Cari Blog Ini

Ahad, Jun 29, 2008

Pernahkah Anda Mengambil Gambar Rumah Anda dari Udara?

Ops Pantai Barat
Waktu: Dirahsiakan
Laluan: Dirahsiakan

























Rabu, Jun 25, 2008

'The Haram Police'



'I keep the mistakes as the reminder for myself. So I remember that no matter how successful I'd become, I have false like everyone else. And there's always room for improvement,'

Ahad, Jun 22, 2008

Senyum

Lame aku tak rase orang senyum kat aku. Senyum yang ikhlas dari hati yang memang dia nak senyum kat aku. Solat jemaah Maghrib kat masjid hari tu, lepas selesai solat, bersalaman. Senyum kesemuanya yang bersalaman dengan aku. Terase bahagia sangat walaupun senyum itu sekejap je. Sememangnya senyum tu memainkan peranan. Walopun die dari orang yang tak kite kenal. Senyuman mereka sedikit sebanyak meredekan hati kita yang mungkin tengah risau, ataupun susah hato mase tu.

Orang kate aku susah nak senyum. Muka asek muke garang je (kecuali dalam gambar. Hehe). 'Senyyuuumm lah sikit..' selalu aku dapat ayat macam tu. Hehe. Ye, ye. Aku sentiasa senyum lepas ni. Bagus senyum ni untuk diri kita juga. Terapi pada muka kita. Korang mesti tau kan, yang bila senyum tu, otot pada mulut kita lagi banyak bergerak dari masa kita bercakap. Senyum! Senyum!


Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Siapa yang tak ingat dengan lagu ni yang selalu keluar dekat RTM dulu. Nostalgik. Hehe. Selain dari aku nyanyi sendiri lagu ni, last sekali aku denga lagu ni adalah masa form 4. Masa tu ada pertandingan-pertandingan sempena sambutan Maal Hijrah di Muar. Ada syarahan, ada berzanji, ada nasyid. Buat dekat Sek. Tengku Mahmud Iskandar. Da selesai bertanding syarahan, aku gi nengok-nengok pulak pertandingan nasyid. Masa tu Sekolah Sains tengah perform. Lagu ni lah. Lagu senyum. Buat style acapella. Hehe. Sedap. Suka. Lepas tu, aku nyanyi je lagu tu sorang-sorang, terbawak-bawak sampai ke sekolah sendiri. Hehe.

Huh. Nostalgik aku sekarang ni. Semalam sepanjang hari menghadap laptop. Bukannya siapkan presentation yg nak dipresent minggu depan ni, (siapkan la jgk sikit-sikit, due tige slide) tapi duk menghadap friendster. Kumpul balik kawan-kawan friendster lama. Akaun lama da delete. So buat baru. Cari balik kawan lama. Wah. Dalam 24 jam sejak semalam, dapat kumpul 30 orang. Hu. Rase.. tatau nak cakap rase ape bile nengok friendster-friendster member lame. Ade jugak hikmahnya ye akaun lame aku kene delete. Kalo tak kene delete, kompem aku ta bukak balik friendster orang lain. Hu. Member-member lama. Member sekolah. Member chatting. Ada yang tengah buat master. Ade yang da tunang, kawen. Hu. Lepas tu main-main komen plak. Dulu aku kutuk2 orang yang main komen tu, amende la, cam tak berfaedah je. Hehe. Tapi semalam bile da berbalas komen... best la plak kan. Hehe.

Ah. Kita lupakan semua ini sementara. Ada presentation nak disiapkan. Buat penat je aku pinjam buku banyak-banyak tapi tak baca. Jom. Baca sikit-sikit. Yang penting faham. Lepas tu siapkan slide. Jom!

Rindu orang yang tengah jalan dekat South... Jalan baik-baik.. =) senyum selalu..

'Senyum.. membahagiakan'

Jumaat, Jun 20, 2008

PhotoBlog



Selasa, Jun 17, 2008

Aku dan Dia

Tiap-tiap kali kita rasa susah hati, risau, tak selesa, mesti kita pergi pada Dia kan? Minta doa, mohon ketenangan dari Dia. Dia Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. Tapi apakah time susah-susah je kite pergi pada Dia? Ataupun time gembire-gembire, macam dapat result bagus, pastu kite bersyukur pada Dia, and thats it? Time-time lain? Time-time kita bese-bese je? Kita pergi pada Dia tak?

Aku kurang. Baru ni rasa susah hati. Risau. Sedih. Aku pergi pada Dia. Dah 2 minggu aku duduk UPM, baru time tu aku pergi Masjid UPM yang sekangkang kera je dari bilik aku. Solat. Sujud. Memuji Kebesaran Dia. Mohon ketenangan dari Dia. Baru tu aku cari Dia. Bukan selame ni tak solat, tapi, adakah aku ingat Dia setiap masa? He sent us to this world only to worship him. Adakah kita hanya mengingati dia time kita susah dan senang sahaja? Ataupun kita ingat Dia tak kira apa-apa masa sekalipun. . .




Masjid UPM. Pertama kali aku pergi dulu, Januari 2007, bersama-sama rombongan dari ITB. Ade kenangan tersendiri. Mase tu aku cakap kat Adam, ketua rombongan ITB 'Jangan lupa ya Adam, pesen sama temen-temennya minta cepat dikit kita di sini, kita kesuntukan masa'. Lepas tu die terus cakap kat kawan-kawan kat kiri kanan dia, 'Cepat dikit.. ikotin katanya Azimin ini..' Aku tersenyum. Tapi lepas tu die cakap kat aku 'Oh Azimin, minta tolong dibilang sama temen-temenku yang lain ya?'. Siot je. Aku baru suh die. Die ingat aku sape nak carik sorang-sorang kawan die yang 80 orang tgh berkeliaran kat masjid tu. Tapi aku jawab 'Oh? Ok, ok'. Heh. Aku susah sangat kate 'no'. Ataupun senang sangat kate 'yes'. Ah, itu isu lain.

Cantik Masjid UPM. Futuristik binaan dia. Yang belajar akitek, cek la kat internet, unik bangunan masjid ni. Tapi yang penting, kat situ lah kite berinteraksi dengan Dia. Dia suka kalau kita berinteraksi dengan Dia. Jadi, selalulah, berebutlah untuk communicate dengan Dia. Nanti nak ajak kawan-kawan bilik solat dekat Masjid UPM ni jugak. Lama tak solat jemaah di masjid, dengar kuliah lepas solat, duduk, bertafakur lepas solat. Jum!

Sabtu, Jun 14, 2008

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Ari tu, time time MAS tengah buat promotion 1 juta tempat duduk free ke destinasi domestik, Tim terus sms aku 'Jimin, mai la datang Sabah. Ajak kawan-kawan jalan sini. Leh duduk umah saye. Saye leh sediekan tentatif seminggu jalan Sabah'. Aku memang suke jalan jalan nih. Ajak sume kawan yang berpotensi nak g. Tapi malangnye, sume berminat, tapi takde duet la, takde mase la. Sigh.

Abang sms plak tak lame lepas tu. 'Azi bile cuti? Jum la datang Miri. Ayah datang jugak nanti. Abang book kan tiket'. Malangnye, cuti aku tak kene dengan time Ayah nak g Miri nengok Abang. Sigh.

Khamis ari tu Munzir tepon aku. Ko nak gi Sabah? Die tanye. Eh, nak! Rupenye plan sejak lebih setahun dulu nak buat trip ke Ethiopia, yang dah bertukar-tukar tempat - ke India lah, ke Bangkok lah sebab kurang budget, akhirnye berakhir dengan pegi ke Sabah 5-13 Julai nih. Aku yang tarik diri time nak ke Ethiopia lagi (disisihkan sebenarnye, sebab komitmen sikit. Hehe) kini diajak kembali untuk join same. The more, the merrier kan? The more people, the cheaper it will be kan? Mahal. Tapi. Bile lagi nak gi kan. Harap-harap leh kurang harge lagi.
Yang aku ketheul tentang Bandung
3 kali naik angkut
3 kali jatuh cinta

Pernah nak beli tshirt bandung yang ade tertera ayat kat atas nih. Design die pun mcam lawa. Kirun pun cakap 'Eh bli do. Bli bli. Smart gile'. Tapi baju tu kecik tak ingat. Fit. Tak suke ah baju fit fit. Ingat nak amek gamba design baju tu dengan ayat die yang atas nih. Tapi sampai la last day kat sane terlupe nak amek gambar.

Rupenye dekat Kuala Lumpur pun nak masuk kali ketiga nak jatuh cinta...

Khamis, Jun 12, 2008

EIT Oh EIT

Ade lagi kurang 3 minggu nak habiskan EIT.
Ape yang da aku dapat dari 8 minggu nih?
Ilmu maintenance kapal terbang yang terbentang luas kat sini belom habis aku tuai
Dan mungkin takkan habis nak tuai semua
Dunia pekerjaan yang menyeronokkan
Segala perangai manusia ada depan mata
Yang elok
Yang tak berape nak elok
Yang sangat teruk pun ade
Segala pengurusan organisasi aku belajar
Yang bagus
Yang berserabut pun ada
Tapi yang paling berharga
Adalah ilmu yang aku dapat dekat sini
Sana sini kat tempat kerja ade ilmu
Tinggal carik tak carik je
Antare nak dengan tak nak je
'Aku sughuh nko belajooooor' Tuan Sulaiman selalu cakap kat kiteorang dengan loghat Muo die yang pekat
'Nko.. nko buat ape nih? Ha? Nko.. Nko taaauu ke amendee yang nko buat ni? Ha? Nko cek tak kat manual tu amende yang nko buat nih? Ha? Kang kalo aku tanye nko tak dapat jawab. Haa.. Cemaaaanee ni ko nak jadik engineer'
Nasihat dari Tuan Sulaiman, Tuan Yazid, (to name a few) dan ramai lagi tak henti henti menrjah ke telinga kami
Walaupun sedikit harsh
Biasa la kan
Polis
Semalam
Semalam Najib budak MIAT ajak aku buat surat
Surat untuk minta kebenaran Polis nak ikot pegi join operasi naik kapal terbang
'Ko letak la name ko dalam surat kiteorang' baik orang nya Najib
Lepas tu serahkan pade Tuan Yazid, Ketua Jurutera Pengkalan Semenanjung
'Aku.. Aku setuju korang sume nak ikot. Bagus. Walopun ko sume kene bayo sendiri hotel, mahal jugak tu. Semalam dalam 120inggit. Biasenye 2 malam. Kongsi berdua ke. Sorang da 120 inggit. Makan lagi. Mau dekat 200 jugak. Tapi, bagi aku, bagus. Ko nak bayo pengalaman naik kapal dengan 200? Tak dapat.. ko tau? Ko bayo 500inggit nak naik kapal kite nih pun tak dapat. Pegi pegi. Aku memang galakkan. Nanti aku forward surat ni kat Perancang,' Tuan Yazid cakap.
Dr Raed nanti yang datang evaluate aku
Aku dah emel tapi die lom balas
Mungkin die tak dpt emel aku
Kene tepon die nih tanye bile nak datang
Ala risaunye nak present ape tatau
Sekian EIT Oh EIT

