Cari Blog Ini

Isnin, Mei 22, 2006

My Crunchy Medal


I have been dreaming of it. I have been dreaming to have it. I have been dreaming to crunch it. All since I was a little kid.

After almost 21 years, this is my second time being able to be in the top three in a sport-based final competition. And my first time holding my own medal. Though its just silver medal, it is still a medal! Nothing else matter! Huhu~




Segalanya bermula bila amar ajak aku join UniXrace sehari sebelum competition day. Tengah study untuk exam Numerical Methods masa dapat sms amar tu, aku yang tak tahu nak buat apa weekend nih, dengan yakin membalas 'Layan2! aku sudi join ko!'.

Pagi Ahad bermula ceria. Masing-masing dengan semangat dan jolakan tenaga yang ekstrem, sesuai dengan nama pertandingan, University Extreme Race yang ala-ala Explorace itu. Aku, amar, zuhdi, petet dengan roy adalah Group 9. Berjuang bersama-sama 9 lagi kumpulan lain bermula tepat 9 pagi. Check point pertama, BAIDURI, KAED. Dari sport complex, semua berebut-rebut berlari menuju ke KAED.

Check point 1
BAIDURI, KAED
Aktiviti 1
Asingkan kacang merah, kacang hijau, dedak dan biji sawi yang telah digaul.
Kami ketinggalan di tempat keempat.

Aktiviti 2
Acara ala Fear Factor, minum telur mentah.
Aku dan zuhdi menawar diri mewakili Group 9 dengan sangat rela hati.

Check point 2
Tasik IIUM
Aktiviti 1
Berkayak mengelilingi separuh tasik untuk ke check point kecil di hujung tasik.
Aku dan zuhdi sekali lagi menawar diri.
'Bila dah macam ni, semua benda kita jadik terer' zuhdi kata merujuk kepada betapa kami berdua yang sebelum ini terhegeh-hegeh kayuh kayak tapi tidak hari itu.
Kami kumpulan ketiga sampai di check point tasik.

Helipad IIUM
Aktiviti 2
Berbasikal membuat pusingan lapan.
Orang yang berkayak berehat ketika ini.
Aktiviti 3
Berlari mendaki bukit antara Helipad - padang rugby.
Seorang wakil menaiki basikal, zuhdi.

Check point 3
Padang rugby
Bermula di sini, semua aktiviti melibatkan keseluruhan ahli kumpulan
Aktiviti 1
Membawa lilin tanpa memadamkannya.
Aktiviti 2
Meniup belon sehingga pecah.
Aktiviti 3
Makan kacang botol.
'Tak buleh blah dol makan kacang botol.. nak muntah aku' petet mengadu. Aku juga mengadu =)

Check point 4
CAC
Kami masih lagi kumpulan yang ketiga tiba
Aktiviti 1
Jigsaw Puzzle (logo cycling club IIUM)
Aktiviti 2
Jawab 20 soalan objektif berkenaan isu semasa
Aktiviti 3
Menyelesaikan cross-word puzzle (20 perkataan)

Check point 5
KAED Gallery, KAED
"Congratulations, you are the second group to arrive here!"
Kami dah mula bersemangat!
Aktiviti 1
"Pick up a song from a movie, and you all need to sing the song and dance for 1 minute" committee beri arahan soalan check point.
'I Like To Move It" from Madagascar was the song we picked.
"Aku memang dah tak kisah apa dah, joget lambak tak ingat dunia, orang lain nak kata apa, tak kisah lah, tapi naseb baik takde orang kat gallery nih.." kalau lah committee tu ada rakam video kami berdansa, aku takkan nengok video tu. Maluuuu!!!

Check point 6
GPCL E0, Engin
Tiada aktiviti, cuma arahan untuk pergi ke check point seterusnya.

Check point 7
LT3 Edu, Edu
Masih lagi kumpulan kedua untuk tiba.
Aktiviti 1
"Do you all see this A4 paper on the floor? All 5 of you need to step on the paper without any legs outside the paper and you all have to remain like that for 10 seconds,"
Roy menjadi base kami. Petet panjat atas roy. Yang lain peluk mereka berdua sambil kaki seboleh-boleh mengelak memijak lantai.

Check point 8
Mdm Adlina's room (advisor of the cycling club), Lecturers' Rooms, CELPAD
"Congratulations!!!! You are the first group to be here!!!"
Semangat makin melonjak-lonjak!!!
Kelihatan kumpulan yang leading berlari-larian ke check point yang sebelumnya - mereka tertinggal salah satu envelope! Peluang untuk kami!!
Aktiviti 1
Membaca, dengan satu nafas, tanpa tersasul, ayat yang berbelit lidah tu. Tak ingat la ayat dia apa. Heee.. Tapi hujung skali ayat tu, '... to make the bitter butter better.'
Aktiviti 2
Mencari klu di setiap penjuru floor lecturers' rooms itu.
Klu itu membawa kami ke Check Point seterusnya.
Kelihatan kumpulan yang sebelum ini leading baru tiba bila kami baru sahaja selesai membaca klu.

Check point 9
Staff's Musolla, Law
Zuhdi yang ada athma berlari laju memotong aku. Semua tengah bersemangat leading the race!
Sesat buat seketika, namun berada dalam jalan yang betul.
Kami dipotong di sini T-T
'Korang group no 2 tiba'
Aktiviti 1
Jawab soalan cepu emas
"Sebutkan nama kedua-dua anak Pak Lah"
"Nori.." zuhdi jawab.
"Sorang lagi?"
Seorang pun tak tahu antara kami.

Aktiviti 2 (Sebagai penalti tak dapat jawab soalan sebelum)
"Nyanyikan sebuah lagu Jepun"
Emmmhhh!! Mudah je!!
Siap dengan suara harmoni, serangkap Mirai E dinyanyikan dengan merdu. Hehe.
Klu untuk ke checkpoint seterusnya kami terima. Ketika ini kumpulan ketiga tiba di check point 9 ini! Kami semakin suntuk untuk dikejar!

Check point 10
Econ's Cafe, Econ
Kelihatan kumpulan yang leading sedang menjalanlan aktiviti di sini.
Aktiviti 1
'Senses'
Mata kami ditutup untuk meneka:
1. diberi minum sejenis air
2. diberi segenggam duit syiling untuk meneka jumlah
3. diberi bau sejenis air
4. diberi peluang menggoncang sebuah botol yang mengandungi beberapa biji kacang
5. diberi merasa setitis sejenis cecair
Kami meneka:
1. Air sirap
2. 13 keping syiling
3. NesLo
4. 7 biji kacang
5. Ubat batuk
Yang sebenarnya...
1. Air gula
2. 13 keping
3. NesLo
4. 7 biji kacang
5. Vanilla!!! (rupa-rupanya vanilla ni rasa dia pahit yeh? Biasa makan aiskem vanilla sedaappp je!)
Kami perlu betul 4. Tapi kami betul 3. Kami dikenakan penalti 3 minit.

Check point 11
Research Centre IIUM
Aktiviti 1
Seorang dari kami perlu berbasikal, yang lain perlu berlari untuk ke HS Square.

HS Square
11.28 am
"Eh..? Dah tibe dah..?? Tahniaaahhh!! Korang nombor 2 tau? No 2 sampaii! Congratss!!"
Race tamat di sini.

Penyampaian hadiah pukul 1, lepas lunch.
Satu ketika kami leading, semangat betul! Kami tertinggal 4 minit dibelakang juara, yang juga juara bertahan, yang juga swimmers IIUM semuanya.. Uhhh..!
Alhamdulillah.. kami berjaya juga habiskan race =)
Ingat nak quote apa yang Madam Adlina cakap masa closing speech dia semalam.. Lupa pulak lah apa yang dia cakap! Uuuhh!! Huuu...~

Tiada ulasan: