Cari Blog Ini

Jumaat, Mac 19, 2004

Kat library. Lama dah tak blogging dari library. Bosan seh. Rumet ramai yang balik. Nak gi ngundi kot? Wahahaha. Ampeh. Aku tatau menau ape yang berlaku dalam arena pilihan raya skang nih. Yang aku nampak skang nih bendera, poster memang melambak-lambak. Petang tadi pegi jogging kat SS 16, nengok makin rancak kempen, siap ada khemah BN tak masal ada kat bahu jalan. Ntah ar, takde nak komen pape pasal election ni, tak berminat. Yang penting sesape menang pun, mesti kasik cuti 1 hari. Wahahaha...

Ingat nak balik Muar hari ni, ayah pulak yang discourage aku. "Jalan balik nanti sebok, banyak kete. Orang semua balik mengundi,". Memang betul pun, petang tadi aku suruh Napong usha tiket balik Muar ade ke tak, (petang tadi die pergi pudu, hantar ayah die balik penang), habis seh. Bila la aku nak balik agaknya, cuti mid sem nanti seminggu jek.. Huhu~

Dah nak masuk minggu ke-3 dah aku ade kat sem 3 ni. Kerja tak banyak sangat, tapi lectures sume express, laju. Catch up? Boleh, insyaAllah. Kat hostel plak aku dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan bilik kami itu.. Wahahaha, sentiase bukak lampu, kalo tak gelap. Katil aku dah patah! Nak report, tapi asek buat-buat tak sempat jek nak report. Skang ni aku menyesarkan dein dari katil die, die tidur katil lain. Heh heh...

Kelmarin pulak ada meeting Engenius. Kecah-kecah semua tak nak jawatan yang diberi untuk sem depan, termasuk ar aku. Isk. Sampai ada ura-ura nak bubar. Macam-macam cara yang diusul cemane nak settle. Sampai sekarang belum settle lagi, meeting ditangguh ke meeting akan datang yang akan diberitahu tarikhnya.

Balik kah aku ke Muar sebelum final exam sem ini?

Tiada ulasan: