Cari Blog Ini

Ahad, Februari 29, 2004

Pagi tadi aku bangun awal. Sebelum pukul 8 pg lagi aku dah kene bangun. Mak no ajak gi Air Panas Sungai Gersik. Ajak bermandi manda kat situ. Dengan keadaan aku laloq tu, die leh suh aku driving lagi. Aduh, terpaksa aku membulatkan mata aku.

Sampai dalam pukul 8.40 pg. Orang dah ramai seh. Bukan main-main nye ramai, memang ramai gile. Tak sangke aku ramai cenggini. Last pegi sini mase aku skola rendah. Masa tu aku pegi takde orang langsung! Hahah! Sekarang ni kolam die dah cantik. Ade 2 tingkat lagi, satu yang original, satu lagi yang tak brape panas. Dah lame aku tak pegang air panas original dari bumi. Isk. Berasap seh kolam. Siap ade bubbles lagi, mendidih. Waah. Nengok ade yang berendam dalam kolam panas tu. "Eh, nanti dulu. Warming up dulu. Nak mampos terus jek berendam dalam kolam tuh?" mak no bising bile aku jakun nengok orang berendam dalam kolam tu, aku nak rendam gak.

Mula-mula amik segayung dari kolam utama (aku berendam dulu dalam kolam bawah, tak brape panas, ala, budak umo setahun pun boleh selambe jek mandi situ), peh panas siot. Kuang-kuang mau 70-80 C gak. Menggelitek aku kene simbah ngan mak no. Malu lak nengok awek-awek lain rilek jek rendam kaki dalam kolam panas. Tapi lame-lame sket, i get used to it. Basuh-basuh muka, rendam-rendam kaki. Pastu selambe jek aku try mandi. Aaaargh panas giler. Tahan! Tahan! "Bagus mandi air panas ni. Original nye air panas Tuhan bagi. Boleh melancarkan perjalanan darah, hilangkan parut-parut jerawat tu.."

Dalam ramai-ramai tu, bese ar, ade macam-macam ragam. 'Jinsei iro iro hito sore zore' (Dunia bermacam-macam, manusia pelbagai ragam). Ade sorang mak cik tu, (dah bleh panggil nenek) mandi berkemban kat tgh-tgh orang ramai tu. Aduh... Nasib baik tua. Tapi ada 2 orang awek tu pakai baju kurung, macam nak gi umah keje kawin. Die bukak kain die. Peh... ada seluar panjang dalam kain die. Pastu main kocak-kocak air kolam gune kaki. Wah. Ayu siot. Cenggitu ar baru sopan. Nak mandi, die amek air sebaldi, pastu pegi bilik air. Aku pun mandi pakai baju kat kolam tu. In fact almost all people there wore their shirts while bathing.

Lame ar gak lepak situ. 2 jam ade agaknye.

Tapi memang lega lepas mandi tu. Balik umah rase cam nak pegi lagi jek. Best-best. Berbaloi la gak cuti aku pas tak jadik pegi Pangkor ngan bebudak ni... :P

Sabtu, Februari 28, 2004

Keputusan SPM telah diumum. SMKA Maahad Muar mengekalkan kecermelangan (selain keseluruhan) dengan seorang calon mendapat A bagi kesemua 11 kertas. Farizah, pelajar terbaik Johor PMR 2001, yang juga bureaumate aku (biro kebersihan, badan pengawas), mengekalkan kecermelangan dengan mendapat 8 1A dan 3 2A. Hebat bebudak kebersihan nih.. Hehehe. Tahun aku pun partner aku dalam biro nih, fikri pun dapat result serupe ngan farizah. Result yang lelain, 4 orang dapat 10 A, dan ramai lagi yang dapat 9 A dan 8 A. Syabas, syabas.

Maklumat diterima daripada ref'at jaguh hoki skolah, yang dietemui di Tanjung bersama beberapa orang rakan meraikan kejayaan mereka (aku dah agak dah, mesti jumpe korang seme kat Tanjung, tu sebab aku gi sane tgh hari tadi). ref'at telah mendapat 8 A.
Pagi ni kuar result SPM 2003. Wahahaha.. berdebar-debar lah engkau wahai junior-juniorku.

Dulu masa aku nak amek result (25 ke 26 feb.. cam tu ar), satu hari sebelumnya aku tengah cat-cat rumah. Sesambil cat tu, berangan-berangan aku dapat result cemane, pastu berangan-berangan sambung study ke memane. Huhu.

Esoknya, bangun pagi-pagi lepas sembahyang subuh, doa-doa, aku tak bleh tido (Sesuatu yang agak ajaib bagi aku ketika cuti). Aku agak tertekan memikirkan resultku yang bakal diketahui tak lame lagi ketike itu. Ayah pulak seakan mahu meredakan tekanan aku dengan mengajak aku berbual-bual tentang perkara selain drpd SPM. Bual, bual gak, tapi SPM tetap menguasai pemikiran aku mase tu.

Lebih kurang pukul 10.30 pg aku bertolak dr rumah dengan Ayah. Sepanjang perjalanan aku amat gelisah, tak senang duduk. Kena pagi sebelum pegi tu, fazley dah kecoh-kecoh dah tau result die dr cikgu ooi (from his wife actually).

Sampai sekolah, aku gi usha tanye bebudak ni, result belum keluar lagi, so aku suruh ayah balik @ jenjalan dulu, nanti dapat result aku call die. Jumpe paat, cam biase, asek senyum jek. Heh. Die cakap fazley dah nangis dah, die dapat result yang tak menepati target die, yang jugak mengejutkan beberape pihak termasuk aku. Isk.. Makin bertambah risau aku.

Pukul 11 lebih, calon-calon dikehendaki masuk ke dalam Dewan Seminar untuk mendengar pengunguman. Memula puan pengetue buat ucapan, kate pencapaian baik. Pastu cikgu-cikgu lain lak buat ucapan. Ala.. seksanya nunggu. fazley lak cam bese, sebok nak usha-usha result pada tangan cikgu ape tah name die (die cekgu baru, masuk lepas aku kuar). Pastu cikgu tu umum result satu-satu start drpd terbaik sampai ke bape belas tah. Suspen seh (tak suspen sgt sbenonye, sebab fazley dengan ampehnye telah terlihat result aku dan kemudian memberitahu aku. Huh)

Alhamdulillah. Aku dapat result yang boleh dikatakan baik. Legalah gundah di hati ini. Beritahu ayah, abang, angah. Terdengar suara gembira mereka. Beritahu cikgu-cikgu result aku, berterima kasih kepada mereka, bincang-bincang dengan mereka ke mana arah tuju selepas ini. Berkongsi kegembiraan rakan-rakan lain yang dah lame gak tak jumpe. These are moments i nvr forget.

For all SPM 2003 candidates, especially candidates from SMKA Maahad Muar, wish you all will come out with flying colours.

Rabu, Februari 25, 2004

Baru cadang nak upgrade, PC aku dah buat hal melampau tahap cipan yang menyakitkan hati aku. Internet Explorer tak boleh bukak - Internet Explorer has encountered a serius problem and need to be closed. Unistall pastu intall balik IE pun tak boleh bukak jugak. Waaa.. Cemane nak cek emel nih. Cemane nak blogging nih. Dah ler PC selalu Tak memasal off sendiri. Apa hal la nih..

Tanye orang kat kedai dia kata kena format balik Window. Aduh... malas tol aku nak format tak reti aku nak format-format nih. Dah ler khazanah dalam PC ni banyak, mana nak simpan, USB pun takde.

Luckily firdaus leh tolong aku. Die kasik download Netscape 7.1, latest nye version. Best gak. Thanx ma fren. Kutuk-kutuk pun nak gak ko tolong aku eh. Wahahahaha. Tenkiu, tenkiu.

Ahad, Februari 22, 2004

Semalam layan sate untuk dinner, hari ni plak layan nugget. Huhu. Bape puluh ketul tah agaknye aku melantak. Petang tadi kakak-kakak ipar aku buat kuih buah melaka. Tak penah-penah buat. Sedap gak die orang buat.

Pastu petang sikit gi Tanjung, layan rojak petis. Pastu lepak-lepak kat taman yang penuh sesak cam kat KLCC mase new year. Heh.

Banyak betul aku makan weekend nih...

Sabtu, Februari 21, 2004

Hari ini, 6 tahun Hijrah yang lalu.
Kira-kira jam 9 malam.
Rumahku.

Kereta yang aku naiki menyusuri jalan masuk ke rumah. Keadaan rumah kelihatan meriah, seakan-akan suatu kenduri besar sedang berlangsung. Ramai saudara-maraku keluar dan terjenguk-jenguk kereta-kereta yang masuk ke perkarangan rumah. Ayah dah mula menangis. Muka Mak (Allahyarhamah) tersenyum berseri-seri. Kedua-dua berada dalam kereta berlainan denganku.

Keadaan menjadi semakin riuh ketika kami keluar daripada kereta yang kami naiki. Ayah sudah teresak-esak menangis. Kami berpelukan sesama saudara-mara. Sepupu-sepupu sebayaku menepuk-nepuk belakangku. "Wah, Haji eh skang?". Aku tersenyum.

Selamat Tahun Baru Hijrah.

Tadi lepas balik surau baca doa tahun baru, kita orang satu famili bakar sate. Tak pernah buat dan bakar sate sendiri sebelum ni. Guna tempat bakar bar-b-q. Bila arang, semua-semua dah ready, start ar bakar sate yang dari pagi tadi dah peram. Muahahaha. Orang tak pernah bakar sate. Dengan yang hangusnya, yang tak masaknya, semua ada. Tambah lagi dengan karenah aus.

Tapi seronok jugak bakar-bakar sate nih. Puas hati bakar sendiri. Makan pun suka hati nak macam mana pun. Nasi impit, timun. bawang pulak melambak-lambak, kuah kacang pun melimpah-limpah. Waah.. Tadi 76 cucuk sate dibakar. Termasuk 2 cucuk sate kerang dan berpuluh-puluh cucuk sate ayam dan lembu. Pukul 11 malam tadi baru setel semua. Penat dan mengah, tapi puas.

Khamis, Februari 19, 2004

Adeh, pening kepala. Asek tidur jek. Semalam 10 jam lebih aku tidur. Apa yang best sangat ngan tidur ar? Ada apa dengan tidur?

Tadi makan siput sedut kat Tanjung. Lame dah tak makan siput sedut. Layan giler. Ingat dulu masa kecik-kecik selalu ikut ayah pegi pasar tani, nengok siput sedut, hidup lagi, panjat-panjat bekas besen, dengan lumpur-lumpur skali, eee... Aku selalu kene marah ngan ayah sebab main-main mende alah geli tu. Muahahaha.. Tapi aku suke gak makan.

Masa makan kat Tanjung tu ada ar jumpa junior-junior masa skolah dulu. Bukan jumpa die orang tengah makan, jumpa die orang tengah berniaga makan. Huhu. Bagus seh, tak dapat PKN pun ada gak aktiviti yang betul-betul berfaedah ek. Aku dulu masa muda-muda cam korang tah ape-ape tah aku buat. Huhu. Yang berfaedah sikit aku buat, cat-cat rumah... er.. bersih-bersih rumah.. cat-cat rumah.. er.. tu jek ar yang berfaedah kot? Muahahha..

Sekarang ni pun blur. Apa yang boleh aku buat cuti-cuti nih?

Rabu, Februari 18, 2004

Semalam dah started the 1st day of the PKN. Wah.. nengok cam gempaq jek. Seronok join program macam tu. Terluang la jugak masa 3 bulan, tak macam aku mase mude-mude dulu, bosan giler terperap kat rumah. Lepas tu tak masal dapat duet RM 300. Dah le sume-sume free.

Nengok warta berita, respon daripada peserta seme baik-baik. Walopun ada yang menyusahkan, sebab timbulnya pelbagai masalah conthonya, peserta kene campak tah mana-mana negeri tah, kadang-kadang jauh, soal kelewatanlah dan memacam lagi, program ni, bagi aku ar, memang ar best giler. Makan free, sesedap plak tuh, dapat uniform ala-ala kadet bomba free, program sume best-best (cume ceramah jek kot bosan? huhu), dapat kawan baru, ramai lak tu, pastu die orang ada sediakan khidmat kaunseling untuk pilihan sambung belajar, and yang paling penting, pengalaman. Peh. Aku tengok pun ada ar jugak sekelumit rasa cemburu di hati ini, sekelumit jek ar. Apsal la mase aku dulu tade. Huhu.

Isnin, Februari 16, 2004

Tengahari tadi pegi Summit Batu Pahat. Ayah dapat hadiah mende tah, cabutan bertuah ar lebih kurang. Sampai² jek kedai tu, kami berdua disambut dengan mesra sekali dengan beberapa salesman kedai tu. Ayah dapat jam tangan free. Tak masal dapat. Thats what i call lucky draw.

Pastu, salesmen tu hulur 5 kad, aku amek dpt kad 'terima kasih'. Ayah amek dapat kad offer. Offer macam celaka lak tuh, dapat beli reverse-osmosis filter, set 30-pcs kitchenware, ngan electic health massage, all worth RM 6979.00, dengan hanya perlu bayar RM 2690.00 sahaja as a method of die org nye promotion. Tak masal dapat murah. Rezeki.. rezeki.

Belum ade program lagi nak buat ape cuti nih. Juan dah ajak gi becuti kat Pangkur. Ade ar 3,4 orang member dah comfirm nak ikot. Aku lak asek lupe jek nak kontek juan. Best ke ar Pangkor?

Ahad, Februari 15, 2004

Baru balik dari rumah Pak Hj Salleh, my neighnour. He just arrived from Mecca, ade ar dalam 2,3 ari baru sampai. Berseri2 muka dia. Heheh. Orang ramai dah ziarah dia, kurma, seme2 tuh dah nak abes. Huhu! Femes Hj Salleh.

Seronok dengar cerita kisah suka duka dia kat Mekah. Wah. Rindu aku pada Tanah Suci sudah lama belum terubat. Pejam celik, dah 6 tahun rupanya. Bila boleh pergi lagi? Ada rezeki, soon, insyaAllah.

Huh. Started to bore. Baru 2 hari duk rumah. Pe nak buat ar?

Sabtu, Februari 14, 2004

One week of final exam ended last wednesday. Huhu. Some papes being done confidently, some with almost zero confident. Now, i can just pray for the best. Amin...

This last seven days, although quite busy with exams, still there were many things came up, still kept busy with things other than exams. Hahah. One of them is my first time 'jump over the fence'. That was the time after we got back from 'celebrating' some of my roomates that had already finished their papers. That time i still got another 2 papers, huhu. I hurt a little bit on my chest due to the jump. Aargh..

We also celebrated the success of the bureau of education of Engenius at Pizza Hut. Everyone wanted at KFC but then akram refused. Hahah. "yela.. yela.. ikot ko la..". All members were there except 3 absent. "Peehh.. kenyang abes.."

Got into a little a lot of mess in the room as everybody was cleaning and packing. It became worst when the 'study area' , located everywhere in the room, was allready messed up the room. "tongkang pecah pun lagi kemas seh.."

After exams i stayed at angah's house at shah alam. Alea... shes getting cuter. I like to watch her when she lean her head onto something and make a 10 cent face. Hahah! So cute.

Now here i am, just arrived at home from shah alam. Such a long journey. "Cakap ar awal² yg bas gi muo tu ade jauh dr tmpt bas ekspress, ne la aku tau," Have to get help from ebby coz turun kat melake (dah ckp melayu dah.. dah start malas nak nulis ar nih.. Huh), bas shah alam - muar dah abes. Pulak tu bas non-stop melake-muar pun tade. Ampeh. Terpakse ar naik bas ska yang benti² tuh. Tambah dekat 2 jam dr perjalanan non-stop sh alam-muar. Penat dowh.. Sian aku. Huhu!

Rabu, Februari 04, 2004

Esok start final exam. Study macam sebulan lebih lagi nak final exam. Esok paper BTQ. Then Math. Pastu Physics. Last sekali chems. Pastu cuti. Pastu.. aargh... exam oii.. exam..