Cari Blog Ini

Isnin, Januari 26, 2004

Tengahari tadi ada kemalangan kat depan rumah. Lori sondol belakang van yg tengah nak pusing. Van tertolak dan terbabas langgar tembok jambatan rumah aku. Lebih kurang 15 sm lagi nak kena tembok pagar, kalo kena, innalillah...

Pemandu van, seorang mak cik dengan anak dan mak dia. Lori bawak barang? runcit. Cermin belakang van pecah, berterabur atas jalan raya depan umah aku. Van tersangkut atas tembok jambatan, silap? bleh terjatuh masuk dalam parit. Tiada kecederaan berlaku. Kejadian berlaku ketika dua? kenderaan dalam halaju yang rendah. Jadi tumpuan seketika rumah aku.

Lebih kurang dalam sejam, after some tensed negotiating, masing? tolak ansur, cincai kire ar, termasuk ayah cincai kire pokok bunge die tumbang dengan 2 bijik pasu pecah. Huhu! Kene panggil penunda, nak angkat van yg tesangkut pada tembok.

Aku yang tengah nak mandi tu tak jadik nak mandi. Huhu! Pas setel accident tadi, ajak ayah makan kat tanjung. Lame dah tak makan situ. Dulu selalu jumpa cikgu shidah makan ngan anak die kat situ. Kekadang jumpa pak din. Ah! Tiba? saja aku rindukan sekolah.

SMKA Maahad Muar. Sekolah yang agak cemerlang pencapaian akademiknya. Hampir setanding dengan SMS Muar. Kerap kali aku impikan sekolah ini mampu mejadi antara yang terbaik di Malaysia. Seingatnya, pencapaian terbaik adalah pada keputusan SPM 97, sekolah ini di ranking 57 seluruh Malaysia, yang ke 5 di Johor dan yang kedua di Muar. Guru? di sekolah ini amat dedikasi, paling takkan kulupa, cikgu shidah selaku guru peperiksaan. Ah! terlalu ramai lagi yang hendak disebut. Semuanya hebat? belaka. Cikgu, terima kasih yang tak terhingga.

Dengan kemudahan yang tidak sempurna di sekolah, pelajar pula mampu menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Tahniah layak diucapkan kepada anda. Berusahalah dengan lebih rajin, harumkan nama sekolah. Berusahalah dengan lebih gigih, cari kejayaan dunia dan akhirat. Berusahalah dengan lebih tekun, jangan hampakan ibu bapa. Jangan berasa puas dengan usaha yang ada. Tanamlah azam untuk belajar bersungguh-sungguh!

Tiada ulasan: