Cari Blog Ini

Jumaat, September 05, 2008

Yusuf
Joseph

Kisah Nabi Yusuf berdasarkan al-Quran seperti yang dihuraikan secara lisan oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil di Kuliah Sejarahnya di Surau an-Naim, Wangsa Maju, sepanjang tahun ini.

Di dalam kisah ini yang diambil dari Surah Yusuf (surah ke-12), Allah menonjolkan pelbagai kisah yang dapat dijadikan pengajaran kepada kita. Di dalam surah ini juga dapat dilihat betapa cara penceritaan di dalam al-Quran ini begitu tersusun dan indah (sila semak tafsir al-Quran). Dan satu lagi yang nyata ditonjolkan dalam surah ini adalah ciri-ciri awal kaum Israel yang melakukan khianat yang banyak, sebagai muqaddimah kepada kisah bani Israel yang kejam.

Bahagian 1

Ayat 1-18, Surah Yusuf

Satu hari Yusuf datang kepada ayahnya, Yaakob dan berkata, 'Ayah, aku bermimpi ada 11 bintang dan juga matahari dan bulan, sujud kepada ku,'


Yaakob, yang juga seorang Nabi, pantas mentafsir dan mengetahui bahawa mimpi itu adalah tanda yang Yusuf akan menjadi seorang mempunyai kebolehan yang hebat, mempunyai kualiti seorang Nabi. Lalu Yaakob berkata kepada anaknya itu, 'Oo anakku, jangan kamu kaitkan mimpi kamu itu dengan adik beradik kamu (Yusuf mempunyai 11 adik beradik) atau mereka akan jelous dan mengenakan kamu dengan suatu rancangan jahat. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kita yang nyata,'
Yaakob menyambung, 'Apa yang ditunjukkan di dalam mimpi kamu itu Yusuf, adalah Tuhan akan mengurniakan kepada kamu kebolehan mentafsir mimpi dan akan dilengkapkan rahmat Dia ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakob,'.

Dalam pada itu, perhatian Yaakob pada Yusuf dan adiknya disalah tafsir oleh anak-anak Yaakob yang lain. Sesungguhnya Yaakob telahpun berlaku adil, kerana tiada perhatian yang lebih pada anak-anak yang lain kerana pilih kasih, dan tiada pilih kasih dalam kasih Yaakob pada anak-anaknya. Yaakob memberi perhatian lebih kepada 2 anaknya itu sebab mereka berdua tu masih lagi kecil.

Adil adalah memberikan apa yang sepatutnya kepada orang yang sepatutnya. Kalau kita ada 2 orang anak. Seorang berumur 15 tahun, seorang lagi umur 15 bulan. Adil ke kalau kite berikan sekeping biskut mudah kunyah pada kedua-dua anak kita tu untuk makan malam? Untuk 15 bulan punya anak tu kenyang la dia, yang 15 tahun? Celah gigi dia da abes biskut tu.

Sebuah bidalan Arab ada menyebut, 'Siapakah yang kamu sayang antara anak-anak kamu? Maka jawabnya adalah - sayang yang kecil, samai dia besar. Sayang yang sakit, sampai dia sembuh. Sayang yang musafir, sampai dia balik. Betul tak?

Jadi syaitan pun amek kesempatan menghasut adik beradik Yusuf. BUNUH Yusuf! Atau campak Yusuf ke satu tempat yang terasing. Tipu daya iblis diceritakan dalam ayat ni. Iblis kata, 'Jahat, memang la jahat bunuh. Ala.. lepas tu kita buat baik la, jadi orang baik semula. Buat jahat sikit je. Takde hal punye,'.

Tapi ada seorang dari adik beradik Yusuf yang teragak-agak nak bunuh dan cadangkan campak je Yusuf ke dalam perigi. Bermulalah plan jahat mereka itu.

Dan mereka bertemu dan bercakap pada Yaakob, 'Oo Ayah kami, kenapa Ayah tak percaya kepada kami dengan Yusuf sedangkan kami ni abang-abang dia? Kasik la dia main dengan kiteorang, kiteorang KOMPEM jage die baik-baik,'. Di dalam ayat ni, diubah bacaan 'manuna' (sila semak Quran anda) bagi mencela sikap adik beradik Yusuf yang menyalahkan Ayah mereka sendiri yang tak membenarkan Yusuf ikot mereka bermain.

Tapi Yaakob tak pula menuduh anak-anak dia tu, tapi menjawab, 'Aku sedih, bila membayangkan yang kalau-kalau kamu semua terlepas pandang jaga Yusuf, serigala akan datang dan membaham Yusuf,'. Tapi akhirnya mereka dapat juga membawa Yusuf keluar dengan mereka bagi melengkapkan rancangan jahat tu.

And so, mereka pun membawa Yusuf dan tinggalkan dia di dalam kegelapan perigi. Dan sesungguhnya Allah memberi ilham kepada Yusuf, bahawa Yusuf AKAN selamat. Di sini Yusuf yakin yang dia akan selamat. Yusuf tenang walaupun berada jauh di dalam perigi yang gelap.

Malam tu, adik beradik Yusuf pun pulang kepada ayah mereka dan sambil 'menangis-nangis' mengadu kepada ayah mereka 'Oo Ayah, tadi kami main lumba-lumba lari sesama kami dan tinggalkan Yusuf bersama barang kami. Lepas tu, serigala datang dan membaham Yusuf! Emm.. tapi ayah mesti tak caye cite kiteorang kan? Walaupun kiteorang ni cakap betul, kan?'. Lihatlah sikap mereka, sikap orang buat salah, dah buat salah, lepas tu mengaku cakap betul tak buat salah, sikap orang Israel. Lalu mereka membawa baju yang dibasahi dengan darah palsu kononnya milik Yusuf.

Yaakob memberikan respon yang sangat lembut, walaupun dia sedih. Yaakob tahu yang adik beradik Yusuf ni jelous dengan Yusuf dan mereka lah yang dah lakukan sesuatu pada Yusuf. 'Sudahlah, tak payah cerita lagi, aku tahu korang semua menipu. Biarlah aku bersabar dengan kesabaran yang indah,'. Dan jelas, Yaakob mempunyai harapan yang anaknya Yusuf tidak mati dan berharap Yusuf akan kembali kepadanya. Kasih seorang bapa kepada anaknya yang hilang.

Tamat ayat 18, Surah Yusuf.

Tiada ulasan: