan Sir, dengan Pakcik Othman. Mak selalu datang umah Sir nih, tempah kueh raye dengan mak Sir. Jumpe dengan mak Sir jugak. Suka derang bila tau aku anak Arwah Rokiah, anak Cikgu Elias. Mak sedare dengan keluarga Pakcik Othman nih. Tapi aku tatau cemane kaitan, sedare jauh. Alhamdulillah, dapat merapatkan hubungan semula. InshaAllah.
4.15 petang
Rumah Cikgu Lias. Hehe. Rumah aku. Boleh pulak ngam-ngam aku sampai je ade sedare Makcik 2 buah kete datang beraya. Aku layan tetamu aku, Ayah dengan Makcik layan tetamu mereka. Angah sekeluarga, tidur dalam bilik. Hehe. Pun lame duduk rumah aku. Sejam. Sempat jugak la tetamu aku Ayah layan. Tanye skolah mane lah, kenal cikgu ni, cikgu tu. 'Bila bekas guru berbicara' aku cakap dalam hati. Hehe. Ramai jugak yang Ayah kenal.
5.30 petang
Rumah Lias (bukan Cikgu Lias yeh). Lama tak jumpa dia. Kalau tak dulu selalu jumpe kat UIA Gombak nih. Ni Kulliyyah Sciences da pindah kampus Kuantan. Banyak isu diperkatakan, terutama pasal Kuantan. Tak leh cite. Bahaya. Hehe.
6.40 petang
Rumah Mas. Schoolmate. UIAmate. Aku tak bape rapat dengan dia. Kenal pun tak sangat. Name betul die pun aku tatau. Huhu. Tapi, pegi je la, bile lagi nak pegi kan.
'Eh, ko selalu aku tegur ko kat Economics selalu ko tak pasan ek? Selalu aku tegu ko buat bodo je'. Mas.
'Aaa? Ade ke? Aku tak jawab ke ko tegur?'
'Tah ko. Ko buat (menggayakan muka dunno) cam tu je'. Mas.
Itu yang mula-mula dia ceritakan mase mula-mula aku sampai. Isk. Malu aku. Mintak maaf la yer, tak bape kenal. Mas buat 3 tahun setengah Economics. 'Lepas ni aku nak sambung master'. Isk. Lek lu. 'Tak aci do ko abes awal!'.
Borak dengan abang Mas yang sulung (da umur 45), borak dengan mak Mas. Laa.. rupanya orang Parit Bakar mak Mas nih. Banyak nama yang mak Mas sebut 'Kenal pakcik nih? Kenal pakcik tuh? kenal ni? kenal die? kenal tu?'. Tapi sume aku tak kenal. Kalau tanya Ayah ni, Ayah kenal kot sume. Tah-tah sedare. Haha.
8.00 malam
Tengah rehat kat rumah, segerombolan adek badek mak datang. 8 famili datang. Kelam kabut seh. Huhu.
10.00 malam
Tadi tak jamu orang datang pun, makan kueh je. Tak sound nak datang beraya. Tuan rumah pun tak sempat nak makan. Hehe. Pergi Pizza Hut. First time raya makan pizza. Ramai gile orang.
15 Oktober
Isnin
9.00 pagi
Marhaban Kampung Parit Amal. Lama da tak buat. Seronok. Kembung perut minum air kat 14 buah rumah untuk sesi pagi nih. Hehe. Makan kat 2 buah rumah je, control! control!
Petang
Raya umah Mak Ngah. Makan roti canai. Sedap gile. Kak Long buatkan kek coklat 'Ni dulu ingat lagi mase Azi kecik-kecik Azi sukeee sangat kek coklat kan? Ni Kak Long kasik..' heee. Aku sorang je makan kek coklat tuh. Takleh nak control da. Isk isk.
Maghrib
Abang tiba rumah bawak Satria. Waaaaa. Fitriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! Comel gile!!!! 5 bulan da tak jumpe!!! Da beso, da boleh lari daaa!! =)
Malam
Kenduri rumah Pak Long. Soalan yang sama kat mana-mana pun ditanya, kat sini tanya lagi. Same je soalan cam tahun lepas. Da sediakan tempelate jawapan da. Hehe.
'Bile abes blajo?'
'Amek cos ape?'
'Nanti nak keje kat mane?'
Lebih-lebih lagi tengah hangat dengan angkasawan. Lagi banyak soalan ditanye tahun nih. Variety sikit. Hehe.
16 oktober
Selase
Sonokk main dengan Aus, Aish, Fitri, Alea. Lame tak main dengan derang sume =)
4.30 petang
Balik Shah Alam tumpang Angah. Singgah rumah PakBor kejap.
17 Oktober
Rabu
11 pagi
Buat akaun Maybank dekat Shah Alam. buat kad ATM sekali. Dekat Bandung nanti boleh gune, asalkan cucuk kat bank yang ada logo 'PLUS' atau Interlink. Boleh gune.
4.00 petang
Bli suar kat Tesco. Hehe. Da desperate gile suar takde. suar da buruk-buruk sume. Cemane nak duk Bandung nanti? Naseb baik jumpe kat Tesco, 23 inggit je. Hehe. Bli due!
7.00 malam
Tiba kat bilik UIA.
18 Oktober
Khamis
Pagi
Selesaikan hal-hal EIT. Isik borang company. Pilih company Airod dengan GE Engineering @ Subang, ATSB dengan Ikramatic @ Glenmarie, Airfoil System kat Shah Alam. Hmmm.. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki, mudah-mudahan aku dapat tempat prektikel yang paling sesuai untukku. Amin.
Tengahari
Selesaikan hal-hal visa. Tak boleh buat visa, Kedutaan Indonesia cuti raya lagi sampai Jumaat, Isnin nanti baru bukak. Bincang dengan Dr Riza, cemane. Nanti esok die tolong nengokkan, kalau boleh pergi, esok pergi buat visa. Kalau takde jugak, terpaksa lah hari Isnin nanti buat visa, tatkala esoknya ari Selasa nak fly pukul 9.05 pagi. Hmm.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. Amin.
Tentatively, flight nanti,
23/10, Selasa
9.05 pagi
LCCT - Jakarta
10.10 pagi (waktu Indonesia)
Jakarta - Bandung
Doakan keselamatan dan kemudahan urusan kami..
p/s - dari tadi asek cite pasal makan, control lah ape lah. Tak makan tengah hari lagi hari nih! Huhu! Lapaaaaa!!! Jemput cari makanan..Nak makan Kyros.. juummm!! =)
Rabu, Oktober 10, 2007
Hari semalam lalu balik dari lab kol 4 lebih tu nak g library pulang buku, nampak kat bustop mahallah sisters penuuuhh dengan orang. Penuh dengan sisters pakai baju cantik2 dengan meyandang beg baju. Waaaa.. balik raye nampak? Isk. Best nye da boleh balik..
Hari ni aku boleh lagi online kat gpcl. UIA da terase kurang da orang. Kat kelas pun banyak seat kosong - student ponteng, balik raye awal. Tanya2 member yang terjumpe, sume cakap nak balik hari ni. Ade yang cakap 'kejap lagi balik la'. Ade yang cakap 'petang ni'. Ngaaaaaaa~
Aku? Masih lagi menanti panggilan Dr Raihan yang akan mengatakan 'Jimin, kite g wat visa sekarang!'. Tapi sampai skarang (10.39 pagi) blom ade call lagi dari office sir. Aaaaaa..
Banyak lagi bende yang perlu disettlekan. Isk. Surat Madam Ani suh buat and bagi pade dia. Office mahallah aku lom bitau lagi. Packing tak start ape lg. Tak packing ape2 lg?! Isk. Sempat ke nak balik petang nih?
Skang ni sebok dengan projek, ade due projek. Assignments pun ade due. Tapi aku tak sebok dengan benda-benda tu, sebok dengan hal attachment. Eemm.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Kadang2 rasa cam da takde mood nak blaja, pikir nak pergi bandung cepat-cepat je. Terasa cam pindah universiti pun ade. Huu. Astaghfirullah.. Tunjukkanlah aku pada jalan yang benar ya Allah.
Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.
Isnin, Oktober 08, 2007
'Uiissh.. Tatau ar do.. Aku risau special exam nih nanti lepas kite balik.. cemane?'
'Emm.. aku risau jugak sebenarnye. Tapi tah lah. Risau tu risau, suke tu suke jugak. Tapi Petet, at least kite ade mase lebih 2 bulan dari dak-dak lain. 2 bulan tu kite boleh study..'
'Uiishh.. tatau la do..'
Special exam? Tak pernah amek. Special exam untuk orang yang tak amek normal final exam atas sebab-sebab tertentu i.e. sakit. Orang kate, (orang kate la kan..) special exam jauh lagi susah dari normal final exam. Ye la, orang lain sume jawab 2 bulan lepas, kite baru nak jawab - ade peluang 2 bulan extra untuk kite prepare. Mesti la kene lagi susah. Isk. Ntahlah. Boleh ke nanti aku jawab dengan baik?
Mula-mula tak nak jugak apply attachment nih, risau pasal special exam. Tapi bila tanye sume orang . . .
'Alaa.. ko apply je..'.
'Apply do! Bile lagi?!'.
'Eh..? Jangan la tak apply.. Apply cepat! Best tuh..'.
Hmm.. Aku dah berserah pada Dia. Mungkin aku join attachment ni lah yang terbaik untuk aku. InshaAllah. Mungkin join ni mane tau, kasik aku peluang study dengan Cheong ke.. (CGPA die tinggi giler seh. Rasanya paling tinggi kot dalam Aerospace batch aku.. baru tau tadi bile nengok offer letter die letak sekali name dengan CGPA. Malu orang len nengok sendiri punya CGPA.. Isk). Mane tau Cheong baik hati leh ajar aku AC Struct ke mase kat sane nanti.
Cheong pun da semangat da tadi, sebok suh aku bawak buku, 'Nanti kita ta buleh bawak banyak-banyak kan? Bapa kilo? 15 kg ar? So kita bagi-bagi la, u bawak Aerodynamic punya buku, I bawak buku lain.. Ok ar?'.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jadikanlah kami memanfaatkan peluang yang kami ada. Amin.
Mujur jugak Aerospace tak pergi Jepun. Cam best kan Jepun? Tapi tadi miting Dr Raihan cakap..
'Work culture in Japan is very tight and hierarchy. In every lab they have Asst. Prof, Assoc. Prof, and Prof. Very Hierarchy. So usually universities (labs) in Japan, students will never go home before their Prof goes home. Usually they will work from morning, up to night, around.. 11 pm. Its true. And they are very concern about time. You have to be always punctual. Even 5 minutes late, they will feel bad about you. You bring our university's name, so please, cope with their culture..'
Uuuu? Tapi jeles gak nengok muke derang tadi. Junior je sume yang gi Jepun tuh. Isk. Best giler gi Jepun free.. Peh..
Ah! Lantak derang la!! Special exam! pikir pasal special exam!!
By the way, I have reached 22 last Monday. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me what I have today.. =) Thank you to all that had help me in what ever course. Thank myself for what ever I am today. It took courage to become whatever I have become today. Ya Allah, help me become a better muslim.. May everyone also be better muslims. Amin..
Ada orang suh update blog. Hehe. Jap eh.. tengah buat nih.
Non-Credited International Attachment Programme in Japan & Indonesia
Host Universities:
17 Oct - 8 Dec
Tokyo Institute of Technology, Tokyo, Japan - Maruyama-Kawamura Laboratory, Department of Metallurgy & Ceramics Science: 3 students
22 Oct - 8 Dec
Bandund Institute of Technology, Bandung, Indonesia - School of Aerospace Engineering: 5 students;
Nurul Firdauz Mohd Rosli
Cheong Zi Jian
Khariun Nisaa Baharuddin
Norhafizah Ismail
Mohd Azimin Elias
University of Indonesia, Jakarta, Indonesia - Department of Chemical Engineering: 6 students
Students will be placed in a research group and given a particular assignment. They must complete the assignments prior to their return, present the result and write a report. The supervisors shall also provide a report on the student's performance, attitude and soft and hard skill. Furthermore, our students shall also join the ongoing classes as sit-in students and participate in the class activities.
'I will appoint one of you from each group a leader.. As for Bandung, I say.. Jimin? You are the leader. So you have to make sure when you're there, you know where everyone is, you should inform everyone about everything you should inform, you should stay in touch with the International Division there at ITB. Oh! And you have to make sure that everyone do their passport TODAY because tomorrow you are all going to make visas at the embassy. You should go together. Inform me when everything is ready. Okay Jimin? You make sure that..'
Isk. 'Baik sir.. baik sir.. yes sir.. baik..' angguk2 je aku boleh buat. Emm. Petet, Cheong, Fizah, Kirun sume takde passport. Derang baru je pegi tadi.. Isk. Skang ni kene survey cemane nak wat visa.. Tak tau nak buat visa ape..
Ketentuan Visa
......
6. memberikan kuliah atau ikut serta dalam seminar/konferensi non-komersial di bidang sosial, budaya atau kepemerintahan, dengan ijin agen/institusi/departemen yang terkait;
No 6 la ni kot? Ye la kot.
'Processing time : 3 (three) working days---Submission : 9.00 – 13.00 (Monday – Friday)---Collection : 15.00 – 17.00 (Monday – Friday)'
Emm.. kene pergi pagi la nih esok. 3 working days? Esok.. Rabu.. Khamis.. Isk. Khamis ke baru siap? Nak kene amek Khamis nih ke? Nak balik raye!!! Aaaa.. ! Isk. Betul ke kene amek? Ke bile-bile boleh amek? Bile-bile tu bile lagi.. Takkan nak amek time nak pergi nanti.. Isk. Khamis ke kene amek? Alaa.. Em. Ke ntah-ntah embassy cuti.. mane tau derang balik Indon nak raye ke. huhu. uish. Sempat ke nih? Em. InshaAllah.. inshaAllah.. sempat.. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami...