Cari Blog Ini

Khamis, Ogos 14, 2008

Kekentalan Mew Choo

Semalam masa beli makan malam dekat cafe Ali aku pelik nengok apahal orang ramai semacam. Rupenye semua tengah sebok memberi sokongan pada pemain badminton negara, Mew Choo lawan China, Lu Lan. Aku yang lepas beli makanan bungkus tu pun, nengok jugak sekejap. Menarik. Rally yang panjang. Dengan kesungguhan dua-dua pemain nak menang match tu. Sengit gile. Da Choo dapat 1 point, Lu Lan potong balik. Lu Lan dapat 1 point lebih, Choo potong balik. Sampai akhirnya Choo kalah 27-29 kat set yang aku nengok. Dasat. sampai point 29. Tak pernah aku nengok match sengit macam nih.


Selagi permainan belum tamat, selagi tu Choo berjuang nak menang permainan tu. Aku puji, puji due-due pemain atas semangat derang.

Di manakan pula letaknye semangat aku? Selagi semester ni belum tamat, selagi tu aku tak harus bermalas-malasan belajar. Semangattttt!!!!



KECEWA: Reaksi Mew Choo selepas tewas kepada Lu Lan 7-21, 27-29 dalam saingan suku akhir perseorangan wanita, semalam.

Tiada ulasan: