Cari Blog Ini

Isnin, April 25, 2005

What Did I Do?

Bercuti sebulan. Bercuti di rumah. Bercuti dengan TV. Bercuti makan dan tidur. Bercuti dengan angan-angan. Bercuti dengan handphone. Bercuti dengan Satria. Heh.

Sebulan cuti. Nak balik UIA semula rasa sedih jugak walaupun aku sedar duduk rumah selama sebulan tu cukup membosankan. Sedih. Nak tinggalkan rumah. Nak tinggalkan Ayah. Kenapa yeh bosan? Aku takde astro. Bace blog fizah dengan blog nore semua cerita kisah-kisah cuti mereka bersama astro. Isk..isk. Aku jua takde fixed line phone kat rumah, apatah lagi connection internet. Apa-apa aje lah yang boleh aku buat?

TV. Hari-hari aku nengok. Yang paling aku tak miss, Buletin Utama. Mun pun cakap, 'pas ni balik uia ko boleh masuk editorial board, byk sgt tau brite2'. Heh. Keluar berita pasal student aerospace engineering UIA buat controlled aeroplane. Atau nama glamour, 'unmanned aircraft vehicle' or UAV (or something like that). Abang cakap "Katebang control ni bukan ade jual ke? Dah lama commercialized dah pun..". Aku iakan je walopun di suatu sudut hati berputik kebanggaan melihat student UIA created things sampai keluar tv. Mesti gempaq kalo dah keluar tv. Tapi kenapa buat benda yang orang lain dah buat jauh lebih awal? Kenapa? Kenapa UIA aku nengok takde workshop yang besar-besar, macam dekat UTM, UPM yang ade berbelas-belas workshop besar yang boleh muat satu light aircraft setiap satu, yang telah berjaya mencipta peralatan aerospace jauh lebih canggih dari UAV? Yang aku tau UIA ade 2 je workshop. Kenape yeh? Nengok berita Pak lah pergi sane sini. Pergi NZ. Pergi Aussie. Pergi Indon. Pergi China. Semuanya, dalam mase sebulan aku cuti. Best siot jalan-jalan. Lama aku tak jalan-jalan. Kat KL pun dah lama tak jalan-jalan.

No 2 paling tak pernah miss, Wanita Hari Ini (WHI). Banyak isu yang seronok didengar diutarakan dalam talk show ni. Very useful tips and benefits we can obtain. Dua kali keluar watak UIA dalam WHI sepanjang sebulan aku cuti. Melati, world's best oralist dalam pertandingan moot antarabangsa di Washington baru-baru ini jadi pengacara jemputan WHI. Aku dengar Melati ade jugak bagi talk mase taaruf week intake sem 3 04/05 baru-baru ni. UIA dapat tempat kedua dalam moot tu. Ayah cakap "Hah, ape lagi zi, masuk lah kelab debate UIA. Untung-untung boleh pegi wakil mesia..". Hehe. Nengok la, kalo rajin nak ajak zuhdi ke masuk Debate and Public Speaking Club (DPSC). Die ade ajak aku sem lepas, tapi sebab aku tak nak masuk, die pun tak jadik masuk. Masuk DPSC ni kurang-kurang boleh berlatih speaking fluently, bagus gak.. Watak no 2, Wan ape tah name die. Mase tu topik die, 'anak cemerlang'. Juga seorang ahli DPSC, semangat sungguh cerita macam mana die blaja. Heh. Masing-masing ade cara masing-masing yang sesuai dengan masing-masing.

Yang lain, aku nengok banyak lagi rancangan suri rumah, 'ape-ape aje' - asek bincang topik war between sexes, macam 'siapa lagi materialistik - laki/wanita', 'siapa lagi romantik - laki/wanita'. Lepas tu nengok rancangan decoration rumah, just beli-beli dekat yard sale, then bleh decorate rumah ape tah. Heh. nengok 'Sephia'. Dulu mase cuti short sem sebulan dapat nengok separuh je, dah naik final sem matric dah tak ikot pun cerita. Mujurlah ada ulangan, layan jugak. Nengok senario. Nengok puteri. Wah..puteri. Comel siot. Aku suke gile sitcom ni. Memang Aziz M Osman teliti dalam buat kerja dia. Nengok la hasilnya. Sitcom puteri begitu sinis menyampaikan mesej moral dalam lawak yang bersahaja, lagi-lagi Badul. Haha! Klaka siot. Dah le Nora Danish tu comel, suara pun cute and lembut jek. Cair siot. Tak sabar aku nak tunggu second season dia bila tah nak keluar.

DVD tak dilupa. Berpuluh-puluh (jejak ratusan jugak agaknye) duet aku abes beli DVD. Tak sedar, main beli jek, "Nak ni moi.. Nak tu.. Pastu, nak ni plak.. Aaa.. Yang tu nak gak" semua aku angkut. Banyak sampai tak ternengok mase cuti. Siap terlupe lak tu nak bawak gi UIA nengok kat bilik. Huh.

Kalau dah takde kerja sangat, TV tiada rancangan menarik, malas nak nengok DVD, ape lagi yang aku buat selain berangan? Banyak benda aku berangan sepanjang cuti ni. Nengok Pak Lah pergi merata dunia, aku pun tumpang berangan ikot beliau pergi merata dunia gak. Jeles aku nengok Pak Lah. Huh. Tapi beliau ade sebut name UIA mase beliau dekat Sydney. "Kalau die orang (Australians) nak belajar Islam, die orang boleh pegi International Islamic University, UIA," Bangga gile melampau aku. Hoho! Mun selalu cerita die pegi sana-sini jalan-jalan New Zealand, aku pun tumpang gembira and tumpang berangan gi jalan-jalan kat sana gak. Berangan pergi jalan-jalan nengok tempat orang. Sekali lagi, aku jeles. Heh. Nengok konsert Siti dekat London dekat TV1, aku pun berangan pegi masuk dalam Royal Albert Hall jerit-jerit, sorak-sorak nengok Siti nyanyi. Nengok dekat TV, ramai students datang London dari seluruh UK, tunggu-tunggu dekat depan Royal Albert Hall, nak masuk sebelum konsert start. Nengok dieorang tunggu pun aku jeles. Aku nak tunggu cam tu gak depan dewan London tu! Aaaa... teruknye aku, tu pun nak jeles!

Dah hujung-hujung cuti, berangan pasal result plak. Kepala otak tak abes-abes nak jangka berapa aku akan dapat. Kalau ni A, kalau tu A-, dapat ni. Kalau tu A-, kalau ni B+, dapat tu. Bila result keluar, hari tu jugak aku pergi CC dekat Pesta. Bengang aku, server slow gile, agaknye sebab semua students nak cek hari tu jugak. Mintak tolong ramai orang semakkan result aku. Malam tu mun jugak yang beritahu result aku dulu. Tenkiu banyak-banyak! Dah le bukan budak UIA, malu aku mintak tolong ko pulak. Hehe. Alhamdulillah, puas hati dengan result aku. Lebih kurang macam yang berkira-kira dalam kepala mase cuti ni. Heh. Terima kasih kepada lecturers, tutors, classmates, coursemates, tak lupa pada yang telah memberi sumber, kak eeda and bro razep, thanks for the textbooks and notes! Thanks to sis huda too for all her drawing tools that I had borrowed.

Terima kasih jugak fizah yang beritahu aku memalam buta hari tu yang Kuliyyah of Engineering ade bukak lagi 2 section untuk subjek Workshop Technology. Penting tu. Terus aku sebarkan pada yang ade internet kat rumah. Aku mintak tolong firs buat malam tu jugak. Sebarkan berita firs tolong registerkan Workshop pada semua geng. Semua mintak tolong firs, hehe, tenkiu! Tenkiu! Penting tu Workshop. Semua orang nak register Workshop hari tu, sampai geng-geng aku semua tak dapat tempat lagi. Terima kasih jugak sab yang beritahu pasal Workshop jugak.

Tiada ulasan: