Cari Blog Ini

Rabu, April 02, 2003

Ahakss,,, dah tinggal bebrapa hari lagi nak jadik budak kolej

:::30/03/2003:::


hari ni hari ahad. Dak -dak maahad form 3 ade wat gathering kat Home Fast Food Muar. ini sume rancangan sape aku tak tau, yang penting mende ni dah dirancangkan dari mulut ke mulut. Ape pun aku akan datang bersama-sama ngan Zulfazdli dengan menunggang motosikal barunye yamaha LAGENDA


Sampai kat muar lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Ahahah janji pukul 11.00 tapi aku sampaii lewat sejam.
"Hey cepat laa.. Dah lambat sangat nih".Fazli tetiba bersuara ."Okey aar mulakan" ko jadi pengerusi " Hirzahida menjawab."eii ape pulak. Apasal aku........... dan dot dot dot.

Gathering abis lepas sume abis makan.Pastu Irazi ngan Jali ajak pergi umah Cikgu Rashidah. Apa lagi. Sume pergi termasuk Cacing walaupun dia hanya berlesen "L". Arul pulak bawa motor scooter 125. (heheh sama macam Malin punye)

Assalamualaikum..... Cikgu Shidah.....

--Eh... Masuk -masuk. (yang belum solat tu solat kat umah cikgu shidah) Kat umah cikgu shidah mengabiskan makaroni cikgu shidah(walaupun baru lepas makan kat Home) Pastu budak -budak ni berbual pasal KMJ( Kolej Matrikulasi Johor) . Sape yang dapat lagi . Itu sume diterangkan kat cikgu shidah. Aku pulak tanya pasal diri aku yang tak tentu hala masa tu sebab aku ade cadang gak nak masuk UIA. Setelah bertanya pendapat member -member dan cikgu shidah aku wat keputusan amik matriks.


Tak cukup ngan makan jambu batu , dak-dak ni masuk bilek Najib sambil belajar -belajar menggunakan Laptop cikgu Shidah yang dia dapat Free dari kerajaan (Hak Kerajaan) Pastu solat Asar kat sana dan kemudian balik kerumah masing -masing.

---------------------------------

Dur ... dur ... sreet..... posmen datang. "Eh.. surat dari Uniten" Waaaa aku dapat tawaran pergi sana. Alhamdulillah.
Aku belek -belek surat tu sambil membeca sume yang terkandung dalam surat tu. Isk -Isk datang lagi problem aku. Aku dah cakap nak amik matriks ngan member -member. Datang surat ni . aku dah serba salah. Walau apepun esok aku nak pergi jumpa Cikgu Nor'in. (cikgu fizik terhebat di maahad)
untuk bertanya pendapat dia.


Catat Komen