Cari Blog Ini

Sabtu, Mei 12, 2007

KL - Jakarta - Bandung
Bahagian 2

Tiba-tiba, tiba-tiba biarlah, malas nak bersandiwara lagi. Hehe. Banyak sangat da kisah-kisah tertangguh yang terkumpul. Hehe. ok!

Lepas lalu depan mamat-mamat niger tu, kiteorang jalan sambil borak-borak, lalu kat celah-celah perumahan yang sangat sunyi dan menakutkan. Senyap gile, rumah-rumah pun sume gelap-gelap je, yang ade lampu jalan je. Lepas tu, sampai wisma, kecoh-kecoh fizah kate ade jumpe dak maahad. Junior. Aku tak kenal pun. Die pun tak knal aku juan ngan fizah. Biarlah die. Hehe. Lepas tu lepak-lepak ngan student-student Malaysia kat sane, yang buleh dikatekan sosial (pada pandangan mata sebagai seorang siswa UIAM, tatau la plak kalo pandangan mata siswa sunway college cemane). Cam poyo plak aku kan? Hehe. Takde lah. Cuma wondering je, derang jauh dari mak ayah, mak ayah tatau keadaan cemane.. Tapi, Allah nampak kat mana jua kite berada. Harap suatu hari nanti, derang faham muamalah tu macam mana.

Lepas lepak-lepak dengan student (yang dicop poyo oleh juan yang juga dipersetujui oleh aku dan di approve oleh fikri yang menyampah nak pegi wisma walau da duduk jakarta setaun lebih), kami pun tidur. Satu lagi benda menarik yang patut aku cite dalam siri yang pertama: sumber elektrik di indonesia amatlah tidak seperti malaysia. Pin plug die sama macam Jepun, kite kene pakai international adapter, bleh beli kat Giant, Carefour sume ade, tapi kuasa elektrik die macam.. macam.. hehe, tak payah cakap la macam ape. Tapi nak cakap, kalau nak gune seterika, kite kene on kan seterika kepada meter yang paling panas, kemudian kene tunggu setengah jam lepas tu, baru seterika nak mula panas. Hehe. Dapat bayangkan?

Sekali lagi malam tu tido macam dalam neraka. Panas yang amat. Tapi takpe, esoknya kami akan berangkat ke tempat yang dingin bernama Bandung...


Hari 3
22 November 2006
8.00 pagi


Kami sudah pun memasuki highway untuk ke Bandung. Pemandangan di kiri dan kanan tak henti-henti menghidangkan pemandangan indah sebuah negara tropika. Hijau ladang, tandus bukit tanah, perkampungan petani.. Kami singgah sebentar di sebuah hentian. Semua turun berebut-rebut nak beli air. Tapi semuanya terpaku kat depan kedai-kedai, terjenguk-jenguk kedai mana nak beli. Ada 4,5 buah kedai jual air kat situ, takde sorang pun dari kami yang berani nak beli kat kedai mana satu, khuatir akan kebolehminuman air yang nak dibeli. Hehe. Aku mulakan langkah terus ke sebuah kedai. Dan kesemuanya mengikut aku ke kedai yang sama. Untung kedai tu. 20 orang semua beli air kat kedai dia. Keadaan agak kelam kabut dengan hanya due orang kedai nak melayan karenah kami yang mengalahkan 50 orang tu. Kat sini lah aku tesalah bagi duet. Aku beli 2 teh botol (berjumlah 5000 rupiah..) aku bagi orang kedai tu 50 000.. naseb baik orang kedai tu jujur.. dia pulangkan balik 45 ribu.. terperanjat aku. Aku pulak yang yakin yang aku kasik die duet 5ribu. 'Btol ke saya kasik 50ribu? Cube cek balik.. saya kasik 5 ribu tuh..'. Hehe. Hati-hati di Indonesia.. mata wang dia pada mula boleh jadi sangat mengelirukan... wang kertas yang biasa diperniagakan ada banyak.. 1ribu, 5ribu, 10ribu, 20ribu, 50ribu, 100ribu. boleh jadik kita keliru 100ribu dengan 10ribu, warna pun lebih kurang sama.

Haaa.. so perjalanan pun diteruskan dengan ditemani oleh teh botol masing-masing. Hehe. Tak jauh sebenarnya Jakarta-bandung nih, dalam 120 km macam tu. Tapi perjalanan ambil masa 2jam lebih sebab kemacetan jalan raya kat suburban Jakarta (atau orang sana panggil, Jakarta coret, maksud dia, Jakarta celup - bukan Jakarta, tapi panggil Jakarta jgk).

(Aku sebenarnya da tak ingat sangat in detail perjalanan kiteorang.. Kene tengok gambo dulu nih. Jap nengok gambo..)

Haaa.. Ada lalu kawasan penanaman padi bukit. Walaupun aku dulu minat gila kat subjek Geografi, ada belajar pasal padi bukit, walaupun aku pernah rasa beras bukit (beras huma) masa melawat kampung orang asli dekat Sungai Siput lebih setahun dulu (termasuk beberapa kali makan kat rumah, famili angkat kasik buah tangan stock seminggu punya makan. Hehe), tapi visually aku tak pernah tau cemane derang tanam padi kat lereng bukit. Tapi akhirnya aku jumpa juga, kali ni, dekat Bandung. Derang tanam dengan cara teres. Masa menghijau padi tu memang sejuk pemandangan. Hijaaaaauuu sangat. Indah.

Lepas daripada Tol Pasteur (tau Pasteur? Orang yang memperkenalkan teknik pempasteuran. Susu dalam kotak tu. Tu la guna teknik pempastueran, buleh tahan lama. Die orang Belanda. Tapi die banyak habiskan masa dia di Indonesia, di Bandung. Sebab tu la nama dia diabadikan dalam tol nih, kabupaten pun ade name die tak silap aku. Kabupaten tu daerah), maka we are in Bandung City!

Kita buleh lihat pelbagai warna kehidupan dekat Bandung City nih, daripada apa yang aku faham penerangan Mas Adi sepanjang dalam bas tadi. And its really true. Bila berhenti kat traffic light, memberikan kesempatan kepada kami melihat gelagat manusia yang macam-macam. Kebanyakannya mencari rezeki dengan mengambil peluang lampu merah dekat traffic light - derang pergi dari kereta ke kereta. Ada jual peta Bandung. Ada jual keropok. Ada yang tak jual pun ade jugak - hulur tangan mengharapkan ihsan pemandu. Ada jugak yang jual bakat - ada yang main gitar sambil menyanyi, ada yang pakai topeng sambil buat persembahan tarian tradisional kat sebelah pemandu kereta-kereta tu. Hehe. Satu bas semua jakun nengok orang yang macam-macam tuh. Sampai kat traffic light je semua bangun dari kerusi masing-masing jenguk ke luar tingkap.



Tapi apa pun, kami telah tiba di Bandung. Tempat yang sangat diimpi-impi oleh peserta sisters dari kalangan kami setakat ini. Hehe. Dan mereka seharusnya bersyukur apabila Mas Adi membawa kami ke Jalan Chihampelas di tengah-tengah kota Bandung sebagai destinasi kami yang pertama di bandar syurga factory outlet ini.

Jalan Chihampelas, boleh disamakan dengan Jalan Masjid India di Malaysia. Sikit beze la.. beze pada saiz bilangan kedai yang lagi banyak kat Jalan Chihampelas ni, dengan harga yang dicanangkan oleh Mas Adi sangat murah, sebab? Da nama dia factory outlet, murah meriah la!

Kami diturunkan dengan diberi masa selama 2 jam sebelum bertemu kembali di rendevouz - dalam bas. Malas nak cite panjang. Aku takde beli ape pun. Tatau nak beli ape. Aku nengok sisters semua bersemangat waja beli macam-macam. Aku asek cakap kat derang 'Weh jangan la beli lagi.. Aku tak beli ape lagi nih.. Aku nak beli ape? Aku nak beli ape? Ha??'

Ada yang aku berkenan, tapi takde saiz. Seluar jeans satu. Windbreaker Nike satu. Smart do due2. Tapi takde size aku. Sedih.

Sampai kat Mcd Chihampelas, satu yang menarik perhatian aku - ade gerai jual Mcd toys kat depan Mcd. Murah gile. 10,000 rupiah aku buleh dapat satu mainan robot Treasure Planet beso gile. Aku beli satu. Untuk Aus ngan Fariz =)

Hampir kepada masa untuk ke rendevouz, tiba-tiba leka tengok barang, aku Salwa ngan Fizah terpisah dari kumpulan. Aku takut sebenarnya. Risau gila. Salwa lagi la risau, menambahkan risau aku. Ngaaa. Cemane nih? Cemane? Nak carik ke bebudak tu? Ke nak tunggu? Tadi janji nak g Restoran Ayam Goreng Jakarta down the street sama-sama. Skang cemane?Nak carik, tak carik, nak carik, tak carik. Isk. Tatau ape perasaan aku mase tu. Tapi ade Juan ngan derang. Takpe kot. Sepanjang kiteorang ade kat Jalan Chihampelas tu, apa-apa pun, aku dengan Juan je yang akan dipandang bila sister2 ni nak mintak bantuan perlindungan. Dan biasanya aku ngan Juan akan balas dengan pandangan 'aku-buleh-wat-ape-aje-?' balik kat derang. Hehe. Satu info sangat berguna, berhati-hati bershopping di Jalan Chihampelas, peniaga jalanan di situ sangat ligat dan licik memujuk rayu kita untuk membeli barangan mereka. Kita ke mana pun derang ikot. Rimas rasanya. Tapi ada setengah2 barang tu memang berbaloi dibeli. Tapi tu lah, kita rimas ngan pujuk rayu derang. Tu lah yang diminta perlindungan segera. Hehe.

Akhirnya kata putus diputuskan. Kita pergi je la kat restoran tu. Juan ade ngan derang. InshaAllah takde ape. Kami pun bertiga ke sana. Meja di situ berhabuk, macam da lama gila takde orang duk situ. Aku da mula tak sedap hati. Buleh ke makan kat kedai sini? Aku tanye Salwa. Salwa sengih. 'Tadi Mas Adi rekemen kedai ni kan? Buleh la kot' Salwa sengih-sengih. Sengih dia tu sangat tak meyakinkan. Hehe. Tapi memang spoil la, first impression aku tu membuatkan aku tatau nak order ape. Considering the price, there was not a lot of choices. Aku kene jimat, aku tak bawak banyak sangat duet. Order je nasik goreng which apparently, nasik goreng kosong. Goreng ngan telur je. Tapi apparently lagi, ada rencah udang ayam dalam dia (aku baru nengok gambar, ade rencah rupenye. Ingatkan takde tadi. Tak ingat la. Hehe)

Tapi yang aku memang ingat, jus dia. Memang yang terbaik ah. Macam aku cite dulu, jus kat Indonesia, die jus original. Memang kaw. Sedap gile.

Tengah-tengah makan tu, Juan sampai dengan konco-konco nya.. 'Ko gi mane tadi? Ko gi mane?! Penat kiteorang tunggu!'

Hehe. 'Aku pun nak tanye ko g mane. Da.. da.. duduk makan. Jap lagi nak g naik bas..'

Tak puas hati dengan semua orang beli borong dasat-dasat punya (even Juan pun beli purse untuk ayah dia), I realize I have to buy sumthing! Aku nak beli t-shirt bandung. Yang ade tulis-tulis Bandung atas die. Zuhdi pun ade kirim satu. Aku ajak Salwa ngan Fizah. Fizah pun nak beli t-shirt Kenshin die tuh. Takde jual kat Malaysia die kate. Tapi aku pun tak ingat die beli ke tak t-shirt tuh..? Beli kot? Beli.. ke tak? Beli! Beli! Aku ingat Juan tanye 'Ko nak pakai kat mana t-shirt kenshin tuh? (the fact that Fizah tak penah pakai t-shirt in her daily life ngan kengkawan kat luwa) Hahaha!'. Aku beli 6 lai t-shirt. Satu je untuk aku. Yang lain kasik orang. Kasik Ayah satu. Zuhdi punye satu. Baju budak kecik satu. Eh? Baru 3? Bape lai eh beli? Uh.. Lupe da. Satu lai dalam 37,000 (RM16) aku ingat. Semua harga 'pas' kate salesgirl2 kat situ. Tak buleh kurang langsung. Semua kedai harga macam tu. Bape lai eh aku beli?

Da cukup! Cukup! (aku tak buleh ah, kalo nak cite mesti panjang.. hu)

Tiba masa untuk ke ITB. Semangat masuk dalam bas. Ingat buleh tidur. Tapi tak sampai sepuloh minit dalam bas, da sampai da ITB. La? Dekat giler?

Sampai-sampai ITB, kami terus ke Masjid Salman, masjid ITB. Solat Zuhur kat situ. Kat masjid tu, keadaan sangat sibuk. Orang ke sane ke mari. Yang duduk kat beranda ramai-ramai. Yang duduk buat assignment lain. Havoc gile. Suka jugak aku nengok. Hehe. Nampak ceria masjid tuh. Dekat masjid tu jugak persoalan aku selame ni terjawab. Persoalan aku selame ni - macam mana orang perempuan indonesia ni yang tudung-tudung labuh pakai pakaian derang eh? Aku nengok kat sekolah derang pun uniform skirt maxi je. Kat Masjid Salman tu aku jumpe besepah tudung labuh. Derang takde baju kurung. Derang jugak tak pakai jubah. Tapi derang pakai blaus loose dengan skirt labuh. Comel. He. Dekat Masjid Salman ni jugak aku nampak 2 orang perempuan pakai mini skirt masuk ke dalam masjid, lalu mengenakan telekung mereka dan solat (Tiada partition yang jelas yang boleh menutup pandangan ke dewan solat wanita). Tercengang gak mule-mule. Tapi thats it. At least derang solat walaupun dari segi sudut lain derang tak bagus. Hehe.

Aku mula excited (bukan excited nengok pempuan pakai skirt). Excited aku jumpa macam-macam karenah orang. Ni baru kat masjid. Lepas ni kiterorang akan ke kampus pulak...

Pukul bape tah mase ni tak ingat.

Kami memasuki kawasan kampus. Berdebar-debar jugak rasa. Tanpa sebab yang munasabah aku rase bedebar. Suasana yang nampak sibuk. Student ke sana ke mari. Ade yang tgh duduk tepi jalan bersila sambil study. Ade wat study group kat bawah pokok. Ade yang tergelak-gelak ngan kengkawan. Ada yang serius berjalan sambil membelek buku. Ade yang tengah main voleyball kat tengah-tengah campus pun ade. Cam ade fun fair je. Meriah. Aaaahh!! BEst nye! Cam ni la suasana U yang aku suke!

Dalam kampus ni, Dr Wahyudi yang bawak kiteorang. Da die x-student ITB. Muke die berseri jugak. Gembire die bawak kiteorang jalan. Die terus bawak ke bangunan Teknik Penerbangan. Teknik kat indonesia maksudnya engineering. Sementare nak tunggu usher dari ITB yang sepatutnya bawak kita, Dr Raihan suh masuk dulu ke kelas. Experience their class, kate Dr Raihan. Macam mane kalo die tanye soalan sir?! Nadiah tanye. 'Takpe la, jawab! tunjukkan kite hebat!' Dr Raihan semangat je cakap sambil angkat tangan tanda memberi sokongan.

Kebetulan Dr Wahyudi kenal lecturer yang tengah mengajar dalam kelas tu. So die kaotim dengan lecturer tu. Hehe.

We have a very warm welcome. They were all expecting us. Siap ade presentation pasal UIAM kat slide derang yang di present oleh lecturer derang. 'For your information, their lecturer, Dr. Wahyudi is one of my students last time when he was studying here in ITB' kate lecturer tu. 'UUuuuuuu..' student-student die kate. Hehe. Semua nye lelaki dalam kelas tu. 'Thats why it is called MECHANICAL, we are all male'. Hehe.

Isk.. Panjang nye aku da type.. banyak lagi nak cite nih..

Perjalanan diteruskan ke ofice of the dean. Seperti biasa, Dr Raihan akan menjalankan tugasnya.. Bertukar-tukar pengenalan and getting to know each other between two universities thing dengan kami student sebagai saksi. Hehe.

Perjalan diteruskan lagi ke lab-lab di faculty of mechincal engineering. Dalam perjalanan ade lalu 'oscent' derang. Mula-mula tu ketua usher derang (a fourth year student) tanye aku.. 'di tempat kamu ada badan pelajar? (die tak cakap 'badan pelajar'.. die cakap ape tah, aku da tak ingat, tapi aku mmg tak paham ape die cakap)' Aku tak faham. Sampai la kami lalu depan oscent derang, baru aku faham, die cakap pasal persatuan pelajar. 'Ade! ade! kami juga ade kedai sendiri, ade jual gula-gula, candy, macam tu.. Student buleh duduk-duduk discuss' aku cite pasal oscent. Pastu die balas 'Oh? Kami pun ada menjual makanan. Boleh di order sahaja jika mau mi goreng..' huh. Tanak kalah. Mi goreng pun ade kat oscent derang?

Sebelah oscent derang tu ade satu lab. 'Lab ini nggak boleh dimasuki ya? Jadik saya hanya akan ceritakan di luar sahaja' kate ketue usher tu which aku da lupe sape name die. Die cite dalam lab ni ade fighter jet. Fighter jet? Die nengok sume orang muke mengharap. die pun bukak pintu lab sikit, kasik kiteorang jenguk. Aku rase takde antara kiteorang yang penah nengok fighter jet depan mata. 'Err..err.. kita lihat dari luar sahaja ya? Nggak boleh masuk..'
brother tu serba salah nengok kiteorang yang berebut-rebut nak nengok.

Tanpa disedari seorang dari kami terlepas masuk ke dalam lab. (Aku tepakse cerite, Juan suh, aku da janji dengan Juan sejak kat Bandung lagi nak cite pasal ni - Fizah and her obsession. Hehe). Tapi time kaseh kepada beliau punye obsession, brother usher tu tepakse jua melepaskan kami masuk ke dalam lab itu. Hehe. Obsession #1: Aeroplanes.



Giler ah. Fighter jet betul do! Sume orang berebut-rebut masuk ke dalam lalu pintu yang dibukak kecik tu (brother tu masih lagi rase sebe salah nak lepas kan kami). Fighter jet dari jenis Sukhoi ni (Sukhoi skang adalah salah satu fighter jet terbaik di dunia) adalah hadiah daripada kerajaan Russia kepada ITB sekitar tahun 1960an. Dibuat khas untuk ITB atas tujuan pembelajaran. Jakun la jugak buat seketika.

Lepas jakun nengok lab fighter jet die tuh, kami jakun sekali lagi, kali ini melihat lab thermodynamics mereka pulak. Kalau di UIA, kami banggakan apabila ade test room untuk sebuah engine kereta (dari jenis FORD tahun 1980) di thermo lab kami. Tapi di ITB, mereka lebih lagi boleh bangga sbb derang ada due buah enjin traktor, sebuah enjin V-Tech terkini milik Honda (yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran) dan dua buah enjin jet kapal terbang berskala 1-1. Dasat tak? Rasa macam nak menangis pun ada. 'Kenape UIA takde bende bende ni sume?!'

Tak cukup ngan itu, kami dibawa pula ke Workshop derang. Kat lantai, sama je ngan workshop UIA (kite nye workshop lagi bagus, in fact). Tapi bila kami pandang ke atas, kami dihidangkan dengan pemandangan model sebuah projek mega Indonesia. Projek mega ape? Projek LRT. Kerajaan Indonesia memberikan mandat kepada ITB untuk membuat kajian bagi membolehkan Jakarta mempunyai sistem LRT mereka sendiri. Apa yang kami lihat di atas tu adalah model berskala LRT yang diujikaji oleh lecturer2 derang.

Tak cukup ngan itu lagi, kami dibawa lebih dalam di workshop tu, dan ditunjukkan pula kepada kami sebuah lagi projek mega. Projek kapal selam 6 degree of freedom (maksud die kapal selam tu boleh bergerak dengan sangat bebas dalam air, berbanding kapal selam tipikal yang hanye boleh kebelakang/kedepan dan keatas/kebawah). Tambah membanggakan derang lagi, salah satu dari kapal selam prototype derang dipinjamkan kepada tentera Indonesia untuk kajian lanjut.

Huh. Tak cukup lagi? Da.. Cukup lah.. Cukup setakat itu. Heh.

Kami dibawa pula ke Admin building, agak jauh jgk dari tempat kami berada, kami perlu menaiki bas. Di Admin tu kami seperti biasa menjadi saksi kepada majlis bertukar-tukar pengenalan dan pandangan lecturer2..

Dr Wahyudi gembira cite kat kami kisah die kat ITB dulu .. 'Tu, lecturer tu dulu aja saye MOM (mechanics of material). Saya amek MOM 3 kali dengan dia. Hehe. Tu sebab sekarang mase saye jadi Course Coordinator untuk Mechatronics, bila ada students yang fail datang kat saya, saya kata, tak ape, biasa tu kalao fail. Hehe'. Hehhehehehehe

Puas di kampus utama ITB, petang tu kami dibawa pula ke puncak sebuah bukit di pinggir Bandung. Kali ini untuk ke Departemen Astronomi ITB pula.

On the way ke Departemen Astronomi, the Obesession #2: cute rabbits. Hehe. Sape yang buleh tahan nak nengok adorable little rabbits dalam sangkar. Banyak gile tepi jalan on the way naik bukit. Tapi yang menyentapkan keseronokan nengok arnab2 comel tu, adalah papan tanda 'Sate Arnab' yang terpampang sana sini. Arnab2 comel dalam sangkar ni untuk jadikkan sate?! Ngaaaaa... takmo nengokkk takmooo!!!

Bandung ialah sebuah kawasan yang berbukit bukau. Agak tinggi dari paras laut, jadi memang sejuk udara kat Bandung nih. Dibawa pula ke puncak bukit petang tu, menambahkan lagi kesejukan. Beeesstt..

Departemen Astronomi ITB. Kena naik pickup nak baik puncak bukit tuh. Sebuah pusat pencerapan langit yang pertama dibina di hemisfera selatan bumi, pada tahun 1923. Of course dibina oleh Belanda yang pada masa tu menjajah Indonesia. Kami disambut oleh Prof Taufiq Hidayat, Pengurus Departemen ini, seorang profesor astrologi. Kami dibawa ke beberapa teleskop yang ada di situ. Ade 7 buah. Dari yang terkecil hinggalah yang terbesar. Penerangan Prof Taufiq sangat menarik. Best giler denga cite die, macam denga kisah kisah fairy tale pun ade. Macam-macam tentang astronomi dikongsikan bersama kami.



Yang paling best bila dibawa masuk ke dalam sebuah kubah pencerapan, dan diperkenalkan kepada teleskop yang terbesar ada kat pusat tu. Juga dari jenis teleskop yang terbesar di dunia (yang hanya terdapat tiga buah sahaja dalam dunia nih). Di bina pada tahun 1928, oleh Belanda. Kini teleskop tu telah diupgradekan beberapa kali dan skang ni boleh digunakan secara computerized. Besar die macam mane? Emmm.. besar mane eh nak cakap? Macam 3 buah van yang disusun. Besar tak?

Yang best jugak kiteorang duduk situ sampai malam, sebab ade sesi pencerapan bintang. Takde bintang pun malam tu sebab langit berawan. Semangat je take turn sorang-sorang nak gune teleskop (Gune teleskop kecik je, lens Carl Weisz, lens yang sama digunakan dalam kamera Sony. Nak guna teleskop beso gedabak tu buleh, tapi kene bayau ah. Sekali nak mencerap, kite kene beli filem khas die. Harga dia USD 1,500. Hehe). Ape yang best nye? Sejuk. Mase nih memang sejuk tak ingat ah. Lagi sejuk dari Cameron. Dah la pokok-pokok kat situ sume pokok pain je. Sume masing-masing da berangan macam ade kat Europe da. Sejuuuuukkkk.

Malam itu kami ucapkan selamat tinggal kepada Prof Taufiq dengan harapan dapat berkunjung lagi, boleh teropong bintang lagi. He.

On the way turun bukit tu pulang ke hotel (bukan pulang, tapi baru nak cek in sebenanye), kami singgah kat sebuah restoran jawa. Menghidangkan 'nasi timbel'. Ape itu nasi timbel? Kalau orang jawa johor mesti tau nasi ambeng kan? Nasi timbel tu lebih kurang macam nasi ambeng. Segulung nasi putih (yang sangat banyak), seketul ayam goreng, sekeping tempe goreng, tahu goreng sekeping, ulam ngan sambal belacan. Voila! Ni lah nasik timbel. Takde kuah. Tak buleh belah do makan nasik yang sangat2 la banyak tu tanpe setitik kuah. Macam ape rase die. Huhu.

Selain tu, satu lagi bende baru aku try, air bandrek. Aku tanye mamat waiter kat situ,

'Air bandrek tu ape?'

'Air bandrek tu air kelapa'

'Oh? Air kelapa? Ade es (ice) ke? Saye tak nak es' (aku selsema mase nih)

'Tak.. nggak ada..dihidangkan hangat'

'Ok.. lepas tu nnt kamu hidang gimana? Dalam buah kelapa ke? Ade isi ke kelapa tuh?

'Nggak, nggak, dalam cawan. Dalam air ada hampas sahaja' die tegelak.

Huh. Aku pasrah. Cemaneeee la agaknye rupe air bandrek nih. Macam bukan air kelape je.. Tapi tadi dalam bas Dr wahyudi rekemen kat aku suh try air bandrek. 'Di bandung tiada air sirap bandung macam di Malaysia. Tapi di Bandung ada air bandrek. Boleh la try nanti' die cakap kat aku. Kene try.. kene.. bile lagi nak try..

Akhirnya aku pun tau ape tu air bandrek. Macam air teh susu. Lepas ade kelapa atas die, abuk-abuk kelape. Hahah! Dak-dak ni sume nengok aku, aku ngan kak Qaya je yang order air bandrek kat meje tuh. Aku tak terus minum. Impression aku macam 'Eh.. isk.. leh minum ke? isk..' Ngaaa.. Tanak minuum air bandrekkkk.. tanaaakkk!!

Ape-ape pun memang seksa nak ngabes kan segulung nasik timbel tuh. Aku tak abes pun. Tibe mase untuk aku minum abes kan bandrek plak.. Rasa.. Macam air gula melaka je rase. Kasik sikit kat dak-dak ni. Air halia kate derang. Tah. Aku mane tau rase air halia cemane. Ye kot. So thats it, air bandrek ialah air halia (bukan teh halia, AIR halia) yang dicampur gula ngan abuk kelapa. Sedap. Tak sangka aku. Sedaappp!



Kekenyangan, kami ke hotel penginapan kami dengan harapan yang sangat tinggi menggunung - mintak-mintak la hotel ni best gile, leh tido sedap sedapp.

Hotel Abadi Asri. Amat saye rekemen kan kepada sape-sape yang nak stay beberapa lame di Bandung. Die ade kat kaki bukit, sejuk. Bilik die takde aircond. Ade kipas duduk satu. Tapi u dont even need that fan because it reaaaally comfortable. The weather there is really nice. Dingin, tapi tak dingin sangat. Just nice. Memang best giler ah. Hotel die pun cantik, simple, setingkat je hotel die. Dekat depan bilik ade taman sikit. Cantik.

So then we slept. Setelah 2 malam berpeluh berpanas di Jakarta, malam ketiga kami tidur dengan sangat lena dan selesa di Bandung =)


Hari Empat
23 November 2006
6.30 pagi
Bandung


Lepas solat subuh, kami terus bersiap dan bersarapan di hotel. Menu dia nasi goreng and continental breakfast. Sedap.

Lepas breakfast, kami terus bergerak untuk ke destinasi yang bagi aku, sangat penting bagi trip kami ke Indonesia nih. Destinasi yang aku tak sabar-sabar nak pegi sejak awal tiba di Jakarta lagi.

Nama tempat tu PT Dirgantara. Sebuah kilang membuat kapal terbang. Satu-satu nya di Asia Tenggara. Satu-satu nya industri berat yang menaikkan ekonomi Indonesia masa krisis ekonomi tahun 1980an dulu. Aku buat thesis pasal company nih mase amek EAP semester sebelum gi Indon nih. So aku memang sangat seronok nak melawat tempat nih.

Nak masuk kilang ni tak buleh bawak kamera, so awal-awal lagi kene tinggal kamera dengan hp kat pintu depan. Mula-mula kami dibawa oleh sorang pakcik nih. Officer tinggi gak kot kat Dirgantara. Die pakai tali leher UIA. Bangga aku nengok. Hehe. 'Saya pernah berkunjung ke Malaysia langsung melawat UIA' kate pakcik tuh.

Dibawak masuk dalam satu auditorium. Denga briefing die pasal company nih. Panjang kisah dia, dari awal-awal pembinaan kilang ni dalam taun 1976, sampai lah sekarang. Dr BJ Habibie yang initiate kilang ni dulu atas permintaan Presiden Soeharto mase tuh (that time Dr Habibie was one of the top managers in an aerospace company in Germany). Banyak kejayaan dirakam kilang nih, antaranya berjaya membina kapal terbang 100penumpang (yang menariknya, hampir 100% guna kepakaran tempatan. Memang power gile). Tapi malang, Bank Dunia tak luluskan pinjaman berbillion dollar pade Indon untuk kilang nih buat secara komersil pesawat tuh (kalo tak skang ni Indon da kaye raye agaknye jual kapal terbang macam Airbus ngan Boeing). So, projek tu hanya tinggal kenangan. Hanya tinggal model yang kami tatap kat dalam auditorium tuh. Pekerja-pekerja pun da ramai lari (even Dr Habibie sendiri skang da tak amek tau pasal kilang nih. Bagi pakcik tie UIA tu, memang menyedihkan jugak). Ramai yang lari ke Europe ngan US (keje kat Airbus ngan Boeing la tuh.. kompem). Tak kurang ada jugak yang lari ke Malaysia (keje kat syarikat supply part kapal terbang macam CTRM kat Melaka ngan ATSC kat Subang). Daripada mula-mula establish, dia ade beribu-ribu pekerja, tapi up to this date (23 November 2006) tinggal lebih kurang 800 orang pekerja je.

Skang ni, kilang tu buat kapal terbang atas tempahan. Tempahan kebanyakannya domestik dan serantau. TUDM pun ada tempah tentera punya pesawat penumpang. Kilang ni jugak wat anything related to military and fly macam peluru, roket etc.

Lepas tu kami dibawak pegi nengok model prototype skala 1-1 pesawat N250. Pesawat 100 penumpang, produk Dirgantara berjaya yang gagal. Buleh masuk dalam, macam kapal terbang betul. Bila da masuk tu, mula la masing-masing tunjuk jakun. Tekan sana. Tekan sini (semua button memang dibuat exact macam dalam kapal terbang betul, cuma tak ON betul betul je). Aku masuk dalam kokpit. Duduk kat kusi pilot. Ngan Juan. Haha. Macam betul sih. Tapi memang betul pun. Best gile. Tekan2, petik2, pusing2 handle, tolak2 gear. Hehe. Memamg macam budak2.



Lepas tu, ke kilang pemprosesan!

Aku tak ingat ke department ape dulu yang die bawak. Tapi yang aku ingat tempat die memang besa gile. Macam KLIA. Ada lebih 5 buah gudang besar aku rasa. Setiap gudang tu dalam die ade mesin-mesin tertentu. Tapi tu lah, tak bape ingat la pegi tempat ape. Gamba pun takde. Tapi yang aku ingat pegi nengok lab die. Lab quality control. Dari bende yang paling kecik sampai lah part yang paling besar di test kat lab nih. Die test strength. Same je experiment2 yang aku da penah wat mase amek Mechanics of Material dulu. Cume kat sini skala ni lagi besa. Hehe.

Lepas tu ade bawak pegi tempat die simpan part2 kapal terbang. Ade part dari Malaysia, company CTRM ngan ATSC. Lepas tu ade gak pegi tempat die potong-potong besi. Gune water jet. Dasat seh. Potong besi beso2 pakai air je. Hehe. Then ade pegi nengok satu tempat macam ade balang besa gile. Boleh muat sebuah kete dalam tu. Untuk ape tah. Da tak ingat. Hu.

Lepas tu die bawak kiteorang ke hangar. Hangar! Hangar! Here comes obsession #3: hangar. Hehehehe. Mase mule-mule masuk hangar tuh, macam mase kat lab kat ITB, Fizah da pegi jauh ke depan da. Seda-seda die da ade depan kapal tebang tengah cat. 'Hangar... kite ade kat hangar.. hangar.. hangar.. ' muke die memang betul2 muke macam tak pecaye. Hahah. Tapi tu lah, takde sape pun antara kiteorang sangke kite boleh ade kat tempat macam ni. Ade 2,3 buah katebang kat dalam hangar tuh. Bese nengok hangar pun dalam cite omputeh. Dalam cite Pearl Habour ade. Hehe. Same je macam dalam filem.

Yang kapal terbang tengah cat tu kapal terbang tentera. Die tengah cat wane ijau ngan wane coklat tompok2 tuh. Kate pakcik tuh kapal terbang ni TUDM tempah. USD 11 juta harge die. Jadi kami pun mengambil peluang lah, menjadi rakyat Malaysia pertama menyentuh kapal terbang tuh. Hehehehe. Sentuh ngan satu jari. Hehehehe.

Tak cukup ngan jakun nengok hangar, kami dibawa keluar dari hangar pulak. Kat luar ade landasan kapalterbang, macam airport. Tapi tu bukan yang kami nengok. Ade satu helikopter nih tgh terbang rendah kat landasan. "Tengah melakukan latihan" kate pakcik tuh. So kiteorang pun neeeeeeeengok je heli tu terbang sane sini. Rendaaaah die terbang, Memang sangat sangat membingitkan. Kene tutup telinga. Sambil kiteorang jakun2 nengok tuh si mas adi borak2 ngan pakcik tuh. Dari yang aku denga, mas adi banyak tanye pasal Dirgantara nih. Die sangat berminat nak tau, macam2 die nak tau. ade yang aku denga die tanye pakcik tuh, kenape dr bj habibi tinggal kan kilang nih? Enthusiast btol. Juan kate, 'Mas adi ni kuat semangat kenegaraan die. Die bangge dengan negare die ade kuar kan kapal terbang'.

Lepas tu pakcik tu ajak kiteorang follow heli tu terbang (heli tu terbang rendah and slowly). Sampai kat satu dataran, die mendarat lepas tu isik minyak. Pakcik tu cite pasal production heli kat kilang tuh. Heli yang kiteorang nengok terbang2 tu tadi buleh pusing upside down. Tak sume heli boleh wat macam tu. Power seh.

(sume orang da tanye da.. mane posting.. mane posting.. ye la.. yela.. aku wat cepat2.. heh)

Da puas pusing2 kilang tuh, begamba2 sikit kat arca kat luar tuh, kami meneruskan perjalanan ke gunung tangkuban perahu. Gunung berapi yang dah tak aktif, tapi masih lagi sampai skang kuarkan gas dan asap die. On the way naik bukit tuh, ujan, kami singgah makan kat satu restoran kat kaki bukit die. Solat kat situ, then tunggu ujan teduh, teruskan lagi journey panjat gunung tuh naik bas. Cantek view die. Bandung ni da memang already sejuk, lepas tu tambah lagi plak ngan condition die naik tanah tinggi, pokok sume macam pokok omputeh. Hehe. Faham kan pokok omputeh? Hehehehe.

Mase naik bukit tu Mas Adi cite lagenda tempatan pasal tangkuban perahu nih. Dulu, zaman dulu2 sangat, ade sorang... err.. sorang ape ar? Ala lupe lah cite die.. isk.. caner eh cite die? Emm.. em.. ade sorang nih.. pempuan cantik gile. die ade sorang anak laki. Die jugak ade sekor anjing. Satu hari pempuan ni ngidam makan hati ape tah? Hati beruk kot? Ke babi? Ke hati orang? Huhu. Tak ingat. Tapi tak kesah, yg penting die suh anak remaje die tuh g carik hati tu. So pegi la anak die ngan anjing die carik hati tuh. Tapi sampai seharian ank die tak jumpe2 binatang nih nak amek ati die. So die takut mak die marah, die pegi bunuh anjing tuh pastu g bawak balik umah. Die kasik mak die. Mak die syak, cube ko cakap betol2, ni hati sape? Pastu anak die ngaku, die amek anjing nye hati. Lepas tu mak die marah. Mak die cakap, sebenanye, anjing tu bapak ko. Errrkk?! Bapak ko kene sumpah jadik anjing. Sampai ati ko bunuh bapak ko. Pastu pempuan ni pegi ketuk kepale anak die sampai ade parut. LEpas tu mamat ni pun tensen, lepas tu lari.. lari.. lari tak balik2.. die g betape.. lepas tu die jadik kuat. sampai la die jadik orang beso da ensem (mak die lawa gile kan.. ank mesti ensem). Lepas tu satu hari mase die tgh memburu kat utan, die tejumpe sorang minah ni, lawa gile. LEpas tu pegi melayari perasaan same2. Mase tgh belayar tu si minah ni rabe2 kepale mamat tu lepas tu terase ade parut kat kepale die. Huh? Ko anak aku ke? tanye minah tu. (ade name2 dalam cite nih, tapi aku tak igt..) Hah? Takkan ko mak aku kot? tanye mamat tuh. (mak die kan lawa gile.. sampai da tue pun lawa lagi). Lepas tu mamat tu pun lari sekali lagi. Die bengang. Die pegi betape balik. (aku sebenanye da tak igt ape kaitan die jumpe mak die tu balik ngan gunung tangkuban nih.. aku nak cube igt.. tapi da tak buleh.. so aku ubah2 je cite la eh? hehe). MAse die g betape nih.. kononnya die nak kuarkan satu kapal besar gile dari tanah (macam summonning la, aku pun da tak git apsal die nak kuarkan kapal). Lepas tu mak die g kacau die, mak die buat bising. Lepas tu die tak leh nak concentrate, die telepas control, kapal besa tu terbalik atas tanah. Jadik lah gunung tangkuban perahu (perahu terbalik). Heheh. Panjang cite, tapi takde kait pun. Ape tah. Da lupe la cite die, die ade kait sebenanye. Ntah lah.

Tapi ape pun, view memang cantik sangat, die ade pusat penanaman pokok pain kat kawasan nih. cantik sangat. Sampai kat satu stesen, separuh perjalanan panjat gunung tuh, bas kene berhenti situ, perjalanan seterusnya kene naik trak yg disediekan. KEcik je trak die. Macam trak safari yg open tuh. Bawak kan main laju. Rase cam nak tecampak je mase die konar kat tepi2 gaung tuh. Ngerii.

Sampai kat puncak, die nye suhu sejukk. Angen tiup kuat, sejuukk. Walaupun orang ramai giler mase tu, pastu matahari cahaye terik tengahari tuh, tapi suasana sejukk sangat. Rase excited nk g nengok kawah gunung berapi, cemane la rupe bentuk gunung berapi ek? Hehe. Pegi kat kawah, BEsa kawah die, macam satu padang hoki. Lepas tu ade satu lubang kecik kat tgh2 kawah, ade kuar asap. So, macam tu lah gunung berapi. Tu je. Hehe.



Banyak amek2 gambo kat sinih. Tak sangke Dr Raihan ngan Bro Syed Noh suke begambo jgk. Sakan. Hehe. Tapi yg tak bestnye kite kene layan penjual jalanan yg akan ikot kite kemane2 kite pegi. Memang tak bleh nak elak. Lari dari penjual A, penjual B dari kiri datang. Lari dari B, C dari depan datang. Ngaaa.. 'Tepiii!!! tepiii!!!' aku jerit dalam ati. Hehe. Dekat mulut aku cakap 'Nggak apaa mas, saya sudah ada.. oo nggak apa mas.. nggak apa..'. Bepuluh kali aku cakap sebab ade bepuluh yg datang kat aku. Sampai amirah tanye 'Ko ari ni da bape kali sebut ayat tuh? Haha. Takpe, takpe.. sebut banyak2, nnt lepas ni da takde sebut lagi. Haha'.

Kat tepi, tebing kawah tu ade gerai banyak, kami beli2 kat situ je, beli t shirt selai. Ade la cendermate2 banyak jual, tapi banyak yg takde identiti Indonesia. Aku da tatau ape nak bli. Dak2 pempuan banyak beli gelang2 rantai2 kayu manik tah ape tah.

Balik dari gunung tuh, kami singgah di Sari Ater hot spring. Kolam, or should i say, lembah air panas. Die bukan setakat kolam, cakap je, kolam? tasek? sungai? sungai dalam? sungai cetek? air tejun? jeram? sume ade. And sume air panas. Best gile. Air die tak panas sangat, cume dalam 40 - 50 degree macam tu. Mase tu ujan renyai2. Orang pun tak ramai sangat. MEmang best gile ah mandi bawah air tejun panas. Die tak leh kene air sangat kat mate sebab masih ade lagi kandungan sulphur. Sebenanye, air panas ni panas bukan sebab die datang dari bawah tanah, macam bese jumpe kat malaysia tuh, tapi sebenanye die macam sungai, tasek bese je, cume ade lava gunung berapi yang panaskan air nih dari tanah. Tu yg tak panas sangat macam air panas malaysia.



Lepas mandi-mandi bergembire sampai aku ngan juan kene marah ngan dak2 nih sebab lambat naik bas, kami teruskan perjalanan ke bandar bandung. Singgah kejap kat 1 ladang teh nih (mase on the way g Sari Ater tu, lalu gak, tedetik dalam ati, 'cantik gile ladang nih, buleh singgah ke? hehe). Ade satu kedai jagung bakar kat situ. Kat bandung ni memang femes jagung bakar die. Aku pun tatau ape spesel, same je aku ngk ngan kat mesia. LAgipun aku tak makan sangat jagung, so aku tak beli pun. So sementare tunggu jagung2 ni siap kami pun cuci mate ah ngk ladang teh yg menghijau. Da la baru lepas ujan. Segaaaaaaa sangat rase die. Sejuk. Best. Hehe. Suke macam ni. Tak sume pun turun mase nih.. ramai yg da penat. Temasuk juan yang mase nih die da pening2.

Mase da naik bas, kecoh plak dengo kate jagung tak leh makan. 'Ape nih? ape nih?' curious gak aku nak tau apsal. Kate nye salwa tak kasik makan. Hehe. Salwa kate mase da nak siap jagung tuh die terperasan yg berus org kedai tu gune untuk jagung tuh ade label 'pure bristle'. Kate salwa mak die ade penah pesan, berus dari jenis tu is made from pig's hair. (betul.. lepas balik mesia, aku ade buku Halal Haram, A Guide, ade cakap gak pasal 'pure bristle' tu pig hair). Tapi aku tatau ape kesudahan ngan jagung tu. Korang makan ke tak? Klo tak makan korang buang ke?

LEpas tu. Juan da pening2. Hehe. Patutnye lepas tu pegi terus ke Chihampelas Walk, sambung shopping. Tapi aku ngk juan da tintong2 da macam tak betul aku tanye die, 'ko nak balik ke? klo nak balik mas adi bleh anta kan g hotel dulu?'. Aku terase tanggungjawab sebagai sorang komiti and the only male comitee. Hehe. So aku kene la jage juan. Abes cemane ngan shopping? Aku da la blom byk beli barang lagi?! Isk. Ngaaa.. Kirim Salwa. 'Awak carikkan satu bende nih.. macam kain.. baldu, lepas tu ade sulam2 atas die lukisan trademark2 bandung ke indon ke..' aku lupe apebende tuh, balik mesia baru igt - bunting bandung. 'Lepas tu carikkan magnet lekat kat peti ais yg ade trademark indon..'. Salwa kasik roti ngan tuna ngan penedol kat juan (kat aku takde. hehe.)

So tinggallah kami di hotel (temasuk Dr Raihan dan Bro Syed yg tak kuase nak shopping). Juan tido. MAse tu baru dalam pukul 6 lebih. Ngaa.. Ape aku nak wat nih? Seb baik tv ade. So tv la jadik kawan aku. Sepanjang kol 6 sampai kol 9 tuh, 3 jam.. almost all channel (ade lebih kurang 8 channel yg aku dapat) tunjuk cite sinetron. Macam2 ade. Cite cinte ade, dengki ade, cite dak skola ade, cite famili ade. Hahah. NEngok sinetron aku. Lepas tu aku dapat tau thru experience, kat tv indon nih, ade 2 je iklan yg mendominasi - motosikal ngan rokok. Kalo iklan mesti iklan tu je banyak. Banyak gelak je nengok eklan derang. Hehe. (aku rase derang ngk eklan kite pun derang gelak. hehe).

Lepas tu terase lapo plak. Nak makan ape nih? Nengok menu ade kat dalm bilik.. Isk.. sume mahal2 makanan.. uuumm.. murah ade, tapi ringan je. Perut da bunyik2. Ngaa.. Angkat gak tepon call room service.. 'Mi goreng satu..' pastu juan pun nak jgk bli fries ngan hotdog. Tunggu.. Sampai mi goreng kat bilik.. Kali ni memang kompem ah, sbb da byk kali ngk dak2 ni order mi goreng. KAt hotel ni jgk, mi goreng die bukan mi, tapi megi. Sebelum ni dak2 ni order kat tmpt lain die kasik megi gak. Indon nye mi memang megi kot? Die ade jename tempatan.. IndoMie. So derang klo nak goreng mi mmg gune IndoMie kot?

Tapi, mi goreng die tu rase manis. Aduh.. Buleh tak masuk plak dalam tekak aku. Walopun lapo gile, aku tak buleh nak abes kan mi goreng aku tuh. Tak buleh masuk do. Isk. Cemane nih? AKu ngk juan nye fries cam sedap gile. Pau juan sket. Tapi kesian lak ngk die, die demam, kene makan sbb nak makan ubat. Ngaaa.. Tapi die kasik aku gak, sb die makan roti Salwa kasik. Tapi aku still lapo lagi.. HHmmmmmmm.. Lapoooo

Tak puas ati, msg fizah. 'Belikan aku french fries kat McD satu..'.

Tunggu lame gile.. Dalm kol 10 lebih kot baru derang balik. Mase derang balik tu kecoh satu hotel (hotel da ah kecik) kecoh bising2. MEsti bising2 pasal ape barang yg derang shopping. Bunyik nye macam sakan membeli belah. Dapat kentang. Aku ngk macam sikit je.. ngaaahh.. aku mintak air panas.. buat megi. jadi megi ngan kentang goreng. Kenyangg. Hehe. Baru aku igt.. aku rase aku lum bayo lagi kentang tuh.. ko nak gak aku bayo ke kire belanje aku je? Hehe. Pastu barang aku kirim kat Salwa? Takde satu pun yg die jumpe. Hu.

Tido.. Esoknye bangun lambat.. kol 630.. subuh da abes. Dak pempuan da bising2 siap2 nak cek out. Ngaaa.. Seb baik malam tu da kmas beg sikit2.. KElam kabut gak pagi tuh. (malam tu sebelum tido, berendam air panas dalam tub dalam bilik air. Best gile. Rase cam nak tetido je dalam tab tuh. Hehe). KEmas, cek out, breakfast, bergamba depan pintu hotel, masuk dalam bas, gerak ke Jakarta.


Hari 5
24 November 2006
10 pagi
Mangga Dua, Jakarta


WTC Mangga Dua. World Trade Centre. Boleh aku kate macam Pertama Complex. CUme bayang kan Pertama tu macam satu blok. LEpas tu dengan size blok yg same tuh, kat WTC ni ade A,B,C,D,E blok (mungkin lebih dari tuh, yg aku tau sampai E je). so 5 kali gande lagi besa dan lagi banyak kedai dari Pertama. Kami diberi mase 3 jam oleh Mas Adi. ORang ramai macam nak rak.

Mase dalm bas sebelum sampai tu aku da berkire2 da. AKu nak ikot dak pempuan beli barang sebab aku bukan tau pun nak bli barang ape. Aku tanye Bib, tanye Nadiah, tanye Salwa. Tanye sume2. Last wat keputusan ikot Kak Aishah. Kak Aishah selame 5 hari ni aku nengok expert dalam mintak kurang harge. Baju aku beli kat tangkuban tu die yg mintak kurang. Dekat separuh harge die dapat mintak. Hehe.

Juan pun tatau nak bli ape. Die ikot aku. So kami pun ikot Kak Aishah yang jalan ngan Tim. Kat WTC ni yg macam kite tau tadi, ade banyak gile gerai. Ade jual barang macam kat masjid india, ade macam jual kat jalan pasar, ade macam jual macam kat jalan petaling, ade macam jual kat jalan tar, ade macam kat Low Yat kat jalan Imbi ade. Kirenye sume kedai kat sume jenis jalan kat kl tu dikumpulkan kat sinih. Lepas tu kat indon ni femes ngan telekung die. Kate nye design cantik dan murah. Kalo tanye aku harge telekung bape inggit pun aku tatau. Hahah. So pesan awal2 kat Kak Aishah 'Saye nak beli telekung, nak due.. kak pilihkan la kak, ape jenis pun saye tak kesah, saye ikot je'.

Lame pilih telekung nih, sbb kedai yg jual telekung da ade bepuluh. Sampai kat satu kedai ni nampak cam bekenan (sebab duduk kat kedai tu dekat sejam). Akhirnye aku pun bangun dari kusi (yang disediakan kedai) dan lihat ape yg berlaku. 'Jimin pilih la, ni bagus nih, nak yang mane..'. Ade dalam 4,5 lai telekung kat situ. Aku kene pilih. SUme cantik2. Huhu. So aku pilih.. Satu untuk makcik. Satu lagi untuk die. pilih.. Campur due2 dalam 250ribu kot? Juan pun beli satu. Kak Aishah beli 2. Tim beli satu. Ade dekat 2 juta jgk kot kedai tu dapat? Hehehe.

Mase da beli tu ade tinggal lagi lebih kurang 30 minit. (aku takde la memanjang duduk tunggu Kak Aishah pilih telekung, sementare tu ade jalan2 sendiri sikit gak kat tingkat atas sekali (atas sekali macam Low Yat). Mase tu aku kene carik baju batik. (Mase on the way g jakarta dari bandung, ayah kirim baju batik 'Baju batik.. pilih la yang ade design jawe2 sikit..' ayah kate. Design jawe? Ngaa.. cemane nak design jawe?? Aku tatau). So aku carik. Pusing2. Alamak hai.. besa gile tempat nih. Tatau aku nak beli kat mane. PEgi balik kedai beli telekung tadi. Tanye kat kakak tu (kakak tu baik gile. Die panggil aku 'kakak' jugak. Kak Aishah gelakkan aku 'Die panggil jimin kakak. Hehehehehehe'. Kat indonesia, kakak tu maksudnye 'abang'. Heh). Tanye kakak tu mane nak beli 'baju batik yang terbaik punye'. Pastu die bitau name kedai ni ngan direction. Berlari anak aku carik kedai tu. Mase ade tgl lagi 15 minit. Lalu kat celah2 kedai cermin mate. Satu lorong tu sume kedai cermin mate, rapat2 sangat. Mau lebih 20 kedai cermin mate gak nye kat situ. 'Buleh bang cermin mata nya? Boleh Mas? BOleh?' Ngaaaa.. Lari cepattt.. larii...

Mase ade tinggal lagi 10 minit.

Aku baru sampai kedai tuh. Ramai la plak orang dalm kedai nih. Banyak gile batik. Banyak batik pempuan punye. Batik laki ade satu rak je. AKu pun duduk depan rak tu. Cek design satu persatu. Sume sepesen je aku ngk.. (though memang lain.. tapi lebih kurang je..) Design macam Dr Yulfian selalu pakai.. Dr Yulfian org bandung.. jawe.. tu mesti design Jawa! Tapi masalah nye ade banyak gile baju. Nak pilih mane satu? Harge ade dari 30ribu sampai 3juta rupiah. Ngaaa.. Kene budget.. aku tinggal sikit je duet. Kang nak makan kat Dufan lagi. Cube imbas balik baju2 batik yg ayah penah ade.. cube ingat wane ape yang ayah blom ade.. Biru!. Bli wane biru. Ade manik2 batu siap jahit atas die. Kain pun cantik. 37ribu harge die. (BAlik mesia, kasik ayah. Ayah suke. He. AYah teke harge die 90inggit. tapi 37 ribu tu lebih kurang 15 inggit je. Hehehehehhe. Tapi design die mmg cantik, kain pun macam baju mahal. Suke ayah suke=) ).

Sampai kat bas, sume orang da ade. Tinggal aku. So kami pun teruskan perjalanan ke DuFan.


2.00 petang
Dunia Fantasi, Jakarta

Kami ade kat DuFan. Theme Park yg paling happening kat Indonesia. Tiket sekali masuk 37,500. Besar. Besar gile. Orang pun rami gile petang tuh. Sekali lagi, kami diberi mase 3 jam. Sebab nak keja flight balik mesia petang tu jugak.

Ade 3 je game aku main - Ferris Wheel, Bumper Car (my first time), ngan simulation betajuk Meteor Attack. Tak buleh main banyak sebab beratur kan main panjang skali. Tapi bumper car la yg paling best. Besa court die. Kete pun banyak. Puas ati gile main. Nadiah, Juan, Fizah, Fana, beli lagi nak lawan? Cepat ah lawan lagi? Kat mane? Times Square juuummm?? Kite masih ade perkare perlu disetelkan di arena bumper car! Hahahah.

Simulation pun 1st time. Rase mcm men roller coster je. Menjerit2 aku. Sakit tekak. Hahah.

Ferris wheel pun 1st time gak sebenanye. Hehe. Tinggi. Nampak satu DuFan yang besa gile. Dufan ni tepi laut, so nampak laut jugak, nampak kapal, nampak ade kete kabel menyusuri pantai (igt nak naik, tapi tak sempat carik pun, 3 jam da abes...), angin kuat.

Lepas tu makan, makan kat restoran Jepun. Nengok menu kat luar ngan Juan ngan Fana. 'Aku tak penah makan ramen ah..' aku cakap kat derang. 'Jomm..' Juan terus masuk dalam.

Aku da ragu2 da mase tu. Leh ke makan kat sini? Isk.. Seb baik masuk2 dalam nengok kakak kaunter tu pakai tudung.. Buleh la.. kire buleh la.. He. Mintak ramen.. ramen ape tah.. ramen ape eh? Ramen teriyaki kot? Sedap gile.. Sedaaaaapp sangat2. Puas makan.

Lepas kuar restoran tu, carik surau. Juan cakap 'Sedap gile do ramen tadi. Aku rase tak halal ah. Tu ah sebab die sedap,' Hehe. Halal, inshaAllah...

Solat kat surau. Surau die open. Shirah yang da ade kat situ ngan kembau die ngan Nadiah ngan Bib ngan ALia da ala ala, 'Alaa.. derang ade.. uumm'. Indon memang cam tu kot? Die tak sediekan partition ke dinding ke untuk pempuan dalam surau.. kat Masjid Salman, ITB pun takde. Nadiah cite die pegi naik bumper lagi skali. Hehe. (lawan aku ah lagi skali jommm ngk sape lagi byk kene langgo) Solat. Lepas tu Nadiah da bising2, weh cepat! cepat! Mas Adi da tunggu lame tuh!

Aku ngan Juan sekali lagi paling lambat.

Kami mengharungi kemacetan Jakrta buat kali terakhir.. Petang semakin larut, melabuhkan tirainya. Malam menggantikan seperti biasa, manakala kami berkelam kabut memunggahkan barangan yang semakin banyak. Dengan Mas Adi pergi tanpa sempat kami mengucapkan terima kasih personally. Flight delay sepeti bese. LEpak kat Tax free area tuh. LEpak kat kedai2 derang.. cube carik poskad, tapi gagal.. tetap gagal sejak awal2 sampai Indonesia arituh. Sori die.. tak jumpe poskad indon..

Solat kat suaru airport. Macam bese. Campur gaul dalam suaru tu. Kali ni aku solat skali ngan pempuan pakai skirt (tapi die pakai telekung la mase solat). Lepak kat kedai kraft tu. Main puzzle derang. Sampai dak2 ni da duduk besile atas lantai main puzzle. Yang bestnye abang yg jage tu tak marah plak. Siap puji mai lagi dapat setel satu puzzle tuh 'Waahh.. Pinnnnterr kamu yah?'. Hehe. Salwa plak tak abes2 tanye aku, 'Awak agak buleh tak kite wat puzzle ni untuk IVEC nanti? Ha? Buleh tak? Buleh tak?' Last2 aku gak yg beli. Tak ingt salwa beli ke tak? Beli ke tak ek? Aaa.. beli.. igt2, mase kat OR IVEC Salwa ade bawak puzzle tuh. HEhe. Aku beli lain. Beli 2. Satu ade ni kat bilik aku. Satu lagi kat trumond st. Hehe.

Sampai la waktu nak boarding, pun tibe2 buleh delay lagi. Heii.. da masuk da tmpt nak boarding tuh. Air Asia kasik makan. Nasik puteh ngan nugget ala Jepun. Chopstik die bagi. Sedap makan. Sedap gile. Da la lapo. Dapat lagi rezeki Alia tak abes, alhamdulillah.. Hehehe.

Tak lame lepas tu kami pun boarding.. Naik katebang Airbus, baru. Dan kami pun berlepas pulang ke Malaysia with sweet memories... =)

The End. At last.

Isnin, Mac 19, 2007

**********: aku dah baca
**********: lawak la cite ko masa kite kat indon
**********: tak tahan aku
**********: detail gile blog ko
**********: apa aku ckp pon ko type eh
**********: hahaha

wahahaha~ baik ko berhati-hati cakap ngan aku ape ko cakap aku type balik sume! wahahahaha =p

**********: hahaha
**********: aku gelak gak ko kate kalau masuk usm dpt dean's list
**********: hahhahha
**********: tapi cultural shock
**********: ko ni kenapa?

wahahahaha~ heeiiii ntah lah, ntah lah,, exam final da dekat oiii~ blaja! blaja~ jooommm laja~!

Sabtu, Mac 17, 2007

Norhafizah's (smka maahad muar 98-00::mjsc jasin 01-02::iium aerospace 04-now) mother was deceased last monday, 1.05 pm at Hospital Muar. Al-Fatihah. May Allah bless her. . .
Of Pancawarna and Astronomy

Being in USM over the weekend has given me a lot of things for me to think of. National Astronomy Convention 2007 at USM at my first impression would be tremondously happening and would give lots and lots of information on astronomy world wide. And yet the convention and the visit to USM has given me more than that.

Upon our arrival to USM in the early morning of the second day of the convention on Satruday, there are many and many and many school busses coming by and drop lots of school children from standard one until form fivers. I bet the whole schools in Penang are sending their students to experience the 'Angkasawan and Space Exploration' as the theme of the convention. 'Agaknye kite aje ke budak U yang ade kat convention nih? Suuuuume dak skola je.. uiisshh.. ade yang terbaaaiik.. uuuiissshh..'

The main program of the convention: the exhibiton was held at Dewan Siswa near Padang Kawad USM. There were lots of booth, but then, there were all failed to attract my enthusiasm on astronomy. There were even booths that offer information that are not related to the convention. It really looked like IQ games and booths for school kids. I don't know, maybe there WERE actually things that can be really interesting for me and it was me who just did not realize them.

Just a couple of booths that attract me the most, that are USM's School of Aerospace and Astronautic Engineering that offered me to look at their recent-made 'Nyamuk', a high-tech UAV that was developed by their lecturers, and the Petronas' where they organized dozens of IQ games (that are actually having no relation to astronomy at all). Others, yeah, there are some astronomy clubs (2 or 3 clubs, all are Chinese) held their booth, but.. nothing interesting for me to look out. Just a number of telescopes, manufactured and hand-made, and lots of pictures of the stars and planets.. to be sold!

There were many other activities held other than exhibition; there was water-rocket competition (which very attractive, even Bro Syed Noh, our accompanying lecturer went to the launcher and asked the competitor how are they actually launch a bottle up and up high to the sky - is it the water, or the air that boost the bottle up? 'Kite orang dulu mase orientation first year kat Jepun kene buat macam ni jugak, tapi lain sikit, kite orang betul-betul gune air, tapi yang ni nengok macam ade gune angin..' semangat Bro Syed Noh. hehe), paper plane competition (which was a total failure for UIAM's representatives - we lose to a kid! Haha), there were also lots of talks and seminars on recent news on astronomy and space technologies.

But then I can just manage to join one single seminar since I was bounded to the tentative made by our organizer from UIA - MECSA; that is on Space Exploration by John B from NASA. Quite an interesting talk by him where he showed and explained the recent, in-design and future exploration that are planned and done by NASA. Then I know that there are lots of procedure and a single mission can take a period of 50 years to be accomplished and billion of dollars need to be invested. One very interesting and killer question was asked to John B - 'Did we actually land on the moon.. and what is your comment on Area 51?'. John B simply said that he doesn't have the authority to talk about that particular conspiracy issue, but then he said we have actually land on the moon and there will even be a new mission to again send man to the moon in the near 4 or 5 years. The reason to send human: to search a platform at the moon for us human to go to the next step: mission to Mars. About Area 51, he said that NASA has nothing to do with it. If ever Area 51 exists, it may be related to military and goverment mission, not NASA. NASA does only SEARCH for possibility of other life beyond earth, not capturing the life.

There lots other seminars and activities, but I took a little time to join our delegation to look aroung Penang... =)

On the night of Star Gazing session at Padang Kawad, the sky was not very promising. It was a blurry and hazy night we cant even see a white dot of star at the sky. There were a lot of people forming lines behind dozens of telescopes to take turn see the blurry black sky that night. I cannot stand it being alone in that crowd. If there was Bro Shahrin (the person who I can comfortly ask so many things about astronomy) maybe things would be a lot better. There was a bigger and happening event that await me that night. It was juuuusst beside Padang Kawad - at the Hockey Stadium.

Pancawarna, we called it (since we didn't know what is actually they are having). There's a reason why 'Pancawarna' - it was really a colourful environment at that stadium. It was an inter-desasiswa traditional dancing competition. Kuda Kepang, Zapin, Tarian Nobat, Tarian Ule', Tarian Perak and lots more - it was like being at the opening of Visit Malaysia Year 2007 festivals. The dancing perfromace were all very good, very smooth, very cathcy. 'Aku yakin ah, UIA tak akan mampu buat acara semeriah macam nih..' The stadium was fully seated. The grass outside the astroturf cannot be seen because there were thousands of USMers sitting and crouching on it. There was actually other intentions for us being at that stadium...

Seeing lots of people sitting on the grass in front of us, our vissions were divided into two - the performance, and the people sitting on the grass. 'Pandang kiri lawo, kanan lawo, atas lawo, bawah lawo, suuume nye lawo. Sampai ko da lupe ko da nengok ke belum orang tu sebab ramai sangat orang yang kite nak nengok..'. There are people that covered, there are also that uncovered. Mostly? Uncovered. Note that the 'people' mentioned here, are sisters (or for better understandings, chicks. No hard feelings, there is no other word to best refer them). Boney, sexy hijabbed Malay chicks were all scattered all around the stadium. Tight t-shirts, half cut blauses, low cut gowns, low cut jeans, butt-tight jeans were all wore by the so-called 'hijabbed' Malay chicks. All were lows and halves, when squatting? What will happen? All will be revealed. The skin, the 'attire' beyond the outer.. 'Astaghfirullah. Kompem rosak kalao aku masuk USM... Baru tadi puji - kompem aku dapat Dean's List tiap-tiap sem bile nengok bilik derang selese abes.. tapi bile nengok nih.. huhu! Cultural shock aku!'

'Kita aja yang pelik nengok derang macam nih.. Cuba kalau kita dulu masuk belajar tempat derang, bukan masuk UIA, kita tak terkejut pun? Kita environment kita lain.. So bile nengok derang.. Mesti kita rasa pelik..'

Environment is environment, no matter what kind of environment we are facing, the Quran and Sunnah should be the prior matters. They all know what is hijjab. Can't just they all understand these simple things by simply veiling themselves. Don't they feel safe by our (man) bad vission when there are covered? Don't they feel horror when they knew wearing revealing attire can attract those eyes of horny and syaitani men to enjoy looking thier parts of body? There a lot of people man out there. A lot of man means a lot of tastes. A lot of tastes means certain part of women's body are somehow attractive to certain man. Because women are naturally to be looked at. There are parts and gardens that we want to enjoy privately at our home, so we covered the garden with high fence then we can enjoy our beautiful garden safe and sound. There are beautiful parts that Allah has preserved woman from being looked at by certain people. So cover the beauty, for there are still a little beauty that can be looked at - the face =).

Sabtu, Mac 03, 2007

Kerja yang banyak...

Selasa, Februari 20, 2007

KL - Jakarta - Bandung


Hari Satu
20 November 2006
KL

Beberapa jam lagi sebelum berkumpul di Study Room Sisters E1 aku masih lagi tak duduk diam dalam bilik, memikirkan apa lagi barangan yang boleh kubawa. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi. 6 jam sebelum berkumpul d Study Room untuk briefing. Beg masih lagi ternganga luas menanti untuk dipenuhkan. Banyak lagi barang yang belum diisi. Kerisauan untuk terbang ke Indonesia diselang-selikan dengan bersinan dek selsemaku yang dirasakan semakin teruk. Badan pula semakin panas. Aduh.. macam mana nak jalan-jalan nanti kat sana?

8.00 pagi.
Pelbagai perasaan bercampur aduk. Pelbagai bayangan silih berganti melintasi pemikiranku sepanjang perjalanan ke Study Room bersama Juan. Bertemu dengan Mai di ATM Bank Islam. 'Siapa da ade dekat sana?' soalan yang sama yang aku tanya pada dia dalam sms seminit sebelum itu, juga pada fizah, juga pada kak ecah. Menunjukkan betapa risaunya aku masa itu. Tak tahu apa yang aku risaukan sangat.

9.00 pagi.
Selesai memberikan taklimat pada peserta program ke Indonesia ini. Segala apa yang telah aku dengari dari Kak Nida travel agent, semuanya aku luahkan pula pada peserta sebentar tadi. Walaupun aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya nanti di Indonesia, tapi aku sedaya mungkin menerangkan semana tahu. Muka para peserta? Entahlah. Mungkin mereka juga seperti aku, perasaan bercampur aduk, risau, seronok, takut, semua ada. Kena pulak bila Tim bagi nasihat 'Hati-hati yeh, kat sane org banyak pukau nak amek duet kite, die tgk kite je kite buleh kene jugak, so jgn pandang org lame=lame' menambahkan lagi kerisauan aku. 13 orang di bawah tanggungjawab kami berlima, aku, Tim, Kak Ecah, Fizah, Mai sebagai committee, termasuk 9 anak dara orang. Membawa mereka ke dunia yang aku sendiri tak pasti merupakan suatu.. suatu.. suatu yang tak pasti jugak. Isk.

10.00 pagi.
Bertolak ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal di Sepang). Suasana di dalam bas UIAM itu begitu bingit. Mungkin pelbagai cerita yang ingin diluahkan pada rakan masing, tentang pengalaman menjelajah negara lain. Mungkin juga bercerita bagaimana untuk shopping secara effective di Indonesia nanti. Apa pun, yang pasti, aku hanya menyepi, memandang ke luar tingkap bas, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.

11.30 pagi.
Kami dapat tahu flight kami delay (seperti biasa bagi yang menaiki pesawat Air Asia). Sepatutnya terbang jam 1.40 petang, tapi diubahmasa kepada 2.30 petang. Punyai masa yang agak banyak, kami mengambil kesempatan untuk melayan perut. 'McD aje lah senang..'

2.30 petang.
Boarding the plane. Pengalaman pertama aku boarding dengan berjalan kaki sendiri ke kapal terbang. Seronok ambil video. Seronok berlari-lari untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Boeing 737-700.

2.40 petang.
Klastofobia. Pernah dulu aku berasa sesak nafas berada dalam pesawat Boeing 737-700 seperti aku sedang naiki ini semasa dalam perjalanan dari Miri ke KL. Sungguh tak selesa aku berada dalam pesawat itu selama 2 jam setengah, terasa sangat sempit. "Sungguh.. saya balik Penang 45 minit pun da tak tahan, tak tahu lah macam mana 2 jam nih" keluh Salwa. Kali ini, masih lagi kurasakan kesempitan itu. Tapi semuanya hilang apabila pesawat mula bergerak dan terbang! Leka aku dan Juan melihat luar. Beruntung juga rasanya dapat duduk yang dapat view sayap. Segala pergerakan sayap telah kufahami. Jika dulu aku tak tahu apa-apa bila tengok sayap kapal terbang, kini, aku dah faham. Airfoil, flap, fluid flow through a wing, lift forces, Kutta-Jukowski theorem, semuanya aku dapat lihat depan mata aku. Aku senyum dalam hati. 'Kapal ni takde bende kat ujung sayap tu, ape name die?' Juan tanya. 'Winglet,' aku sekali lagi tersenyum dalam hati, 'die takde sebab ni kapal terbang lame, winglet ni ade pade kapal-kapal baru je..' aku ulang balik kata-kata Dr Waqar yang aku dengar masa belajar Intro to Flight dulu. Selepas dihidangi dengan persembahan kakak pramugari yang menerangkan aspek keselamatan, mata kekal tertumpu kepada sayap sehingga pesawat terbang kira-kira 2.50 petang.

3.40 petang.
Juan teruja nengok ke luar tingkap. Kelihatan tompok-tompok awan kecil bak cebisan kapas-kapas yang dibiar beterbangan di udara. Di bawahnya terdapat daratan entah milik negara mana kutak tahu. Dapat dilihat pantai. Hutan menghijau. Laut membiru. Indah. Subhanallah.

4.30 petang.
Aku kira aku sudah berada di ruang udara sekitar Jakarta. Kapal telah mula descending. Dapat dilihat di daratan beratus-ratus petak sawah padi yang amat luas terbentang. Semakin lama, semakin jelas kelihatan. Kereta sedang bergerak di jalanan. Atap rumah-rumah, kebanyakannya genting berwarna merah. Semakin rendah. Semakin aku tak percaya 'Aku sudah berada di Jakarta!'

Jakarta
4.30 petang (Waktu tempatan)
Lapangan terbang Soekarno-Hatta Jakarta kelihatan seperti kedai makan, katanya Juan. Aku mula menunjuk-nunjuk itu dan ini. Mula menunjukkan aku ini jakun. Segala yang aku tak pernah lihat aku tunjuk dan gelak-gelak dengan Juan. Embarkation form diisi beramai-ramai sejurus selepas turun dari tube airport. Sebahagaian keratan form itu dihantar kepada imegrasi (imegresen) dan sebahagian lagi disimpan dan bakal diserahkan semasa pulang ke KL nanti.

5.00 petang.
Beratur menunggu giliran untuk melepasi kaunter imigrasi. Kami merupakan yang terakhir untuk melepasi kaunter itu bagi keseluruhan penumpang pesawat yang kami naiki tadi. Semuanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu. Selepas mengambil beg masing-masing, semuanya blur. Apa nak buat nih? Apa? Dr Raihan and the gang tah ke mana sudah. Hilang jauh ke depan. Keluar selepas mengambil beg, orang ramai menanti. Ada yang menjulang sepanduk. Ada yang mendekati kami, 'Pak? Mahu teksi pak? Murah meriah pak'. Aku hanya tersenyum. Kepala kupanjang-panjangkan mencari siapa antara kami yang dihadapan. Mudah sahaja mengesan Dr Raihan yang tinggi itu. Nampaknya dia sudahpun bertemu dengan tourist guide kami. Aku mendekati mereka dan Dr Raihan memandangku seraya berkata, 'Azimin! Kira cukup ke tak'.

5.20 petang.
Aku merasakan itu tanggungjawabku yang paling utama - memastikan kami sentiasa cukup chorum. Huhu. Setelah menunggu mereka yang ke kamar kecil (tandas) selesai, Pak Adi (tourist guide kami) dengan pantas meminta kami meneruskan ke bas. Setelah memunggah semua beg, aku dan Juan adalah yang terakhir sekali menaiki bas. Sudah tidak banyak ruang kerana sebahagian beg diletakkan DI atas tempat duduk di dalam bas muatan 24 orang itu. Juan duduk di belakang sekali, manakala aku duduk di sebelah salah seorang pensyarah pengiring, Dr Wahyudi. Mas Adi (itu nama yang di prefer oleh Pak Adi kerana 'Mas' kelihatan lebih muda) pun mula menunaikan tugasnya sebaik sahaja bas kami bergerak. 'Sejam lagi Bapak W Bush akan tiba,' kata Mas Adi, 'Banyak jalan yang ditutup'. Bush hadir ke Jakarta bagi lawatan sambil kerja bertemu dengan Presiden Republik Indonesia, Subilo Bambang pada hari yang sama kami tiba. Ada beberapa tempat yang kami tidak dapat lawati pada hari ini kerana banyak jalan yang macet (sibuk) ditambah lagi dengan jalan yang ditutup kerana kehadiran Bush.

6.00 petang.
Aku sudah mula tak selesa di dalam bas. Tempat duduknya ngam-ngam punggungku. Keadaan di luar sesungguhnya macet banget. Trafik bergerak bak ulat berkaki seribu, sungguh lambat. Sesekali aku bertanya pada Dr Wahyudi yang merupakan anak jati Tanah Jawa tentang apa yang aku lihat di sekitar bandaraya Jakarta. Dengan badan yang kurang selesa yang rasa seperti hendak baring dan tidur itu, mataku pula melingas-lingas meneliti segala yang terhidang di luar tingkap bas. Suasana pada waktu ini sudah pun seperti pukul 8 malam, gelap. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ketika itu. Seronok? Risau? Gembira? Penat? Takut? Entahlah... Aku hanya tahu, aku perlu menahan batuk dan selsemaku.

6.30 malam.
Sememangnya sudah gelap pekat seperti pukul 9 malam Malaysia. Kami tiba di Salero Jumbo, sebuah kedai makan nasi Padang di Central Jakarta. Masing-masing kelihatan masih lagi blur. Masing-masing juga tidak tahu apa yang perlu dipesan di restoran itu. Semuanya mengikut rakan. Aku memesan Salero 2 (pakej 2) - nasi, rendang daging dan beberapa lauk tipikal nasi Padang yang aku sendiri tak tahu apa lauknya. Di restoran-restoran di Indonesia, apabila pelanggan duduk, biasanya restoran akan menghidangkan teh. 'Teh gratis' kata Mas Adi. Gratis bermaksud percuma. Harganya memang percuma, cuma aku rasakan ada satu lagi yang 'percuma' dalam teh ini - rasa. Kalau aku tidak melihat warna teh ini yang coklat dan hanya terus meminumnya, pasti aku akan menyangka aku sedang minum air kosong. Kurang rasa teh, apatah lagi rasa manisnya, tak manis langsung. Payau. Apapun, teh ini tetap graaatisss!

Makanan yang dipesan pun tiba. Kelihatan lazat. Nasinya lembut, dagingnya keras tapi enak, ada sambel ijo (sambal hijau), ada sayur, itu untuk Salero 2 yang kupesan. Kak Ecah disebelahku yang memesan Salero 1 hanya ada telur rebus, dan tambahan sayur kangkung. Itupun telur rebus dia tak makan, aku yang makan. Salero 3, Dr Raihan pesan, sama sepertiku, bedanya daging digantikan dengan ayam. Salero 4, 5, 6, 7, 8 yang lain aku tak tahu. Dr wahyudi keluar sebelum makanannya sampai. Beberapa lama selepas dia keluar, dia kembali bersama starter pack Punya Indosat (sebuah syarikat telekomunikasi Indonesia) 'Beli di sana, kurang lebih 100 meter di sana' katanya apabila ditanye di mana beli. Selepas aku selesai makan, aku memandang Juan, memandang starter pack Dr Wahyudi atas meja, kemudian memandang Juan semula, seraya berkata, 'Jom!!'.

7.00 malam.
Aku dan Juan bergegas ke arah tempat Dr Wahyudi jelaskan tadi. 'Nanti ada kedai-kedai, jual-jual, kat situ lah saya beli' ujarnya Dr Wahyudi tadi. Melalui lorong yang agak gelap dengan kiri kanan lorong terdapat warong-warong makan. Ramai yang duduk makan di warong, tidak kurang juga yang duduk tercangkung entah menanti siapa di sekitar lorong itu. (Ngeri jugak..isk). Kelihatan beberapa orang segak beruniform polis mengawal pintu masuk parkir tidak jauh dihadapan kami. Dan di belakang parkir lot itulah kelihatan lot-lot kedai.

Kami terus ke kedai menjual alatan eletronik, saja ingin melihat harga dan membandingkan dengan harga di Malaysia. Ada yang lebih murah, ada juga yang lebih mahal. Contoh lebih mahal, mp3 player, sama sebiji macam yang aku baru beli, creative zen nano plus 512mb, harga di Indonesia 608 000 rupiah, sekitar RM240, kira-kira RM 40 ke RM 70 (ikut kedai mana beli) lebih mahal dibandingkan di Malaysia.

Sebelah kedai itu adalah wartel (di Indonesia, banyak kedai yang disingkatkan namanya, wartel adalah singkatan untuk warong telefon). Aku hanya pandang satu, Punya Indosat starter pack. Ada banyak lagi yang lain seperti Mentari (dan banyak lagi, aku tak ingat dah). Indosat sendiri mempunyai beberapa pakej, dan aku tetap memandang hanya satu, IM3 yang dibeli Dr Wahyudi tadi. 25 000 rupiah (kira-kira RM 10) untuk starter pack yang mempunyai nilai pulsa (kredit) sebanyak 10 000 rupiah (RM 4). Aku beli juga. 'AKu rase kite kene tipu lah..' berkali-kali Juan menyuarakan. Detik hatiku pula, 'Apa nak jadik, jadik la, kene tipu ke tak kene tipu ke, aku nak beli jugak'.

7.20 malam.
Kami kembali ke Salero Jumbo dengan jus alpukat yang kami pesan sebelum keluar tadi telah pun sedia di meja. Jus alpukat, katanya Dr Raihan, amat rugi jika tidak dicuba di Indonesia. 'Nanti orang tanye kite ade try jus alpukat tak kat Indonesia? Haaa.. nak jawab apa kalau kite tak try..?'. Jus alpukat adalah jus avogado. Satu perkara yang menarik di Indonesia ini, di mana-mana kedai makan, bila kita memesan apa-apa dengan nama 'jus' di hadapannya, maka kita akan dihidangkan dengan 'jus' yang sebenar, yang diblend tanpa air (macam iceblended la kalau di Malaysia) tapi jika kita memesan air buah tanpa menyebut 'jus' dihadapannya seperti 'air epal' maka kita akan dihidangkan dengan air kordial berperisa epal. Sama dengan jus alpukat ini, sungguh pekat. Sungguh enak, ditambah lagi dengan cecair coklat yang dicurah sedikit sebagai toping jus. Wah. Enak banget sih! Kemudian, masa untuk beredar! Bayar di kasir (cashier) - salero 2 + jus alpukat 22 000 rupiah (sekitar RM9)temasuk cukai 2000 rupiah. 'Wah.. muuuraah..' kata Dr Wahyudi. 'Ini kita makan ni di tengah-tengah Jakarta, Central Jakarta, macam makan di KLCC di Malaysia!'.

8.30 malam.
Setelah puas mengharungi kesesakan lalu lintas di Central Jakarta itu, kami tiba di perkarangan Monas (Monumen Nasional). Monas dibina oleh Pak Soeharto pada akhir 60an dan siap belasan tahun selepas itu menelan belanja 6.5 billion rupiah. Dibina sebagai kemegahan rakyat Indonesia, pria (lelaki) dan wanita, Monas kini adalah tumpuan ramai orang. 'Terutamanya yang muda-muda ramai membawa pacer-pacer (pakwe) dan cewek-cewek (makwe) masing-masing membincangkan masa depan mereka di sini..' begitu perli Mas Adi terhadap muda-mudi negaranya. Apabila turun dari bas, sememangnya suasana di situ seakan telah pernah ku rasai - di Dataran Merdeka, di KLCC Park - terdapat sungguh ramai couple. Tapi itu bukan tujuan kami untuk membuat tinjauan dan soal kaji selidik terhadap couple, tapi tujuan kami adalah untuk melihat kemegahan Indonesia di Monas.

Sememangnya Monas terpacak berdiri megah di tengah-tengah taman di situ. Kalau waktu siang, terdapat khidmat lift untuk ke puncak menara dan boleh melihat ke seluruh Jakarta yang amat besar. Tapi tiada khidmat itu di waktu malam sebegini. Sakan mengambil gambar.

9.30 malam.
Kami tiba di Wisma Malaysia, tempat penginapan kami sepanjang di Jakarta ini. Kusangkakan Wisma Malaysia ini adalah seperti sebuah kompleks dengan kelengkapan dewan, dan beberapa bilik tidur seperti hotel. Ye, memang ada dewan, tapi hanya dewan terbuka yang dikelilingi dorm-dorm. Terdapat beberapa buah tandas dan bilik air, sebuah dapur yang lengkap, sebuah ruang tamu dengan TV, sebuah surau, dan beberapa orang pelajar Malaysia yang tinggal di situ. Di kelilingi rumah-rumah mewah di Central Jakarta itu (macam kawasan Damansara Heights) Wisma Malaysia juga nampak mewah dari luar, tapi tidak di dalam. Bersesuaian dengan harga sewaan bilik sebanyak tak sampai 50sen satu malam, inilah dorm yang paling panas pernah aku duduk. Empat katil double-decker disumbat di dalam bilik sebesar kira-kira 14'x6' itu dengan hanya dua buah kipas dinding. Panasnya, hanya Tuhan yang tahu. Apapun, bak kata Dr Raihan, cukuplah untuk sekadar dibuat menumpang tidur. Kita bukannya ke sini nak bermewah-mewahan. He.

Setelah selesai segalanya, masing-masing telahpun enak tidur kukira, pukul 12 malam, aku masuk tidur. Sejam lepas itu, baru aku tidur (menahan panas, susah jugak nak tido..isk).


Hari Dua
21 November 2006
Jakarta

4.30 pagi.
4.30 pagi adalah sangat awal bagi aku untuk bangun. Di sini subuh habis pukul 5.30 pagi. Kugagahkan jua hati yang degil. Selepas solat, pukul 5 pagi aku sudah terpacak di dapur. Menanti arahan apa yang perlu dibuat. Aku tak tahu aku boleh buat apa (alasan.hehe). Kami perlu menyediakan 50 keping sandwich untuk santapan para peserta pagi ini. Kak Ecah sudah ada masa kutiba di dapur. Tak lama lepas itu tiba pula Tim dan kemudian Fizah. Sama-sama menggaul tuna dan menyapunya pada roti. Sambil itu beberapa orang masuk ke dapur menjenguk kami. Seronok membuat sandwich pagi itu.

7.00 pagi.
Mas Adi sudah bersedia di hadapan Wisma Malaysia dengan bas kami. Destinasi rasmi pertama kami di Indonesia - Universitas Indonesia, UI (sebut Uu,ee). Merupakan universiti ke-250 dalam senarai 520 universiti terbaik dunia, juga disebut-sebut sebagai universiti terbaik Indonesia, terletak di Depok, pinggir Jakarta Selatan. Kami tiba di Engineering Center milik UI kira-kira pukul 8.30 pagi, sejam awal dari yang dijangka pihak UI sendiri. Ini kerana Mas Adi amat bersedia untuk mengelak macet (kesesakan) lalu lintas dengan bertolak seawal 7 pagi (suasana 7 pagi Jakarta sama dengan suasananya 9 pagi di Malaysia. Walau bagaimanapun waktu office hour di Jakarta sama sahaja dengan kita di Malaysia, sekitar 8.30 pagi)

Walaupun dalam keadaan agak kelam kabut, kami disambut mesra oleh beberapa pegawai dan staff UI. Di bawa ke bilik mesyuarat, di situ kami ditaklimatkan tentang Engineering Center dan UI oleh Dr Esa Haruman. Dr Esa adalah pensyarah subjek-subjek Material Engineering di UIA. Aku sendiri, dan ramai antara kami pernah menjadi anak muridnya. Dari perbualan yang kudengar antara dia dan Dr Raihan, Dr Esa sedang dalam kontrak bersama UI selama 2 tahun sebelum kembali semula ke UIA.

Setelah dihidangkan dengan 'lecture' Dr Esa dan juga santapan sarapan ringan, kami dibawa ke sekitar Engineering Center, antaranya pusat pengumpulan data-data kejuruteraan dan teknologi, pusat kerjasama dengan universiti dari Jerman, dan macam-macam lagi. Bangga Dr Esa menerangkannya pada kami. Setelah itu, kami dibawa pula ke makmal-makmal yang ada di fakultas kejuruteraan di UI.

Kami dibawa ke makmal yang kebanyakannya berkisar jurusan Material Engineering (mungkin itu kepakaran Indonesia, kerana di UIA sendiri, kebanyakan pensyarah Material and Manufacturing Engineering rata-rata adalah dari Indonesia - Dr Esa, Dr Agus, Dr Il Sofyan, Dr Afzeri dan ramai lagi). Apa yang menarik perhatian kami adalah kebanyakan mesin yang mereka gunakan untuk eksperimen adalah hasil rekaan mereka sendiri. Sesuatu yang memerlukan research yang mendalam dan sangat lama, tapi masih lagi mampu dilakukan oleh mereka.

Makmal demi makmal, makmal demi makmal, banyak juga makmal yang kami lawati, sehingga aku sendiri sudah naik tepu melihat aparatus-aparatus yang ada dalam makmal. Setelah puas, kami ke pejabat dekan fakultas. Malangnya dekan mereka berada di luar negara ketika ini atas urusan kerja, jadi, diwakili oleh pegawainya. Dr Raihan memulakan tugasan rasminya - memperkenalkan Kulliyyah of Engineering UIAM, kemudian meluahkan hasrat mencari ruang untuk kerjasama pendidikan dan kajian pembangunan bersama UI.

Di dalam bilik mesyuarat itu, hanya satu yang menarik perhatianku. Mengendahkan segala apa yang diucapkan oleh Dr Raihan dan rakan sejawatnya dari UI, aku amat terpesona dengan minuman yang dihidangkan kepada kami. Kami dihidangkan dengan 'S-TEE' minuman dalam botol. Cuba teka minuman apa yang ada dalam botol itu? Teh 'O'. Sememangnya kami amat menanti-nantikan dan mengidam-ngidam air teh 'o' dan bonus bagi kami, teh 'o' sejuk. Alhamdulillah, enak tak terkata. Rasa tehnya sungguh lengkap dan padu. Cukup rasa manisnya. Cukup rasa tehnya. Memang amat sesuai dijadikan minuman botol seperti ini.

Setelah puas menikmati teh 'o' ais, kami dibawa ke sebuah cafetaria untuk menikmati pula makan tengahari. Difahamkan bahawa kafe ini adalah kafe khas untuk dosen (pensyarah), tiada orang yang boleh masuk kecuali dosen. Dan yang tambah menariknya, makanan di dalam kafe ini.. gratis! Tidak perlu dibayar. Kami makan nasi putih. Lauk daging. Tahu sambal. Bersama sup sayur. Terasa seakan selera Melayu Malaysia. Sedap! =)

Di sekitar kampus, dapat kami lihat kesibukan pelajar mereka ke sana dan ke mari, ada yang membuat group discussion die tepi-tepi bangunan, ada dengan aktiviti mereka sendiri, sungguh meriah universiti ini. Terasa iri juga, kenapa UIA tak semeriah ini. Di UIA, meriahnya meriah dengan bualan-bualan kosong di Econ Cafe, di NesCafe, di HS Cafe, di Edu Cafe (semua kat cafe je kalau ada meriah pun). Dr Raihan pesan pada kami, cuba lihat apa perbezaan pelajar di Indonesia dan di universiti kami. Entahlah, terasa macam nak belajar di UI ni. Kami dibawa pula menunaikan solat di Mesjid UI. Dalam perjalanan yang agak jauh itu kami melalui beberapa mercu tanda universiti. Mataku tidak berkelip melihat betapa luas dan besarnya universiti ini. Luas. Lebih luas berbanding UM. Mungkin sama luas seperti UUM. Bangunan Admin nya sahaja sudah tinggi mencanak setinggi 15 tingkat mungkin. Dewan Besarnya memang amat besar, dua hingga tiga kali lebih besar berbanding CAC die UIA. Punyai tasik yang indah berlatarbelakangkan Mesjid, Admin dan Dewan. Mesjid nya pula berkonsepkan 'terbuka' di mana jemaah boleh memasuki dewan solat masjid dari setiap sudut kecuali yang menghadap qiblat. Maksudnya - masjid ini tidak mempunyai dinding kecuali yang menghadap qiblat. Cantik masjid dia.. aku sudah mula nampak kekreatifan rakyat Indonesia..

2.00 petang
Kami sudah berada hampir satu jam di dalam kemacetan jalan raya di Jakarta, menuju ke kantor Pertamina.

2.30 petang
Masih lagi di dalam kesesakan.

3.00 petang
Kami menyedari kami telah melalui jalan yang sama beberapa kali. Rupanya pemandu bas sesat. Hanya setengah jam selepas itu baru kami tiba di kantor (pejabat) Pertamina...

3.30 petang
Pertamina adalah sebuah syarikat carigali minyak nasional Indonesia, seperti Petronas di Malaysia. Bezanya, Pertamina masih lagi baru dalam industri ini, dan sedang bergerak maju untuk menjadi syarikat carigali minyak gergasi Indonesia. Kami dibawa ke tingkat 13 Menara Pertamina bagi mengikuti beberapa sesi yang menerangkan tentang Pertamina. Kami dapat pengetahuan tentang kawasan minyak di Indonesia. Tidak seperti di Malaysia di mana kuasa melombong minyak terletak di tangan Petronas i.e. jika Shell melombong minyak, Shell perlu memberikan sebahagian share minyak kepada Petronas, di Indonesia, Pertamina perlu menguatkan diri bagi merebut peluang carigali minyak di Indonesia bersama syarikat minyak gergasi dunia seperti Chevron, Exxonmobil dan sebagainya.

Cukup dengan kisah minyak, kami dihidangkan dengan sekotak makanan. Sekotak makanan? Ya. Setiap seorang mendapat sebuah kotak kecil yang mengandungi 3, 4 keping kuih beranika jenis, dan juga sebekas air RO. Kuih mereka berlainan dengan kuih kita di Malaysia. Aku pun tak tahu apa nama kuih-kuih yang aku makan. Tapi yang aku tau, sedap makan selepas mengharungi macet selama hampir 2 jam sebelum ini.

5.30 petang
Bagi memberi gambaran awal tentang apa yang bakal kami hadapi pada hari terkahir nanti (membeli belah di sebuah pasaraya di Jakarta), Mas Adi membawa kami ke salah sebuah pasaraya terbesar di Jakarta - Jakarta World Trade Center di Mangga Dua, Jakarta Utara. Seperti dijangka, kami sekali lagi dipaksa duduk diam di dalam bas yang bergerak dengan sangat perlahan dek kemacetan yang amat dasat di Mangga Dua.

7.00 malam
Tiada apa sangat yang boleh dilihat dan di'windowshopping' kan di sini kerana kebanyakan lot-lot kedai di WTC ini sudah pun tutup. Kalau ada yang masih buka pun, mereka sedang berkemas untuk tutup. Sekali sekala sambil berjalan di sekitar dalam bangunan terserempak dengan rakan-rakan rombongan dari UIA. Sekali lagi bertemu. Dan bertemu. Dan bertemu. Seolah-olah kami sahaja yang berada di WTC ini.

'Tadi akak ngk beg? Murah ke kak? Ok ke harge-harge die?'

'Errmmm. Ok la kot.. dalam 30 ribu.. '

Aku tak tau apa yang boleh dibeli di sini. Terdapat gerai-gerai menjual beg - aneka beg. Kak Arfah kata murah harganya. Aku lihat harga di gerai-gerai kasut - kasut Nike, Adidas etc harganya lebih kurang sama dengan harga-harga kasut di Pertama Complex di KL. Entahlah. Aku sudah mula risau memikirkan aku tak tahu nak beli apa di Jakarta ini. Takkan aku tak nak beli apa-apa.. detik hatiku. Hu.

Terdapat food court di WTC ini katanya Mas Adi. Tapi aku tak menemuinya, tambahan pula aku belum berapa yakin untuk makan di tempat seperti food court itu. Jadi, A&W di pintu masuk WTC menjadi tempat menjamu selera. Di Malaysia sendiri aku tidak pernah makan di A&W, di Indonesia pula aku pertama kali merasa. Yang menariknya, setiap pakej makanan di A&W terdapat gratis (percuma) sepinggan nasi. Hehe. Inilah yang aku belajar dalam Intro to Marketing - product adaptation. Mungkin tak lama lagi A&W di Malaysia juga akan ada nasi, seperti di McD. Sos cili di A&W itu pula juga menarik. Kerana inilah sos yang paling pedas pernah aku rasa. 'Macam cili giling' Juan kata. Memang betul, appearance sos itu sendiri dah nampak macam pedas. Pedas, pedas, tapi sedap. Mungkin kah orang Jawa suka makan pedaS? Mungkin...

Selepas makan, yang perempuan-perempuan sebok bergambar di kasut dan bola gergasi di pintu masuk WTC bersama Dr Raihan dan rakan-rakan. Aku masih belum masuk lagi dengan mereka, lecturer-lecturer. Di bilik kami pun tidak bercakap. Aku sendiri tak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Dr Raihan, Dr Wahyudi, Bro Syed Noh. Biarlah mereka sakan bergambar di kasut besar giler tuh. Aku duduk di kerusi A&W sambil melihat gelagat mereka, sambil sebok menilik telefon bimbit ku, berpuluh mesej masuk sekali gus, semuanya dari orang yang sama - menunjukkan ada orang yang wajib aku pujuk sekarang. Mujur aku baru mengisi ulang pulsa ku (topup kredit). Suka dapat mesej dari Malaysia.

9.15 malam
Kami telah tiba di Wisma Malaysia dengan penatnya. Setelah menunaikan solat di Wisma, aku dan Juan merisik-risik tentang apa yang boleh dilakukan pada waktu sebegini di Jakarta. Merisik kepada beberapa orang pelajar Malaysia yang melepak di ruang tv wisma. Kata mereka boleh saja kalau kami nak jalan-jalan di kedai-kedai tak jauh dari wisma, boleh la kalau nak nengok-nengok sendiri kota Jakarta waktu malam. Fana dan Kak Qaya terdengar risikan kami. 'Eeeiihh.. nak ikoooottt..'. Kami ajak juga beberapa yang lain, tapi semuanya sudah kepenatan dan malas nak keluar.

'Nak keluar? Baik-baik jalan' pesan Bro Syed Noh. Dengan direction yang diterangkan kepada kami oleh pelajar yang melepak tadi, kami berempat memulakan perjalanan ketidakpastian kami ke bandar di Jakarta Tengah. Sebenarnya tujuan sebenar ialah Juan. Dia nak cari dan mencuba makanan tepi jalan di Jakarta - makanan warong-warong. Awal-awal lagi sejurus selepas keluar dari wisma sudah terdapat sebuah warong betul-betul terletak di hujung corner simpang. Berhadapan dengan sebuah rumah sakit (hospital). Keadaannya memang amat 'warong'. Macam kedai kopi kecil yang daif di kampung-kampung di Malaysia.

'Uhh.. tak nak aku makan kedai nih.. buleh ke? Tanak ah!'

'Ala Juan.. ospital depan ni je.. try je.. ape-ape hal lintas je seberang jalan masuk ospital.. hehe'

Kami meneruskan perjalan dengan membelok ke kiri di simpang yang ada warong itu tadi. Kami melalui kawasan perumahan elit. Memang gah-gah rumah di kawasan yang kami lalui itu. Seperti rumah-rumah di kawasan SS 16 PJ di belakang matrik UIA. Terdapat juga beberapa gerai makan yang telahpun tutup. Gerai-gerai kecil seperti tadi yang berpagarkan rumah-rumah elit. Walaupun tutup, ada juga beberapa orang yang duduk-duduk di situ, borak-borak. Ada juga yang duduk mengcangkung 2,3 orang menanti entah siapa (macam semasa di Salero Jumbo semasa aku melalui sebuah lorong untuk ke kedai membeli starter pack, lorong itu dipenuhi dengan orang duduk-duduk, cangkung-cangkung tepi jalan). Mungkin ini budaya mereka? Duduk-duduk dan cangkung-cangkung di tepi jalan. Tapi mereka hanya duduk dan cangkung (tak seperti di Malaysia kalo mat-mat rempit duduk-duduk tepi jalan macam tu, kalo Fana ngan Kak Qaya lalu kompem derang kene ngurat kene pewit-pewit). Risau jugak aku bile kami lalu melewati orang orang yang duduk, cangkung tuh. Tapi alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Hanya apabila melewati mereka, aku melemparkan senyuman dan mereka balas dengan anggukan dan senyuman =) pasti, aku amat yakin, pasti mereka dapat kenal kami bukan orang Indonesia, tapi orang Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan pakaian Kak Qaya yang sangat lah Malaysia. Hehe.

Tiba di sebuah lagi simpang. Kami belok sekali lagi ke kiri seperti yang diberitahu oleh pelajar yang melepak di wisma. Kelihatan sinar-sinar lampu berwarna warni di hujung jalan. Sudah mula kedengaran bunyi riuh sebuah bandar. Di hujung jalan itu terdapat sebuah lagi simpang, dan kali ini kami mengambil jalan ke kanan pula. Melalui sebuah kawasan gelap (agak pelik ada kawasan yang gelap di tengah-tengah bandar yang terang benderang). Terdapat beberapa kereta mewah yang parkir di tepi-tepi kedai yang telahpun tutup. Beberapa orang Afrika sedang bersandar-sandar di kereta-kereta itu dan melihat kami apabila kami melalui mereka. Badan derang da la besar-besar. Isk. Kami pun jalan dengan laju...

Kami tiba lagi disebuah lagi simpang. Kali ini simpang yang bertraffic light. Inilah kawasan yang dikatakan oleh pelajar tadi - kawasan banyak kedai-kedai. Keadaannya di situ sungguh sebok. Dengan keadaan tepi jalan yang berhabuk - sedang construction buat pavement, dengan hiruk pikuk berpuluh-puluh warong tepi jalan, dengan manusia yang sangat ramai ke sana ke mari, dengan kenderaan yang laju-laju walaupun jalan raya sebok, inilah kota Jakarta di waktu malam.

Kami mengambil jalan ke kanan di simpang itu. Dengan niat di hati untuk berpatah balik ke simpang itu dan mencuba pula untuk jalan terus dari simpang itu. Keadaannya bagiku sangat tidak selesa. Kalau kat Malaysia ada macam ni (memang ada pun, kat area Gombak jalan menghala ke HKL, macam tu la keadaan kelam kabut, kotor dan menyakitkan mata melihat dan hidung bernafas) aku dah kutuk-kutuk dah (aku da kutuk da tadi early this day, masa on the way dari KL balik UIA naik bas metro 91 lalu jalan tu, dasat, besepah, kotor, lagi teruk dari Jakarta).

Jalan yang kami lalui tidak ubah seperti jalan-jalan di kawasan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Pasar dan seumpamanya di KL. Banyak gedung-gedung jualan. Ah, terdapat sedikit perbezaan, di jalan yang kami lalui itu, seperti biasa di penuhi dengan gerai-gerai makan. Kalau di Jalan MAsjid India di KL, terdapat juga gerai-gerai makan, tapi di situ lebih kepada gerai seperti pasar malam - jual nugget, kentang goreng, etc, tapi di Jakarta itu, memang gerai makanan berat - nasi goreng, mi bakso etc. Bayangkan semua gerai-gerai di pasar malam tipikal di malaysia dipenuhi dengan gerai-gerai menjual nasi goreng, macam tu lah ibarat banyaknya gerai makan di sepanjang jalan itu.

Inilah yang Juan cari-cari selama ini. Makanan tepi jalan Indonesia. Juan seakan berada di syurga apabila berada di tengah-tengah lautan gerai makan di jalan itu. Namun perjalanan harus diteruskan terlebih dahulu - segala survey perlu dilakukan (macam lah kami tau mana satu yang sedap? haha). Terdapat juga beberapa gedung yang masih dibuka di waktu malam itu (kebanyakannya telahpun tutup) antaranya warnet (warong internet). 'Menarik yeh? Ko nak online kat situ?' Fana berminat. 'Boleh! BOleh!' jawapan tipikal aku. Kecil saja warongnya, macam kedai gunting rambut. Tapi kadar nya sama sahaja dengan di Malaysia - 5000 rupiah sejam (kira-kira RM2.00). Antara lain yang kami ingin cari adalah convenient shop seperti 7-eleven. Tiada yang kami temui kecuali satu, di hujung jalan itu. Convenient shop tersebut adalah milik sebuah hotel di situ aku kira, kerana letaknya di dalam kawasan hotel. Kenapa kami cari convenient shop? Saje nak nengok-nengok barangan di sebuah kedai Indonesia...

Tidak banyak yang kami temui di kedai tersebut, cuma sekadar sedikir barangan penjagaan diri dan sedikit minuman dan makanan ringan. Fana beli air kotak, aku cari juga S-TEE, tapi takde. Huhu.

Perjalanan diteruskan kembali ke simpang traffic light tadi. Kali ini, jalan tegak (ke lurus? same je kan, faham kan?) pula kami pilih. Keadaannya sama sahaja seperti jalan awal yang kami lalui tadi. Kalau kami jalan lagi kehadapan dan belok ke kiri dan ke kanan secara rawak, nescaya kami akan sesat. Siries.. sama je jalan dia, kedai-kedai tepi jalan sama, dengan lautan warong-warong epi jalan lagi, bentuk dia sama je.

Aku sudah mula tak selesa dengan keadaan sebegitu. Dari jauh aku dapat melihat Dunkin Donut. Yey! Jom! Jom! Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu. Para pekerjanya sedang berkemas untuk menutup sebenarnya semasa kami tiba, tapi dengan muka yang ceria, salah seorang daripadanya membuka kan pintu untuk kami =) (sementara kami berada di dalam, mereka menutup pintu dan menurunkan pintu dari atas tu sebahagian. hehe). Aku memesan fresh oren. Fana dan Kak Qaya juga. Juan pun tak tahan nengok aku minum, lalu memesan lagi satu. Kami duduk dan minum sambil berborak dengan sorang kakak dan due orang abang pekerja di situ. Sambil menyedut air sikit-sikit sehingga habis, macam-macam yang kami borakkan. Borak tentang Siti Nurhaliza yang pasti, tentang Malaysia, tentang Indonesia, dan tiba topik paling utama (bagi kami) 'mana nasi goreng paling sedap dekat sini?'...

Setelah mengucapkan terima kasih dan masing-masing membalas senyuman sambil abang-abang tu cepat-cepat menutup gedung mereka, kami terus berpatah balik ke traffic light. Kami singgah sebentar di gerai yang dikatakan sedap oleh kakak Dunkin Donut tadi (hakikatnya kakak tu tak bg tau pun kdai mana sedap, cuma dia kata 'nasi goreng gila' tu sedap, dan hampir kesemua gerai di situ ade 'nasi goreng gila' dalam menu mereka, so, kami singgah je la mana-mana gerai yang nampak macam best. Hehe). Aku berkeras jangan beli sebenarnya. Atas nasihat dari pelbagai pihak, terutamanya dari travel agent yang menasihatkan jangan makan makanan gerai tepi jalan seperti itu. Bukan nak mengatakan yang negatif, cuma langkah berhati-hati sebab kita di Indonesia tu tak lame, cuma 4,5 hari, tambah pula kita pergi secara berkumpulan, ada jadual kita sendiri, takut ada yang perut tak sedap sakit ke mungkin sebab tak biasa dengan makanan di Indonesia, menyusahkan kumpulan dan rombongan. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar Malaysia die sana, mereka semua berjalan atas kaki mereka sendiri, tidak terikat dengan mana-mana orang dan jadual, jadi memang mereka boleh sesuka hati mencuba makanan warong di sana. Aku malas nak argue dengan Juan, aku tau aku cakap macam mane pun die mesti nak cube jugak.

Nasi Goreng Gila dipesan. 3 minit kemudian, nasi pun siap. 14,000 rupiah harganya, kira-kira RM 6.00. 'Ko kene tipu ke Juan?'. 'Aku tatau la, tapi nengok macam sedap je..' Hehe.

Perjalanan langsung diteruskan untuk kembali ke wisma. Jam telah jelas menunjukkan malam semakin lewat. Namun bilangan orang dilihat semakin ramai, mungkin malam baru hendak bermula di jalan itu. Kami melalui traffic light. Fana mengadu dia ditegur oleh seorang yang sedang duduk-duduk di traffic light itu. 'Jalan je.. jalan je..'. Aku sendiri pun risau sebenarnya. Selepas itu, tiba pula di kawasan orang kulit hitam berkumpul tadi. CUma kali ini, keadaan menjadi semakin gelap, di tambah lagi dengan bilangan geng mereka yang semakin ramai. Kebanyakannya bersinglet mendedahkan tubuh sasa mereka. Kami menghampiri untuk berlalu di celah-celah mereka. Semua mata terasa seperti tertumpu ke arah kami. Kami berjalan dengan laju... Tiba-tiba...

Bersambung...

Rabu, Februari 14, 2007

Three Months Without News

Sorry. Its been about three months since I last updated the blog.
Many things happened, and so, many things to share.
For there are actually some postings that I have already prepared.
Alas there was no chances for me to post inside the blogger.
But today, soon, there will be one.
At least one in the next 5 days. InsyaAllah...

Ahad, Oktober 29, 2006

teng tengteng tengteng tengtengtengtengtengtengtengteng
teng tengteng tengteng tengtengtengtengtengtengtengteng
hai selamat hari raya..
kaaaaami semuaa ucapkan..

'selamat hari raya'
sharifah aini

Tiap2 kali raya sejak 3 kali raye sbelum ni, mesti lagu ni lah lagu first yang akan terngiang-ngiang dalam kepala. Sume lepas dulu mase final sem kat matric, mase da ujung-ujung sem juan nak present subjek basic themes of the Quran) gune power point pastu nak pasang lagu ni dalam presentation die pasal 'miracles of the Quran'. Aku mule-mule denga die cakap macam tu terus tegelak ngilai-ngilai kaw-kaw nye gelak. Aku tak tau. Takde la lawak sangat. Tapi tindakan dia yang daring tuh cukup membuat aku teringat sampai skarang. Tiap-tiap kali aku ingat, tiap-tiap kali tu la aku tesenyum sendiri. Juan akhirnye tak pasang pun lagu tu dalam presentation die. Hangat-hangat taik ayam je.

Taun ni kali kedua aku beraya sebelum exam. First time dulu kat matric, mase second sem. (aku study ke mase raye? kompem tak..) Tak berasa sangat sebab subjek sume senang-senang je (ceyh? dapat chem II C+ jugak sem tuh). Paling susah pun chem II kot. Dah lah mase tu demam. Duduk dalam amf (al-Malik Faisal hall) yang sejuk bangat pg tuh. Dihidangkan pulak dengan invigilator yang seksi pulak hari tuh (kebaye ketat yang jarang). Giler. Tak buleh jawab aku. No wonder dapat C+. Mase lepas exam tu da pikir nak repeat je. Alhamdulillah pass... (aku teringat sem tu aku amek btq. aku sorang je dalam geng-geng aku amek btq sem tuh. study sorang-sorang. malam sebelum exam tu tak tido (takut esoknye exam kol 8 pagi aku tak pegi sbb tak jage dari tido), baaaaaaaacceee je handout ustzh asiah bagi. da abes bace ulang lagi bace. da abes ulang ulang ulang. Mau da apal sume words lam handout tuh. aku rase tu la study utk exam aku yang terbaik. bile lagi aku nak jadik macam tuh..? hurm..)

Ni yang bakal aku tempuh start ari selase nih, kali kedue exam lepas raye. Aku bawak balik kampung buku teks, notes. Kak fidza tanye 'Azi baceee ke notes azi tuh?'. 'Hmmh! Mane..' senang je aku jawab. Senang jugak aku melayan buku-buku aku - sampai2 umah je letak kat tepi dinding, biar situ saaampai aku nak balik uia semula. Kecuali buku teks Dynamics je yang aku bace setakat tak sampai spuloh muke tuh. Tu pun setelah pikir kan naseb diri 'Ape la nak jadik aku sem nih.. sume subjek dasat-dasat teruk..'. Baru nak bace. Tapi atleast ade jugak bace. Alhamdulillah.

Cume yang sangat tak senang duduk bile memikirkan naseb diri mase nengok result untuk sem nih. Brape lah gpa aku dapat sem nih? Beraye umah Pakngah ari tu, Pakngah peluk sambil cakap 'Ni azi ni xmau 3 lebih 3 lebih eh? Tiap tiap sem 4 je.. flat je.. boleh?'. Kaklong Dida (lecturer @ uitm machang) tanye mase beraye kat umah 'azi cgpa ok lagi kan? atas 3 lagi kan? azi terer.. bagus..'. Paktam Jabor mase kat umah tokbah cakap 'Eh, azi aritu dapat 4 flat eh? ade kan?' ('mane ade flat2 pak bor..' aku jawab) oh takde.. tp aritu lebih 3.5 kan? skang pun lebih lagi kan?'. Skarang ni aku dah malu nak jawab kalo orang tanye cgpa aku. Padan la dulu mase kat matric aku dapat gpa 3.3 ade satu sem tuh abang dengan spontan cakap 'uissh.. terer azi..'. Baru aku tau skang ni susah nye nak score. Baru aku tau makin lame bende makin susah. Skang dah ujung 2nd year. Nak naik 3rd year. Aku ingat lagi Suvad (tutor calculus I mase 1st year) cakap 'you will feel terrible, especially when you are in the third year. you will feel like you want to leave everything, go back home and sleep'.

Betul die cakap. Aku da rase da skang. Carry mark? Dynamics and Vibration? Ntah bape agaknye carry mark aku. Thermodynamics? Lebih sikit dari separuh je (carry 60 marks) agak nye. Gas Dynamics? Huh. Quiz yang last (quiz yang aku confident gile jawab) aku dapat zero. Dr waqar tak tules '0' tapi die tules 'ZERO' macam tuh. Ntah lah. Aku rase die pun da menyampah nengok name aku (die tak knal muke aku). Menyesal aku tak drop subjek ni ari tuh. I am just not ready yet. Tu je alasan yang buleh aku bagi kenape aku teruk sangat Gas nih. Paling banyak aku buleh dapat, 10/60 carry mark. Aku rase will be less than that. Aku da bersedie untuk mengulang. Pikiran aku nak mengulang Gas nih, lagi kuat mase aku pikir nak ngulang Chem II dulu kat matric. 'Merase la skali fail..tak yah la drop drop' tu juan cakap bile aku bitau die plan aku nak bayar fine RM500 nak drop Gas. Ntah lah. Tun Mahathir pun pnah fail satu paper mase die buat medic dulu. Denga cite Bro Syed Noh pun mengulang Fluid Mechanics 2 kali kat Jepun, akhirnye die ajar aku subjek yang same jugak kat uia. Tak lame lagi nak fly pegi Holland buat phd. Kak Fidza pun die cite die kantoi satu sem mase wat diploma kat utm, tu yang buleh sekelas dengan abang aku walopun kak fidza tua setaun. Lepas tu same-same further degree study kat UK. Becinte kat UK (jeles sampai skarang). Hikmah kak fidza mengulang - dapat kenal abang, kawin, da beranak 3 da skarang. Biase kot bende macam ni berlaku? Aku redha. Semua yang buruk datang dari aku sendiri. Aku yang pemalas. (lepas university ramadhan.. kene berubah ni.. berubahhh!!).

Ungs je la yang buleh diharap (Ethics and Fiqh). Buleh la tahan. Aku suke subjek-subjek macam ni. Macam BTQ kat matric dulu.. Kadang-kadang terpikir, macam mane klo aku amek course yang ke arah macam tu (general studies, philosophy, history, Islam and Science, thoughts), adekah aku lebih berjaye? Ntah lah.

English? Aku patut ade kat bilik study English skang nih. Aku tak study English ape pun lagi. Aku perlu beransur. Doakanlah kejayaan anak muda ini. Nasihatlah dia mane yang silap. Rakan-rakan uia, dan dari seluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruh universiti di dunia yang ada kawan aku, selamat menjawab peperiksaan. Lakukan yang? yang? yang terbaik...

Selasa, September 05, 2006

'Merdeka, Ramadhan, Aidilfitri, Cepat Masa Berlalu'
'Fitri, Merdeka, Midterms, Quizzes, Raya, Finals, Cepat Sungguh Masa Berlalu'


For Fitri Nabihan (picture), 1 week, he may not know what time is. He does not know how to know what time is. But time still significant in his life. Time is significant for everyone. Even Allah swear by the name of time. Allah says that people are the ones who are in loss.

Aint it scare us enough? If an expert in economy tells that our country will face economy downfall, we will get prepared, we believe the expert. And in the Quran, Allah, our Creator, that knows everything about us, tell us that we are in loss. Wont we have to be getting prepared, will we?
But for certain people (mentioned in that Surah), they are not in loss. People who are believing in God, people who commit good deeds (aamilu Solihaat). For that two, I am sure everyone reading my blog are committing them. But for the other two, to give advice in truth, and to give advice in patientness (as-sabr), not many are doing it.

Please, remind me. Give me advice. Help me to excell in my study, in my life, in akhirat.

Sabtu, September 02, 2006

I Love Islam

Morality is the central of Islamic teachings. Explain hy a Muslim must be committed to Islamic moral values even within an immoral society.


Our Prophet, Rasulullah (s.a.w.) says 'I have not been sent to thee, but to perfect the akhlaq'. Obviously from this saying, Rasulullah said that he was sent to perfect the akhlaq of the ummah. It shows that one of the main teachings of Islam that Rasulullah preached is akhlaq.

I would like to point out my view to the Malay perspective. There are one thing that the Malays call 'adat' which means norm. It is actually ahter different that akhlaq since norms are normally not related to Islamic moral values. However, when talking about Islam, Malays will like to talk about fiqh, fiqh, fiqh, fiqh aaaaannndd fiqh. As if fiqh is the only field in Islamic teachings. They will all the time argue about fiqh and sometimes even fight among them just because of different views on fiqh. But they forget one vey important thing in Islamic teachings - akhlaq. The Malays forget that their teenagers are drifted away in the streams of immorality. They forget that the most immoral-doers in the statistics are the Malays. They just keep arguing about fiqh, keep arguing they should wear the serban, keep arguing that people who are wearing jubah that touches the soil are not good people, keep arguing that 'kayu sugi' is better than modern toothbrush, keep arguing on things that should not be argued much. But they forget to teach their children about how to behave according to Islamic moral teachings, they forget to tell their children what is wrong what is bad (moral or akhlaq is to do good things and leave bad things). O Malays, wake up! Correct your akhlaq! Realize that akhlaq is one of the most important Islamic teachings that you have left behind. Akhlaq is the main teachings of our Prophet!

Another point is that when we talk about immoral society, one of the first things that comes to our mind is the westerners, since they possess immoral behaviour the most, generally. Should Malay students studying in Western countries abide Islamic moral values? Consider this verse, 'Verily you (Muslims) are the best of all people and you should enjoin what is right and forbid what is evil' [Surah Ali Imran: 110]. Even if Muslims are in immoral society, they should forbid evil, and enjoin the truth. One of the truth is Islamic moral values. Why not show to the Westerners how Muslims behave accordingly to Quran and Hadith? Show to them. May they become impressed by our beautiful behaviour and would like to follow us as examples.

It is also our needs as Muslims to commit Islamic moral behaviour to seek and gain the bounties that Allah has given to us. So it does not matter whether the Muslims are in immoral society or not, they NEED to commit Islamic moral behaviour for the sake of Allah. Furthermore, when good akhlaq is performed, a society can be a better society. I hope, my society, that is the Malay society ould someday realize that committing Islamic moral behaviour is very important that it gives not just Islamical benfits, but also socialically and individually. InsyaAllah.

-End of answer sheet-

So? If I've already committing the good deeds, so what else to do? As students, what else? As a super lazy students, what else I need to do? Keep on sleeping? Because I know that when we are tired, sleeping is morally accepted. Do I need to keep on doing it? Do I? Am I that tired? Have I worked hard that much til I really need to stay cool and get relax? Dont I have the desire to excell? Do I? 'Tepuk dada, tanyalah Iman'. I know all the answers. Morally, I need to react to the questions. Morally, I need to change.

Sabtu, Ogos 26, 2006

My Name Is Earl

You know the kind of guy who does nothing but bad things and wonders why his life is suck? Well thats me! Everytime I do bad things, something bad will always wait around the corner. Thats when I realize I have to do something. So I list up all the bad things I have done and try to make it up so my life is better. I'm just trying to be a better person. My name is Earl

That was the Earl's saying during the opening sequence of the series 'My Name Is Earl'. A TV series that tells us a story of a guy that has listed down hundreds of bad things he had done and try to make all the bad things up. He believes that if he do good things - to apologize and make the bad things up, good things will happen to him. He tries to be a better person.

The items in Earl's list shown during the opening sequence read as follows:
56: Stole Liquor from Liquor store
57: Told Joy Dan D(writing illegible) messed himself on the (rest cut out of frame)
58: Fixed a high school football game
59: Everything I did to Dad
60: Pulled fire alarm
61: Stole Mom's car (but I gave it back)
62: Faked death to break up with a girl
63: Wasted electricity
64: Spray Painted The bridge
65: Cost Dad the election
66: Let mice out at school play
67: Stole beer from a golfer
68: Blew up mailboxes
69: Cheated on School tests a lot

It made me thinking, why a guy like this dare to do everything just to make them up. Everything, he dares to do everything to make sure his victim forgive him! It is just not about apologizing. It is about to do good things.

The 18th hadith in Imam Nawawi's collection of Forty Hadith tells us that 'Fear Allah wheresoever, and do good things over bad things, and do good deeds naturally'. The syarah over the hadith tells that even if people done bad things to you, you should response in hikmah by doing good things back to them. And if you have done bad things, you should do good things more and more.

I'm just trying to be a better person.
My name is Earl
My name is Azimin

Jumaat, Ogos 11, 2006

ANTRAXX '06
ANNUAL TRACKING 2006
ULU CHEMPEROH, JANDA BAIK, PAHANG
4, 5 & 6 AUGUST 2006

Nothing much I need to say of what I gain from this program. Only one word can describe, 'togetherness'.

Sabtu, Julai 08, 2006

'Bless In Disguise'

Hari tu baca Berita Harian. Ada kenyataan Ronaldinho (sebelum perlawanan suku akhir menentang Perancis). Katanya 'Mendapat tempat kedua bagi Brazil adalah seperti mendapat tempat tercorot dalam Piala Dunia'. Mereka (Brazil) akhirnya kalah kepada Perancis dalam perlawanan tersebut. Aku tonton perlawanan itu. Sampai minit terakhir pukul 5 pagi. Sanggup aku tak tidur mengharap Brazil sekurang-kurangnya menjaringkan gol penyamaan Thiery Henry lewat babak pertama bagi membawa perlawanan ke masa tambahan. Kecewa. Kecewa dengan persembahan Brazil yang begitu hambar. Mungkin semangat yang ditunjukkan sebelum perlawanan oleh Ronaldinho memang menakjubkan seperti kenyataannya itu. Ada semangat yang mantap, tetapi tewas. Kenapa?

Pepatah melayu ada mengatakan 'USAHA Tangga Kejayaan'. Bukannya 'PANDAI Tangga Kejayaan', ataupun 'SEMANGAT Tangga Kejayaan'. Sebelum ini, aku ada mengikuti kursus BTN peringkat UIA semasa tahun pertama dulu. Dalam salah satu ceramahnya, penceramah, yang juga bekas pensyarah bahasa dan sastera Melayu di UM ada membuktikan bahawa pepatah Melayu banyak betulnya. Beliau mendakwa beliau mengkaji banyak pepatah Melayu dan terbukti pepatah-pepatah itu TEPAT.

Perenggan pertama ada persoalan.
Perenggan kedua ada jawapan.

Ada semangat yang bersemarak macam mana sekalipun, belum tentu boleh membawa kepada kejayaan. Yang penting? Yang penting? USAHA. Ya? USAHA. Semangat? Perlu juga. Tapi, yang pentingnya, USAHA. Mungkin pemain Brazil sudah berkobar-kobar semangat mereka, tetapi usaha mereka tidak mencukupi untuk memenangi perlawanan itu.

Sebelum ini, sejak masuk UIA Gombak, aku sentiasa memperbaharui semangat untuk belajar bersungguh-sungguh setiap semester. Setiap awal semester, ada sahaja janji-janji yang aku angkat dalam hati untuk berjaya dalam semester itu. Ada sahaja teknik-teknik baru yang aku lakukan. Belumpun sampai pertengahan semester, teknik entah ke mana, semangat entah ke mana.

Tiga semester panjang dan dua semester pendek telah kulalui sepanjang di Gombak. Bermula dengan agak baik pada semester pertama di sini, namun CGPA aku jatuh, jatuh dan jatuh setakat ini. Belum ada semester yang mampu mengangkatnya semula. Terbaru, semester pendek yang baru tamat 3 minggu lalu. Seperti biasa, aku berkobar-kobar pada awal semester. Semester itu, aku berangan-angan untuk mendapatkan 4.00 flat yang boleh mengangkat sedikit CGPA. Dengan hanya dua subjek yang aku ambil, aku begitu bersemangat untuk mendapatkan A bagi kedua-dua subjek itu. Dua minggu awal aku masih demam, 'demam semangat'. Minggu-minggu berikutnya 'demam' itu semakin kebah, semakin pulih - belumpun sampai pertengahan semester, aku telah pulih sepenuhnya dari 'demam semangat' itu. Seperti biasa, aku 'demam' semula ketika peperiksaan akhir hampir tiba, di mana semuanya telah terlambat. Keputusannya telahpun keluar awal minggu ini. Dan sekali lagi, CGPA aku jatuh.

Aku anggap kejatuhan CGPA empat kali itu sebagai tragedi. Sesiapapun akan beranggapan seperti ku. Empat kali aku mendapat peluang untuk menaikkan CGPA aku. Empat kali jua aku hanya berakhir dengan menjatuhkannya. Jatuh. Jatuh. Jatuh. Jatuh. Empat kali. Tragedi bukan? Aku menonton siri Misi XX Ray cuti baru-baru ini. Ada satu babak, Nur Aliah Lee yang membawa watak doktor psikologi dalam siri itu berkata 'Jangan menganggap kejadian buruk yang berlaku itu sebagai tragedi. Mesti ada perkara baik di sebaliknya. Anggaplah ia sebagai 'blessing in disguise'...'.

Bless in disguise. Rahmat disebalik kejadian. Empat kali gagal menaikkan CGPA, aku berharap semester kali ini dapat menaikkannya semula. Berharap semester ini aku akan sedar. Aku telahpun sedar, cuma aku harap 'demam semangat' aku tidak akan kebah sepanjang semester ini. Semoga berjaya.