Sabtu, Mei 24, 2008

Aku suka dengan satu cerite Ustaz Hasrizal ni (aku memang suke banyak bende yang Ustaz Hasrizal cakap, especially analogi-analogi dia yang best tu). Cerita pasal mengawal kemarahan. Dalam cerita yang die sebut di kuliah Maghrib dekat Surau An Naim, Wangsa Maju Khamis ari tu, Ustaz quote daripada kisah satu orang Mat Salleh ni, penulis. Sape tah name Mat Salleh tu, tak ingat. Biarlah kita tahu dalam posting ni, name Mat Salleh tu Bob.

Satu hari Bob ni balik rumah dari tempat kerja. Dia bukak-bukak je pintu, anak kecik die, Bobby (umo dalam 3,4 tahun) cepat-cepat meluru pada Bob, lepas tu cakap 'Daddy, I'm a hardworking man!'.

Bob da pelik da. Apehal pulak anak aku ni kan. Lepas tu die tanye isteri dia, Jamie (bukan name sebenar) 'Apehal dengan anak kita, Jamie?'. Maka, Jamie pun bercerita...

'Tadi.. Masa saye tengah basuh pinggan kat dapur, si Bobby ni pergi angkat pinggan-pinggan kotor, letak atas lantai dapur, lepas tu, die pegi curah kan air kat atas pinggan-pinggan tu. Lepas tu Abang nak tau? Abessss sume kotoran dari pinggan-pinggan tu melimpah-limpah sekali dengan air kat atas lantai dapur..'

Jamie mule-mule nak marah sangat pada Bobby. Tapi Jamie die tekan pause dulu. Die bersabar dulu. Lepas tu die tanye Bobby, 'Bobby, Bobby. Kenape Bobby buat macam ni?'

'Bobby nak tolong Mama basuh pinggan,'

'Kenape Bobby letak pinggan-pinggan ni sume atas lantai. Kenape basuh atas lantai?'

'Sebab Bobby tak sampai nak basuh kat sinki,'

'Oooo.. Ok. Lain kali kalau nak tolong Mama, Bobby cakap kat Mama dulu tau? Nanti Mama kasik kerusi so that Bobby boleh sampai kat sinki. Boleh? You are a hardworking man! Good!' kata Jamie sambil peluk anak dia tu.

See? Kan? Nampak tak? Ramai antara kita yang selalunya akan marah bila nengok mcam dalam cite nih, pinggan sepah-sepah abes sume kotor atas lantai. Kan? Cuba bila kita nampak kehuru-haraan tu, kita tekan butang pause dulu, kite tahan dulu marah kita. Kalau Jamie terus marah anak dia, mesti Jamie lagi bodoh dari anak dia sebab anak die ade alasan basuh atas lantai sebab tak sampai nak basuh kat sinki. Haha.

Rasulullah pun ade bersabda, 'Yang dikatakan kuat itu bukan lah orang yang jaguh bergaduh, yang dikatakan kuat itu adalah orang yang pandai mengawal dirinya ketika marah,'

Ustaz Hasrizal boleh dilawati di blognya SaifulIslam.com

Sabtu, Mei 17, 2008

Next stop, Bristol?

Best jugak ye keje kat UUP ni? Alhamdulillah. Sebelum start prektikel ari tu, ade jugak Gucha cite die ade member die prektikel kat UUP taun lepas sekali dengan die. 'Ok la keje situ.. sebab takde keje. Datang pagi-pagi, lepas tu boleh cabut pergi KLCC, petang nak balik, tunjuk muke kat ofis, lepas tu boleh balik. Derang tak kisah pun,' Gucha cite dengan lenggok Singh die. Kawan-kawan aku yang lain mule la takut-takutkan aku 'Abes kalo takde keje, ko nak tules ape dalam report ko? Abes la ko do.. Abes la..'. Siot je. Da la aku sorang je yang pergi UUP.

Tapi sebaliknye, aku jumpe macam-macam bende dekat UUP nih. Mule-mule memang la rase cam takut-takut je masuk, memikirkan aku takde geng (yet) kat situ. Takut kene buli ke ape ke ngan abang-abang polis nih (walaupun aku laki. Heh). Tapi lame-lame, aku jumpe tempat yang paling banyak aku belajar dalam mase yang singkat, baru 5 minggu keje sini.

Dekat sini, macam cite dulu, ade 13 orang LAE, termasuk dari SAS. Rase respek + takut ngan derang. Takut time kalo derang tanye soklan. Isk. Setakat ni, LAE-LAE dari polis, sebok. So banyak bercampur dengan LAE dari SAS. Macam Tuan Fakhrul, LAE avionics yang banyak telah menguji aku.

'Haa, Mi.. (Min untuk loghat Kelantan), ko bace wiring diagram ni, lepas tu ko cite kat aku'.

'Haa, Mi.. ko carik ape die PCB. Ko gi carik kat dalam Maintenance Manual. Jap lagi kite bincang,'

'Haa, Mi.. tunggu jap sini, aku ade nak kasik ko soklan, tunggu kejap. Kang aku balik,' Lepas tu die tak balik-balik pun kat aku, tanye soklan. Hehe.

Banyak jugak die mengajar aku. Contoh, kalo aku tak dapat jawab soklan die, die terangkan kat aku satu-satu. Terangkan kat kami sampai kami puas hati.

Antara lain, En. Ramzan, Chief Engineer SAS. Kalo nengok die, cam tak caye je die gaji RM 24,000. Muke cam orang kerje kampung je. Tapi tu lah, 2 minggu lepas die baru balik dari Frankfurt. Khamis baru ni ari tu die da fly g London pulak. Kalo baru kenal die, mesti banyak yang nyampah nengok die. Sebab die nampak selalu berlagak. 'Ko tak layak jadik engineer. Haha. Ni yang best jadik engineer ni, sebab boleh kutuk orang yang bukan engineer,' pernah aku dengo die cakap cam tu kat Najib. Huhu. Tak berapi Najib dibuatnye. Tapi tu lah (lagi), die cakap, die berlagak, sumenye nak bakar semangat, especially kat student-student MIAT yang memang semuenye dalam jalan nak jadik LAE.

En. Ramzan banyak da cakap kat aku, explain semuenye pasal mase depan aku mase aku ikot die pergi renew lesen LAE die dekat DCA Putrajaya.

'Kalau macam korang nih.. lebih kepade design.. Heh. Cemane nak kuar nanti keje? Malaysia bukan ade pun design. Bukan I tak percaye Malaysia boleh buat satu (kapal terbang), tapi berape lame kalo nak start from scratch? Lagi pun, cube nengok macam once dulu, orang tak nak beli barang yang 'made in China' sebab orang tau takde quality. Dalam aviation, cube ade satu heli yang 'made in Malaysia?', you ingat orang nak beli ke? Market tu kene ade, tak gune boleh buat je tapi tak boleh nak jual..'

'So, ape yang boleh you buat lepas ni, is find the best way to be LAE. Yeh? Sebab Malaysia sekarang ni memang focus pade MRO (maintenance, repair and overhaul). Takde design-design nih. I da bape kali argue dengan professor-professor you all ni (merujuk kepade lecturer UPM, UTM yang sebelum ni die pernah cite), ubah la silibes yang ade skang ni, ubah pade maintenance. Tapi derang sebok nak design jugak. Humph! Tapi cam ni lah, you lepas ni you carik jalan nak jadik LAE..'

'Kalo macam you ni umor berape? 23? 23 ni da lambat da kalo nak masuk Junior Techinichan kat MAS. Junior Tech tu patut time umur 18, ha, time tu sedap masuk. Boleh nak masuk jugak, tapi lame la nak sampai ke LAE. Nak masuk MIAT pun lame, kene abeskan 3 taun kat MIAT. So kalo macam you nih... Hem.. You pergi je Bristol. Die ade satu universiti, I tak igt name die, tapi memang bagus la. You pergi sane lepas you dapat degree nih, you transfer credit dekat sane, untung-untung you boleh abes within a year aje. Bayar dalam RM 120,000, buat bank loan you belajar setahun kat sane. Lepas tu jawab exam BCAR dekat sane (British Civil Aviation Regulation which allegedly to be easier than Malaysian), dapat LWTR (License Without Type-Rating), balik Malaysia. Time tu orang sume da berebut-rebut kat you sebab da ade lesen, kat Malaysia memang sangat memerlukan LAE. Bile da masuk mane-mane, MAS ke Air Asia ke, dapat gaji RM 6,000, tu memang gaji starting, nanti company hantar you pergi buat Type Rating, Boeing 737 ke, Airbus 320 ke. Then lepas tu you da gaji at least RM 10,000. Time tu you bayar la balik bank loan you RM120,000 tu bulan-bulan. See? You see?'

Cemane? Desinging? Maintenance? Takkan nak sie-siekan thesis paper aku time second year dulu 'Aircraft Industry Should be Developed in Malaysia' yang mengambil contoh industri tu dekat Indonesia. Heh. Tu yang banyak student aerospace yang akhirnye keluar bidang terus time keje.

Next stop, Bristol? Sesungguhnya Dia lah yang Al-Knowing dengan ape yang terbaik untuk kita.

Tamat minggu kelima di UUP. Alhamdulillah. Ade lagi 6 minggu.

Khamis, Mei 15, 2008

Being A Star For Yourselves

Kita menyanjung personaliti-personaliti yang hebat. Kita menjulang artis-artis yang menyerlah. Kita memandang tinggi dekat orang yang terror, power, sume-sume yang best lah. Mereka semua dianggap 'star' oleh kite. Bintang. Bintang yang menyinar yang kite kagum nengok.

Tapi, adakah kita star pada diri kite sendiri?

Apa-apa yang kita buat, tak kire kalau kite belajar ke, kite bekerje ke, pertama, dedicate lah dengan ikhlas apa yang kita buat tu kerana Dia. Kedua, dedicate kan apa yang kita buat tu untuk kita. Kita buat yang terbaik, sampai kite puas hati. Be a star untuk diri kite sendiri. Buat yang hebat. Tak payah buat sebab nak tunjuk dekat orang lain. Tak payah buat sebab semate-mate nak dapat markah tinggi je pastu lupe terus. Tapi kite wat untuk diri kite. Wat yang terbaik untuk jadik star pade diri kite sendiri.

Biarlah orang lain menyanjung-nyanjung artis bintang kegemaran derang. Kita, kita sanjunglah diri kita, bila kita da berusehe untuk buat kerja kite, yang terbaik. Jadi bintang untuk diri sendiri.

Jumaat, Mei 09, 2008

MIAT, MAS dan UPM

Minggu ke-4 latihan industri minggu ini dilengkapkan dengan kunjungan ke MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology - institut yang concern dengan aircraft maintenance) dekat Dengkil. Ada Aerospace Exhibition kat sane. Ada macam-macam, pameran kapal-kapal terbang yang MIAT ade, ade demonstrasi-demonstrasi sikit kot, ade aktiviti tour Putrajaya naik helikopter, ade aktiviti untuk budak-budak sekolah, ade pameran kerjaya jugak.

Pagi tadi dekat UUP tu, mase tengah ganti roller pintu pade kapal terbang Pilatus kat lapangan terbang tu, nampak sibuk airport Sungai Besi tu. Lebih kurang dalam masa setengah jam nak pasang roller tu, bertubi-tubi helikopter Polis turun, naik, dekat situ. Lepas tusilih berganti dengan heli Dolphin milik Bomba yang sibuk training hover dekat situ jugak. Terase kuat angin menghempas badan tempias dari heli-heli dekat lapangan tuh. Terase ralat sangat-sangat tak amek video time tu. Sayang betul. Dekat gile, depan mata je heli turun naik. Ade kapal terbang Piper jugak prektis situ, milik Royal Selangor Flying Club.

Tengahari tu Encik Adam dari SAS ajak pegi MIAT nengok exhibition. Besar hangar MIAT ade, penuh dengan macam-macam kapal terbang termasuk Boeing 737 ade due buah dalam tuh. Beso tak beso. Bisnes jet pu ade 5, 6 buah. Hisk. UIA takde satu pun? Hehe.

Takde ape yang menarik sangat pun sebenarnye. Nak tour dengan heli pun kene bayo sorang RM 100. Kalo sape-sape yang banyak duet nak naik heli pusing2 Putrajaya, boleh la ke MIAT sampai Ahad nih. Yang cambest bagi aku hanyelah pameran kerjaya yang ade dekat hall MIAT. Sebab susah nak jumpe pameran kerjaya yang 100% adalah dari industri penerbangan, or at least 80% la kot. Kat career fair kat KLCC ari tu pun ade 1 je company aviation.

Of all the exhibitors there, due booth yg menarik minat aku, MAS dengan UPM. Dekat MAS, aku tanye pasal LAE, ape jalan yang boleh aku amek nak jadik LAE untuk MAS yang bergaji sekitar RM 20,000 tu. Memag.. Memang jauh perjalanannya. Kene pergi kursus 2 tahun. Kene kumpul pengalaman 3 tahun. Pastu baru boleh amek exam. Macam yang aku dengar hari-hari dekat UUP, kisah berulang kali, exam LAE adalh susah. Dan susah. Tu je. 19 kali amek exam tu kire biasa lah.

Next one is UPM. ade 3 orang lecturer jage dekat situ. Tak boleh lepaskan peluang tanya kerjaya RA dekat situ. Dr. Faizal semangat terangkan kat aku step yang aku boleh amek. Apply je dengan kontek mane-mane lecturer yang kite minat dengan projek mereka. RA ni untung, gaji dapat, belajar master pun dapat, silap-silap leh free je buat master, gune GRU ke GRA.. graduates research ape tah. 'Tapi boleh ke lepas jadik RA kat UPM ni, saye nak further on jadik lecturer ke.. boleh?' (teragak-agak Dr Faizal nak jawab) '... Memang ade peluang kalo nak further jadik staff kami terus.. tapi tu lah, jadik RA dulu ape-ape hal pun'. Hehe.

So, mane hale tuju aku? Maintenance? Research? Ntah lah...

Rabu, Mei 07, 2008

Ibu

Semasa hari kedua aku prektikel dekat UUP, pukul 8.15 pagi di bilik rehat. Bebudak MIAT tengah makan kat kantin. Aku malas nak makan, terus ke bilik rehat. Takde wat ape pun, belek-belek notes mekanik yang ade dekat situ. Tak lame lepas tu, mak cik cleaner sorang ni masuk...

'Baru lagi ke kat sini?'

'A ah, baru semalam masuk, cik, prektikel 3 bulan sini,'

'Ooo.. dari mane ni?'

'Saye? Saye dari UIA.. Engineering aerospace, cik,'

'Oo.. UIA? Anak cik ade jugak amek engineering sorang, die skang ni kat UPNM..' mak cik memulekan cerite. Berseri-seri muke die cerite.

'Anak cik die amek ape tu? Sibil? Civil engineering..'

'Oo ye ke mak cik? Bagus tu masuk UPNM.. Denga cite dapat elaun sbulan seribu,'

'A ah.. baguuss anak cik tu. Da die minat nak masuk situ. Dulu die SPM kat Teknik KL die dapat 10A. Bagus die tu.. hehe'

'Yeh makcik? Waaa.. tere..'

'A ah.. Baguss die. Ari tu die pegi Sabah. Sebab die dapat pointer lebih 3.5..'

'Yeh mak cik? Anugerah Dekan la eh?'

'A ah. Dekan. Bagus die.. Hehe.. Bagus..'

Mak cik tu pun keluar dari bilik tu lepas keje-keje menyapu die selesai.

Mak mane la kan yang tak bangga kalau anak dia berjaya. Bangga betul mak cik tu cite pasal anak dia. Tadi, hari ni, lepas solat Asar mase pakai boot balik, aku dengan Ijel nampak makcik tu. Aku tegur mak cik tu...

'Cik..' sambil senyum aku tegur.

'Eh.. ye.. ye.. Hehe,' Suke gelak mak cik nih.

'Ni kenape ade tande dekat bahu ni? Warne ungu ape? Merah ni ape?'

'Ni tande universiti mak cik. Saye ungu dari USM, yang die ni merah, UIA,' Ijel bukak cite. Ijel tak pernah cakap dengan mak cik tu.

'Ooo.. ye ke? Anak mak cik belajar kat UPNM..' mak cik tu bukak cite dengan Ijel.

Aku yang mase tu da siap pakai boot minta diri jalan dulu g sambung keje, dan aku tau, mesti mak cik tu cite pasal anak die kat Ijel. Hehe

Selamat Hari Ibu. Hargailah ibu anda.

Khamis, April 24, 2008

Bismillah

Lame eh da tak tules. Aku (macam bese,) promote suh kawan2 aku bace blog aku nih, Zuhdi balas balik kat aku, 'Ah, ko tak penah update blog ko. Buat ape aku bukak. Aku sebagai 'pembaca' blog ko da betahun-tahun ni kecewe ko tau tak nengok ko tak update. Malas da aku nak bukak blog ko lagi,'

Hehehehe. Rilek. Rilek. Tenang aja.

Baiklah. Mulekan bercerite (dan mungkin satu cite ni aje nak cite) dengan kisah EIT, engineering industrial training aku kat Unit Udara Polis, UUP, sg besi.

UUP. Belum pernah lagi ade student dari UIA yang prektikel kat sini. Aku orang yang pertama. Ramai orang keje situ tanye 'UIA ade aerospace?'. Soalan common. Even ade yang tanye 'UIA ade engineering?'. Hehe.

Seronok kerja dekat sini. Mula-mula time 1st, 2nd day tu memang terase kekok lagi dengan environment hangar polis tu yang sentiasa sebok. Tapi lama-lama, alhamdulillah, dengan assistance dari dak2 MIAT 4 orang yang prektikel kat situ jugak (derang da 3 bulan kat situ, and have another 3 more months), boleh la go through well everyday kat hangar tu. Tiap-tiap hari kenal orang baru. Tiap-tiap hari dapat kawan baru. 'Slow-slow' orang situ selalu cakap kat aku bila nengok aku sorang-sorang try nak cope ngan keje. Hehe.

Banyak bende yang aku belajar dekat UUP ni setakat da 2minggu dekat sini. Terutamanya knowledge pasal maintenance yang memang tak disentuh sikit pun kat UIA (Aerospace UIA banyak belajar pasal designing je). Seronok. Walaupun kadang-kadang kene buli. Kadang-kadang kene 'tiow' dengan engineer-engineer kat sane, tapi banyak input engineering dapat masuk dalam kepale. One thing yang aku tak expect sbelum masuk UUP ni, kat sini ade ramai engineer. Bukan. Kat sini ade ramai Licensed Aircraft Engineer, LAE. LAE tu ape? LAE tu orang yang bertanggungjawab mereleasekan sesebuah aircraft untuk terbang dengan selamat. Bergaji sekurang-kurangnya RM 15,000 sebulan. Isk. Dasat. Ade 13 orang LAE kat UUP, temasuk some from SAS, company luar yang handle helikopter UUP. Nak jadik LAE senang ke? Kat UUP ni aku didedahkan dengan jalan yang diambil oleh sume LAE tu. Kene kumpul experience hands-on dengan kapal terbang selama 6 bulan. Kne ade training and kursus 3 tahun pasal maintenance kapal terbang. Pastu yang paling susah kene amek exam lesen. Sangat susah untuk carik LAE yang lulus exam tu dengan sekali try je. Most of them took the exam at least 8-10 times to pass since memang dekat malaysia, undang-undang terbang adalah paling ketat kat dunia. Tapi, bile da jadik LAE, ko tanye je ape2 soalan pasal kapal terbang, sume macam soalan '2+2 berape?' je bagi derang. Dasat. Memang respek ah.

Nak cite pasal experience aku setakat ni da belajar pasal ape, kat UUP ade 10 buah aircraft. 3 buah Pilatus PC6 (2 crews, 6 passengers), 2 buah Cessna Caravan (2 crews, 6 passengers, larger cargo area), 1 buah Cessna 172 (2 crews, 2 passengers), 4 buah helikopter jenis AS355 buatan Bell (2 crews, 4 passengers). Semua kapal terbang, UUP handle. Semua helikopter, ade syarikat luar tapi berpangkalan dengan UUP jugak, name SAS handle.

Setakat ni aku dah pernah join inspection pada Pilatus. Bukak belly kapal terbang, cek itu ini. Pernah join engine ground test kat Caravan. Tapi yang paling best, 500 hours inspection pade AS355 (inspection done when the aircraft have reached 500 hours of flight). Inspection ni memang kaw-kaw punye lah. Abes sume parts pade heli tu dicabut dan dicek. Blade. Engine. Gear box. Tail rotor. Tail shaft. Insrtument panel. Aku banyak belajar dekat sini. Syukur sebab UUP and SAS kasi peluang pade practical students untuk involve same2 dalam inspection tu. Bukak-bukak parts sume, check for corrosion pade parts, testing, calibrate, tuka parts baru, sume die kasik student buat dan belajar. Bagus sangat. Memang sangat berguna lah. Selama ni belajar kat universiti theoretically je, tak nampak pun ape yang belajar, kali ni sume ade depan mate. Tinggal nak tanye je pade technician ngan LAE.

Esok da genap 2 minggu dekat UUP. Harap lepas ni ade banyak lagi peluang untuk aku belajar lebih lagi kat UUP. Amin.

Selasa, April 01, 2008

Mari ke Menara KL dan Mengambil Gambar

Matahari nak terbenam.


Bangunan-bangunan pencakar langit seolah kotak-kotak kecil bertebaran di hamparan yang sangat luas. Besarnya alam ciptaan Dia. Allahuakbar


Matahari sedang membenam.



KLCC

Ahad, Mac 30, 2008

CFD Mengajar Segalanya

Selama ni orang cakap, kalau dah menghadap satu-satu bende tu lame sangat, sampai da boring, boleh sampai jadik nak muntah nengok nya. Pagi tadi aku dah rasa. Siyes tak tipu, aku dah loya-loya nengok notes CFD yang penuh dengan iteration tuh. Penuh dengan equations. Nak muntah dah.

Da 32 jam tak tido sejak semalam, stadi CFD. Tapi tadi jawab CFD cemane? Isk.

Cemane ni ngan CFD? Isk. Cemane ni? Cemane?

Sabtu, Mac 29, 2008

Esok dan CFD

Esok ade CFD. Nak study ape? Tatau nak study ape. Bukak buku teks. Bace Chapter 4. Ape nih? Bace lagi. Tak faham. Bace lagi. I have no idea what is this book talking about. Isk. Bace lagi. Mulut bace. Hati bace. Tapi kepale fikir macam-macam. Isk. Bace lagi. Tak perasan pun ape yang dibace. Ulang balik ayat yang dibace. Tak pasan jugak sebab kepale penuh dengan maam-macam bende. Bace ulang lagi sekali. Tak faham. Bace lagi. Nak nengok past year paper takde, sebab first time offer setelah 2,3 taun tak offer. Lecturer pun lecturer lain yang ngaja. Nak mintak tolong orang lain pun masing-masing da goyang. Semua cam blur. Da le tak ramai amek CFD. Weh Fizah, ko kat Adelaide amek CFD ke? Susah tak? Tapi ari tu ko amek CFD ke awal-awal kat sini? Ampeh ko pergi meninggalkan kelas. Susah do. Tolong aku weh. Cemane nih?

Kenape selame ni tak study?
Tak sempat. Sebok dengan FYP. Sebok dengan NDT. Sebok dengan Midtem AeroProp. Sebok dengan assignment lain.

Abes esok nak jawab ape?
Tatau.

Abes skang nak buat ape?
Bace je.

Kalau tak faham?
Takpe, bace je. Slide kan ade?

Cukup ke slide?
Tak cukup slide, ade buku teks, dalam buku teks kan ade contoh soalan?

Sempat ke nak cover sume bende?
Jangan fikir. Bace je mane yang mampu. Fahamkan je ape yang mampu.

Boleh ke bace ape yang mampu?
Jangan fikir! Cube aje.

Tapi.. kalau..
Dah, jangan fikir ape. Jom kita study, selagi ade mase. Bismillah.

Khamis, Mac 27, 2008

Mechatronics dan Aerospace

'Cemaneee ni eh? Cemaneee nak kasik markah kat korang nih? Cemaneeee? Apsaaal la korang wat report macam ni? Kenape tak letak value tuh? Korang ni, terlupe nak letak ke, tak reti?'

'Cemaneee lg bang, cam tu je la. Kiteorang budak aerospace. Mane reti sangat bang bende-bende control system nih..'

'Eesshh.. korang ni. Apeee la. Korang tak belajau ke pakai osciloscope? Takkan tak reti gune. Takkaaan la tak pandai'

'Tatau la bang.. banyak ni je la yang kiteorang leh wat..'

'Isk. Cemaneee ni. Cemaneee nak tande kertas orang nih. Hey.. Cemaneee'

Haha. Cemaneee.. Cemaneee.. Haha. Abang Aziz, Abang Aziz. Geleng pale. Setengah jam aku duduk dalam Control System Lab (Lab milik Mechatronics Department) nak hantar lab report Aerospace Lab. Tak pasal-pasal je kene wat experiment Mechatronics. Cemane? Pastu expect kene wat as good as dak mechatronics jugak tuh. Abang Aziz siap compare lab report kami dengan report dak mechatronics. Heh. Memang le derang lagi bagus. Da derang hari-hari menghadap bende tu. Belajar pun belajar bende tu. Setengah jam aku duduk menerime lontaran demi lontaran kate. Hehe. Tapi betul la, penting benda ni. Control system. Penting, penting. Tapi? Tapi kite mane belajar sangat osciloscope2 nih... jangan la expect the best. Kasik la experiment fluid ke, inshaAllah la tu kite boleh kasik the best. Hehe.

Tapi... Aircraft Design punye paper semalam.. Isk. Susah. Tak aci siot, taun lepas punye paper kiteorang try jawab cam senaaang je (senang la kan, kalo tak dapat jawab leh refer buku. heh). Tapi btol.. rase cam taun lepas punye senang. Yang kali ni.. isk. Ada soklan tu sampai tak leh nak wat ape, sengih je bace soklan. Haaa. Dr Ashraff pun sengih-sengih jugak. Sengih nengok budak-budak muke bengang jawab soklan. 'We'll see them all next semester' die cakap kat Dr Ali sambil gelak-gelak. Hampeh. Pressure siot. Pastu cakap kat sume orang 'Dont worry, we will offer this next semester. Dont worry if you have to take this again. Hehehe' (Aircraft Design offered only once a year. Tatau la Dr Ashraff ni cakap ade nak offer next sem lagi ni main-main ke betul-betul ke). Tapi memang pressure ah. Soalan Dr Ashraff ade kire-kire panjang gile. Dr Ali punye soalan plak ade kire-kire yang tak pnah kuar exam sebelum ni (Dr Ali terkenal dengan selalu ulang soalan final exam tiap-tiap kali). Dr Ari punye plak kuar soalan yang senang gile, tapi aku tak leh gak jawab. Die cube bantu aku, nengok aku conteng2 cube nak jawab soalan die. Tapi, tak leh gak, sebab aku tak ingat cemane nak wat. Isk. Tersengih je die. Dr Raed punye soalan je la menjadi harapan. Leh la jawab kot. Alhamdulillah.

Mule-mule, ni la paper yang nak jadik harapan. Leh cover pade paper lain yang mungkin dapat gred rendah. Alahai.. Heemmm....

Tapi skang nih. Bile nak wt report NDT? Esok nak kene hantar. Bile nak stadi CFD nye? Ahad ni exam. Heeemm.. Heemm.. Kadang-kadang terase aku terlalu rilek, terlalu santai dalam waktu-waktu macam ni. Malam tadi nengok Constantine. Pastu denga-denga lagu baring-baring. Tido. Pagi tadi tak wat ape. Isk. Kenape terlalu rilek? Heeemm.. Takde mood nak belajar. Takde mood. Dulu, bile mule-mule balik dari Bandung, sebok nak special exam, tak abes-abes aku cakap 'Ee tak sabo nye nak abs special exam, leh concentrate wat FYP'. Pastu bile da ade banyak mase untuk FYP, tak abes-abes aku cakap 'Ee.. banyak nyee keje FYP, tak sabo nye nak abes FYP, leh concentrate nak stadi final'. Ni da hantar report FYP, tak abes-abes plak aku cakap 'Ee.. tak sabo nye nak abes final exaaamm... malas da nak pk!'. Geleng kepale. Manusia ni, da kasik betis, nak peha pulak kan? Selalu tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila tak bersyukur dengan apa yang ada, mula la nak tinggalkan bende tu. Mula la malas nak pikir lagi. Mula la berangan buat bende lain plak. Astaghfirullah.. Jadikan la aku sentiasa mensyukuri nikmat Mu.

Semangat Azimin semangat! Setiap kesusahan akan diikuti dengan kesenangan. Allah dah janji! Macam dalam Surah Yusuf, Allah mengurniakan ketenangan kepada Nabi Yusuf ketika baginda berada dalam kesusahan terperangkap dalam perigi. Allah menjanjikan, setiap kesusahan, akan diikuti dengan kesenangan. Nabi Yusuf yakin dengan tu. InshaAllah. Yakin! yakin! wat keje jum! buat! Bismillah...

Jumaat, Mac 21, 2008

Update on Kerjaan yang Amat Merisaukan

No.-Keje-(due date/day)


1. Presentation NDT

2. Report NDT (28 Mac)
Weekend ni nak siap kan, all out!

3. Report FYP (Jumaat ni) Report FYP (Isnin ni)
Due date tangguh hari Isnin. So, dapat kerja baru nak ditambahkan dalam report

4. Assignment 4 AeroProp

5. Assignment 5 AeroProp (Isnin ni)
Weekend ni jugak siapkan!

6. Assignment 6 AeroProp (Tatau bile?)
Bile nak siapkan? Hah.

7. Assignment 4 CFD
Lepas abes exam AC design, kene wat, sambil ready utk exam CFD Ahad minggu depan.

8. Assignment 5 CFD
Kene wat!

9. Lab report AeroLab
Pun hujung minggu ni jugak kene siapkan.. hum

10. Midterm AeroProp
Ni la tekanan yang paling dasat. Alhamdulillah.. da selesai petang tadi. Harap dapat result ok.. amin..

11. Final exam Aircraft Design
Kene stadi hujung minggu ni jugak! Uh.. banyaknyeeee hujung minggu ni nye kejee.

12. Final exam CFD (30 Mac)

Khamis, Mac 20, 2008

Kerjaan yang Amat Merisaukan

Banyak sangat dalam list yang belom potong.. isk.. nak potong lah satu due..

1. Presentation NDT Siap
2. Report NDT (28 Mac)
3. Report FYP Nak potong yang ni jugak boleh? isk. tak siap lagi, tapi nak siapkan ari ni jugak! kol 2 mesti siap!
4. Assignment 4 AeroProp Nak potong yang ni jugak. Sket lagi nak siap..
5. Assignment 5 AeroProp (Jumaat ni) bile nak wat?
6. Assignment 6 AeroProp (minggu depan) isk.. bile nak wat?
7. Assignment 4 CFD (minggu ni?) tak pikir langsung pasal ni lg..
8. Assignment 5 CFD (bile? isk) ni pun..
9. Lab report AeroLab (minggu ni)
10. Midterm AeroProp (Jumaat petang)
11. Final exam Aircraft Design (Isnin ni)