Cari Blog Ini

Ahad, Januari 27, 2008

'Konkrit'

Lama tak update. Sebok sangat ke aku? Hehe. 'Sebok' la sangat kan. Kelas tak banyak, tiap2 abes kelas balik bilik, baring2. Haha. Bukannye nak pegi library, stadi ke, kate nak duduk2 besile atas lantai macam student ITB? Haa? Takde pun? Haha. Konkrit kah aku?

Tapi.. dah beberapa perkara juga dah pun aku konkritkan.

Laptop Acer Aspire 4520 dah pun aku beli untuk dimuatkan didalam tas laptop batik buatan ibunya Adan dari Solo. Hehe. Akibatnya - aku da takde duet da sekarang. Dah mule rase cam nak hutang kat orang. Huhu. Tapi skang da ade potential customer utk PC lama aku iaitu Juan. Kalau die jadik beli, alhamdulillah, lega sikit keadaan kewangan. Hu.

Aku dah pun beberapa kali online dan duduk bersila di kampus, seperti student2 dekat ITB.

Kami dah pun berjaya menubuhkan sebuah kelab rasmi di UIA, Astronomy Club, dengan logo ciptaan Badra' dari ITB yang diubahsuai oleh aku. Time kaseh Badra', sume orang puji logo kamu.

Da pun jumpe dengan orang tu. Setelah 4 tahun kenal, akhirnye jumpe jugak semalam. Alhamdulillah.. semuenye ok =)

Cuma ada beberapa lagi yang lom dapat nak dikonkritkan antaranya untuk kekalkan amalan solat lima waktu berjemaah di masjid macam selalu buat dekat ITB dulu.. Susah nak buat dekat sini, tapi, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan?

Mudah-mudahan aku dapat kekalkan apa yang baik, dan dapat mencari perkara baik yang lain, dan dapat tinggalkan mana-mana yang tak baik. Amin. Konkrit untuk perkara yang baik. InshaAllah..

*Konkrit adalah bahasa basahan di Indonesia. Sejauh pengetahuan aku, maksudnya - menunaikan apa-apa yang pernah diazamkan.