Cari Blog Ini

Jumaat, Oktober 10, 2008

Zum Dah Takde

26 Sept., 2008

'Ko kenal Zum tak? Budak Law duk Ali?'

'Kenal, kenal! Kenape?'

'Ni sedih nih.. Die.. Die dah meninggal pagi tadi, accident..'

Zum.

Aku kenal die sejak di tahun kedua. Die President Mushriff Club. Aku Head Committee Publication and Information mase bawah presidency die. Banyak berususan dengan dia. Seorang yang dedikasi kepada tanggungjawab, sentiasa senyum dan periang. Oh. Sesungguhnya tiada siapa yang tahu bila ajalnya.

Malam sebelum accident tu, Zum katenye murung dan nampak pucat, suatu yang bertentangn dengan seorang yang nak balik berhari raya di kampung di Kelantan. Nak dijadikan cerita, Zum ada menunjukkan tanda, antaranya makan dua bungkus nasi semasa berbuka, bermain bunga api bersama rakan-rakan malam tu seraya berkata 'Aku nak main bunga api, lepas ni da tak boleh main dah,'.

Zum menaiki kereta dengan bakal tunangnya, mak, dan adik bakal tunangnya yang berusia 5 tahun. Zum sangat-sangat mengantuk, katanya, dan tak mampu untuk memandu Perdana milik keluarga bakal tunangnya itu. Jadi, bakal tunangnya yang memandu. Menghampiri Gua Musang, tunangnya yang juga mengantuk sikit-sikit tu, terlanggar sebuah lubang di jalan raya, lalu terbabas dan terbalik.

Tunangnya selamat, namun cedera agak teruk. Tunangnya toleh ke tempat penumpang sebelah pemandu di mana Zum sepatutnya ada, tapi die tiade. Cepat-cepat tunangnya keluar dari kereta, dan mencari-cari Zum, tapi tak ditemui. Tunangnya, dalam keadaan berlumuran darah itu menahan kereta-kereta yang lalu di situ, tapi siapakah yang berani berhenti melihat gadis berlumuran darah menahan kereta di tepi jalan pukul 4 pagi itu.

Apa pun, ambulan tetap sampai dengan pantas, dan tunangnya masih tercari-cari Zum. Kata paramedik, Zum selamat dan telah dikejarkan ke hospital. Namun, Dia Maha Menghendaki, tiba di hospital, tunangnya dapati, Zum telah pun meninggal dunia. Adiknya yang berusia 5 tahun itu juga meninggal dunia.

Al-Fatihah kepada Zum dan adik bakal tunangnya. Moga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Pengajaran boleh diambil di sini. Kita tidak tahu bila ajal kita sampai. Dengarlah 'Andai Ku Tahu' lagu oleh Ungu. Berusahalah untuk mendekati Dia setiap hari.

Berhati-hati juga tika memandu kenderaan. Jangan memandu laju. Tumpukan perhatian kepada pemanduan. Berdoa kepadaNya mudah-mudahan perjalanan selamat sampai.



Tiada ulasan: