Cari Blog Ini

Rabu, Julai 30, 2008

Sehari Bersama Ansys

Hari ini takde kelas. Tapi, tetap sebok jugak. Nasib baik jugak amek 9 kredit je subjek sem nih. Kalau tak, mesti lagi sebok. Hari ini Azim ajak pergi buat Ansys dekat CadLab. Memang kene buat pun, assignment FEA. Tak pernah tau macam mana guna Ansys ni. Belajar FEA, Dr Qassim ajar jugak macam mana nak guna. Jawab soalan trusses guna Ansys. Power gile. Gile memang hebat ah orang yang buat software Ansys nih. Kalau nak kire-kire gune kalkulator pun mau amek masa juga nak jawab. Tapi dengan Ansys, sekejap je, dapat result, siap dengan simulation sekali. Hu. Dasat. Terase cam power pulak bile diri sendiri nengok hasilnya. Hehe.







Sekarang dah pukul 4. Seharian jugak duduk CadLab buat Ansys. Dr. Qassim cakap dalam kelas ari tu, 'You can do all the problems at the end of the chapter using Ansys. You can try. If you can do all these questions, mashaAllah, you are very good. You should stop learning and get out and work. These are the things that they do in the industries. If you can do it, then you should work now, make money, and come again to me and give me some money..' Hehe. Cheong tadi buat jugak 4 soalan tu. Saje-saje. Aku, macam nak buat tadi. Tapi tah, malas lak. He. Name pun budak Melayu kan.. =p

Hari ni ade registration besar-besaran sebenarnye kat CAC. Register wireless. UIA sekarang dah ada wireless seluruh kampus. Kecuali mahallah, yang dengar kate bulan September ni akan ade jugak. So derang buat briefing, dengan registration dekat CAC. Ramai orang. Siapa yang tak suke nak online kan. Wireless, kat mana-mana pulak tu dalam UIA boleh online. Tapi tatau kenape aku macam takde hati nak pegi registration. Aku takde selalu pun online wireless kat UIA. Nak online, aku ke GPCL, ke resource centre. Boleh je bawak laptop sendiri, cucuk wired internet kat situ. Tapi.. best jugakkan bleh online kat tepi-tepi.. duk bersile kat kaki lima, online.. macam selalu nampak dekat ITB dulu. Wuuuu.. pasni UIA jadi macam ITB la eh. Hu.


Heih.

Macam-macam dah berlaku. Semue berlalu dengan pantas. Aku tak sempat nak berbuat apa and settle down. Banyak gile. Penat. Dengan baju da bertimbun nak basuh tak sempat-sempat. Heih. Baru nak rilek-rilek sikit, teringat ade keje.. Alamak.. Kene buat.. Assignment. FYP lagi. Astronomy Club lagi. Malam kelmarin duk tido lambat, buat video show untuk mass gathering kelab esok malam. Heih. Lepas ni, bile da establish kelab betol-betol, nak suh apprentice jek ah wat sume bende. Malas dah.

Ngantuk dah. Tengah terpegun nengok budak master kat depan nih. Tengah draw kat CATIA, lawa gile. Siap ade orang sume. Aaaa.. ternganga. Aaaa.. hisk. Da la semua orang yang masuk lab ni tanye 'Da g register wireless?' Hisk. Hisk. Ye la ye la. Gi lah. Nengok dulu. Jom.

Tiada ulasan: