Cari Blog Ini

Jumaat, Julai 22, 2005

Zuhdi.. zuhdi... Ko boleh layan cc lagi eh. Kawan-kawan kedah ko semue gi liqa'. Isk-isk.

Sekarang ni tengah busy yeh semua. Ade jek program. Macam-macam. Yang jadik participant lain. Yang jadik committee lain jugak. Program yang free lain. Begitu juga dengan program yang kene bayo, lain. Heh. Duet aku juga banyak telah mengalir ke arah semua itu. Heh.

RM 10, 17 julai
konsert haluan tsunami dekat matrik pj. Firs jual tiket. Hmm.. aku beli la. Pergi satu kereta ngan din, juan, syahid. Tengah-tengah konsert tu (part mase safwan nyanyi), kami keluar pegi makan kat aroma cafe. Lame tak jumpe kakak-kakak cafe.. kentin b.. isk232. Lepas makan pegi jalan-jalan matrik. Lame tak jalan-jalan malam-malam cam tu kat matrik..science building..khadijah college..umar khatab college..padang..isk232. pastu sambung nengok konsert. Overall, best la, mirwana ngan saujana paling best!

RM 10, 21 julai
forum 'timba mencari perigi vs perigi mencari timba' kat cac. Fizah jual tiket. Hmm.. aku beli la(again!). Pergi satu kereta (ceh!) ngan juan, din, syahid (again!). Panelist ustazah siti nurbahyah, her husband, ustz wan akasyah, waheeda wassini, and the moderator, tv3's ally iskandar. Ade persembahan selingan oleh kumpulan zulfan from insaniah kedah, rast (sorang drpdnye budak klas dynamic aku.. heh) and superb performance by nowseeheart. Again, tengah-tengah program tu jugak, kami keluar dari dewan, amek angin kat luar, nengok-nengok ape ade jual kat booth kat foyer.. (mase tu kumpulan rast tengah nyanyi..). Overall, memang puas hati. Walaupun dah tau mostly tip-tip kawin + bahagia nengok kat tv, tapi seronok jugak ye dengo lagi tips tuh. Antaranye 9K yang perlu wanita cari pada lelaki yang ingin dikahwini, kemahuan, keterampilan, keimanan, kebersihan..tah ape lagi tah. 3F yang perlu ade pade isteri, food (pandai masak), fashion (pandai berhias untuk suami), fun (pandai menghiburkan suami). 4P yang perlu dielakkan, pandang (pandang jantina berlainan berlebihan), pegang, peluk, penzinaan. 3K yang perlu suami ambil perhatian pade isteri, kesihatan, kehormatan, ape tah lagi, rugi tak bawak pen ngan buku, banyak benda best bleh tulis. Hehe.

Cerita macam mane ustaz wan ngurat ustazah.. kat bilik guru.. ustaz gentlemanly tanye ustazah, "nur, nur, saye suke kat awak, awak suke saye tak?". Waah. dasat ustaz. Hehe. Ally plak memang no doubt berjaye hidupkan the mood, lawak selambe, lawak usek-usek waheeda. Banyak lagi.. banyak.. rugi firs ko tak gi.. hehe. Nowseeheart plak mmg superb. Tak pernah lagi nengok live nowseeheart. Suare sebijik macam dalam kaset. Isk232. Rugi tak bawak kamera, banyak gambo best bleh tangkap malam tu. Waheeda, ustazah, ally, seme ade depan mate aku jek mase sesi photograph kat foyer cac.. isk232. Rugi.. rugi..

RM 10, 23, 24 july
Engineering Taaruf Day dekat pantai morib, banting. Zuhdi dengan amin bubuh name aku kat list participant. Zuhdi siap bayarkan dulu untuk aku. Hmmm.. aku pegi la. Pasni ingatkan aku bayo utang 10 inggit tu. Heh. Ni baru balik breifing pasal that program. Esok gerak kol 12 pm. Banyak program best2 kat sane canceled, ganti dengan program yang macam tak best. Heh. Ntah la. Nengok la esok ape cite.

RM 30, 30, 31 july
Dean's List Retreat dekat Tanjung Bidara Beach Resort. Firs ajak. "Aku memang bulan july ni bulan berkelah, bape kali aku berkelah bulan ni..". Hmm.. ye, aku gi. Firs tarik diri. Hmm.. acap, aiman ade. Takpe lah. Aku gi gak. Hehe. Jangan slot best2 kensel macam engine taaruf day dah le...

Emm..

Petang tadi main kayak lagi. Dasat bersemangat waja aku. Turun-turun, tolong angkat kayak. Ramai turun ari ni. Most of them 1st time nak try. Hehe. Ade dalam 20 orang gak kot. Ahsan, nazri, firs, petet seme turun. Kayak ade 6. Gilir-gilir kayak. Aku turun due kali, just can't help with the feeling.. seroonookk sangat kayak!! Hoho! Dah pandai kayak tegak-tegak! Tadi mat, ex-rumet mase 1st sem pun turun kayak. Lumba dengan die! Waaah.. seronok betol.

Next week brother club kayak tu kate ade promotion, free kayak ari isnin, rabu, jumaat. Also, they will be opening memberships to those who are interested. RM 5 semester fee. Dah jadik ahli, boleh main kayak free. Hehe. Yey!

Tiada ulasan: