Cari Blog Ini

Ahad, Jun 29, 2008

Pernahkah Anda Mengambil Gambar Rumah Anda dari Udara?

Ops Pantai Barat
Waktu: Dirahsiakan
Laluan: Dirahsiakan

























Rabu, Jun 25, 2008

'The Haram Police'



'I keep the mistakes as the reminder for myself. So I remember that no matter how successful I'd become, I have false like everyone else. And there's always room for improvement,'

Ahad, Jun 22, 2008

Senyum

Lame aku tak rase orang senyum kat aku. Senyum yang ikhlas dari hati yang memang dia nak senyum kat aku. Solat jemaah Maghrib kat masjid hari tu, lepas selesai solat, bersalaman. Senyum kesemuanya yang bersalaman dengan aku. Terase bahagia sangat walaupun senyum itu sekejap je. Sememangnya senyum tu memainkan peranan. Walopun die dari orang yang tak kite kenal. Senyuman mereka sedikit sebanyak meredekan hati kita yang mungkin tengah risau, ataupun susah hato mase tu.

Orang kate aku susah nak senyum. Muka asek muke garang je (kecuali dalam gambar. Hehe). 'Senyyuuumm lah sikit..' selalu aku dapat ayat macam tu. Hehe. Ye, ye. Aku sentiasa senyum lepas ni. Bagus senyum ni untuk diri kita juga. Terapi pada muka kita. Korang mesti tau kan, yang bila senyum tu, otot pada mulut kita lagi banyak bergerak dari masa kita bercakap. Senyum! Senyum!


Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Siapa yang tak ingat dengan lagu ni yang selalu keluar dekat RTM dulu. Nostalgik. Hehe. Selain dari aku nyanyi sendiri lagu ni, last sekali aku denga lagu ni adalah masa form 4. Masa tu ada pertandingan-pertandingan sempena sambutan Maal Hijrah di Muar. Ada syarahan, ada berzanji, ada nasyid. Buat dekat Sek. Tengku Mahmud Iskandar. Da selesai bertanding syarahan, aku gi nengok-nengok pulak pertandingan nasyid. Masa tu Sekolah Sains tengah perform. Lagu ni lah. Lagu senyum. Buat style acapella. Hehe. Sedap. Suka. Lepas tu, aku nyanyi je lagu tu sorang-sorang, terbawak-bawak sampai ke sekolah sendiri. Hehe.

Huh. Nostalgik aku sekarang ni. Semalam sepanjang hari menghadap laptop. Bukannya siapkan presentation yg nak dipresent minggu depan ni, (siapkan la jgk sikit-sikit, due tige slide) tapi duk menghadap friendster. Kumpul balik kawan-kawan friendster lama. Akaun lama da delete. So buat baru. Cari balik kawan lama. Wah. Dalam 24 jam sejak semalam, dapat kumpul 30 orang. Hu. Rase.. tatau nak cakap rase ape bile nengok friendster-friendster member lame. Ade jugak hikmahnya ye akaun lame aku kene delete. Kalo tak kene delete, kompem aku ta bukak balik friendster orang lain. Hu. Member-member lama. Member sekolah. Member chatting. Ada yang tengah buat master. Ade yang da tunang, kawen. Hu. Lepas tu main-main komen plak. Dulu aku kutuk2 orang yang main komen tu, amende la, cam tak berfaedah je. Hehe. Tapi semalam bile da berbalas komen... best la plak kan. Hehe.

Ah. Kita lupakan semua ini sementara. Ada presentation nak disiapkan. Buat penat je aku pinjam buku banyak-banyak tapi tak baca. Jom. Baca sikit-sikit. Yang penting faham. Lepas tu siapkan slide. Jom!

Rindu orang yang tengah jalan dekat South... Jalan baik-baik.. =) senyum selalu..

'Senyum.. membahagiakan'

Jumaat, Jun 20, 2008

PhotoBlog



Selasa, Jun 17, 2008

Aku dan Dia

Tiap-tiap kali kita rasa susah hati, risau, tak selesa, mesti kita pergi pada Dia kan? Minta doa, mohon ketenangan dari Dia. Dia Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. Tapi apakah time susah-susah je kite pergi pada Dia? Ataupun time gembire-gembire, macam dapat result bagus, pastu kite bersyukur pada Dia, and thats it? Time-time lain? Time-time kita bese-bese je? Kita pergi pada Dia tak?

Aku kurang. Baru ni rasa susah hati. Risau. Sedih. Aku pergi pada Dia. Dah 2 minggu aku duduk UPM, baru time tu aku pergi Masjid UPM yang sekangkang kera je dari bilik aku. Solat. Sujud. Memuji Kebesaran Dia. Mohon ketenangan dari Dia. Baru tu aku cari Dia. Bukan selame ni tak solat, tapi, adakah aku ingat Dia setiap masa? He sent us to this world only to worship him. Adakah kita hanya mengingati dia time kita susah dan senang sahaja? Ataupun kita ingat Dia tak kira apa-apa masa sekalipun. . .




Masjid UPM. Pertama kali aku pergi dulu, Januari 2007, bersama-sama rombongan dari ITB. Ade kenangan tersendiri. Mase tu aku cakap kat Adam, ketua rombongan ITB 'Jangan lupa ya Adam, pesen sama temen-temennya minta cepat dikit kita di sini, kita kesuntukan masa'. Lepas tu die terus cakap kat kawan-kawan kat kiri kanan dia, 'Cepat dikit.. ikotin katanya Azimin ini..' Aku tersenyum. Tapi lepas tu die cakap kat aku 'Oh Azimin, minta tolong dibilang sama temen-temenku yang lain ya?'. Siot je. Aku baru suh die. Die ingat aku sape nak carik sorang-sorang kawan die yang 80 orang tgh berkeliaran kat masjid tu. Tapi aku jawab 'Oh? Ok, ok'. Heh. Aku susah sangat kate 'no'. Ataupun senang sangat kate 'yes'. Ah, itu isu lain.

Cantik Masjid UPM. Futuristik binaan dia. Yang belajar akitek, cek la kat internet, unik bangunan masjid ni. Tapi yang penting, kat situ lah kite berinteraksi dengan Dia. Dia suka kalau kita berinteraksi dengan Dia. Jadi, selalulah, berebutlah untuk communicate dengan Dia. Nanti nak ajak kawan-kawan bilik solat dekat Masjid UPM ni jugak. Lama tak solat jemaah di masjid, dengar kuliah lepas solat, duduk, bertafakur lepas solat. Jum!

Sabtu, Jun 14, 2008

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Ari tu, time time MAS tengah buat promotion 1 juta tempat duduk free ke destinasi domestik, Tim terus sms aku 'Jimin, mai la datang Sabah. Ajak kawan-kawan jalan sini. Leh duduk umah saye. Saye leh sediekan tentatif seminggu jalan Sabah'. Aku memang suke jalan jalan nih. Ajak sume kawan yang berpotensi nak g. Tapi malangnye, sume berminat, tapi takde duet la, takde mase la. Sigh.

Abang sms plak tak lame lepas tu. 'Azi bile cuti? Jum la datang Miri. Ayah datang jugak nanti. Abang book kan tiket'. Malangnye, cuti aku tak kene dengan time Ayah nak g Miri nengok Abang. Sigh.

Khamis ari tu Munzir tepon aku. Ko nak gi Sabah? Die tanye. Eh, nak! Rupenye plan sejak lebih setahun dulu nak buat trip ke Ethiopia, yang dah bertukar-tukar tempat - ke India lah, ke Bangkok lah sebab kurang budget, akhirnye berakhir dengan pegi ke Sabah 5-13 Julai nih. Aku yang tarik diri time nak ke Ethiopia lagi (disisihkan sebenarnye, sebab komitmen sikit. Hehe) kini diajak kembali untuk join same. The more, the merrier kan? The more people, the cheaper it will be kan? Mahal. Tapi. Bile lagi nak gi kan. Harap-harap leh kurang harge lagi.
Yang aku ketheul tentang Bandung
3 kali naik angkut
3 kali jatuh cinta

Pernah nak beli tshirt bandung yang ade tertera ayat kat atas nih. Design die pun mcam lawa. Kirun pun cakap 'Eh bli do. Bli bli. Smart gile'. Tapi baju tu kecik tak ingat. Fit. Tak suke ah baju fit fit. Ingat nak amek gamba design baju tu dengan ayat die yang atas nih. Tapi sampai la last day kat sane terlupe nak amek gambar.

Rupenye dekat Kuala Lumpur pun nak masuk kali ketiga nak jatuh cinta...

Khamis, Jun 12, 2008

EIT Oh EIT

Ade lagi kurang 3 minggu nak habiskan EIT.
Ape yang da aku dapat dari 8 minggu nih?
Ilmu maintenance kapal terbang yang terbentang luas kat sini belom habis aku tuai
Dan mungkin takkan habis nak tuai semua
Dunia pekerjaan yang menyeronokkan
Segala perangai manusia ada depan mata
Yang elok
Yang tak berape nak elok
Yang sangat teruk pun ade
Segala pengurusan organisasi aku belajar
Yang bagus
Yang berserabut pun ada
Tapi yang paling berharga
Adalah ilmu yang aku dapat dekat sini
Sana sini kat tempat kerja ade ilmu
Tinggal carik tak carik je
Antare nak dengan tak nak je
'Aku sughuh nko belajooooor' Tuan Sulaiman selalu cakap kat kiteorang dengan loghat Muo die yang pekat
'Nko.. nko buat ape nih? Ha? Nko.. Nko taaauu ke amendee yang nko buat ni? Ha? Nko cek tak kat manual tu amende yang nko buat nih? Ha? Kang kalo aku tanye nko tak dapat jawab. Haa.. Cemaaaanee ni ko nak jadik engineer'
Nasihat dari Tuan Sulaiman, Tuan Yazid, (to name a few) dan ramai lagi tak henti henti menrjah ke telinga kami
Walaupun sedikit harsh
Biasa la kan
Polis
Semalam
Semalam Najib budak MIAT ajak aku buat surat
Surat untuk minta kebenaran Polis nak ikot pegi join operasi naik kapal terbang
'Ko letak la name ko dalam surat kiteorang' baik orang nya Najib
Lepas tu serahkan pade Tuan Yazid, Ketua Jurutera Pengkalan Semenanjung
'Aku.. Aku setuju korang sume nak ikot. Bagus. Walopun ko sume kene bayo sendiri hotel, mahal jugak tu. Semalam dalam 120inggit. Biasenye 2 malam. Kongsi berdua ke. Sorang da 120 inggit. Makan lagi. Mau dekat 200 jugak. Tapi, bagi aku, bagus. Ko nak bayo pengalaman naik kapal dengan 200? Tak dapat.. ko tau? Ko bayo 500inggit nak naik kapal kite nih pun tak dapat. Pegi pegi. Aku memang galakkan. Nanti aku forward surat ni kat Perancang,' Tuan Yazid cakap.
Dr Raed nanti yang datang evaluate aku
Aku dah emel tapi die lom balas
Mungkin die tak dpt emel aku
Kene tepon die nih tanye bile nak datang
Ala risaunye nak present ape tatau
Sekian EIT Oh EIT