Cari Blog Ini

Sabtu, Mac 15, 2003



Ahaks,,,,, Kita makan untuk hidup. Betul tak ?.
---

Aku dengo citer keputusan kemasukan ke matrikulasi dah keluar, betul ker?Ntah ler dengo citer jer, Aku try gak cari laman web bahagian kemasukanm matrikulasi tapi tak jumpa-jumpa.Member satu sekolah rendah aku sibuk tanya aku laman web matrik, aku cakap aku tak tau. pastu dia sibuk suruh aku cari kat buku matrik. Ntah hilang kemana buku tu, kulitnye pun aku tak nampak. Last-last aku tak layan member aku tu, dia pun paham aar terus tak message aku. (kuikuikuikui)

Lepas sembahyang jumaat tadi tenghari aku begitu mengantuk . Lantas aku meletakkan buku didepan mata sebagai rukun untuk tidor dengan lebih lena.Buku yang diletakkan tu mestilah buku yang membosankan, barulah lena tidur aku.Bangun tido dah pukul 4.00 pm. Ini dah masa untuk amik adik aku dari sekolah agama. Aiseyman,,,,, Hujan pulak tu. (Its raining heavily) Apo Nak diKato,,,, pandu je keta tu. Bukannya kena hujan pun kat dalam keta. (Sreeeet..... Vrooommm,,,,,,,)Hujan sedikit reda , dan aku pun lega sebab boleh pecut kereta .Ouuhh sampai simpang (signal kiri) kemudian sambung pecut lagi.Tengah-tengah pecut kereta ade budak naik basikal satu hala ngan aku. Budak ni nampak macam nak kekanan.(eiii nak masuk lorong aku ker , takde lah,,,, kate hati kecil aku) 3 meter dekat dengan budak tu (Waaaaahhh) (Tinnnnnn) Hon aku berbunyi . Keadaan tak baik sebab budak tu tak sempat berhenti,, walau hon berbunyi, aku putarkan stering kekanan 180 darjah. (fuyoooooo) (Kena ni...) Roda basikal budak tu hampir mengenai bumper depan kereta aku. Memang nyaris . Masa nak terlanggar aku terpikirkan memang akan berlaga. Tapi nasib baik aku sempat mengelak. Budak tu pun tergamam melihat reaksi aku macam stuntman.Aku tak tau laa ape nak buat kalau aku terlanggar budak tu. Bukannya aku kenal pun budak tu. Terlanggar kang aku jugak dipersalahkan sebab memandu tak berhati-hati. Tapi aku psti budak tu masuk lorong aku tanpa menoleh kebelakang.Walaupun salah budak tu, mak bapak psti menuding jari kearah aku ,(pasti punya) . Tak masal -masal repot balai polis pastu masuk kes mahkamah. Pastu aku bingung mikirkan nak menang kat dalam court bukannya bingung memikirkan kemana tempat aku nak sambung pelajaran. Huh.


Esok hari sabtu . Ade pameran pendidikan dan peluang biasiswa kat Jubli Intan Batu Pahat.Aku tak pasti lagi pergi ke tak. Tapi Cacing ngan Daud kate diorang pergi. Waahh ade geng best skit . Tak le kehulu hilir sorang-sorang. Jimin kate dia pun tak tau nak pergi ke tidak sebab dia kena hadiri kenduri. Pameran tu sekadar pameran je. Bapak aku cakap peluang biasiswa tu cuma untuk kemahiran jer.(Ntah le btul ke tak yang pasti esok aku nak pergi).

[[..Moltress..]]


Khamis, Mac 13, 2003

...10 Muharam 1424...

Jumpe NIZAR dekat Masjid Al-Hikmah, Parit Kadhi mase ceramah pasal Hari Asyura lepas sembahyang Maghrib semalam. Rajin betul die pegi masjid kalo ade occassion2 cenggini. Hari tu jumpe die dekat Masjid Jamek Muar mase Awal Muharam.

Lepas solat Isya', ade jamuan makan bubur asyura. Lepak dengan NIZAR sambil makan. NIZAR pun ape lagi, keluar le macam cerita... "Ko buat ape aar sementare nunggu offer memane nih?" tanye NIZAR yang bersemangat ingin memberitahu ape yang die buat sekarang nih. "Aku sekarang ni tade membuang mase buat perkare yang tak best. Ko tau, aku sekarang ni tengah ngajo!"

Rupe²nye sekarang ni die jadik cikgu sementare dekat SK PARIT BUNGA. Ngajo budak² darjah 2 dengan 3. "Ko ngajo ape NIZAR?" aku yang masih lagi ketawa kehairanan pun bertanye. "Aku ajo bi.." HAH! NIZAR ajar subjek ENGLSIH! Hehehehehe.. die kate die gantikan sementare ade satu cikgu tu beranak selame 2 bulan. Hahahahahaha! Lawak.. lawak. "Kalo ngajo dak² kelas bangang tuh.. aku tak ajo bi pun.. ampeh btol. Nakal gile. Jenis macam BOB pun ade! Hahahahahha! Aku mule aar kuar cite ngarut² suem tuh. Cite ULTRAMAN laaa.. memacam aar. Suker giler dak² tuh. Tapi mase kelas dak² pandai.. senyap giler... hehehehehe.." NIZAR dengan bersemangat nye bercerita.

Errm.. walau ape pun yang dilakukan sementare nunggu offer memane nih.. paling penting mende tu berfaedah aar.. jadik cam NIZAR ke.. tak pun tolong parents ker.. jenjalan ker.. hehehehehe..

Selasa, Mac 11, 2003



[[moltress2003]]---[[moltress2003]]
Eiyahhh....
ni dah seminggu lebih SPM 2002 dikeluarkan. Kat umah ni tak abis -abis dengan mende yang same jer.

pagi--

bangun pagi sembahyang subuh..Pastu anto adik aku pergi sekolah.Balik anto adik aku pergi sekolah, duk umah le nak wat ape lagi.Kengkadang tu termenung fikirkan pasal kengkawan yang masuk U.Terfikir gak aku kat ner aku akan ditempatkan.huh. Samada matriks/Uniten / ntahler. Manusia merancang Allah menentukannya.Boring boring tu aku main game counter strike. huhu. Show beb. Lawan ngan komputer susah giler. Dahl le mouse aku sengal. Kengkadang tu dah banyak kali tarik pun tak gerak jugak.Isk isk . Tension. Ape lagi nak buat. Nengok kartun aar. boleh tahan aar macam budak-budak. Kartun yang aed macam "Bob the Builder", "Jellabies" dan macam-macam lagi.Terfikir gak aku kekretifan org putih buat kartun dalam bentuk 3D. Isk mancabar minda aku beb. Pelik betul aku . Apsal ler org putih tu boleh buat kartun 3D tu .Yang paling pelik apsal kartun tempatan tak dapat tandingi kartun luar negara aar. Nak kate teknologi kurang canggih tak mungkin aar.Mungkin pengalaman kot. Tapi nak dikatakan ialah kartunnya tak dapat dirasai keberkesanannya oleh penonton .

tengahari

Amik adik aku balik sekolah.Pastu aku tidor kejap dan anto adik aku lagi pergi sekolah agama.Nasib baik sekolahnya tak jauh. Tapi yang problemnya kat sini aku tak dapat jalan -jalan pergi muar kre melaka ker jbaru ker, Isk-nasib.

petang

ape lagi... Nengok tv aar dan main game komputer. Ade le skit skit buka program flash dan photoshop. tapi masih tak reti guna sepenuhnya.Nanti aar

malam

lepas makan nengok tv pastu layan komputer.

itu le rutin aku kat umah. Dari hari ke hari asyik itu jer



"Isk-isk, mana le posmen ni ." aku ternantikan posmen sebab dijangkakan borang Uniten akan sampai pada arini. "Ngantuk aar. Dum-dum tret-tret arrgh" kedengaran bunyi permainan yang adik aku main Counter Strike."mengganggu betul orang nak tido." tetiba" bang nak pergi sekolah ni. nak duit.tanya adik aku bernama Hazim."eh takkan abah tak bagi duit" aku tnya adik aku." takde pun"adik aku jawab. Terus aku capai dompet aku dan amik duit satu ringgit dan dihukurkan kepada dia."baru pukul 12.30 adik perempuan aku(yayah) balik pukul 1.00pm" aku sambung tido lagi. tetiba aku bangun 1.30pm Waaaa aku dah terlambat.Terus aku capai kunci kereta dan keluar sambil menutup pintu. Start kereta dan terus pecut ke sekolah"Vroommm". Nasib baik aar Sekolah tak jauh. Kalau tak nangis adik aku."Sreettt" Sampai sekolah adik aku sorang jer. Heheh kesian dia. Balik sekolah yayah terus bersalin pakaian nak pergi sekolah agama. Eh... aku ternampak sampul surat terlipat disebelah kereta."Aiseh,,,, Borang Uniten dah sampai, laa terlipat ,ape punya posmen mentang -mentang sampul surat ni beso dia lipat pulak. Nasib baik tak rosak isi dalamnya." aku buka sampul surat tu dan baca satu persatu. Hrmm boleh tahan juga yuran dia. RM 6000 beb. maklumle Swasta.Aku bercadang nak masuk Uniten kalau diterima .

moltress


Sabtu, Mac 08, 2003

Manusia merancang, Allah menentukan.

Bermula dengan ajakan ayam DAIN untuk pergi lepak² kat rumah FAZLI, disertai dengan HEKAL. Tiba di rumah FAZLI, perut pulak terasa lapar. DAIN membebel "asek makan dekat BANDAR MUAR jek, makan tempat lain la pulak. Tepi² jalan ke.. on the way pegi BUKIT GAMBIR.. PAGOH.." Yla DAIN, suka hati la.. So, the journey began, dengan FAZLI tanpa kebenaran orang tuanya untuk keluar rumah, KAMI menyusuri jalan dalam dekat rumah FAZLI meninjau jika ada warong² tepi jalan yang boleh KAMI singgah. Heheh.. last² sampai SG RAMBAI. Tak jumpa jugak warong yang dihajati. Persis krew rakaman JALAN-JALAN CARI MAKAN, KAMI pun meneruskan perjalanan hingga ke BANDAR HILIR.

"Alang² dah sampai sini, jom aah kite gi MP" cadang FAZLI beria² yang dah 3 tahun tak pnah jejak MELAKA. Huhu! akhirnya KAMI lepak di food court kat MP, pekene nasik kandaq. Sedap jugak la, recommended. Boleh datang makan lagi kat situ di mase² hadapan. Sebelom tu jenguk² dekat ruang pameran MP, ade education fair dekat situh. Disertai oleh IPTS. IPTA satu pun tadak. Semasa di gerai pameran UNISEL, AKU dengan yakinnya telah memandang rendah terhadap reputasi universiti industri itu setelah ditanya akan pendapatKU tentang UNISEL oleh akak yang jage kat situh yang bersunggoh² ingin tahu kenape AKU tidak mahu melanjutkan pelajaran di situ. Mungkin kerana keceluparan mulutKU, akak itu dengan tenang menyatakan kepada FAZLI, "Katakan pada kawan awak tuh(AKU), jangan sombong sangat," Walau siapepun akak itu, AKU ingin memohon maaf secare terbuke..

Dalam pada itu, AKU teringatkan kat FANA yang dok kat² MP. AKU msg die dan beritahu aku berada di MP. Kebetulan die juga berada di MP. Dan setelah beberapa rundingan dijalankan melalui handset masing², pertemuan pun diadakan di hadapan KAMDAR. Yang bestnye ialah apabila melihat FANA tertinjau² mencari AKU semase masih lagi berhubung dengan AKU melalui handset. Heheh.. sorry main²kan ko FANA. Apepun FANA adalah chatterz aku yang kedua aku jumpa secara life.

Beginilah hukum dunia, MANUSIA hanya mampu merancang (DAIN bercadang untuk makan di BUKIT GAMBIR) dan hanya ALLAH yang menentukan (akhirnya KAMI makan di food court MP dan di KENNY ROGERS | AKU pulak berkesempatan jumpa FANA in the unexpected journey ke MELAKA)


Khamis, Mac 06, 2003

huh... akhirnya hari ni selesai jugak segala urusan nak apply² gi ipt. Memang dua-tiga hari ni memang pening kepala, berserabut memikirkan nak isi borang OMR tu semua. Tapi takpe, tu semua untuk masa depan jugak kan? erm... urusan hari ni tadi bermula seawal pukul 10 lebih...

10.00 -- Pegi sekolah, nak mintak pengetua sahkan borang pengesahan pendapatan. Tapi dia ada mesyuarat, so mintak Pn Pauziah jek. Kat dalam bilik die jumpe HELMI dengan JUAN pun tengah bergelumag dengan kertas² borang OMR dan fotostet² sijil yang beraneka tah pape tah. Memang kecah betul kat dalam bilik guru kanan tuh. Lepas tu temankan JUAN amek sijil die yang belum amek lagi dekat office. Borak² kejap dengan HELMI.

11.00 -- Pegi rumah DAIN. budget nak sambung isi borang OMR yang belum selesai lagi isi. Sampai jek kat rumah die tengah bukak cite SOALNYA SIAPA. Aduh, tak jadik le keje aku.

12.00 -- Lepas jemput mak DAIN daripada sekolah, pegi makan pastu terus pegi post office. Orang tak berapa ramai. Lega sikit la. Kena lak datang satu geng 4 orang --> AKU, HEKAL, DAIN dengan FAZLI, peh.. buat post office macam tempat sendiri. Hahah! Kat situ sambung sempurnakan ape yang belum disempurnakan lagi. Kecah betul, semua orang nengok. Heheheheh! Apa² pun thanks kat korang semua sama² membantu nengok apa² yang silap pada application yang nak kite orang hantar. Termasuk la ada satu akak eh bukan, awek tu tolong gak semakkan. Heheh. Whoever you are, thank you. Walau bagaimanapun, envelope pos ekspress telah pun habis kat post office tuh. Isk, camane nih?

14.15 -- Huhu! Mak No menyelamatkan keadaan! Nasib baik la aunty AKU tu yang keje kat post office Pesta boleh tolong save kan envelope pos ekspress. Kita orang pun pegi sana, dan selesaikan segalanya kat sane. Alhamdulillah... selesai jugak akhirnya. Then, lepak kat rumah AKU. Adala dalam sejam, pastu die orang sume balik.

*harini jugak aku ade buat salah kat orang
-->dengan selambenye terbawak balik JUAN punye borang JPA. naseb baik die sempat teringat. heheh.
-->dengan kecahnye terputuskan HEKAL punye tali gantung² cellphone tuh. huhu.
-->dengan yakinnye aku mempercayai DAIN sampai die punye kete tercalo. isk.
isk.. i felt guilty, sorry y'all...

Semoga kita semua akan dikurniakan ALLAH rezeki yang murah dengan mendapat offer mana-mana IPT dalam negara mahupun luar negara.
Semoga berjaya!



Selasa, Mac 04, 2003

"...dua pemuda berlalu di hadapan Rasulullah yang tercedera setelah diusir keluar daripada kota Taif. Maka dua pemuda itu memberikan bantuan dengan memberi Rasulullah suatu penawar. Sebelum memakannya, Rasulullah pun membaca kalimah Allah 'bismillahirrahmanirrahim'. Dua pemuda itu terpesona lalu bertanya kepada Baginda, "kalimah apakah yang dibacakan itu?" Setelah diterangkan betapa indahnya itu Islam, maka dua orang pemuda itu pun memeluk Islam. Demikianlah mengikut sesetengah riwayat yang menyatakan bahawa ADA yang memeluk ISLAM dalam pendakwahan Rasulullah di Taif walaupun di sana Baginda dicerca dan dibaling dengan batu..."

"...walaupun dihalang oleh pembesar-pembesar kaum Quraisy Makkah, Raja Najasyi tetap menerima rombongan hijrah umat Islam ke Habsyah. Ketika menghadap Raja Najasyi, seorang sahabat Rasulullah membacakan potongan ayat suci Al-Quran. Setelah itu janggut Raja Najasyi dibasahi dengan air mata, dan menangis bukan kerana terharu dengan kesengsaraan umat Islam yang diseksa di Makkah, tetapi menangisi akan kebenaran dan keindahan ajaran yang dibawa Rasulullah, ISLAM..."

Petikan daripada syarahan Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu bersempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Muar di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, 8.00 pm, 03.03.03.

Tahniah kepada Ustaz Ahmad Bin Tunggal, guru pakar subjek Agama Islam di SMKA Maahad Muar yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Darah Muar dan juga peringkat Negeri Johor.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1424 Hijrah
Bersama Menghayati Keindahan Islam

Sabtu, Mac 01, 2003

uikss mat no... boleh tahan ko nulis.. bagus2..