Cari Blog Ini

Rabu, Julai 04, 2007

24 Jun 2007
Mari kita muhasabah diri kita

Sebelum tu nak cakap. Kadang-kadang orang baca blog aku ni banyak bahasa Melayu ada orang menganggap blog aku tak cool. Blog aku skema. Mungkin ada yang anggap tulis dalam English orang lagi ramai suke bace. Bukan aku tak reti tulis dalam English. Bukan jugak aku tak suke English. Aku suka belajar bahasa asing. Cuma aku nak memartabatkan bahasa ibunda aku. Kalau tak aku, orang Melayu, siapa lagi nak martabatkan. Oleh sebab itu aku sedaya mampu cuba untuk meng'cool'kan bahasa Melayu dalam blog nih, dan juga mencampurkan satu, dua perkataan English supaya korang pembaca selesa baca, tanpa merosakkan sangat bahasa tuh. Kalau terase skema tuh, harap abaikan aje. Yang penting isi. Lagipun, aku suka berjurnal, bukan berdiari. Tu sebab kadang-kadang panjang.

Hari ni aku sms ramai kawan-kawan. Tanya pendapat derang pasal aku. Tak ramai yang balas. Ada 5 orang je balas. Setakat nih.

'Treat sume kawan2 same. Excited bila wat sumthing yg minat. Ade leadership tp more to a follower. Manja'

'Menipu. Supportive'

'Manja. Seorang yang lurus. Mudah berkomunikasi. Mudah down tp still di peringkat yang ok'

'Bertanggungjawab. Ada ciri pemimpin tapi tak cukup tegas. Kdg2 tak pandai cakap 'tidak' kat org lain. Manja'

'Selamber dan senang - senang nak keje bersama, senang nak bergurau bersama'

Ada sesetengahnya aku memang sedar dan aku sendiri tau tu tak bagus, tapi aku sendiri tatau cemane nak ubah. Macam 'seorang yang lurus' tuh. Betul. Aku sedar. Aku mengiyakan apa sahaja tanpa selalu berfikir panjang. Jarang sekali aku berfikir sebelum jawab 'ya' atau 'boleh' untuk soalan atau permintaan. 'tak pandai cakap 'tidak' kat orang lain' tu pun parah jugak. Aku menyerahkan segala-gala bila sesape mintak something dari aku. Dan selalunya orang pijak aku balik dengan selalu tak pulang, pulang lewat. Aku tak pandai carik alasan tak nak kasik walaupun aku pandai 'menipu'.

Lepas ni kene berhati-hati, jangan terburu-buru membuat keputusan. Fikir dulu apa sebab dan akibat.

'Mudah down' tu pun merisaukan aku. Bende tu betambah-tambah jadi. 'Kualiti' down tu aku tak bape risau.. macam dalam sms tu cakap 'still diperingkat yang ok', tapi sebab 'mudah'nya aku down, menyebabkan sampai perkare kecik pun aku jadik down. Aku risau perkembangan mcm tu. Huhu! Aku mudah jeles dengan banyak bende. Aku mudah frust dengan semue bende yang aku nak tp aku tak dapat.

Lepas ni kene selalu bersabar, tak buleh fikirkan sesuatu bende tuh, terlalu mendalam. Yang da lepas, biarkan disimpan, yang akan datang ni yang perlu kita cari.

'Ade leadership tp more to a follower', 'Ciri pemimpin ade tapi tak cukup tegas'. Aku tak risau kot? Sebab aku memang tak rasa aku boleh jadi pemimpin, kecuali pemimpin keluarga yang memang wajub. Hehe. Ke mmg patut aku risaukan? Aku memang dapat rasa aku punya suara jarang didengar (dipatuhi) oleh ramai anak buah bila aku jadik ketue sesuatu team. Memang tak tegas kot? Muka pun muka tak bengis. Hehe. Em. Bila nak bagi arahan, aku terlalu kesian kat anak buah. Bila anak buah bg alasan, aku dengan mudah kate 'oo? takpe' (ni da libatkan peribadi 'tak pandai cakap tidak' aku nih). Aku cuma taknak ada yang bermasam muka dalam team aku. Bukan tak nak tegas. Mungkin jugak aku kene berubah.

Lepas ni kene tengok keadaan yang sesuai untuk berlaku tegas.

Tu kawan-kawan cakap. Famili? Dulu aku seorang yang bukan family-oriented. Masa membesar, umur 12 - 17 tahun, famili aku tak berapa menggembirakan, banyak krisis berlaku berbanding kisah manis. Kena pulak masa tu tgh gelodak remaja. Dalam hati aku memberontak, 'Kenape keluarge aku mcm nih?'. Berdose aku. Bila da besar sikit, da jumpe kawan-kawan asrama, selalu buat aku ketawe dan gembire, aku buat tak kesah dengan keluarga aku, sampai kene tegur dengan Ayah. Sejak tu aku mula berfikir. Setiap orang ada rezeki masing-masing (ade keluarga elok, ade yang tak bape elok). Kite kene pandai cari jalan untuk memperbaiki keluarge kite kalo keluarge kite tak bape elok.

Time kasih pada orang Jalan Drummond. Die da banyak tunjukkan cara nak appreciate famili, merapatkan famili melalui kisah-kisah die dan famili dia =). Skang nih tengah berusehe, nak menghargai famili. Cuba nak rapatkan hubungan famili. Selain dari hari raya, famili azimin da bertahun-tahun tak berkumpul makan bersama. Da bertahun-tahun tak keluar jalan bersama. Walaupun suara paling tidak didengari sebagai anak bongsu, azimin akan tetap mencuba menyuarakan cadangan untuk bersama =)

Tiada ulasan: