Cari Blog Ini

Khamis, Oktober 23, 2008

Tiada Topik

Hari ini genap setahun aku menjejaki Bandung. Setahun dulu kami berlima ke Bandung untuk menimba pengalaman dan ilmu di ITB. Rindukan kawan-kawan di sana. Rindukan makanan di sana. Rindukan suasana di sana. Best gile.





Sekarang tengah sibuk nak siapkan FYP (atau TA, kalau kawan-kawan Indonesia ada yang masih baca blog aku lagi. Hehe). Jom buat kerja! Buat Ratna Kamilah Lestari (5 dari kanan, diri) selamat bergelar pengantin baru tak lama lagi. Selamat semuanya!

Jumaat, Oktober 10, 2008

Zum Dah Takde

26 Sept., 2008

'Ko kenal Zum tak? Budak Law duk Ali?'

'Kenal, kenal! Kenape?'

'Ni sedih nih.. Die.. Die dah meninggal pagi tadi, accident..'

Zum.

Aku kenal die sejak di tahun kedua. Die President Mushriff Club. Aku Head Committee Publication and Information mase bawah presidency die. Banyak berususan dengan dia. Seorang yang dedikasi kepada tanggungjawab, sentiasa senyum dan periang. Oh. Sesungguhnya tiada siapa yang tahu bila ajalnya.

Malam sebelum accident tu, Zum katenye murung dan nampak pucat, suatu yang bertentangn dengan seorang yang nak balik berhari raya di kampung di Kelantan. Nak dijadikan cerita, Zum ada menunjukkan tanda, antaranya makan dua bungkus nasi semasa berbuka, bermain bunga api bersama rakan-rakan malam tu seraya berkata 'Aku nak main bunga api, lepas ni da tak boleh main dah,'.

Zum menaiki kereta dengan bakal tunangnya, mak, dan adik bakal tunangnya yang berusia 5 tahun. Zum sangat-sangat mengantuk, katanya, dan tak mampu untuk memandu Perdana milik keluarga bakal tunangnya itu. Jadi, bakal tunangnya yang memandu. Menghampiri Gua Musang, tunangnya yang juga mengantuk sikit-sikit tu, terlanggar sebuah lubang di jalan raya, lalu terbabas dan terbalik.

Tunangnya selamat, namun cedera agak teruk. Tunangnya toleh ke tempat penumpang sebelah pemandu di mana Zum sepatutnya ada, tapi die tiade. Cepat-cepat tunangnya keluar dari kereta, dan mencari-cari Zum, tapi tak ditemui. Tunangnya, dalam keadaan berlumuran darah itu menahan kereta-kereta yang lalu di situ, tapi siapakah yang berani berhenti melihat gadis berlumuran darah menahan kereta di tepi jalan pukul 4 pagi itu.

Apa pun, ambulan tetap sampai dengan pantas, dan tunangnya masih tercari-cari Zum. Kata paramedik, Zum selamat dan telah dikejarkan ke hospital. Namun, Dia Maha Menghendaki, tiba di hospital, tunangnya dapati, Zum telah pun meninggal dunia. Adiknya yang berusia 5 tahun itu juga meninggal dunia.

Al-Fatihah kepada Zum dan adik bakal tunangnya. Moga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Pengajaran boleh diambil di sini. Kita tidak tahu bila ajal kita sampai. Dengarlah 'Andai Ku Tahu' lagu oleh Ungu. Berusahalah untuk mendekati Dia setiap hari.

Berhati-hati juga tika memandu kenderaan. Jangan memandu laju. Tumpukan perhatian kepada pemanduan. Berdoa kepadaNya mudah-mudahan perjalanan selamat sampai.



Khamis, Oktober 09, 2008

Haaii!! Saye Upin, yang ni adik saye, Ipin! Ini kisah kami berduee!

Alert tone sms yang aku pakai sejak setaun lepas. Hehe. Comel gile. Rase macam nak lempang-lempang je, sepatah kate Toyy.

Lame da eh tak update. Da abes puase, raye pun da nak abes, hehe. Selamat hari raye semue. Ade satu sms forward ni best, sms raye

'Oo my friend, this is your friend, Ramadhan. Please dont forget me after this. Dont forget he good things that you have done throughout the time we spent together. And please, please please treat the other 11 more friends, Syawal, Zulhijjah, etc as you treated me. Dont forget to regularly read the Quran, go to the mosque, and other pious deeds. I hope to see you again next year. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin'

Hehe. Menarik. Terase. Hehe.

Sebenarnye sekarang ni tgh viva software Ansys. Tengah tunggu turn nak di viva oleh Dr Qassim. Da nak sampai turn da nih! Jumpe lagi!