Proses mengambil result dan pendaftaran semester isnin lalu, seperti biasa berjalan dengan tidak lancar. Semester lepas, selepas sedar betapa susahnya kalau keluar lambat nak amek result, ramai-ramai berazam nak kluar awal mase nak amek result. Tapi segala-galanya adalah azam semata-mata. Masing-masing sume kluar amek result pukul 9 lebih, sama macam sem lepas. Line beratur dah sampai ke luar dewan dah, macam sem lepas gak. Beratur-beratur, sambil bergilir pergi register sem kat central spine dengan roommates. Akhirnya sampai gak kat kaunter amek result dalam pukul 11 kot, awal lagi la daripada semester lepas. Menunjukkan betapa sistem pengurusan yang telah diperbaiki, walau ada sedikit kelemahan. Huhu.
Tapi malangnya nasib kami sebilik, result kami tak da pada tangan kaunter tu. Sebilik tak dapat result. Cek nama kat blacklisted students STAD pun tak da. "Takda.. takda.. ni mesti pasal bilik kotor nih.. Dah sorang budak bilik kite pun tak dapat result," sian zuhdi berpeluh-peluh dia nak setel nde nih. Memang betul, result kite orang pada ofis college. Tak masal kena denda RM 10. Bilik last sem kotor. Tapi nak amek, kena beratur lagi. Aku dah penat giler macam siot. Tambah pulak kita orang kena tukar bilik. Bilik baru pulak memang tak best. Bilik baru ni menghadap ke dalam, bukak-bukak tingkap jek terus nampak atap cafe mak wan. Heh. Suasana sentiasa macam waktu maghrib. Bilik dah ler berhabuk. Terpaksa sapu + mop bilik tu (sampai patah-patah mop mak cik cleaner dikerjakan.. muahahaha. Tapi kita org ganti kayu baru ma..) smalam seharian + dengan kemas-kemas loker sume-sume tuh. Penat siot. Anep plak ajak aku amek result + register bilik tengahari tuh, kire awal gak ar setel sume skali. Alhamdulillah...
Pagi tadi pukul 9 kelas dah start dah. Kelas math. Half of my classmates last sem still same kelas ngan aku, plus some of classmates zuhdi. Sekelas ngan zuhdi doe aku sem nih.. Huhu! Tadi ingat cekgu nak intro sikit-sikit jek, rupenya die ajar sampai abes subtopic, 3 jam wo. Balik kelas tadi tido, sampai pukul 4 tadi bangun, solat zuhur, pastu gi cc. Hehe. Petang karang nak gi pasar malam, lama giler tak layan nasik lemak nora. Huhu! Study? Nak start dah ke? Malam ni la... Huhu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan