Cari Blog Ini

Ahad, Mac 30, 2008

CFD Mengajar Segalanya

Selama ni orang cakap, kalau dah menghadap satu-satu bende tu lame sangat, sampai da boring, boleh sampai jadik nak muntah nengok nya. Pagi tadi aku dah rasa. Siyes tak tipu, aku dah loya-loya nengok notes CFD yang penuh dengan iteration tuh. Penuh dengan equations. Nak muntah dah.

Da 32 jam tak tido sejak semalam, stadi CFD. Tapi tadi jawab CFD cemane? Isk.

Cemane ni ngan CFD? Isk. Cemane ni? Cemane?

Sabtu, Mac 29, 2008

Esok dan CFD

Esok ade CFD. Nak study ape? Tatau nak study ape. Bukak buku teks. Bace Chapter 4. Ape nih? Bace lagi. Tak faham. Bace lagi. I have no idea what is this book talking about. Isk. Bace lagi. Mulut bace. Hati bace. Tapi kepale fikir macam-macam. Isk. Bace lagi. Tak perasan pun ape yang dibace. Ulang balik ayat yang dibace. Tak pasan jugak sebab kepale penuh dengan maam-macam bende. Bace ulang lagi sekali. Tak faham. Bace lagi. Nak nengok past year paper takde, sebab first time offer setelah 2,3 taun tak offer. Lecturer pun lecturer lain yang ngaja. Nak mintak tolong orang lain pun masing-masing da goyang. Semua cam blur. Da le tak ramai amek CFD. Weh Fizah, ko kat Adelaide amek CFD ke? Susah tak? Tapi ari tu ko amek CFD ke awal-awal kat sini? Ampeh ko pergi meninggalkan kelas. Susah do. Tolong aku weh. Cemane nih?

Kenape selame ni tak study?
Tak sempat. Sebok dengan FYP. Sebok dengan NDT. Sebok dengan Midtem AeroProp. Sebok dengan assignment lain.

Abes esok nak jawab ape?
Tatau.

Abes skang nak buat ape?
Bace je.

Kalau tak faham?
Takpe, bace je. Slide kan ade?

Cukup ke slide?
Tak cukup slide, ade buku teks, dalam buku teks kan ade contoh soalan?

Sempat ke nak cover sume bende?
Jangan fikir. Bace je mane yang mampu. Fahamkan je ape yang mampu.

Boleh ke bace ape yang mampu?
Jangan fikir! Cube aje.

Tapi.. kalau..
Dah, jangan fikir ape. Jom kita study, selagi ade mase. Bismillah.

Khamis, Mac 27, 2008

Mechatronics dan Aerospace

'Cemaneee ni eh? Cemaneee nak kasik markah kat korang nih? Cemaneeee? Apsaaal la korang wat report macam ni? Kenape tak letak value tuh? Korang ni, terlupe nak letak ke, tak reti?'

'Cemaneee lg bang, cam tu je la. Kiteorang budak aerospace. Mane reti sangat bang bende-bende control system nih..'

'Eesshh.. korang ni. Apeee la. Korang tak belajau ke pakai osciloscope? Takkan tak reti gune. Takkaaan la tak pandai'

'Tatau la bang.. banyak ni je la yang kiteorang leh wat..'

'Isk. Cemaneee ni. Cemaneee nak tande kertas orang nih. Hey.. Cemaneee'

Haha. Cemaneee.. Cemaneee.. Haha. Abang Aziz, Abang Aziz. Geleng pale. Setengah jam aku duduk dalam Control System Lab (Lab milik Mechatronics Department) nak hantar lab report Aerospace Lab. Tak pasal-pasal je kene wat experiment Mechatronics. Cemane? Pastu expect kene wat as good as dak mechatronics jugak tuh. Abang Aziz siap compare lab report kami dengan report dak mechatronics. Heh. Memang le derang lagi bagus. Da derang hari-hari menghadap bende tu. Belajar pun belajar bende tu. Setengah jam aku duduk menerime lontaran demi lontaran kate. Hehe. Tapi betul la, penting benda ni. Control system. Penting, penting. Tapi? Tapi kite mane belajar sangat osciloscope2 nih... jangan la expect the best. Kasik la experiment fluid ke, inshaAllah la tu kite boleh kasik the best. Hehe.

Tapi... Aircraft Design punye paper semalam.. Isk. Susah. Tak aci siot, taun lepas punye paper kiteorang try jawab cam senaaang je (senang la kan, kalo tak dapat jawab leh refer buku. heh). Tapi btol.. rase cam taun lepas punye senang. Yang kali ni.. isk. Ada soklan tu sampai tak leh nak wat ape, sengih je bace soklan. Haaa. Dr Ashraff pun sengih-sengih jugak. Sengih nengok budak-budak muke bengang jawab soklan. 'We'll see them all next semester' die cakap kat Dr Ali sambil gelak-gelak. Hampeh. Pressure siot. Pastu cakap kat sume orang 'Dont worry, we will offer this next semester. Dont worry if you have to take this again. Hehehe' (Aircraft Design offered only once a year. Tatau la Dr Ashraff ni cakap ade nak offer next sem lagi ni main-main ke betul-betul ke). Tapi memang pressure ah. Soalan Dr Ashraff ade kire-kire panjang gile. Dr Ali punye soalan plak ade kire-kire yang tak pnah kuar exam sebelum ni (Dr Ali terkenal dengan selalu ulang soalan final exam tiap-tiap kali). Dr Ari punye plak kuar soalan yang senang gile, tapi aku tak leh gak jawab. Die cube bantu aku, nengok aku conteng2 cube nak jawab soalan die. Tapi, tak leh gak, sebab aku tak ingat cemane nak wat. Isk. Tersengih je die. Dr Raed punye soalan je la menjadi harapan. Leh la jawab kot. Alhamdulillah.

Mule-mule, ni la paper yang nak jadik harapan. Leh cover pade paper lain yang mungkin dapat gred rendah. Alahai.. Heemmm....

Tapi skang nih. Bile nak wt report NDT? Esok nak kene hantar. Bile nak stadi CFD nye? Ahad ni exam. Heeemm.. Heemm.. Kadang-kadang terase aku terlalu rilek, terlalu santai dalam waktu-waktu macam ni. Malam tadi nengok Constantine. Pastu denga-denga lagu baring-baring. Tido. Pagi tadi tak wat ape. Isk. Kenape terlalu rilek? Heeemm.. Takde mood nak belajar. Takde mood. Dulu, bile mule-mule balik dari Bandung, sebok nak special exam, tak abes-abes aku cakap 'Ee tak sabo nye nak abs special exam, leh concentrate wat FYP'. Pastu bile da ade banyak mase untuk FYP, tak abes-abes aku cakap 'Ee.. banyak nyee keje FYP, tak sabo nye nak abes FYP, leh concentrate nak stadi final'. Ni da hantar report FYP, tak abes-abes plak aku cakap 'Ee.. tak sabo nye nak abes final exaaamm... malas da nak pk!'. Geleng kepale. Manusia ni, da kasik betis, nak peha pulak kan? Selalu tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila tak bersyukur dengan apa yang ada, mula la nak tinggalkan bende tu. Mula la malas nak pikir lagi. Mula la berangan buat bende lain plak. Astaghfirullah.. Jadikan la aku sentiasa mensyukuri nikmat Mu.

Semangat Azimin semangat! Setiap kesusahan akan diikuti dengan kesenangan. Allah dah janji! Macam dalam Surah Yusuf, Allah mengurniakan ketenangan kepada Nabi Yusuf ketika baginda berada dalam kesusahan terperangkap dalam perigi. Allah menjanjikan, setiap kesusahan, akan diikuti dengan kesenangan. Nabi Yusuf yakin dengan tu. InshaAllah. Yakin! yakin! wat keje jum! buat! Bismillah...

Jumaat, Mac 21, 2008

Update on Kerjaan yang Amat Merisaukan

No.-Keje-(due date/day)


1. Presentation NDT

2. Report NDT (28 Mac)
Weekend ni nak siap kan, all out!

3. Report FYP (Jumaat ni) Report FYP (Isnin ni)
Due date tangguh hari Isnin. So, dapat kerja baru nak ditambahkan dalam report

4. Assignment 4 AeroProp

5. Assignment 5 AeroProp (Isnin ni)
Weekend ni jugak siapkan!

6. Assignment 6 AeroProp (Tatau bile?)
Bile nak siapkan? Hah.

7. Assignment 4 CFD
Lepas abes exam AC design, kene wat, sambil ready utk exam CFD Ahad minggu depan.

8. Assignment 5 CFD
Kene wat!

9. Lab report AeroLab
Pun hujung minggu ni jugak kene siapkan.. hum

10. Midterm AeroProp
Ni la tekanan yang paling dasat. Alhamdulillah.. da selesai petang tadi. Harap dapat result ok.. amin..

11. Final exam Aircraft Design
Kene stadi hujung minggu ni jugak! Uh.. banyaknyeeee hujung minggu ni nye kejee.

12. Final exam CFD (30 Mac)

Khamis, Mac 20, 2008

Kerjaan yang Amat Merisaukan

Banyak sangat dalam list yang belom potong.. isk.. nak potong lah satu due..

1. Presentation NDT Siap
2. Report NDT (28 Mac)
3. Report FYP Nak potong yang ni jugak boleh? isk. tak siap lagi, tapi nak siapkan ari ni jugak! kol 2 mesti siap!
4. Assignment 4 AeroProp Nak potong yang ni jugak. Sket lagi nak siap..
5. Assignment 5 AeroProp (Jumaat ni) bile nak wat?
6. Assignment 6 AeroProp (minggu depan) isk.. bile nak wat?
7. Assignment 4 CFD (minggu ni?) tak pikir langsung pasal ni lg..
8. Assignment 5 CFD (bile? isk) ni pun..
9. Lab report AeroLab (minggu ni)
10. Midterm AeroProp (Jumaat petang)
11. Final exam Aircraft Design (Isnin ni)

Rabu, Mac 19, 2008

Kerjaan yang Amat Merisaukan

1. Presentation NDT Siap
2. Report NDT (28 Mac)
3. Report FYP (Jumaat ni) Hampir siap
4. Assignment 4 AeroProp (to be done tonight with Rizal) malam ni kene siapkan!
5. Assignment 5 AeroProp (Jumaat ni) bile nak wat?
6. Assignment 6 AeroProp (minggu depan) isk.. bile nak wat?
7. Assignment 4 CFD (minggu ni?) tak pikir langsung pasal ni lg..
8. Assignment 5 CFD (bile? isk) ni pun..
9. Lab report AeroLab (minggu ni)
10. Midterm AeroProp (Jumaat petang)
11. Final exam Aircraft Design (Isnin ni)

Isnin, Mac 17, 2008

Revision Week: The Tension is Everywhere

Sekarang tengah revision week. Seharusnya sekarang aku tengah study dan bersedia untuk final exam yang start minggu depan. Tapi.. Tapi? Tapi minggu ni amat penuh dengan plan yang telah tersedia..

1. FYP report due Rabu
2. NDT presentation hari Rabu
3. 3assignment AeroProp due minggu ni
4. 2 assignment CFD due minggu ni
5. Back up midterm AeroProp Jumaat ni

Huh? Tension gile. Tapi tadi alhamdulillah, da nampak ape yang perlu dibuat untuk FYP report, setelah sejam lebih berinteraksi dengan Dr Raed. Selalu FYP consultation kami bertiga satu group, tapi kali ni aku sorang je yang pegi. Puas hati, dapat cakap banyak benda. Walaupun terkumat kami cakap dan selalu terberenti sbb pk the right word ape nak cakap, tapi dapat jgk sampaikan msg yang selama ni tak dapat-dapat sampai. Alhamdulillah selama ni aku berada dalam jalan yang betul sebab tadi die cakap 'you have done many things, good! Now its just a matter of organizing the things that you have. I never expected that you could do as good as this. This is just very good!'. Suke sangat nengok muka die berseri-seri cakap macam tu. Selama ni asek nengok muka marah dia je dalam kelas sebab student tak hantar-hantar assignment. Hehe. Alhamdulillah...

Tak boleh leka. Dr Raed dah bagi semangat, motivation da.. ade lagi 20 jam nak siapkan keje-keje yang die bagi sket td. Semangat!! When you know what you are doing, and what step you have to take next, you'll be motivated to finish your work out. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ini dalam menuntut ilmu Mu. Amin.

Ahad, Mac 16, 2008

Selesai sudah pendudukan Azimin di CadLab selama 2 hari. Apa hasilnya? Alhamdulillah, berjaya menyiapkan 8 daripada 13 engine parts yang perlu didraw. Yang lainnya macam mana? Tak reti buat.. Nanti lah tanye Lemek cemane nak wat. Huu.. Sempat lagi ke? Tak ya pikir sempat tak sempat, wat je bile ade mase wat! Lagi? Lagi dapat susun report FYP.. Da nampak sikit-sikit apa yang kene buat, mane yang da buat, ape lagi yang kene tambah.

Cukup lah setakat itu aku dapat buat 2 hari nih kat CadLab. Alhamdulillah. Daripada aku duduk kat bilik wat keje, mesti lagi sikit aku dapat siapkan. Tapi keje-keje lain? Report AeroLab? Report NDT? Assignment CFD? Assignment AeroProp? Sume kalo boleh nak siapkan dalam minggu ni. (Mengerikan eh? Banyak gile keje.. Sempat ke? Aaaa.. ) Takpe, takpe. Buat je dulu.. bila da buat, mesti da nampak jalan sikit-sikit.. mesti leh tau apa yang kite boleh buat.. ape next step kite.. wat je.. wat je ape yang reti.. lompat2 keje pun takpe, nanti boleh nampak mane yang rongak2, leh sumbat bile ade mase lain. Aaa.. Smgtt!!






FYP: Antara MacD dan CATIA


MacD - Machine Design
CATIA - Engineering Drawing Tool






MacD ngan CATIA, due-due memang ade offer dalam Mechanical Department, tapi, Aerospace students tak perlu ambil. Tapi, FYP aku, aku dapat bahagian Component and Mechanical Design. Dua subjek paling utama untuk bahagian tu - MacD dengan CATIA. Hisk.. Mane aku reti? Belajar.. belajar cemane.. Tak leh lengah-lengah lagi. Semalam da 1 hari duduk dalam CadLab. Ari ni pun. Jum wat keje!

Sabtu, Mac 15, 2008

Antara CFD, NDT dan FYP: Ada Masa Lagi?

13/03/08

CFD - Computational Fluid Dynamics
NDT - Non-Destructive Testings
FYP - Final Year Project

Masa tengah dengar Mai berbincang dengan Dr Meftah pasal projek kelas NDT, tibe-tibe je Dr Ashraff yang memang tengah lepak kat bilik Dr Meftah tu bersuare, tanye aku.

'How is CFD?' dengan muka concern dia tanya aku.

'Aa? oh.. er.. em.. er.. Its.. Its pretty hard sir.. hehe'.

'Yes, yes it IS hard.. I know..'

'Tau takpe..' aku cakap dalam hati. Huhu. Susah gile, cemane nak jawab exam nanti sir? Nak aje aku tanye cam tu (Dr Ashraff yang patutnye aja CFD, tapi die kasik kat En Ong, student PhD die..). Lepas tu terdiam, aku denga balik apa yang Dr Meftah tengah explain.

'But actually it is not that hard..' Dr Ashraff kembali bersuara, mengalihkan pandangan aku dari Dr Meftah kepada dia semula.

'You know, you have to love that subject. If you love, of course you will feel that subject is very easy, though it is hard actually. But if you hate it, no matter how easy that subject is, it will be very hard for you,' Dr Ashraff memang suka bercakap, suka aku denga English dalam loghat Arab dia tu. Hu.

'CFD is just simple. There are steps and methods, that the things that you onle need to know. No need thingking, no memorization..'

'Yes, its true sir.. But when it comes to the applications, like in the midterm last time, its hard for me to apply those steps into it, sir..' alang-alang dia bukak cerite, aku ngadu je terus kat die.. 'Cemane sir? cemane?' aku tanye dalam ati. Hehe.

'Oooh.. Well.. you have to work more.. you need to love that subject..'

Perbualan mati kat situ. Aku ambil peluang tanya dia apa yang keluar dalam final exam Aircraft Design nanti. Ada la klu sikit die bagi. Kami kembali terdiam, dan teruskan mengalih tumpuan pada Dr Meftah yang aku dah tak faham dia cerita ape sebenanye. Hu.

CFD sangat susah, bagi aku. Apa yang susah aku pun tatau. Sebab aku malas belajar subjek tu kot? Aku gak yang pilih subjek elektif tu. Tahlah, En Ong tadi da cakap kat kelas last for the sem tadi, 'If there are any problems, you can come and ask me,'. Masih ada masa lagikah untuk aku belajar betul-betul? Lepas tu ada masalah leh tanye die? Ada masa lagi?

***

'Ko da siap?'

'Hemm.. kire belum siap la.. ko da?'

'Baru nak buat..'

Kira belum siap. 2 kali aku tunjuk result ultrasonic testing untuk projek kelas NDT aku kat Dr Meftah, dua-dua kali dia tak puas hati. Kali yang terakhir dia da suka sebenanye, tapi suh aku cek balik, kalau ade setup aku dalam experimen tu salah sebenanye, die suh buat semula. Cek kat internet... amek setup yang ada. Cek kat lab.. Fuh! Alhamdulillah.. kebetulan boleh pulak setting kat lab tu boleh sebijik macam projek aku. Projek yang aku dapat dari Dr Meftah tu jarang orang buat - Foreign body detection in canned food. Aku guna batu, letak dalam tin biskut. Nengok ultrasonic kat lab tu boleh detect tak batu tu.

Setup sebiji, tunjuk dekat Dr Meftah. 'Ni, ngk ni sir.. ngk ngk! sama! tak ya la saya buat lagi experimen yeh?' sekali lagi, cakap dalam hati. Hehe.

Alhamdulillah, dia angguk-angguk. 'Okay!' Dia pun da malas nak fikir agaknya, die sendiri cakap 'A lot of students come to see me to ask about many problems, I cannot remember each'. Huu. Kira halal la eh sir? Huhu.

Next step: Buat report. Report nak buat kene refer jurnal-jurnal. Da ada da. Tapi da jadi satu kerja nak baca jurnal-jurnal tuh. Hisk. Pastu kene buat kire-kire lagi. Kene kasik komen 3,4 muke pasal result experiment lagi. Huumm.. Masih ada masa lagikah untuk aku siapkan report ni? Ada masa lagi?

***

'Pinjam angkup Vernier kak.. ade?'

'Ade. Ko reti gune angkup vernier ni kan?'

'Eh, reti, kak' (akak igt saye tak reti ke? huhu)

'Aaa.. aja akak! Akak da lupe la cemane nak gune, lame da tinggal'

Heheh. Ajar technician seh. Gile ah. Hehe. Da la sebelum tu Abang Hamri kat NDT lab tanye aku pasal projek batu dalam tin tu. Die pun pelik apsal budak ni buat projek batu dalam tin. Huhu. Pastu plak datang lab banyak kali asek buat balik experiment je. Die tanye ape yang Dr Meftah ajar, saya tatau theory ni, die cakap. Explain kat dia apa yg Dr Meftah explain kat aku. Ni plak Kak Ida kat Experimental Aero Lab tanye pakai Vernier Caliper cemane. Haha. Rase cam best plak ajo-ajo. Tapi.. Tapi aku baru gune angkup Vernier tadi nak ukur dimensions compressor untuk FYP. Baru nak ukur. BARU nak ukur.

Due hantar full report FYP, Rabu minggu depan. Yang aku ada, baru 5,6 muke surat introduction. Yang expected nak hantar: ade la dalam 30 - 40 muke. Isk. Technical things pun banyak lom siap. Baru lepas ukur-ukur je nih.. Design pun baru ade satu part. Ada bape banyak lagi part yang nak kene design. Bukan leh buat dalam 5 minit pun. Isk. Nak duduk CadLab sepanjang hari Sabtu nih, wat designing.. Kene duduk, bukan nak je, KENE. Hem.. Designing. Kira stresses ngan load. Buat report. Buat tables. Sempat ke siapkan sebelum hari Rabu? Masih ada masa lagikah untuk aku siapkan FYP sem nih? Ada masa lagi?

Selasa, Mac 04, 2008

'Sampun dhahar nopo dereng, bu'?'

Lama da eh tak ngomong Jawa. dengan sape je pun nak ngomong Jawa? ada jugak kadang-kadang terdengar orang-orang Indon dekat UIA ni berbual dia sama dia dalam bahasa yang aku tak faham langsung. Nak je aku tanye 'Kalian ni ngomong bahasa apaan?' Hehe. Tapi kadang-kadang malu takut dieorang plak tak layan aku. Pernah ari tu sekali mase jage booth Astronomy Club, Nasir yang jage mase tu, aku tengah sebok kat belakang, pastu Nasir panggil aku 'Jimin, ni ade orang Indonesia.. ko cakap la dengan die pasal korang g Bosscha sume tu..'. Oo.. Lepas aku da cite-cite sume (abes tekumat kamit aku nak cakap dengan lenggok Indonesia.. da tak bese da), aku tanye die

'Kamu asli mana?'

'Saya dari Jawa, Jawa Tengah..'

'Ooo.. Semarang?' aku terus teka.. Semarang adalah ibu kota Jawa Tengah

'Iya.. Semarang..'

'Oo.. Saya lama di Bandung..' aku cube nak bukak cite..

'Oh..'

Lepas tu derang pun pergi dari situ. Ala cam tu je? Takde nak cite lagi ke? Heh. Aaa.. pernah sekali jugak mase melawat booth Memperingati Tsunami di Acheh.. Orang yang jage booth tu sendiri yang datang kat aku 'Kamu Indonesia ya?' sambil tunjuk kat keychain ITB yang aku pakai kat beg. Hehe. 'Nggak, nggak, cuma saya pernah belajar di ITB tahun lalu'. 'Oo.. iya?' die nampak excited.. tapi tak leh nak cite banyak sebab die pun orang Acheh, tak penah gi ke Jawa pun. Huu..

Tapi ntah lah.. Masa ku di Jawa sudah berlalu.. Ada lagi rezeki, inshaAllah akan ke sana lagi. Tapi sekarang, yang perlu dilihat adalah masa ku di Malaysia ini.


3 minggu yang lalu: Kursus Pra-perkahwinan dan ke rumah dia
Kursus kawen? Heh heh.. Da agak da, ustaz-ustaz yang bagi ceramah ni mesti buat lawak. Memang tak henti-henti tegelak sepanjang due hari weekend tuh. Banyak jugak benda belajar dalam kursus ni. Bagus kursus nih, bukan tempat nak gelak-gelak aje, tapi banyak maklumat and input begune kite leh dapat. Lepas celah-celah kursus tu, hari Sabtu, aku cabut satu session kursus, untuk ke rumah dia. Berkenalan dengan keluarga dia.. Segannye..

2 minggu yang lalu: Seminar Astronomi dan menghantar dia
Seminar astronomi? Bertaraf kebangsaan yang dianjurkan secare kelam kabut. Memang tak puas hati walopun aku sendiri yang susun master plan. Walopun aku sendiri yang lari sekejap ke KLIA hantar dia. Terime kaseh Kak Soraya, kalu die bace posting nih, kasik nengok gamba-gamba. He. Malu. Tapi apa pun, Jabatan Mufti puji secara keseluruhan seminar nih di sebalik kepincangan yang ada. Alhamdulillah.. Jabatan Mufti is looking forward nak bekerjasama dengan kami untuk Konvensyen Falak Negeri Selangor, Julai ni.

Seminggu yang lalu: Karnival Kerjaya JobsDB dan photographer?
Canggih career fair nih.. datang2 je terus JobsDB suh register online lepas tu upload resume kalo sesape yg ade bawak softcopy then dapat tag yang ade barcode. Pastu masuk dalam karnival, kalo berminat nak apply keje kat kampeni mane-mane, terus suluh kat barcode tu, terus apply position ape kat kampenih tu. Huu.. lepas tu.. 'Abang ni photographer ke?' orang tu tanye bile aku tanye-tanye pasal kemere dslr. Heh. Tapi jumpe dengan satu offer yang sangat-sangat menarik perhatian aku. Sony a200. RM 1,999. Free CF card 2gig, tripod, sling bag. Waa.. Make hari semalam, telahpun menjadi milik aku. Untuk apa aku beli? Reti ke aku nak gune dslr nih? Heh. Aku perasan aku tere amek gamba. Haha. Heh. Harapnye dapat la di utilizekan a200 tu sebaik mungkin, kalau dapat untuk tujuan dakwah lagi bagus.. cube, inshaAllah

Seminggu yang akan datang: Belajar, dan belajar!
Segalanya memerlukan pengorbanan. Betul tak? Belajar, kene tinggalkan semua hiburan yang ada. Nak berpoye-poye kene tinggalkan belajar. Kan? Pilih lah antara dua. Sekarang nih, kene sangat-sangat belajar. Masa yang ada tak boleh nak dibiarkan kosong, macam selame ni aku da tinggalkan kosong macam tu je. Jumpe lecturer, tanye final nanti kuar soklan macam mane. Lepas tanye, study ape yang patut!

2 minggu yang akan datang: Follow up...
Tak faham ape yang distudy, buat notes! Da wat notes, jumpe lecturer, tanye, mintak dia aja. Jangan rasa malu kalau kita tak tahu. Dont be ashamed when you dont know. Biar lah bende yang paling mudah sekali pun kalau kite tak faham, tanye je. Jangan malu sebab bende mudah yang kite tatau. Malu bertanye, sesat jalan. Kan?

3 minggu yang akan datang: Misi: Mustahil?
This sem is my last chance to achieve Dean's List award. Sem depan da tak layak sebab tak cukup subjek nak dapat kan award tu, da abes da subjek amek.. Sem ni je tinggal nak dapat. Tapi.. dari achievement setakat ni, i started to doubt, 'boleh ke aku dapat?'. Tak mustahil, tapi memerlukan usehe yang sangat-sangat luar biasa, luar dari kebiasaan aku maksudnye. Takpe.. try je.. usehe je mane mampu.. 3 minggu lagi nak final exam. Target GPA dean's list. Tak dapat pun takpe.. proximity ke arahnye pun ok. InshaAllah.. ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku, jauhkan lah aku dari sifat malas..






Toyy tak reti pun bahasa Jawa. Aku tanye dia 'Sampun dhahar nopo dereng?' pun die tatau nak jawab ape. Hehe =p Sampun dhahar nopo dereng? = Dah makan ke belum?, dalam bahasa Jawa halus.