Cari Blog Ini

Selasa, Mei 16, 2006

Selamat Hari Guru

Hari ini hari guru
Hari ini aku bangun pukul 7
Aku bangun dengan semangat
Semangat untuk menyiapkan assignmentku
Begitu semangat sehingga mahu tuang kelas Numerical Methods
Tuang jua lah kelas itu
Assignment Probability juga lah yang kucuba siapkan

Hari ini hari guru
Hari ini buat kali kedua aku tuang kelas Numerical Methods
Kelas yang kurasa sama sahaja samada aku datang atau tidak
Jadi aku tumpu menyiapkan dua assignment Probability
Aku hanya siapkan satu, satu lagi tak sempat, aku tiru
Tuang jua lah kelas itu
Kutiru jua lah assignment yang satu itu

Hari ini hari guru
Hari ini aku ke kelas Probability dengan 2 assignment yang siap tapi berlubang
Satu aku buat sendiri, satu lagi aku tiru
Aku teringat SMS Tim memesanku mengutip Approval Letter MITEX di S-Dev
Setelah 30 minit kelas berlalu, aku keluar ke S-Dev
Tuang jua lah kelas itu
Ke S-Dev jua lah kepentinganku

Hari ini hari guru
Hari ini aku ke S-Dev dan menandatangani Approval Letter Mitex bagi pihak Tim
Aku pulang semula ke Kulliyyah
Dan kutemui semula Aiman dan rakan-rakan di depan Oscent
Ajim, Munzir, Zool, Pipah, Sab, Nita, siapa yang tak bising?
Tuang jua lah kelas itu
Di depan Oscent jua lah kumelepak

Hari ini hari guru
Hari ini aku melepak di depan Oscent bersama yang lain
Aku duduk di situ tanpa rasa bersalah meninggalkan kelas Probability
Sehingga waktu 5-minute-break kelihatan classmateku bergondolan ke Concenient Shop
Baru aku masuk semula ke kelas, tapi fikiran entah ke mana
Tuang jua lah kelas itu
Berangan jua lah fikiranku

Hari ini hari guru
Hari ini aku seperti biasa kurang faham dengan lecture Dr Mustafizul Karim
Fikiranku melayang bercabang-cabang
Hingga Foo Mao Hien di sebelahku kuhambat
Minta dia mengajar menulis namaku dalam tulisan Cina
Tuang jua lah kelas itu
Tulisan Cina jua lah yang kubelajar di kelas Probability

Hari ini hari guru
Hari ini aku tak belajar Probability di kelas Probability
Aku leka, asyik dan selalu melihat jam tanganku
"Bilakah kelas akan berakhir?" detik di hatiku yang tak senang
Kelas berakhir lebih 10 minit dari yang biasa, namun aku gembira
Tuang jua lah kelas itu
Gembira jua lah ku keluar dari kelas itu

Hari ini hari guru
Hari ini seolah tak produktif langsung bagiku
Aku tuang kelas Numerical Methods
Aku seperti tuang kelas Probability
Oh! Aku ada tutorial Numerical Methods selepas Probability!
Pergi jua lah ku ke tutorial
Dengan semangat jua lah ku melangkah masuk

Hari ini hari guru
Hari ini aku faham apa yang aku belajar di kelas minggu lalu
Tutorial kuhadiri tanpa Acap dan Husen, entah ke mana mereka pergi
Namun Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku faham hari ini
Aku faham yang aku perlu berusaha keras

Hari ini hari guru
Aku perlu ada hadiah untuk guru-guruku
Arwah Mak dan Ayah juga bekas guru
Mereka lebih-lebih lagi perlu ku hadiahi
Pastinya hariku hari ini bukan hadiah untuk mereka
Aku perlu pastikan hari-hari lain adalah hadiah untuk mereka
InsyaAllah...

Hari ini hari guru
Selamat hari guru

Tiada ulasan: