Cari Blog Ini

Selasa, Ogos 05, 2008


Mengorak Langkah Sekali Lagi

Kalau dulu, mase matric aku nekad jalan KL sorang-sorang nak cari Times Square. Lalu celah-celah kedai buruk, lorong-lorong pelacur. Takut beb, buatnye kene pau kang. Sia-sia je. Huhu. Tapi alhamdulillah tak kene pau, alhamdulillah jugak iman kuat tak masuk rumah pelacur. Hu.

Hari ini, sekali lagi jalan kaki dari Puduraya ke area Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang. Sekejap je jalan kaki da sampai (dulu tu yang buat lama sebab sesat.. Hehe). Kurang dari 15 minit dari Puduraya jalan kaki da sampai Sungei Wang Plaza.


Buat ape jalan kat area ni? Saje, nak carik aksesori kamera dslr. Ada sampai satu tahap tu, aku menyesal jugak beli Sony A200 nih. Sebab dekat sepuluh kedai kamera aku pergi, semua geleng kepale cakap 'takde lo' bile aku tanye 'Flashgun untuk A200 ade?'. Bila aku tanye lagi 'Yang third party yang compatible dengan A200?', jawapan same aku dapat dari derang. Isk. Sambil gelak, tatau gelak ape, derang cakap 'Dekat sini ade Nikon punye sama itu Canon punya aje ma.. Itu jenis banyak la.. Sony ar.. memang takde ma.. '. Isk. Nyesalnye.

Tapi takpe. Sebenarnya aku pergi area-area Jalan Imbi dengan Jalan Bukit Bintang tu aku bersetuju dengan Mufti Perlis. Beliau pernah lontarkan renungan yang aku rase memang terase gile la bile aku ade dekat area ni. 'Apa yang Islamnya di Jalan Bukit Bintang?'. Memang betul die cakap. Dalam negare kite sebok nak mengejar gaya hidup Islam Hadhari, cuba kita nengok kat Jalan Bukit Bintang, apa syiar (lambang) Islam yang ade dekat situ? Apa bende dekat sini yang ade melambangkan Islam?

Masjid? Takde do kat area sini.. Signboard surau pun takde. Ataupun aku yang tak perasan. Malam merdeka, malam new year, memang semua da tau apa yang bergelimpangan kat kaki lima jalan. Berape banyak kedai yang ada jual minuman keras kat Bintang Walk? Banyak. Terbuka.

Area ni, ramai pelancong asing. Mat Salleh terutamanya. Dekat sini la kita nak tunjuk hebatnya dan indahnya Islam sebagai dakwah kepada mereka. Bagi aku, aku cube sedaye aku jugak. Aku tunjukkan muka masam dan ganas bila nak berselisih dengan mamat-mamat Melayu/Serantau yang nampak selekeh-selekeh, biar kalau derang nak pau, tak jadik, sebab nengok muka ganas. Hehe. Tapi bile berselisih dengan Pakcik Makcik Omputeh aku senyum sampai ke telinga. Kadang-kadang cakap 'Hai!' kat derang. Hipokrti ke aku? Hehe. Tapi takpe, nak tunjuk pade derang, 'Bagus orang Mesia.. Bagus.. derang Muslims' harap akan ada impression macam tu.

Apapun, time balik dari Muar, aku sekali lagi mengorak langkah, kali ini sampai ke Pudu Plaza, jauh di belakang Times Square. Jauh siot. Tapi da kat situ katenye banyak kedai kamera. Hehe. Bila pergi kat kedai tu semua, aku tarik balik rasa menyesal aku. Senang nak dapat, dan murah, aksesori Sony Alpha. Alhamdulillah. He.


Tapi Sabtu tu dapat kunjungan penganten baru. Hehe. Terima kasih. Datang le lagi. Da la ade gambar kontroversi nih.. nak letak ke eh? Jeng jeng jeng.. Haha.



Jumaat, 1 Ogos 2008

al Fatihah untuk ayah Mohd Normukhlis yang baru meninggal dunia semalam.

'Muk, takziah..'

'Jimin.. Time kaseh datang. Bapak aku tu ari tu. Sempat ko jumpe eh..'

'Ye, a ah'

Aku tersenyum je bile Muk cakap macam tu sambil peluk aku. Ahad hari tu, mase skip program explorace Engineering Link kat Univ Malaysia Pahang, aku dengan yang lain-lain dari UIA ada datang Hospital Kuantan nengok ayah Muk. Sakit buah pinggang. Ade kene stroke.

'Hari tu ko nengok ok je kan die?'

'Ha ah.. tapi da sampai mase die agaknye..' aku cakap dalam hati.

Inna lillah walillahi raji'un.

Muk nampak cool je. Siap boleh buat lawak lagi. Tapi aku pasti dia dah puas bersedih sebelum kiteorang datang melawat kat umah die semalam.

Dulu, mase minggu depannya aku nak PMR, Mak dibawak balik ke Hospital Muar dari Hospital Univ kat PJ. Aku yang time tu da seminggu duk sorang-sorang kat rumah da suke gile, mesti Mak da baik kan, da boleh bawak balik Muar. Lepas Isya, Abang datang rumah, amek aku bawak pergi hospital nak nengok Mak. Tapi bile nengok keadaan Mak mase tu, aku jadi lemah lutut. Mak nampak sakit. Teruk. Menahan sakit sampai tak boleh nak bercakap dengan orang lain.

Aku salam tangan Mak. Duduk sebelah dia. Tapi aku tak sanggup lama-lama nengok dia macam tu. Aku keluar wad. Nengok kat luar Pakcik-pakcik aku tengah bincang turn nak jaga Mak lepas ni kat hospital. Aku tak tentu arah. Tak sedap hati tak nengok Mak. Nak tengok Mak pula, tak sampai hati. Aku keluar masuk wad. Sekali sekala Mak mengadu 'Azi.. sakit..'. Mak nampak aku. Tau aku ade dekat dengan dia walau dia tengah menahan sakit. Aku tatau nak buat ape. Nurse-nurse yang ada buat macam biasa je buat kerja sendiri. Aku nak panggil derang pun, aku nak suh derang buat apa? Aku tatau. 'Sabar Mak..' aku pegang tangan dia. Baca semua bacaan-bacaan yang aku rasa sesuai.

Dah pukul 11. Abang ajak aku balik rumah dulu. Esok datang nengok lagi, Abang kata. Singgah beli Soto dekat Parit Sakai. Belum dinner lagi dari tadi. Sampai rumah, baru nak suap sekali satu sudu, Abang dapat call dari Ayah kat hospital, 'Doktor suruh waris terdekat datang hospital sekarang, Mak dah tenat,' Abang cakap. Tangan aku terlepas sudu. Takde selere nak makan. Terus bangun, terus pergi ke kereta. Semua orang ke kereta, segera.

Tak sanggup nengok Mak sakit. Cepat lah baik Mak.. sambil duduk sebelah kiri Mak. Pegang tangan Mak. Usap tangan dia, harapnya Mak dapat rasa tangan anak bongsu dia membelai. Sekali sekala Ayah suruh salam tangan Mak, minta ampun dosa-dosa yang anak-anak dah buat pada Mak. 30minit. Satu jam. Masa berlalu begitu lama. 2.35 pagi tu, Mak pergi buat selamanya.

Mak Ngah peluk aku. 'Sabar Azi..'. Semua orang terdiam. Terlalu terkejut untuk menangis. Terdiam. Aku menghadap muka ke dinding. Menyembamkan muka, tatau apa nak buat. Istighfar, bercakap dengan Dia, rahmatilah ibuku.


Aku tak keluarkan setitis pun air mata. Sehingga Subuh tu, kat rumah. Air mata bercucuran, tanpa dipaksa keluar. Setiap kali memandangnya, aku tak dapat nak menahan. 'Mak dah takde,' sambil dipeluk makcik-makcik, adik beradik Mak yang ramai.

Mak dah pergi selamanya, itu ketentuan Allah. Aku harus terima dengan redha. Aku harus sentiasa doakan kesejahteraannya di sana. Aku perlu sentiasa mendoakannya. Menjadi anak yang soleh. Menjadi anak yang berjaya, walaupun dia dah tak ada. Menjadi kebanggaan dia, walaupun dia tak dapat nak bersama.

3 minggu sebelum tu, aku letak kepala atas riba mak. Mak belai kepala aku. 'Ai, da form 3 pun manja lagi?' Kak Fidzah gurau-gurau ejek aku. 'Azi memang macam ni..' Mak tersenyum. Tak sangka, itulah belaian Mak yang terakhir.

Azi rindukan Mak.
Azi sayangkan Mak.
al-Fatihah.

Tiada ulasan: