Hujung Minggu bersama Orang Malaysia
Semalam ari Jumaat, Aimi yang aku kenal dari Aiman bawak kami jalan-jalan. Die dengan kawan die, Farah, bawak gi IP - Istana Plaza. Jauh jugak dari ITB, kene naik due angkut. Bese je mall die, ok la, ni yang paling besar setakat ni aku penah g kat Bandung. Main ice-skating kat sini.. hehe. Sakit kaki cam ape. Ade orang siap terseliuh. Hehe. Tapi ape pun, terime kaseh bawak kami jalan2... ade mase bawak la lagi =p hehe
Ari ni ari sabtu, Dayah, Amal dan Afifi pulak bawak kami jalan. Ceritanya, terserempak dengan mereka kat kampus ITB Khamis ari tu. Nampak ade orang pakai baju kurung - kat sini takde orang pakai baju kurung, org mesia je pakai. So Fizah pegi tegu 'awak orang mesia ke?' make berputiklah perkenalan. Hehe. Derang bawak pegi Pasar Baru - tempat yag wajib orang pergi kalau singgah ke Bandung. Banyak gile kedai jual macam-macam - terutamanya baju, kain dan seumpamanya seperti batik, telekung. Heh. Pergi kejap je tadi, sekadar nak tau naik angkut mane, benti kat mane, survey2 je. Nanti pergi lagi, InshaAllah. Terima kasih afifi. Nampak mentah lagi korang, lom bese lagi dengan Bandung, tak macam Aimi dengan Farah yang cam da bese - Aimi da 3 taun kat Bandung. Afifi dan rakan-rakan baru 2 bulan. Hehe. Semoga berjaya adik-adik. He.
Esok ari Ahad nak ke Tangkuban Perahu dengan Bosscha. Kawan Cheong, sape tah name die nak ikot jugak. Die study kat UNPAD. Masri dan Adan yang akan bawa. Selamat berjalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan