Cari Blog Ini

Khamis, November 08, 2007

Kalau di Malaysia: Hari Kedua Cuti

6 November arituh, kalau aku ade kat Malaysia, alhamdulillah, menghabiskan last paper ari nih. So ari ni [8 Nov] sedang seronok duduk rumah. Ahad ni ayah wat kenduri doa selamat. Minggu depan 18 Nov inshaAllah berangkat ke Madinah dah.

Ahad nih, inshaAllah join Outbound program Salman Basic Training [SBT] - macam program motivasi Islamic, disertai mahasiswa seluruh Bandung. Ingat nak join jadik participant, tapi Adan ajak jadik committee terus. Hehe. Program masuk hutan. Cam jungle tracking. Masuk hutan tu pun tak penah, nak jadik komiti bawak budak masuk hutan? Huhu..

Sabtu? Ingat nak join 1st day SBT tu.. tapi tadi tanye kat registration die cakap kene join sume 2 hari.. tapi ari Ahad da jadik komiti. Nengok la nanti cemane...

Jumaat? Loshini, long lost friend, last jumpe time darjah 6. Mak die ngan Mak kawan bak kat Convent. Hari Jumaat die ajak jumpe kat BIP. Petang katenye, time die abes kelas kat kampus Bandung [kampus die kat Jatinangur, outside Kota Bandung]. Tak sure lg, mungkin esok ade presentasi kat PN. Hmm..

Da kol 5.20.. rutin harian, jam 5.20 - yok kita makan. Hee. Jemput makan.. Jumpa lagi.

Wassalam...
Republik Indonesia

'Orang Indonesia semuanya pintar, tapi nggak tau lah, kenapa negaranya masih lagi belum maju'
- Husni, Teknik Geofizik, ITB

Hari ni, hari ke-17 ada dekat Bandung. Alhamdulillah, semuanya ok. Sepanjang 17 hari di negara orang nih [bukannye bese duk negara orang], banyak yang aku belajar tentang Indonesia. Persepsi aku pada Indonesia yang dulunya buruk, kini bertukar menjadi bangga dengan pencapaian sahabat serumpun dari negara nih.

Kalau baca paper die, pasal politik, orang yang bermain politik semuanya bukan calang orang, kebanyakannya ada title 'Ir'.

Indonesia memenangi One Step to Noble Prize [Noble prize peringkat dunia untuk remaja, yang diadili oleh pemenang Noble dunia] dua tahun terakhir ini, berturut-turut.

BJ Habibie [aircraft engineer, sebelum menjadi Presiden Indonesia] sangat berjasa pada industri aerospace Jerman sehinggakan ada nama jalan di Jerman dinamakan Habibie Road.

Mereka mampu menghabiskan masa 20 tahun [1970an - 1990an] untuk membuat kajian aeroangkasa, dan hasilnya, pesawat terbang 100 penumpang N250, 100% buatan anak tempatan. Malangnya, sebab tak cukup budget, mereka tak mampu nak teruskan pengilangan pesawat besar2an.

Bahasa Indonesia digunakan sangat meluas. Hampir mustahil nak carik rakyat Indonesia yang tak fasih berbahasa Indonesia, tidak mengira bangsa apa sekali pun. [Termasuk warga asing yang menetap di Indonesia. Tadi ade exhibition French companies dekat ITB, many of the French can speak Indonesian very well. Dasat kan?]

Mereka mempunyai banyak kota besar. Jakarta sahaja da ade 12 juta orang. Bandung pulak kini sedang menuju taraf metropolitan.

Sistem pengangkutan awam mereka di kota besar seperti Jakarta dan Bandung, walaupun keadaan trafik yang sangat sebok, tapi amat effisien. Tak payah nak tunggu lame, tak payah nak bersesak, angkutan kota sentiasa menjadi hambatan penduduk kota. Link laluan angkot walopun sangat berselirat di celah-celah kota, tapi, amat mudah.

Mutu filem mereka sudah boleh berdiri same tinggi, duduk same rendah dengan filem barat.

Mereka ada banyak kemampuan dan kepandaian dalam bidang teknologi, kebanyakan industri berat mereka dikuasai anak tempatan.

Keindahan alam yang subhanallah, menggamit jiwa. [insyaAllah, minggu depan akan ke Jogja, jumpe Toyy ngan Cacing, schoolmate aku. Katenye perjalanan ke Jogja tu naik keretapi lalu celah2 gunung ganang yang 'view die cantek gile' kate Toyy.]

Variasi makanan yang sangat banyak.

Kepelbagaian bahasa dan dialek, namun mereka tetap bersatu.

Kebebasan bersuara diberi kepada media. Kelebihannya, rakyat mengetahui kisah yang benar, isu-isu sensitif. Kekurangannya, terlalu banyak sogokan berita, lantas memberi kekeliruan pada rakyat.

Kebebasan bersuara juga diberikan pada mahasiswa [tapi, bukan calang2 orang boleh masuk universiti di sini. Kebanyakan pemimpin mahasiswa di sini memang ade tokoh pemimpin]

Terdapat 4 universiti dari Indonesia termasuk dalam 520 universiti terbaik di dunia 2006
250. Univ. Indonesia
258. ITB
***. Univ. Gadjah Mada
***. Univ. Semarang

Hubungan pensyarah dan pelajar di kebanyakan universiti [terutama di ITB] sangat rapat. Seolah seperti ayah dengan anak [kalau yg muda tu, seperti abang dengan adik].

Dan banyak lagi.. nnt aku cite lg.. Hehe

Despite all these goodness, kenape masih belum maju? Sekurang-kurangnya seperti Malaysia? Rakyatnya hampir 200 juta, terbahagi kepada beribu pulau seluruh Indonesia. Masalah sosial memang tak boleh dinafikan. Kos nak menyelaras sosial matters pun sangat2 besar. Mungkin, kalau Malaysia ada kemampuan seperti Indonesia, ditambah dengan kekuatan ekonomi, Malaysia mampu setanding dengan Jepun, dan negara barat maju yang lain..

Sabtu, November 03, 2007

High Lift Devices?

Bismillah.

Tengah takde orang dekat common room tingkat 4 asrama nih. Tempat yang bese aku online kalo nak online selain dari lab kat PN; penerbangan. Derang sume tengok bola kat luar, g gak jap tadi, ade cafe dekat je, jalan kaki.

Alhamdulillah, setakat ni ok duduk dekat Bandung. Seronok ['seronok' kalau dekat Indon maksud nye lucah/tak senonoh; contoh ayat - 'dia suka menonton filem seronok'. atau 'jangan lah pakai pakaian yang seronok']. Kalau bahasa Indon yang sesuai untuk seronok - 'betah'. Selalu je orang tanye aku kalau tau aku ni orang Malaysia yang baru 2 minggu duk Bandung, 'Gimana Bandung? Betah?'. 'Betaaaahh... tiris pisan..'. Tiris pisan tu plak bahasa Sunda maksud dia sejuk giler.

Aah. Lupakan bahasa dan keseronokan Bandung. Apa tugas aku kat ITB nih? Itu tujuan utama sebenarnya.

Aku dimasukkan di dalam kuliah Perancangan Pesawat [Aircraft Design]. Assignment sepanjang semester ialah untuk merancang [design] pesawat yang boleh terbang seluruh dunia tanpa henti. Its a competition. Siapa yang paling hebat, die yang paling dapat banyak point untuk carry mark. Ade 7 group, 5 antara kami di bahagikan pada 5 group yang bertuah di pilih random.

Aku ingatkan, aku akan jadi pemerhati je dalam group aku [sebab masuk-masuk group, pertandingan da setengah jalan da]. Tapi rupenye, groupmate aku mengharap sesuatu dari aku. Isk. Kalau group2 kawan aku yang lagi orang tu discussion sampai 4,5 jam [serius tak tipu, derang diskusi nye lame2], group aku plak diskusi die kejap je. Tapi ade tugasan yang boleh tahan penting aku dapat - memeriksa high lift devices, cocok atau enggak dengan kapal terbang group kami. Kalau nggak, apaan aja alternatif yang cocok?

Uh. Sekarang ni tengah search kat internet.

Mereka memang dasat dalam kompetisi nih. Begitu detail. Macam betul-betul wat katebang. Masing-masing melakukan yang terbaik. Semuanya tersusun, organized. Aku respesct derang dalam hal nih. Mudah-mudahan aku dapat sesuatu yang baik dari mereka.

Esok ke Bosscha, Lembang. Sate kerinchi femes kat kawasan bukit bukau tuh. Nak makan sate kerinchi [sate arnab] ? Hehehehe.

Pada yang jawab exam, jawab baik2.
Pada yang baru sampai rumah, selamat sampai rumah dan bertemu keluarga. Alhamdulillah =]

Buat keje dulu...
Jumpa lagi.
Hujung Minggu bersama Orang Malaysia

Semalam ari Jumaat, Aimi yang aku kenal dari Aiman bawak kami jalan-jalan. Die dengan kawan die, Farah, bawak gi IP - Istana Plaza. Jauh jugak dari ITB, kene naik due angkut. Bese je mall die, ok la, ni yang paling besar setakat ni aku penah g kat Bandung. Main ice-skating kat sini.. hehe. Sakit kaki cam ape. Ade orang siap terseliuh. Hehe. Tapi ape pun, terime kaseh bawak kami jalan2... ade mase bawak la lagi =p hehe

Ari ni ari sabtu, Dayah, Amal dan Afifi pulak bawak kami jalan. Ceritanya, terserempak dengan mereka kat kampus ITB Khamis ari tu. Nampak ade orang pakai baju kurung - kat sini takde orang pakai baju kurung, org mesia je pakai. So Fizah pegi tegu 'awak orang mesia ke?' make berputiklah perkenalan. Hehe. Derang bawak pegi Pasar Baru - tempat yag wajib orang pergi kalau singgah ke Bandung. Banyak gile kedai jual macam-macam - terutamanya baju, kain dan seumpamanya seperti batik, telekung. Heh. Pergi kejap je tadi, sekadar nak tau naik angkut mane, benti kat mane, survey2 je. Nanti pergi lagi, InshaAllah. Terima kasih afifi. Nampak mentah lagi korang, lom bese lagi dengan Bandung, tak macam Aimi dengan Farah yang cam da bese - Aimi da 3 taun kat Bandung. Afifi dan rakan-rakan baru 2 bulan. Hehe. Semoga berjaya adik-adik. He.

Esok ari Ahad nak ke Tangkuban Perahu dengan Bosscha. Kawan Cheong, sape tah name die nak ikot jugak. Die study kat UNPAD. Masri dan Adan yang akan bawa. Selamat berjalan...