Cari Blog Ini

Ahad, September 07, 2008

Tazkirah Ramadhan
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Surau an-Naim
9.50 malam, 6 September 2008

'Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu puasa, seperti telah diwajibkannya kepada orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu semua bertaqwa'
(2:183)


Pada tahun 1961, umat Islam di Tunisia digemparkan dengan satu polisi yang dikemukakan oleh Presiden dan kabinetnya - tidak membenarkan rakyat Tunisia untuk berpuasa ketika bulan Ramadhan. Ini kerana pada pandangan Presiden TUnisia ketika itu, puasa di bulan Ramadhan telah merendahkan produktiviti negara.

Kenapa polisi ini timbul?

Presiden Tunisia itu memberikan alasan bahawa kebanyakan pekerja kerajaan datang ke pejabat dengan lesu ketika puasa, malah banyak pejabat yang tutup awal, untuk persediaan berbuka puasa dan sebagainya. Ini telah melembabkan produktiviti pejabat kerajaan, seterusnya menjatuhkan ekonomi.

Yang salahnya di sini, Presiden tidak mentarbiahkan umat Islam untuk memperbaiki masalah itu, tapi sebaliknya dia telah menyalahkan ibadah puasa sebagai puncanya.

Umat Islam di bulan Ramadhan ini, lemah.

Jadi, bagaimana nak dapatkan kekuatannya?

Caranya dengan memperbetulkan cara kita melihat Ramadhan.

Ada di antara kita yang melihat Ramadhan sebagai platform untuk diet, kuruskan badan.
Ada yang melihat ini peluang mengaut keuntungan berniaga roti john dekat bazar Ramadhan.
Ada juga melihat ini sebagai peluang untuk mengejar pahala.


Malangnya, ada di antara yang mengejar pahala itu sekadar mengejar di awal Ramadhan. Takut-takut bila da sampai di penghujung Ramadhan mereka dah penat dan mengurangkan usaha mengejar pahala. Jangan ikot resmi tebu, makin hujung, makin tawar.

Jom kita tengok balik ayat yang dinyatakan di awal tadi.

Dalam ayat ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian;

1. Input
- kenapa kita berpuasa?
- Allah kaitkan dengan iman.
- lihat permualaan ayat, 'Wahai orang-orang yang beriman!'
- itulah asasnya berpuasa; iaitu untuk tunduk dan beriman kepada Allah.
- This is our input

2. Proses
- ada sesetengah orang papa kedana, tak mampu membeli makanan, terpakse berpuasa- mereka berpuasa kerana terpaksa, dan tidak dapat mentarbiah diri.
- di bahagian kedua ini, Allah menyeru kita berpuasa, walaupun kita mampu makan
- berpuasa sebagai proses untuk mentarbiah diri

3. Output
- 'mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa'
- taqwa is the best end product of fasting

Di dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan 'la'alla' iaitu bermaksud 'mudah-mudahan'. Ini adalah tanda yang menakutkan bagi kita, kerana mudah-mudahan, bermaksud, mungkin kamu jadi bertaqwa, mungkin juga kamu tak jadi taqwa. Susah untuk kita nak gapai ketaqwaan. Itulah cabarannya.

'Sesungguhnya yang mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu'

Kenapa Allah memilih taqwa sebagai pengukur kemuliaan seseorang itu?

Kalau ilmu sebagai kayu pengukur, manusia mempunyai kepelbagaian peluang untuk mendapatkan ilmu. Manusia ada pelbagai potensi. Ada yang tak dapat nak sambung belajar tinggi-tinggi, walaupun mereka tetap berguna kepada orang lain. Ada yang terbuka luas peluangnya belajar ilmu yang tinggi di merata tempat.

Kalau darjat sebagai kayu ukur, ada manusia yang miskin, ada yang kaya, ada yang ketua, ada yang dipimpin.

Allah Maha Adil. Taqwa boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Orang yang berilmu tinggi, orang yang ilmu kurang sikit, orang miskin, orang kaya, pemimpin, rakyat biasa. Semua mampu menggapai taqwa.

Jadi apakah itu taqwa?

Mari kita meminjam tafsiran taqwa dari perbualan antara Ubay bin Ka'ab dengan Umar al-Khattab;

Umar: Ubay, apakah tu taqwa?
Ubay: Pernahkah kau melalui jalan yang penuh dengan duri?
Umar: Pernah
Ubay: Apa yang kau buat untuk lalu jalan tu?
Umar: Aku angkat sedikit kainku dan melangkah dengan berhati-hati
Ubay: Itulah maksudnya taqwa; berhati-hati

Jadi, apa kaitannya puasa kita dengan taqwa?

Untuk mendapatkan taqwa, kita perlu puasa yang baik.

Untuk mendapatkan puasa yang baik, kita perlukan dua perkara; kesedaran dan keupayaan mengawal diri. Kesedaran dan keupayaan mengawal diri inilah sikap berhati-hati yang dimetaforakan ketika melalui jalan yang berduri.

Mari kita lihat bagaimana contoh proses kesedaran;

Di dalam suatu peperangan dengan orang kafir, Saidina Ali berjaya menjatuhkan seorang kafir, dan Ali bersedia menghunuskan pedangnya untuk membunuh kafir itu. Tetapi belum sempat Ali membunuhnya, kafir itu meludah ke Ali, dan Ali tersentak lalu tak jadi membunuhnya.

Kafir: Apsal ko tak bunuh aku?
Ali : Tadi aku dah nak bunuh da ko. Tapi sekarang ko dah ludah aku, aku marah
Kafir: So?
Ali : Aku takut kalau aku bunuh ko, aku bunuh bukan kerana Islam, tapi kerana marah.

Contoh lain yang lebih mudah adalah begini;

Kita pelajar universiti. Tengah exam. Duduk belakang seat best student. Tiba-tiba kertas jawapan MCQ dia terjatuh depan kita. Adakah ianya rezeki untuk kita melihat jawapannya? Kalau kita di tempat tu, kita tengok tak kertas dia? Orang yang sedar, tidak akan lihat kertas jawapan itu, kerana dia tahu, meniru itu menipu. Menipu itu berdosa.

Contoh lain;

Petang Ramadhan sebelum berbuka. Kita tengah mandi shower. Tiba-tiba air termasuk dalam mulut kita. Rezeki kita ke? Kita nak telan ke nak ludah? Fikirlah sendiri.

Thus, FASTING is all about awareness on everything you do

Kita lihat pula perkara kedua; orang yang boleh mengawal diri. Contoh yang pernah diceritakan sebelum ini;

Ayah pulang dari kerja, tiba-tiba diserbu anak kecilnya yang berkata 'Daddy! I'm a hardworking man!'. Ayah dia merasa pelik lalu bertanya kepada isterinya,'Apehal anak kita ni Jah?'. Isterinya pun bercerita, 'Tadi, masa saye tengah basuh pinggan, anak kita ni abes letak pinggan-pinggan kotor atas lantai, lepas tu curah air, lepas tu abes sume lantai kotor!'

Nak diikutkan rasa nak lempang je anak die tu. tapi si ibu mengawal dirinya dari marah, lalu bertanya kepada anaknya, kenapa buat macam ni? Anak dia jawab, 'saya nak tolong mama basuh pinggan!'. Oh? Tolong? Mujur si ibu tidak melempang terus anaknya, sebab anaknya sebenarnya mahu menolong ibunya membasuh. Kalau dilempang, nescaya anaknya itu mendapat pengajaran hari ini - jangan tolong ibu, nanti kena lempang.

Jadi ibunya bertanya lagi, 'Kenapa tak basuh kat sinki macam ibu?'

'Tak sampai' anak dia kata.

'Ok, lepas ni, nak tolong mama, cakap tau? Nanti mama sediakan kerusi naik atas sinki,'

'Ok!'

'Good! You are a hardworking man!'.

Keutamaannya di sini bukanlah lantai dapur yang bersih, tapi anak yang dapat pengajaran penting. Itu hasilnya dalam cerita ini, kalau kita dapat mengawal diri kita.

Thus, FASTING is good self-control over yourself.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Mudah-mudahan kita semua bertaqwa.

Tiada ulasan: