Cari Blog Ini

Ahad, Jun 22, 2008

Senyum

Lame aku tak rase orang senyum kat aku. Senyum yang ikhlas dari hati yang memang dia nak senyum kat aku. Solat jemaah Maghrib kat masjid hari tu, lepas selesai solat, bersalaman. Senyum kesemuanya yang bersalaman dengan aku. Terase bahagia sangat walaupun senyum itu sekejap je. Sememangnya senyum tu memainkan peranan. Walopun die dari orang yang tak kite kenal. Senyuman mereka sedikit sebanyak meredekan hati kita yang mungkin tengah risau, ataupun susah hato mase tu.

Orang kate aku susah nak senyum. Muka asek muke garang je (kecuali dalam gambar. Hehe). 'Senyyuuumm lah sikit..' selalu aku dapat ayat macam tu. Hehe. Ye, ye. Aku sentiasa senyum lepas ni. Bagus senyum ni untuk diri kita juga. Terapi pada muka kita. Korang mesti tau kan, yang bila senyum tu, otot pada mulut kita lagi banyak bergerak dari masa kita bercakap. Senyum! Senyum!


Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Siapa yang tak ingat dengan lagu ni yang selalu keluar dekat RTM dulu. Nostalgik. Hehe. Selain dari aku nyanyi sendiri lagu ni, last sekali aku denga lagu ni adalah masa form 4. Masa tu ada pertandingan-pertandingan sempena sambutan Maal Hijrah di Muar. Ada syarahan, ada berzanji, ada nasyid. Buat dekat Sek. Tengku Mahmud Iskandar. Da selesai bertanding syarahan, aku gi nengok-nengok pulak pertandingan nasyid. Masa tu Sekolah Sains tengah perform. Lagu ni lah. Lagu senyum. Buat style acapella. Hehe. Sedap. Suka. Lepas tu, aku nyanyi je lagu tu sorang-sorang, terbawak-bawak sampai ke sekolah sendiri. Hehe.

Huh. Nostalgik aku sekarang ni. Semalam sepanjang hari menghadap laptop. Bukannya siapkan presentation yg nak dipresent minggu depan ni, (siapkan la jgk sikit-sikit, due tige slide) tapi duk menghadap friendster. Kumpul balik kawan-kawan friendster lama. Akaun lama da delete. So buat baru. Cari balik kawan lama. Wah. Dalam 24 jam sejak semalam, dapat kumpul 30 orang. Hu. Rase.. tatau nak cakap rase ape bile nengok friendster-friendster member lame. Ade jugak hikmahnya ye akaun lame aku kene delete. Kalo tak kene delete, kompem aku ta bukak balik friendster orang lain. Hu. Member-member lama. Member sekolah. Member chatting. Ada yang tengah buat master. Ade yang da tunang, kawen. Hu. Lepas tu main-main komen plak. Dulu aku kutuk2 orang yang main komen tu, amende la, cam tak berfaedah je. Hehe. Tapi semalam bile da berbalas komen... best la plak kan. Hehe.

Ah. Kita lupakan semua ini sementara. Ada presentation nak disiapkan. Buat penat je aku pinjam buku banyak-banyak tapi tak baca. Jom. Baca sikit-sikit. Yang penting faham. Lepas tu siapkan slide. Jom!

Rindu orang yang tengah jalan dekat South... Jalan baik-baik.. =) senyum selalu..

'Senyum.. membahagiakan'

Tiada ulasan: