Cari Blog Ini

Selasa, Jun 17, 2008

Aku dan Dia

Tiap-tiap kali kita rasa susah hati, risau, tak selesa, mesti kita pergi pada Dia kan? Minta doa, mohon ketenangan dari Dia. Dia Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. Tapi apakah time susah-susah je kite pergi pada Dia? Ataupun time gembire-gembire, macam dapat result bagus, pastu kite bersyukur pada Dia, and thats it? Time-time lain? Time-time kita bese-bese je? Kita pergi pada Dia tak?

Aku kurang. Baru ni rasa susah hati. Risau. Sedih. Aku pergi pada Dia. Dah 2 minggu aku duduk UPM, baru time tu aku pergi Masjid UPM yang sekangkang kera je dari bilik aku. Solat. Sujud. Memuji Kebesaran Dia. Mohon ketenangan dari Dia. Baru tu aku cari Dia. Bukan selame ni tak solat, tapi, adakah aku ingat Dia setiap masa? He sent us to this world only to worship him. Adakah kita hanya mengingati dia time kita susah dan senang sahaja? Ataupun kita ingat Dia tak kira apa-apa masa sekalipun. . .




Masjid UPM. Pertama kali aku pergi dulu, Januari 2007, bersama-sama rombongan dari ITB. Ade kenangan tersendiri. Mase tu aku cakap kat Adam, ketua rombongan ITB 'Jangan lupa ya Adam, pesen sama temen-temennya minta cepat dikit kita di sini, kita kesuntukan masa'. Lepas tu die terus cakap kat kawan-kawan kat kiri kanan dia, 'Cepat dikit.. ikotin katanya Azimin ini..' Aku tersenyum. Tapi lepas tu die cakap kat aku 'Oh Azimin, minta tolong dibilang sama temen-temenku yang lain ya?'. Siot je. Aku baru suh die. Die ingat aku sape nak carik sorang-sorang kawan die yang 80 orang tgh berkeliaran kat masjid tu. Tapi aku jawab 'Oh? Ok, ok'. Heh. Aku susah sangat kate 'no'. Ataupun senang sangat kate 'yes'. Ah, itu isu lain.

Cantik Masjid UPM. Futuristik binaan dia. Yang belajar akitek, cek la kat internet, unik bangunan masjid ni. Tapi yang penting, kat situ lah kite berinteraksi dengan Dia. Dia suka kalau kita berinteraksi dengan Dia. Jadi, selalulah, berebutlah untuk communicate dengan Dia. Nanti nak ajak kawan-kawan bilik solat dekat Masjid UPM ni jugak. Lama tak solat jemaah di masjid, dengar kuliah lepas solat, duduk, bertafakur lepas solat. Jum!

Tiada ulasan: