Cari Blog Ini

Ahad, Mac 28, 2004

Sekarang ni tengah bingit kat rumah aku. Ada 3,4 orang cine berkeliaran kat dalam rumah aku. Tensen tol aku. Cina-cina tu semua ayah suruh pasang alarm kat kliling rumah. Huh. Smalam mase demo, 1 kampung denga bunyik alarm.

Banyak benda yang ayah nak cite kat aku sepanjang aku takde kat rumah 3 minggu lalu. Macam-macam benda berlaku pada dia sepanjang 3 minggu ni. Hehe. Tapi yang paling die suke cite pasal election baru-baru ni. Aku layan ar gak sikit-sikit pasal tu, pasal kalo layan lebih-lebih aku bukannye reti sangat benda-benda nih. Angah lak bawak balik digicam die baru beli. Ingatkan die bawak balik sekali dengan wayar connect ke pc, boleh amek gambo aku masuk dalam blog ke, frenster ke. Die tak bawak ar plak, bosan jek..

Apsal ek aku balik rumah minggu ni? Macam no point jek balik. Sampai rumah malam sabtu ari tu, tido. Bangun esoknye kol 12 lebih, lepak-lepak, main game, sampai malam, chatting, tido balik, tadi bangun kol 12 lbih gak, dengo bising-bising bunyik alarm, pastu online nak update blog. Kerja 1 pun aku tak bawak balik. Adeyh. Esok nak kena hantar tutor chem lab. Tapi leh gak save duit, kalo stay kat pj mesti bebudak ni ajak kuar gak. Better still, next week tak yah ar aku nak balik, leh usah-usha buku, wat soklan prektis ke, coz next week ada midsem exam! Get ready man!
Lama dah tak blogging. Tiap kali nak blogging asek malas jek. Hari ni ade mood nak blogging, tapi bebudak ni ajak meeting engenius lak kat mIRC. Hampeh tol. Lain kali arh blogging.

Selasa, Mac 23, 2004

Tadi quiz math. Nengok zuhdi nye jawapan same cam aku. Best best. Wahahaha

Sabtu, Mac 20, 2004

Hari ni pulak blogging kat IIUM Cyber. Pun lama gak tak blogging dari sini. Takde orang sangat skarang ni kat IIUM Cyber. Ade 3,4 orang jek. Husen ade sebelah aku, cam biase ar, hardcore ukhwah.com. Huhu! Ajak aku gi gath amende tah (anjuran ukhwah.com). Nengok ar husen, kalo aku free aku ikot ar ko.

Bosan giler (setakat tengahari ni ar..) rumet ramai balik. Tutorials takde mood nak buat. Tido jek la aku...

Bosan doe...

Bile nak belajar?

Jumaat, Mac 19, 2004

Kat library. Lama dah tak blogging dari library. Bosan seh. Rumet ramai yang balik. Nak gi ngundi kot? Wahahaha. Ampeh. Aku tatau menau ape yang berlaku dalam arena pilihan raya skang nih. Yang aku nampak skang nih bendera, poster memang melambak-lambak. Petang tadi pegi jogging kat SS 16, nengok makin rancak kempen, siap ada khemah BN tak masal ada kat bahu jalan. Ntah ar, takde nak komen pape pasal election ni, tak berminat. Yang penting sesape menang pun, mesti kasik cuti 1 hari. Wahahaha...

Ingat nak balik Muar hari ni, ayah pulak yang discourage aku. "Jalan balik nanti sebok, banyak kete. Orang semua balik mengundi,". Memang betul pun, petang tadi aku suruh Napong usha tiket balik Muar ade ke tak, (petang tadi die pergi pudu, hantar ayah die balik penang), habis seh. Bila la aku nak balik agaknya, cuti mid sem nanti seminggu jek.. Huhu~

Dah nak masuk minggu ke-3 dah aku ade kat sem 3 ni. Kerja tak banyak sangat, tapi lectures sume express, laju. Catch up? Boleh, insyaAllah. Kat hostel plak aku dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan bilik kami itu.. Wahahaha, sentiase bukak lampu, kalo tak gelap. Katil aku dah patah! Nak report, tapi asek buat-buat tak sempat jek nak report. Skang ni aku menyesarkan dein dari katil die, die tidur katil lain. Heh heh...

Kelmarin pulak ada meeting Engenius. Kecah-kecah semua tak nak jawatan yang diberi untuk sem depan, termasuk ar aku. Isk. Sampai ada ura-ura nak bubar. Macam-macam cara yang diusul cemane nak settle. Sampai sekarang belum settle lagi, meeting ditangguh ke meeting akan datang yang akan diberitahu tarikhnya.

Balik kah aku ke Muar sebelum final exam sem ini?

Ahad, Mac 14, 2004

Tiada apa yang menarik berlaku sepanjang first week sem 3 ni. Kelas tak packed sangat, tapi had to face such a fast-pace study. Minggu depan dah start quiz, tutorials, assignments. Math dah nak abes chapter 2 dah. Huhu. Bilik lak terpaksa dibukak lampu sepanjang masa. Kalo tak, akan jadik seperti waktu senja lah bilikku itu. Isk2..

Semalam pergi Mid Valley, lame dah tak pegi situ, rindukah? Hahahah.. Kat MVEC ade buat women's day ngan edu fair. Edu fair? Teringat dulu mase lepas2 SPM. Pastu kat situ ade wat show kapuera ape tah, yang Brazil nye silat tu. First time nengok, best ar gak. Kat MV, orang tak ramai sangat, orang ramai pun sbb nak nengok mende2 kat MVEC. Shopping2 sikit kat Carefour, lepak2 kat MPH, tu jek ar yang menarik aku buat minggu ni kot? Huhu~

Better get busy from now...

Selasa, Mac 09, 2004

Proses mengambil result dan pendaftaran semester isnin lalu, seperti biasa berjalan dengan tidak lancar. Semester lepas, selepas sedar betapa susahnya kalau keluar lambat nak amek result, ramai-ramai berazam nak kluar awal mase nak amek result. Tapi segala-galanya adalah azam semata-mata. Masing-masing sume kluar amek result pukul 9 lebih, sama macam sem lepas. Line beratur dah sampai ke luar dewan dah, macam sem lepas gak. Beratur-beratur, sambil bergilir pergi register sem kat central spine dengan roommates. Akhirnya sampai gak kat kaunter amek result dalam pukul 11 kot, awal lagi la daripada semester lepas. Menunjukkan betapa sistem pengurusan yang telah diperbaiki, walau ada sedikit kelemahan. Huhu.

Tapi malangnya nasib kami sebilik, result kami tak da pada tangan kaunter tu. Sebilik tak dapat result. Cek nama kat blacklisted students STAD pun tak da. "Takda.. takda.. ni mesti pasal bilik kotor nih.. Dah sorang budak bilik kite pun tak dapat result," sian zuhdi berpeluh-peluh dia nak setel nde nih. Memang betul, result kite orang pada ofis college. Tak masal kena denda RM 10. Bilik last sem kotor. Tapi nak amek, kena beratur lagi. Aku dah penat giler macam siot. Tambah pulak kita orang kena tukar bilik. Bilik baru pulak memang tak best. Bilik baru ni menghadap ke dalam, bukak-bukak tingkap jek terus nampak atap cafe mak wan. Heh. Suasana sentiasa macam waktu maghrib. Bilik dah ler berhabuk. Terpaksa sapu + mop bilik tu (sampai patah-patah mop mak cik cleaner dikerjakan.. muahahaha. Tapi kita org ganti kayu baru ma..) smalam seharian + dengan kemas-kemas loker sume-sume tuh. Penat siot. Anep plak ajak aku amek result + register bilik tengahari tuh, kire awal gak ar setel sume skali. Alhamdulillah...

Pagi tadi pukul 9 kelas dah start dah. Kelas math. Half of my classmates last sem still same kelas ngan aku, plus some of classmates zuhdi. Sekelas ngan zuhdi doe aku sem nih.. Huhu! Tadi ingat cekgu nak intro sikit-sikit jek, rupenya die ajar sampai abes subtopic, 3 jam wo. Balik kelas tadi tido, sampai pukul 4 tadi bangun, solat zuhur, pastu gi cc. Hehe. Petang karang nak gi pasar malam, lama giler tak layan nasik lemak nora. Huhu! Study? Nak start dah ke? Malam ni la... Huhu~

Sabtu, Mac 06, 2004

Tengah nengok cerekarama sambil blogging nih... best ar plak citer nih. Anyways, awal pagi tadi farouq tepon aku.

"Awal ko bangun?"

"Heh.. kasik sehat sikit badan.."

Sihat eh? Cam perli aku jek. Hahah. Farouq nak beritahu aku yang result dah kuar, boleh cek via sms. Peh. Canggih betul. Lepas dah beritau aku betapa kekecewaan menyelubungi dia walau result die ok ape, dia suh aku cek.

"Aar, ye lah, ye lah"

Aku yang mamai lagi terus menyambung tidur selepas itu.

*****

Cek result tu hanye boleh untuk 013 and 019 users. So mintak tolong juan, sekali lagi. (Isk.. leke tol nengok drama tu, lambat seh nak type..). Suspen gak nunggu. Cuak, cuak, cuak. Aaargh! Tak lama pas tu juan forwardkan kat aku result die... Pass, alhamdulillah, but, not too good. "Jadik la..." tu jek komen ayah. Huhu. Better push more and more and more and more effort after this. Tak leh leka-leka lagi lepas ni. Bukan azam semata-mata, insyaAllah aku akan cuba (cuba lagi.. ape nih?). Aarh.. sekurang-kurangnya aku mencuba! Cuba lagi Azimin! Usaha sehabis baik! Ganbate ne~

*****

Tengahari tadi jumpa cikgu rauhdah kat keje kawin rumah jiran aku.

"Macam familiar jek ek? Sape ni?"

"Saye Azimin, cikgu,"

"Aaar.. ye, ye, eeii, bulat eh ko sekarang!"

Isk, dah berape puluh orang yang dah lama tak jumpa aku cakap macam tu. Huhu! Cikgu raudhah tadi, macam biasa, glamour, berkarisma. Tadi jumpa dia, dia dah nak balik, siap kenalkan aku ngan suami dia. Hehe. Tak sempat nak borak lama ngan dia, tanya dah ada anak ke belum? Huhu. Dia kirim salam semua...

*****

Wah, dah nak abes dah cerekarama ni. Dah last-last cam tak best ar plak. Huhu~

Khamis, Mac 04, 2004

Semalam aku pening. Asek pening jek aku nih.. ade pape ke? Hahahah. Lepas main game malam semalam aku jatuh pening. Aku cube menghilangkan pening itu dengan menggoreng beberapa keping roti telur, dan memakan kesemua dengan berselera. Memang hilang, tapi lepas makan pening balik. Huh. Kemudian aku cuba pulak untuk tidur awal. Tapi memandangkan aku cuba untuk tidur awal depan tv, jadi usaha aku nampaknya gagal. Eventually aku nengok bola sampai abes kat ch 9. Sebenarnye banyak sangat tido yang buat aku pening.

Esoknya, seperti biasa bangun dah nak dekat tengahari. Seperti biasa gak aku akan terlepas cuaca redup di sebelah pagi, di mana aku sepatutnya sambung ngecat pagar. Aaargh!! Cat pagar mungkin gak buat aku pening. Pening pasal pikir 'bile la nak siap nih...'. Dah masuk 2 minggu dah, tak siap-siap lagi. Payah tol nak nunggu petang yang redup. Pukul 5 lebih baru redup, pastu pukul 6.30 dah kene berhenti, makan, sembahyang. Dah ler payah nak cat pagar tuh, permukaan tak rata, simen kasar. Aaargh! Memberi alasan kah aku? Tapi petang tadi aku tak dapat nak ngecat, hujan. For the 1st time untuk seberapa lama ni, hujan! Hawa panas selama ni berasa reda sikit. Alhamdulillah...

Semalam juan kontek, dia dah belikan tiket balik KL untuk aku, sekali dengan dia ngan kakak dia. Tenkiu. Dah nak balik UIA dah aku. Rasa cuti 3 minggu ni macam lama ada, macam kejap pun ada. Dan yang membuatkan aku pening juga, bila memikirkan result yang akan kuar 8 mac nanti. Cuak, cuak, cuak! Isk... Petang tadi suzie call aku. Dia baru 3 hari start cuti sebulan lebih. Boring dah kata dia. Hahah. Borak-borak. Dia ceritakan detik-detik sukar kat Gombak berbanding detik-detik berfoye kat PJ. Hehe. Selalu menyedarkan aku betapa penting nya asas kat matrik sebelum ke main campus nanti. Sedar tu, sedar la jugak. Tapi perlaksanaan tindakan? Huhu.

Walau bagaimanapun, cerita-cerita semasa jugak agak memeningkan aku, terutamanya kisah pembubaran parlimen dan kisah kempen pilihanraya yang akan diadakan tak lama lagi. Baca paper, cerita tu. Nengok TV ceritu jugak. Pegi pekan kat rumah aku pun sebok tengah kempen. Petang tadi nengok ada program pemeriksaan kesihatan percuma dan pertandingan bayi sihat. Dia buat kat warong. Banyak banner kaler hijau, dah paham dah. Orang ramai seh.

Ah pening. Nak tido arh!

Selasa, Mac 02, 2004

Hari ni 10 Muharam 1425 H. Semalam masa tengah ngecat ayah cerita, puasa pada hari ni bagus. "Esok puasa bagus nih..." kenyataan yang berbentuk mengajak. Huhu~

Memang banyak kelebihan puasa hari ni. Bukan puasa jer, malah banyak lagi amalan yang digalakkan pada hari ni. Antaranya :

1. Solat sunat Mutlak
2. Bersedekah
3. Mandi sunat
4. Menyapu kepala anak yatim ; Allah akan angkat darjat setiap helai rambut yang diusap
5. Meluaskan belanja isi rumah
6. Ziarah orang sakit
7. Ziarah orang alim
8. Kerat kuku
9. Bercelak
10. Zikir dan doa hari Asyura
dan sebagainya. Hari ni jugak la ade wat bubur asyura.

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang
berpuasa
pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan
siapa yangg bersedekah
pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

dipetik dari laman web Mufti Brunei

Senarai amalan dipetik daripada hand out Lujnah Ta'mir, Masjid Jamek Muar.

Isnin, Mac 01, 2004

Pagi tadi bangun pukul 11 lebih, nengok ayah tgh ngecat pagar, sambung aku cat yang tak abes-abes since last week. Huhu! Hari nampak redup, so lepas bersihkan diri, join arh ayah. Sepanjang aku cat pagar sejak minggu lepas, walopun ade hari-hari yang aku rehat, aku susut 1 kg. Kalo gitu aku mau cat tetiap ari ar. Tapi aku malas. Asek tido jek. Isk...

Tengahari tadi makan kat Pt Jawa. Ayah tak ikot, puase. Mase nak balik, dah start enjin dah, nampak ustzh rohana ngan suami die. Lame tak jumpe die org. Beborak jap ngan die org. "Nengok kete ni td, saye igt ayah awak yang hon saye," ingat lagi ustzh rohana ngan kete yang slalu amek aku kat skola ni :).

Petang ni tatau ar, kalo redup mau sambung cat, bleh susut 1 kg lagi :P. Sempat ke tak sempat abes sbelum aku balik UIA smule tatau ar...