Cari Blog Ini

Rabu, Mac 11, 2009

Ditinggal Belum

Aku masih lagi belum dapat meninggalkan UIA. Sudah lebih 2 bulan berlalu kawan-kawan satu batch aku pergi meninggalkan UIA. Ada yang dah kerja. Ada yang duduk bergembira di rumah. Aku? Setelah sebulan lebih extend projek, aku masih lagi kerap ke UIA. Datang untuk KERIE exhibition. Datang untuk buat clearance. Datang singgah untuk interview kerja.

Dan tiap-tiap kali aku datang UIA, mesti ada sesuatu yang baru aku temui, sesuatu yang belum sempat aku merasa, atau belum puas aku merasa sepanjang 4 tahun die UIA sebelum ini.

Terbaru, aku ke Ummatic Week '09 di CAC bersama Juan, Nadiah dan Akram. Teringat dulu melawat Ummatic Week '08 bersama dia, seronok. Tapi kali ini, tidak kurang seronoknya juga. Kali ini, dapat belajar macam-macam terutamanya bahasa dan tulisan.

Ada banyak booth dari pelbagai negara yang ramah-ramah orang yang menjaganya. Eriteria. Syria. Kosova. Vietnam. Myanmar. Thailand. Maldives. Philipina. Brunei. Singapura. Indonesia. Malaysia. Yaman. Arab Saudi. Palestin. Somalia. Djibouti. Mereka tak jemu-jemu melayan aku yang mengada-ngada tanya macam-macam. Hehe. Termasuklah meminta mereka menulis sendiri nama aku dalam tulisan mereka.


Terdapat juga Ummatic Feast di mana kita boleh rasa menu yang sama, tapi masakan berbeza dari 4 kawasan dunia; Timur Tengah, Asia Pasifik, Afrika dan Nusantara. Seronok. Makan sedap. Lepas tu pula Rector yang serve aku makan. Fuuhh. Bukan senang nak diserve makan oleh Rector. Hehe. Rector datang ke gerai Afrika, tempat aku tunggu depan sekali, sekaligus merasmikan pesta itu, itu yang ceremonially serve pada pengunjung, iaitu aku. Hehe. Apa-apa pun, dapat juga aku merasa Pesta Ummatic Week yang paling meriah dan besar (pada pendapat aku) sepanjang 4 tahun lebih di UIA ni. Alhamdulillah.

Ditinggalkan UIA belum. Mungkin telah tiba masanya untuk aku tinggalkannya, dan mulakan hidup yang berbeza sekarang.


Sabtu, Mac 07, 2009

Hutang




Dekat RM 12 ribu yuran aku sepanjang 4 tahun di main campus Gombak. Aku pinjam dari PTPTN, RM 28 ribu. Ada baki RM 16 ribu. Untuk apa? Makan. Banyaknya? Makan untuk 4 tahun di UIA ini, RM 16 ribu? Tapi bila kira-kira balik, purata satu hari RM 11 saja. Tak ada lah banyak sangat. Sememangnya itu adalah bajet makanan rutin di UIA. Pagi sarapan RM 2, tengahari RM 4, malam RM 4, dan +/- RM 1. Ok lah tu.

Duit yang dipinjam dari PTPTN tu cukup-cukup untuk semua yuran dan makan harian.

Tapi, nak juga ada komputer. Nak juga ada kamera. Nak juga sebulan sekali, makan sedap-sedap, mahal-mahal. Nak juga 2 minggu sekali pergi KL, jalan-jalan tengok suasana. Nak juga satu semester sekali pergi jalan jauh-jauh, Terengganu ke, Kelantan ke, Sabah, Indonesia, tengok-tengok tempat orang. Berapa lagi duit yang perlu ada untuk 4 tahun lakukan aktiviti-aktiviti ini semua? RM 16 ribu lagi? Tak cukup. RM 20 ribu sekurang-kurangnya.

Siapa yang bagi RM 20 ribu itu?

'Mak aku bagi RM 20 ribu tu. Duit mak aku,' kata Din. 'Macam mana aku nak bayo kat Mak aku RM 20 ribu nih? Giler ah. Banyak siot duit Mak aku dah bagi kat aku. Tu baru universiti. Belum masuk sekolah lagi dulu. Masa kecik-kecik lagi dulu.'

'Hutang dengan kerajaan lagi RM 28 ribu. Banyaknya duit kena bayo balik!'

Hargailah duit yang ada.
Hargailah orang yang telah banyak membantu kita
Hargailah ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita. Balaslah jasa mereka.