Aku Dulu, Aku Sekarang
Malam Simfoni Kesyukuran hari Rabu minggu lepas dekat CAC mengingatkan aku dengan aku dulu. Aku dulu. Dulu aku. Tah mane satu ntah. Dulu. Aku dulu minat gile dengan nasyid. Tak hairan la sepanjang konsert kat CAC tu mulut aku bergerak-gerak sama menyanyi seiring dengan lagu-lagu. Sekarang aku minat la jugak. Tapi tak macam dulu, mase sekolah.
Kalau aku cerita dulu mase sekolah aku selalu pakai serban mesti orang tak percaya. Hehe. Takpelah, cerita lain. Dulu aku minat dengar radio ikim.fm. Bukan nak promote, tapi dulu memang minat. Hari-hari aku dengar ikim.fm. Aku hapal semua segmen yang ikim.fm ada hari-hari. Sedikit sebanyak, aku nampak sekarang, mempengaruhi jugak gaye hidup aku mase tu. Secara tak langsungnya, hidup aku lebih tersusun. Aku ada jadual sendiri. Dan aku ikot jadual tu. Jadual tu aku susun supaya aku boleh dengar segmen yang aku minat, dan jugak waktu lainnya aku isi dengan ulangkaji pelajaran, sambil denga ikim.fm. Bilik aku dekat rumah sentiasa bersih dan kemas. Sebab tiap-tiap balik dari solat Jumaat, aku suka sangat dengar Sirah Nabi sambil mengemas bilik aku.
Secara langsungnya, aku berpengetahuan sikit sebanyak dalam bidang agama. Sebab dalam ikim.fm (dulu, skang tatau, tak penah denga pun skang) ada banyak info dan maklumat tentang Sirah, tokoh, hukum, hikmah, dan sebagainya. Alunan nasyid melekat dibibirku. Kata-kata aku menjadi cantik seluruhnya. Yelah, nasyid mane ade perkataan-perkataan tak elok. Nasyid juga ada pengajaran dan mengingatkan kita kepada Dia selalu. Sedikit sebanyak, menjadi faktor juga, aku yang tak pernah menyerlah sejak form 1, berjaya dalam SPM aku. Alhamdulillah.
Sekarang? Hehe. Ape jadi sekarang? Aku masuk UIA. Dekat UIA tak semuanya ada nasyid. Hehe. Malah dekat UIA lah aku kenal dengan lagu-lagu sedap yang mengkhayalkan tapi takde maksud dan makna apa-apa. Sekadar suke-suke. Betullah kata orang, muzik dapat mengubah hidup seseorang. Walaupun aku didedahkan dengan banyak jugak kuliah agama di sini, tapi, aku tak rase aku sekarang lebih baik dari aku dulu. Awal kehidupan dekat matric dulu aku solat Subuh jemaah hari-hari dekat Masjid. Hisk. Teruknya aku sekarang. Baru masuk UIA. Belum masuk universiti lain lagi. Elok la jugak UIA kan, terjaga sikit. Alhamdulillah. Ada hikmahnya aku tak dapat pergi Perancis dulu lepas SPM. Kalau aku g? Tah ape jadi pade aku agaknya.
Takpelah. Sekolah Ramadhan sentiasa menyediekan platform untuk kite memperbaiki diri. Kan? Macam kata-kata yang aku ambil dari Forum Perdana Ehwal Islam dekat CAC malam sebelum simfoni tu, 'Selepas Ramadhan, kita patut menjelma dengan kebaikan daripada pendidikan Ramadhan,'.
Umar selalu sebut tiap kali datangnya Ramadhan 'Selamat Datang! Selamat datang, wahai bulan yang membersihkan!'.
Bersihlah aku di bulan Ramadhan ini. Amin.
Selamat beribadah di bulan yang membersihkan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan