Republik Indonesia
'Orang Indonesia semuanya pintar, tapi nggak tau lah, kenapa negaranya masih lagi belum maju'
- Husni, Teknik Geofizik, ITB
Hari ni, hari ke-17 ada dekat Bandung. Alhamdulillah, semuanya ok. Sepanjang 17 hari di negara orang nih [bukannye bese duk negara orang], banyak yang aku belajar tentang Indonesia. Persepsi aku pada Indonesia yang dulunya buruk, kini bertukar menjadi bangga dengan pencapaian sahabat serumpun dari negara nih.
Kalau baca paper die, pasal politik, orang yang bermain politik semuanya bukan calang orang, kebanyakannya ada title 'Ir'.
Indonesia memenangi One Step to Noble Prize [Noble prize peringkat dunia untuk remaja, yang diadili oleh pemenang Noble dunia] dua tahun terakhir ini, berturut-turut.
BJ Habibie [aircraft engineer, sebelum menjadi Presiden Indonesia] sangat berjasa pada industri aerospace Jerman sehinggakan ada nama jalan di Jerman dinamakan Habibie Road.
Mereka mampu menghabiskan masa 20 tahun [1970an - 1990an] untuk membuat kajian aeroangkasa, dan hasilnya, pesawat terbang 100 penumpang N250, 100% buatan anak tempatan. Malangnya, sebab tak cukup budget, mereka tak mampu nak teruskan pengilangan pesawat besar2an.
Bahasa Indonesia digunakan sangat meluas. Hampir mustahil nak carik rakyat Indonesia yang tak fasih berbahasa Indonesia, tidak mengira bangsa apa sekali pun. [Termasuk warga asing yang menetap di Indonesia. Tadi ade exhibition French companies dekat ITB, many of the French can speak Indonesian very well. Dasat kan?]
Mereka mempunyai banyak kota besar. Jakarta sahaja da ade 12 juta orang. Bandung pulak kini sedang menuju taraf metropolitan.
Sistem pengangkutan awam mereka di kota besar seperti Jakarta dan Bandung, walaupun keadaan trafik yang sangat sebok, tapi amat effisien. Tak payah nak tunggu lame, tak payah nak bersesak, angkutan kota sentiasa menjadi hambatan penduduk kota. Link laluan angkot walopun sangat berselirat di celah-celah kota, tapi, amat mudah.
Mutu filem mereka sudah boleh berdiri same tinggi, duduk same rendah dengan filem barat.
Mereka ada banyak kemampuan dan kepandaian dalam bidang teknologi, kebanyakan industri berat mereka dikuasai anak tempatan.
Keindahan alam yang subhanallah, menggamit jiwa. [insyaAllah, minggu depan akan ke Jogja, jumpe Toyy ngan Cacing, schoolmate aku. Katenye perjalanan ke Jogja tu naik keretapi lalu celah2 gunung ganang yang 'view die cantek gile' kate Toyy.]
Variasi makanan yang sangat banyak.
Kepelbagaian bahasa dan dialek, namun mereka tetap bersatu.
Kebebasan bersuara diberi kepada media. Kelebihannya, rakyat mengetahui kisah yang benar, isu-isu sensitif. Kekurangannya, terlalu banyak sogokan berita, lantas memberi kekeliruan pada rakyat.
Kebebasan bersuara juga diberikan pada mahasiswa [tapi, bukan calang2 orang boleh masuk universiti di sini. Kebanyakan pemimpin mahasiswa di sini memang ade tokoh pemimpin]
Terdapat 4 universiti dari Indonesia termasuk dalam 520 universiti terbaik di dunia 2006
250. Univ. Indonesia
258. ITB
***. Univ. Gadjah Mada
***. Univ. Semarang
Hubungan pensyarah dan pelajar di kebanyakan universiti [terutama di ITB] sangat rapat. Seolah seperti ayah dengan anak [kalau yg muda tu, seperti abang dengan adik].
Dan banyak lagi.. nnt aku cite lg.. Hehe
Despite all these goodness, kenape masih belum maju? Sekurang-kurangnya seperti Malaysia? Rakyatnya hampir 200 juta, terbahagi kepada beribu pulau seluruh Indonesia. Masalah sosial memang tak boleh dinafikan. Kos nak menyelaras sosial matters pun sangat2 besar. Mungkin, kalau Malaysia ada kemampuan seperti Indonesia, ditambah dengan kekuatan ekonomi, Malaysia mampu setanding dengan Jepun, dan negara barat maju yang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan