Cari Blog Ini

Khamis, Januari 01, 2004

The Long Last Journey Of 2003


"Discman aku ilang..." tenang jek zuhdi beritahu.

"Sial jek..." err.. tak bape tenang ar die beritahu.

"Sebelum suboh tadi ada orang masuk bilik,"

"Anep takde?"

"Ade, tapi die tak kunci bilik, die tatau yang kunci pintu bilik kite dah ok,"

13 ahli, seorang pun takde dalam bilik yang dibiarkan tak berkunci. 7 orang balik kampung, 5 orang pegi new year celebration, 1 orang tido kat bilik lain. Huhu

5.50 pm
31 Disember 2003
UKC

3 orang kluar duit kat atm. Masing² besedie untuk perjalanan 'jauh' yang terakhir tahun 2003. Masing² isik perut kat sini, menyedari perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk makan di destinasi nanti.

6.10 pm
31 Disember 2003
SS 17

Terpaksa menunggu bas sejauh sini, takut² terpaksa berebut nak naik bas nanti. Akhirnya memang terpakse berebut pun... huh. beridir sampai kat Bangsar LRT. Penat siot.

7.10 pm
31 Disember 2003
KL Sentral

Sejam perjalanan, suppose less than 1/2 jam bleh sampai, jammed. Solat Maghrib kat sinih. Pukol 8.10 tunggu Putra LRT pegi KLCC.

8.20 pm
31 Disember 2003
KLCC

Sendat, sardin dalam tin pun kalah. Ramai gile orang dalam LRT. Sampai kat KLCC pun ramai giler orang. Mule² solat Isya' kat Masjid, pastu dengo² forum. Banyak gak die perli pasal countdown kat situ. Hehe. "Tiang kat masjid lagi banyak dari orang dalam masjid yang dengo forum." Ustaz Zawawi, macam biase, memang best dengo die cakap.

9.00 pm
31 Disember 2003
KLCC Park

Nak nengok show kat stage. Orang da sesak dah. Malas aku. Kat atas rumput kat taman nih da mule dipenuhi dengan couple², tak kurang gak mamat² ngan minah² indon. Mase ni ah nak nengok keruntuhan akhlaq remaja dan belia MELAYU. Keterbukaan minda amat jelas. Ingat ni kat mane? Miami Beach? Perempuan dudok kat celah kelengkang laki, pastu laki peluk, raba², sebaliknya pun ada gak. Mostly perempuan² tu pakai tudong.

French kiss pun ade gak. Melambak². Macam rase ade kat negeri mat salleh plak. Seb baik pakai tudong, terase ar macam kat Malaysia sket. Couple² mat salleh ade gak, tapi tade nampk die org french kiss lak. Huhu!

10.30 pm
31 Disember 2003
KLCC park

Manusia makin ramai. Nak carik rumput kat taman nih pun susah, abes penuh sume dah kene duduk. Bebudak skin, punk mule datang, bising², mengganggu couple² yang tgh syok merendek. Harga air/lampu kelip² makin murah. Keadaan makin bingit. Konsert makin rancak, Siti buat persembahan lintas langsung dr Pangkor, Dayang Norfaizah nyanyi lagu niger, couple² makin rancak meraba, bebudak kecik makin ramai kat playground, sampah² masyarakat makin tak snonoh buat kaco - baling bunga api kat orang, ngurat² dak pempuan, buat bising tak memasal. Memang havoc giler ah.

12.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

"Mase ni yang best nengok couple, nengok fireworks ape barang," batak insisted. Memang btol. Pukol 12 nanti ape yang aku bace kat komik Lat - kampung boy skodeng mat salleh sambut new year, berlaku. Disebalik bunyik fireworks tuh ade bunyik² latar yang menggiurkan.

Fireworks. Puas hati nengok. 10 minit yang cantik dan indah. Ni kali kedua aku nengok fireworks - kali pertama kat Stadium Muar, balik umah lepas nengok kat muat tuh, terus demam, huhu!

1.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

Orang masih lagi ramai. Walaupun ramai balik tapi rase macam takde sape yang balik. Usha² kat laman Suria KLCC. Kat situ lagi havoc agaknye mase countdown tadi sebab ade jumpe botol arak besepah atas laman, isk2.

Kat Masjid plak, orang sume tak bleh masuk. Tindakan pihak Masjid memang bijak, die orang buat operasi membasuh masjid, so tak bleh masuk. Tandas Masjid pun tak bleh masuk. Kalo die bagi, alamatnya tak rupe masjid la. Macam masa malam merdeka taun lepas, couple² tak malu betul merendek kat dalam Masjid. Tak kasik masuk malam ni, die orang duduk² bepasang2 kat tepi² masjid, bepeluk². Ape la nak jadik...

Tindakan Masjid memang wajar. Tapi yang tak bestnya kat mane aku nak tido malam ni?? Kite berlima bingung seketike. Berjalan² tiada alah tuju. Lepak² tiada tujuan.

2.30 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

"Sedap betul kalo dapat tido skang nih..." Harapan tinggi nak tido kat Masjid Jamek. Tapi setinggi mane pun runtuh jua bila nengok pintu pagar Masjid dah beranai kunci. Adeh. Bingung! Bingung!

Lagi sklai, lepak² tade tujuan kat Stesen LRT Putra. Nak pegi Pudu, dein takut sangat kene pau. Batak lapo, asek nak lepak kat maple jek tapi tatau maple kat mane, nak carik dein takut yang amat sangat.

3.00 am
1 Januari 2004
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Satu lagi tempat dituju. Tatau ape yang berlaku kat situh. Nekad jek. Sesampai nengok orang ramai lagi. Polis Trafik pun tengah wat operasi banteras mat rempit. Sisters (mungkin senaseb ngan kiteorang, kene halau dari KLCC) pun ramai lepak kat simpang yang ada ramai polis tuh. Secure la sket. Ade gak trak polis satu, tangkap bebudak punk. Kutu² rayau pun besepah. Tak kurang jugak ngan couple (mane² pun die orang ade..) duduk betenggek kat tepi² jalan.

Takut gak mase lepak kat situ (memule lepak dekat² dataran, gelap sket, jauh dari polis bat operasi). Walaupun ade ramai polis tengah bat operasi, tapi kutu² ni kannye leh caye, sesuke ati die kang kene pau plak kite orang. Alhamdulillah sampai suboh takde pape jadik...

Ade satu gerai air ngan satu gerai yong tau fu kat depan Mahkamah, dekat² ngan sisters lepak, dekat ngan polis gak. Decided nak lepak kat sane. Layan yong tau fu. Pepagi bute ni sedap la plak layan. Lepas tu ramai customer die dtg, makin ramai kat area² situh.

Zuhdi ngan nazri da tak tahan ngantuk. Zuhdi tido atas bangku, nazri ngan aku layan mata kat arca SUKOM, betul² kat sebelah polis bat operasi. Ade gak nampak Omar Abdullah, wartawan 999. "Aduh... ni kalo ade kamera tangkap gamba kite nih, kantoi kite, kang die orang cakap kite remaje yang takde tujuan, tido kat dataran merdeka!" Zuhdi dengan mate lalok pun bleh pk sampai cam tuh.

5.15 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Pintu pagar Masjid still berantai. Orang nak sembahyang Suboh blom datang. Frust. Dein cadang pegi usha Metrobus 12, mane tau kalo dah ade. Sume ikot (masing² pk nk tido..). Lalu CM, Bangkok Bank, nengok byk giler paper. Ooowh, rupenye kat sini pusat kumpul paper utk delivery.

Alhamdulillah. Ade 3 buah Bas 12 menunggu utk bergerak. Ramai orang plak tuh, siap ade yang berdiri, ni mesti seme celebr8 new year. Hehe. Sampai kolej pukol 6.10 am. Lepas solat suboh, terus tido sampai la pukol 1.30 pm baru bangun!


Selamat Tahun Baru 2004 Masihi.

Tiada ulasan: