Cari Blog Ini

Khamis, April 24, 2008

Bismillah

Lame eh da tak tules. Aku (macam bese,) promote suh kawan2 aku bace blog aku nih, Zuhdi balas balik kat aku, 'Ah, ko tak penah update blog ko. Buat ape aku bukak. Aku sebagai 'pembaca' blog ko da betahun-tahun ni kecewe ko tau tak nengok ko tak update. Malas da aku nak bukak blog ko lagi,'

Hehehehe. Rilek. Rilek. Tenang aja.

Baiklah. Mulekan bercerite (dan mungkin satu cite ni aje nak cite) dengan kisah EIT, engineering industrial training aku kat Unit Udara Polis, UUP, sg besi.

UUP. Belum pernah lagi ade student dari UIA yang prektikel kat sini. Aku orang yang pertama. Ramai orang keje situ tanye 'UIA ade aerospace?'. Soalan common. Even ade yang tanye 'UIA ade engineering?'. Hehe.

Seronok kerja dekat sini. Mula-mula time 1st, 2nd day tu memang terase kekok lagi dengan environment hangar polis tu yang sentiasa sebok. Tapi lama-lama, alhamdulillah, dengan assistance dari dak2 MIAT 4 orang yang prektikel kat situ jugak (derang da 3 bulan kat situ, and have another 3 more months), boleh la go through well everyday kat hangar tu. Tiap-tiap hari kenal orang baru. Tiap-tiap hari dapat kawan baru. 'Slow-slow' orang situ selalu cakap kat aku bila nengok aku sorang-sorang try nak cope ngan keje. Hehe.

Banyak bende yang aku belajar dekat UUP ni setakat da 2minggu dekat sini. Terutamanya knowledge pasal maintenance yang memang tak disentuh sikit pun kat UIA (Aerospace UIA banyak belajar pasal designing je). Seronok. Walaupun kadang-kadang kene buli. Kadang-kadang kene 'tiow' dengan engineer-engineer kat sane, tapi banyak input engineering dapat masuk dalam kepale. One thing yang aku tak expect sbelum masuk UUP ni, kat sini ade ramai engineer. Bukan. Kat sini ade ramai Licensed Aircraft Engineer, LAE. LAE tu ape? LAE tu orang yang bertanggungjawab mereleasekan sesebuah aircraft untuk terbang dengan selamat. Bergaji sekurang-kurangnya RM 15,000 sebulan. Isk. Dasat. Ade 13 orang LAE kat UUP, temasuk some from SAS, company luar yang handle helikopter UUP. Nak jadik LAE senang ke? Kat UUP ni aku didedahkan dengan jalan yang diambil oleh sume LAE tu. Kene kumpul experience hands-on dengan kapal terbang selama 6 bulan. Kne ade training and kursus 3 tahun pasal maintenance kapal terbang. Pastu yang paling susah kene amek exam lesen. Sangat susah untuk carik LAE yang lulus exam tu dengan sekali try je. Most of them took the exam at least 8-10 times to pass since memang dekat malaysia, undang-undang terbang adalah paling ketat kat dunia. Tapi, bile da jadik LAE, ko tanye je ape2 soalan pasal kapal terbang, sume macam soalan '2+2 berape?' je bagi derang. Dasat. Memang respek ah.

Nak cite pasal experience aku setakat ni da belajar pasal ape, kat UUP ade 10 buah aircraft. 3 buah Pilatus PC6 (2 crews, 6 passengers), 2 buah Cessna Caravan (2 crews, 6 passengers, larger cargo area), 1 buah Cessna 172 (2 crews, 2 passengers), 4 buah helikopter jenis AS355 buatan Bell (2 crews, 4 passengers). Semua kapal terbang, UUP handle. Semua helikopter, ade syarikat luar tapi berpangkalan dengan UUP jugak, name SAS handle.

Setakat ni aku dah pernah join inspection pada Pilatus. Bukak belly kapal terbang, cek itu ini. Pernah join engine ground test kat Caravan. Tapi yang paling best, 500 hours inspection pade AS355 (inspection done when the aircraft have reached 500 hours of flight). Inspection ni memang kaw-kaw punye lah. Abes sume parts pade heli tu dicabut dan dicek. Blade. Engine. Gear box. Tail rotor. Tail shaft. Insrtument panel. Aku banyak belajar dekat sini. Syukur sebab UUP and SAS kasi peluang pade practical students untuk involve same2 dalam inspection tu. Bukak-bukak parts sume, check for corrosion pade parts, testing, calibrate, tuka parts baru, sume die kasik student buat dan belajar. Bagus sangat. Memang sangat berguna lah. Selama ni belajar kat universiti theoretically je, tak nampak pun ape yang belajar, kali ni sume ade depan mate. Tinggal nak tanye je pade technician ngan LAE.

Esok da genap 2 minggu dekat UUP. Harap lepas ni ade banyak lagi peluang untuk aku belajar lebih lagi kat UUP. Amin.

Tiada ulasan: